Anda di halaman 1dari 15

Tajuk 8 :

Pembentangan
tentang bacaan
mekanis dan mentalis

Bacaan Mekanis
Bacaan mekanis ialah bacaan kuat yang
mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan
betul, membaca mengikut intonasi, nada dan
tekanan yang betul.
Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan
mekanis terdiri daripada perkara yang mudah
difahami dan tidak membebankan fikiran

Bacaan bersuara biasanya


dilaksanakan di kelas-kelas rendah
atau pada peringkat kelas permulaan.
Gunanya adalah untuk latihan teknik
supaya kanak-kanak dapat
menyembunyikan bunyi-bunyi
sebutan dengan sebutan, gaya, dan
rentak irama yang sempurna.

Tujuan:
Bacaan mekanis mempunyai beberapa
tujuan:
(a) Membolehkan murid-murid membaca
dengan cekap dan pantas dengan sebutan
dan intonasi yang betul dan jelas.
(b) Membolehkan murid-murid membaca
dengan irama membaca yang betul.
(c) Mengembangkan atau mempelajari
unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata
dan juga apabila menggunakan kamus.

(d) Membolehkan murid-murid tahu


menggunakan tanda-tanda baca serta
tahu pula berhenti pada tempattempat berhenti yang betul.
(e) Dapat menggunakan kemahiran
bahasa dalam mata-mata pelajaran
yang lain.
(f) Untuk membolehkan murid-murid
mencapai kemahiran dan kecekapan
membaca bersuara.

(g) Dapat mengenal pasti laras


bahasa yang pelbagai.
(h) Menikmati unsur estetik
dalam bahan bacaan.
(i) Dapat mengulas isi yang
terdapat dalam bahan bacaan.

Antara cadangan aktiviti


bacaan mekanis:
(a) Guru memberikan satu petikan dalam
satu masa khas untuk bacaan, sesuai
dengan kebolehan dan umur murid-murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu muridmurid dengan perkataan-perkataan dan
rangkai kata yang susah sama ada dari
segi sebutan atau makna
perkataanperkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan
murid-murid menyemak bacaan guru.

(d) Guru membaca dan murid-murid


mengikut. Boleh dilakukan secara kelas
atau kumpulan.
(e) Guru memandu murid-murid
membaca secara individu bergilir-gilir.
(f) Guru berbincang dan bersoal jawab
dengan murid-murid mengenai isu
bacaan untuk menguji kefahaman
mereka. Ini boleh dilakukan secara
lisan dan bertulis.

BACAAN MENTALIS
Membaca dalam hati atau membaca
dengan senyap (Silent Reading).
Kegiatan membaca yang melibatkan
ingatan visual (visual memory) dan
pengaktifan mata dan ingatan.
Aspek-aspek kefahaman diberi
penekanan.
Aspek-aspek sebutan, nada, tekanan
dan intonasi tidak diberi penekanan

Tujuan
Melatih murid boleh membaca dengan
sendiri.
Murid boleh memahami kandungan yang
dibaca.
Melatih murid boleh membaca dengan
senyap dan pantas.
Dapat menggunakan kemahiran membaca
senyap untuk mendapatkan pengetahuan.
Dapat menggunakan kemahiran membaca
mentalis untuk hiburan.

Aktivit Bacaan Mentalis


Bahan-bahan yang diajar mestilah
berperingkat-peringkat daripada
bahan-bahan yang sedikit dan
senang kepada bahan-bahan yang
banyak dan susah.

Guru memberi dan menentukan


bahan bacaan. Semasa pelajaran
dijalankan guru membantu dan
memandu murid-murid yang lemah.
Guru bersoal jawab dan
membincangkan perkataan dan
rangkai kata yang susah.