Anda di halaman 1dari 6

Teori Psikoanalitik Bordin

1.0 Latar Belakang Teori


Teori Psikoanalitik Bordin diperkenalkan oleh Bordin (dlm. Brown & Brooks
1984:96-100). Teori Psikoanalitik Bordin dikenali sebagai teori pendekatan struktur yang
membincangkan pemilihan kerjaya, satu teori perkembangan hidup yang memberikan
penekanan kepada faktor-faktor serta proses yang terlibat dalam pemilihan kerjaya.
Teori tersebut diperkembangkan daripada teori psikoanalisis tradisional oleh
Sigmund Freud tetapi telah disesuaikan dengan memberi fokus kepada perbincangan
tentang kerjaya. Bordin (dlm.Brown & Brooks 1984: 323) menyatakan bahawa
hubungan antara keperluan-keperluan biologi atau dorongan dan atmosfera keluarga
akan menghasilkan jenis personaliti tertentu. Pernyataan ini seakan-akan sama dengan
idea Roe dan Holland,namun idea Bordin adalah berasaskan teori psikologikal yang
amat berbeza.
2.0 Inti Pati Teori
Bordin (dlm.Brown & Brooks 1984) percaya bahawa penentu awal yang memberi
pengaruh kepada perkembangan personaliti adalah identifikasi anak-anak dengan
kedua-dua ibu bapa mereka. Kualiti identifikasi yang diperoleh adalah bergantung
kepada pengalaman hubungan bersama antara ibu bapa dengan anak-anak.
Apabila mutualiti yang tinggi wujud antara ibu bapa dengan anak,permintaan
luaran seiring dan selari dengan keinginan untuk mendapatkan kepuasan melalui
permainan, maka kerja akan menjadi suatu pengalaman yang sangat menggembirakan,
seolah-olah merupakan satu pengalaman permainan. Kekurangan mutualiti pula akan
menyebabkan pekerjaan mungkin akan dianggap sebagai sesuatu yang menyusahkan
dan membebankan.
Keperluan yang berpunca daripada dorongan biologi dan kewujudan identifikasi
yang sentiasa berubah serta berbeza dari masa ke masa akan mempengaruhi dan
menentukan pemilihan peranan individu termasuklah pemilihan kerjaya tanpa disedari.
Kerjaya pula dianggap sebagai jalan keluar yang sangat sesuai untuk penyalurmurnian
harapan dan denyutan.

Teori Psikoanalitik Bordin


Pendirian Psikonalitik sangat menekankan kepada keupayaan mengubah apa
yang dianggap patologi iaitu lekatan atau fixation kepada perlakuan yang boleh diterima
oleh masyarakat, iaitu sublimasi atau penyalurmurnian. Pemilihan kerjaya mengikut
teori ini banyak dipengaruhi oleh pemikiran-pemikiran bawah sedar dan mekanisme
helah bela diri. Tumpuan diberikan kepada aktiviti-aktiviti atau perkerjaan-perkerjaan
yang menyeronokkan serta memberi kepuasan.
Sublimasi atau penyalurmurnian ialah satu bentuk mekanisme helah bela diri
yang

selalu

digunakan

oleh

individu

dalam

usaha

mengekalkan

kestabilan

personalitinya. Misalnya, individu yang mempunyai dorongan seks yang kuat daripada
terlibat

dengan

aktiviti-aktiviti

yang

tidak

bermoral

dan

tidak

sihat,

akan

menyalurmurnikan desakan dalaman ini tanpa disedari dengan menjadi pakar sakit
puan atau ahli ginekologi.
Selain itu, seseorang yang suka menyakiti orang lain iaitu sadistik dan suka
membuat kerosakan seperti membunuh boleh menukarkan perlakuan tersebut kepada
aktiviti sosial yang berguna seperti penyembelih binatang dan pakar bedah. Individu
yang agresif dan mempunyai tenaga terpendam lasak seperti peninju profesional, ahli
gusti, pelumba fomula 1, pemain rugbi dan sebagainya.
Dalam rangka kerja psikoanalitik, pemilihan kerjaya pada peringkat rendah
dibuat untuk memuaskan keperluan asas dengan menggunakan pengalaman awal
kehidupan. Pertimbangan wajar terhadap kerjaya individu berdasarkan dimensi
psikoanalitik adalah seperti yang berikut:
i)

Dimensi Agresif Secara Oral


Perkembangan personaliti pada peringkat oral dikaitkan dengan aktiviti memotong,
menggigit, mengunyah, menghisap dan menelan. Kepuasan adalah berkaitan dengan
penggunaan gigi untuk memotong, mengunyah dan mengigit. Daripada segi kerjaya
pula, kepuasan akan diperolehi dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
berkisar kepada penggunaan alat pemotong untuk memotong atau penggunaan
perkataan untuk menghujah dan berdebat.

Teori Psikoanalitik Bordin


ii) Dimensi Manipulatif Fizikal
Dimensi manipulatif fizikal iaitu menggunakan kekuatan fizikal atau mesin untuk
menghasilkan tenaga.
iii) Dimensi Manipulatif Psikologikal
Manakala dimensi manipulatif psikologikal, iaitu menggunakan kaedah atau cara-cara
psikologikal untuk mempengaruhi atau mengawal orang lain.
3.0 Usul Utama Teori Psikoanalitik Bordin
Untuk memahami Teori Psikoanalitik Bordin dengan lebih jelas, Bordin telah
mengemukakan beberapa usul untuk menerangkannya. Usul pertama ialah setiap
individu mencari perasaan dan pengalaman yang menyeluruh serta kegembiraan
dalam semua aspek kehidupan dan ini juga termasuk pekerjaan. Mereka akan
berusaha untuk mendapatkan keseronokan, kebahagiaan, kegembiraan dan mengelak
daripada mendapat kesusahan.
Usul kedua menyatakan kehidupan seseorang individu boleh dilihat sebagai
satu rangkaian mengenai keputusan-keputusan kerjaya yang menggambarkan
ketidakpastian individu untuk mencari keselarasan yang ideal. Sekiranya wujud
keselarasan antara individu dengan pekerjaan, maka kepuasan akan dicapai.
Selain itu, darjah penggabungan antara permainan dengan pekerjaan ialah
fungsi sejarah perkembangan individu yang berkaitan dengan kompulsi dan usaha.
Permainan merupakan salah satu aspek penting dalam perkembangan individu dan
selalunya berkaitan dengan kegembiraan dan keseronokan. Sekiranya bekerja sinonim
dengan bermain, maka pekerjaan merupakan sesuatu yang menggembirakan dan
menyeronokkan.
Usul

yang

seterusnya

ialah

sistem

yang

paling

berguna

dalam

menggambarkan pekerjaan bagi motif-motif intrinsik ialah satu sistem yang


berupaya menawan gaya hidup atau gaya perangai individu di samping merangsang
serta mudah menerima konsep-konsep perkembangan. Motif intrinsik utama manusia
adalah keseronokan dan individu akan menyalurkan tenaga dalamannya tanpa disedari

Teori Psikoanalitik Bordin


dengan melibatkan diri dalam kerjaya

yang memberikannya keseronokan dan

kegembiraan.
Punca perkembangan aspek personal mengenai kerjaya seseorang individu
boleh diperoleh sepanjang tempoh perkembangan awal kanak-kanak iaitu di suatu
masa di tahun-tahun terawal kehidupan individu. Peringkat-peringkat ini dikatakan
mempengaruhi perkembangan personaliti dan seterusnya mempengaruhi pemilihan
kerjaya individu.
Setiap individu mempunyai matlamat untuk membentuk identiti diri dengan
menggabungkan aspek-aspek ibu dan bapa yang kemudiannya akan mengekalkan
unsur-unsur yang unik untuk dirinya sendiri. Ibu bapa merupakan model terdekat dan
melalui proses identifikasi, individu akan membina personaliti dan identiti diri.
Usul teori Bordin yang terakhir adalah mengenai sumber kekusutan dan
kesukaran ketika membuat keputusan tentang kerjaya. Salah satu sumber
kekusutan dan kesukaran ketika membuat keputusan tentang kerjaya ialah apabila
individu menghadapi ketidakpastian dan ketidakpuasan dengan resolusi-resolusi
semasa kendiri. Masalah membuat pemilihan dan keputusan kerjaya berlaku apabila
individu tidak pasti dengan pilihan yang dibuatnya sama ada sesuai ataupun tidak.
4.0 Komen Terhadap Teori Psikoanalitik Bordin
Teori Psikoanalitik Bordin tidak seperti teori Super dan Ginzberg yang
menekankan teori perkembangan tetapi teori ini lebih menyerupai teori Holland dan
teori yang dikemukakan oleh Lofquist dan Dewis yang menyatakan bahawa masalah
pemilihan kerjaya akan timbul apabila kerja yang dilakukan tidak memenuhi keinginan
atau tidak memberi kepuasan kepada individu.
Kekurangan dan kelemahan utama Teori Psikoanalitik Bordin ialah daripada segi
definisi gagasan-gagasan yang terkandung dalam teori yang tidak begitu jelas. Masalah
ini sama dengan masalah yang wujud dalam teori psikoanalitik klasik yang diasaskan
oleh Sigmund Freud.
Berbanding dengan teori-teori lain, Teori Psikoanalitik Bordin tidak banyak
memberikan sumbangan kepada para kaunselor. Namun begitu, teori ini amat berguna
dan dapat memberikan sumbangan yang signifikan kepada para kaunselor kerjaya

Teori Psikoanalitik Bordin


dalam memahami sebab-sebab berlakunya dilema dan masalah dalam membuat
keputusan dalam pemilihan kerjaya. Masa depan dan populariti Teori Psikoanalitik
Bordin adalah bergantung kepada perkembangan-perkembangan semasa yang akan
berlaku terhadap teori ini.
5.0 Rumusan
Teori Psikoanalitik Bordin menyatakan bahawa hubungan antara keperluankeperluan biologi atau dorongan dan atmosfera keluarga akan menghasilkan jenis
personaliti tertentu. Teori ini percaya bahawa penentu awal yang memberi pengaruh
kepada perkembangan personaliti ialah identifikasi anak-anak dengan kedua-dua ibu
bapa mereka. Kualiti identifikasi anak-anak pula banyak bergantung kepada
pengalaman dan hubungan yang dilalui bersama antara ibu bapa dengan kanak-kanak.
Keperluan yang berpunca daripada dorongan biologi dan kewujudan identifikasi yang
sentiasa berubah serta berbeza dari masa ke masa dikenal pasti mempengaruhi dan
menentukan pemilihan peranan individu termasuklah pemilihan kerjaya individu tanpa
disedari.
Teori kerjaya Psikoanalitik Bordin tidak begitu banyak sumbangannya kepada para
kaunselor kerjaya berbanding dengan teori-teori kerjaya yang lain. Teori ini juga
bukanlah teori yang heuristik menyebabkannya tidak banyak pengikut dan penyokong.
Walaupun Teori Psikoanaliti tidak banyak penyokong, teori ini tetap berguna dan
memberi sumbangan yang signifikan kepada para kaunselor kerjaya dalam memahami
sebab-sebab berlakunya dilema dan masalah dalam membuat pemilihan kerjaya.

Teori Psikoanalitik Bordin


6.0 Rujukan
Sidek Mohd Noah . 2002. Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs.edu3102_1333333690.ppt.
http://books.google.com.my/books
http://www.v2.career2zoom.com/index.php/en/kerjaya/teori-kerjaya/641-teori-bordin
http://theboxoflifetheboxofeducation.blogspot.com/2009/11/konsep-psikoanalisis
mengenai-pemilihan.html