Pemahaman Pak Seman

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 11

TEMA : PERTANIAN

A. Baca petikan di bawah ini dengan teliti.

Kisah Aku dan Pak Seman


Aku tinggal di hujung desa. Jauh
daripada kesibukan kota. Dari tempat
tinggalku, aku dapat melihat bukit
yang menghijau. Bukit itu kelihatan
berkabus pada waktu pagi. Udaranya
segar dan dingin. Di belakang
kediamanku pula, mengalir sebatang
anak sungai. Air sungai itu jernih
sekali. Namun begitu, aku sangat
takut akan air. Air yang sejuk itu
seolah-olah menggigit seluruh badan
ku.
Pada suatu hari, Pak Seman
membawa pulang seekor teman
untukku. Temanku itu sungguh segak
pada pandanganku. Kini aku tidak
berasa sunyi lagi. Teman baharuku itu

sepertiku juga. Air ialah kepantangan


kami.
Pak Seman sangat sayang akan kami.
Bau badan kami yang hamis bukanlah
masalah bagi Pak Seman. Malah, kami
dibelai dengan kasih sayang. Makanan
dan minuman kami pula sentiasa
disediakan. Pak Seman memahami
selera ku juga. Daun nangka muda
menjadi menu utama. Kadang-kadang,
kami dibawa ke kaki bukit untuk
meragut rumput atau pucuk-pucuk
kayu.
Pak Seman amat mementingkan
kebersihan.
Dua
kali
seminggu,
kediaman kami akan dibersihkan.
Isteri Pak Seman, iaitu Mak Besah
turut membantu Pak Seman . Mereka
berbuat demikian supaya kami tidak
dijangkiti penyakit. Bagi Pak Seman,

mencegah
lebih
baik
daripada
mengubati .
Setiap
kali
Pak
Seman
membersihkan kediaman kami, aku
akan menjadi mangsa usikannya. Pak
Seman akan memancutkan air ke
arahku. Apa lagi, terlompat-lompatlah
aku. Terkekeh-kekehlah Pak Seman
ketawa melihat aksiku. Geram betul
hati aku.
Setahun kemudian, aku dikurniakan
sepasang cahaya mata. Seekor betina
dan seekor jantan. Aku bertekad untuk
menjaga
mereka
dengan
baik
sebagaimana Pak Seman menjagaku.
Anak-anakku
tidur
lena
dalam
pelukanku. Pak Seman meletakkan
rumput-rumput kering supaya anakanakku tidak kesejukan.

Syukurlah, bilangan ternakan


kambing kita makin bertambah, kata
Mak Besah dengan girang.
Pak Seman hanya tersenyum
mendengar kata-kata isterinya itu.

B.

Jawab soalan-soalan berikut.

1. Berdasarkan
petikan,
apakah
makanan kegemaran aku ?
A. Rumput
B. Pucuk kayu
C. Pucuk nangka
D. Daun nangka muda
2. Kebersihan tempat tinggal aku
sangat penting untuk ..
A. Mengelakkan
aku
dan
temannya
daripada
dijangkiti
penyakit.

B. Mengubati
penyakit
aku
dengan segera.
C. Menghilangkan bau hamis badan
aku.
D. Memberikan keselesaan tempat
tidur kepada keluarga aku.

3. Siapakah aku dalam petikan tadi?


A. Seekor ayam
B. Seekor lembu
C. Seekor kucing
D. Seekor kambing
4. Pilih pernyataan yang tidak benar
berdasarkan petikan tersebut.
A. Aku mempunyai dua ekor anak.
B. Pak Seman memandikan aku di
sebatang sungai.
C. Kediaman aku dan temannya
terletak di kaki bukit.
D. Aku sangat takut akan air.

PERIBAHASA
Bi Peribahasa
l
1. Seperti bertih
digoreng
2.

Seperti gergaji dua


mata

3.

Seperti anai-anai
makan kayu

4.

Seperti embun di
hujung tanduk
Bagai aur dengan
tebing

5.

Maksud peribahasa
bunyi bising atau
percakapan yang tidak
berhenti-henti
Seseorang yang
mengambil kesempatan
daripada pertelingkahan
antara dua pihak
Mengerjakan sesuatu
pekerjaan dengan
tekun dan rajin.
Kasih sayang yang tidak
berkekalan
Hubungan yang rapat antara satu
sama lain / saling membantu

6.

Bagai enau di dalam Tiada muafakat dalam


perbincangan dan berpegang
belukar melepaskan
pada pendapat masing-masing
pucuk masingmasing
7. Bagai kelip-kelip
Hendak
terbang malam
menyembunyikan
rahsia yang sudah
diketahui orang
8. Bagai langau
Orang ramai yang riuhmengerumuni
rendah bunyinya.
bangkai
9. Bagai tikus
Hendak membetulkan
membaiki labu
barang yang tiada
diketahui, akhirnya
semakin rosak
10 Bagai kacang
orang yang
.
lupakan kulit
melupakan jasa
orang yang pernah
menolongnya
setelah menikmati
kesenangan
11 Bagai bertepuk
kasih yang tidak
.
sebelah tangan
berbalas.
12 Bagai mencurah air Memberikan nasihat
.
ke daun keladi
(ajaran dan
sebagainya) yang tidak
dapat meresap ke

13
.
14
.
15
.
16
.

dalam hati.
Seperti ikan kena
Sudah tidak berdaya
tuba
lagi.
Seperti melepas
Membuat sesuatu kerja
batuk di tangga
tetapi tidak sampai
selesai.
Umpama minyak
Orang yang baik biar di
setitik, di laut
mana sekalipun akan
sekalipun timbul
dimuliakan juga
Umpama kiambang Tidak tetap pada suatu
di air , akarnya tidak tempat.
jejak ke bumi

Peribahasa
Ada hati
Alah bisa tegal biasa
Alang-alang mandi biar basah
Ambil berat
Ambil langkah
Anak buah

Maksud Peribahasa
Keinginan
Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah
biasa
Jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat
jalan
Memberikan perhatian yang istimewa terhadap
sesuatu
Mula hendak bertindak
Orang yang termasuk dalam sesuatu

Anak emas
Asam garam
Bagai anjing buruk kepala
Bagai bulan dipagari bintang
Bagai bulan empat belas
Bagai cincin dengan permata
Bagai layang-layang putus tali
Bagai minyak dengan air
Bagai murai dicabut ekor
Bagai pucuk dilancarkan
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Baik berjagiung-jagung sementara menanti
padi masak
Baik membawa resmi padi daripada membawa
resmi lalang
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenangsenang kemudian
Berkatakanlah besar walaupun pahit
Berpeluk tubuh
Berpeluk tubuh
Bersatu teguh bercerai roboh
Bersekutu bertambah mutu
Bertangguh itu pencuri masa
Besar hati
Biar putih tulang jangan putih mata
Buah fikiran
Buah hati
Buah mulut
Buah tangan
Bulat hati
Dalam tangan
Darah daging
Darah panas
Diam-diam ubu berisi, diam-diam besi
berkarat

keluarga/pasukan/ terletak di bawah


tenggungjawab seseorang
Anak abdi yang diambil jadi anak angkat oleh
suaminya; orang yang dikasihi dan diberikan
layanan istimewa.
Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit, manis,
suka duka)
Orang yang telah diketahui kejahatannya ke
mana pergi dihinakan orang juga
Kecantikan makin terserlah apabila dikelilingi
orang yang cantik.
Peri keelokan muka perempuan
Sama padan, cocok benar
Sudah putus harapan
Orang bermusuhan atau tidak sehaluan mustahil
dapat dicampurkan jadi satu
Perempuan yang suka bercakap banyak
Sangat laju atau luncur perginya
Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya
kerana faktor baka
Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik,
yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin
merendahkan diri (tidak sombong)
Bersusah payah dahulu kemudian baru
bersenang-senang
Berterus-terang demi kebenaran walaupun
mungkin menyakitkan hati seseorang
Berdakap tubuh; tidak membuat apa-apa kerja
Hanya memandang dari jauh sahaja, tidak
melalukakan apa-apa hanya melihat sahaja.
Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat
tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi
lemah.
Bekerjasama antara satu sama lain akan
menghasilkan kecemerlangan
Melakukan kerja secara bertangguh akan
merugikan diri sendiri.
Bangga, gembira, bongkak, sombong
Lebih baik mati daripada menanbggung malu
Pendapat
Orang yang dikasihi
Percakapan orang,
Hasil pekerjaan; barang yang dibawa daripada
perjalanan; ole-ole
Lurus hati, teguh hati ,sungguh-sungguh
dalam kekuasaan seseorang
Anak atau orang yang mempunyai pertalian
darah
Pemarah, lekas marah
Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara
diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja

Hancur hati
Harimau mati meninggalkan belang, manusia
mati meninggalkan nama
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Hidup ini satu perlumbaan
Hidup segan mati tak mahu
Indah khabar daripada rupa
Jauhari juga yang mengenal manikam
Kaki ayam
Kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan
hendak diduga
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya
Kancil juga lupakan jerat
Kata dikota
Kata-kata yang lebih tajam daripada mata
pedang
Kebudayaan sendi perpaduan
Kecil jangan disangka anak, besar jangan
disangka bapa
Makan angin
Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus
dibuang
Masa itu emas
Membaca jambatan ilmu
Mencari akal
Muafakat membawa berkat
Nasi sudah menjadi bubur
Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat
Padang jarak padang terkukur
Putih mata
Putus asa
Rezeki kalau secupak takkkan jadi segantang
Ringan mulut

Sedih; putus asa


Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut
orang walau berapa lamapun dia telah mati.
Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh
dijalankan dan demikian kebalikannya
Dalam kehiduoan seharian, kita terpaksa
menghadapi pelbagai cabaran dan berlumbalumba untuk mencapai sesuatu tujuan.
Orang yang hidup melarat
Khabar mengenai satu-satu perkara biasanya
dilebih-lebihkan
Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui
tentang keelokan ilmu
Tidak berkasut atau berselipar
Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia
masih muda, kalau sudah besar tidak akan
berhasil lagi.
Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak
berbuat sesuatu yang besar
Tidak tercapai cita-cita jika tidak berusaha
Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya
tetap mengancam
Janji mesti ditunaikan
Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
Kebudayaan menjadi sandaran dalam
menyatukan sesuatu bangsa
Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus
pada orang-orang tua sahaja
Bersiar-siar untuk mendapatkan angin;
melapangkan fikiran
Yang nampak baik itu jangan lekas diterima dan
yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak.
Masa sangat berharga
Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui
pembacaan
Berusaha mendapatkan cara untuk mencapai
tujuan
Sesuatu kerja yang dilakukan dengan
persetujuan bersama akan menghasilkan
sesuatu yang baik.
Perbuatan yang sudah terlanjut; tidak dapat
diubah lagi.
Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu
mampu mengemukakan fikiran yang bernas.
Padang atau tanah luas yaditinggalkan
Berhiba hati menanggung rindu (seperti orang
muda melihat tunangnya diambil orang)
Habis harapan (tiada harapan lagi
Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah
lagi.
Peramah, lancar dan fasih tutur katanya

Ringan tulang
Sayang akan tangan-tangankan, sayangkan
isteri tinggal-tinggalkan
Sepakat membawa berkat
Seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing
Seperti lipas kudung
Sudah terhantuk baru terngadah
Tajam akal
Tali barut
Tangan terbuka
Tangan yang menghayun buaian mampu
menggoncangkan dunia
Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat
bermain
Terang hati
Tulang empat kerat
Ukur baju di badan sendiri
Umpama telur sesangkak, pecah satu pecah
semuanya

Rajin bekerja, tangkas


Anak yang dimanjakan dan isteri yang diulit
selalu itu akhirnya menjadi sombong
Sesuatu pekerjaan jika dilakukan melalui pakatan
atau mesyuarat akan membawa hasil yang baik
Tidak muafakat dalam sesuatu perbincangan,
hanya berpegang pada pendapat masing-masing
sahaja
Selalu bergerak dengan cepat; pantas atau
cekap membuat kerja
Sesudah terkena baru beringat-ingat
Mudah menangkap sesuatu atau mengerti, pintar
, cerdik
Orang yang menjadi umpama penyampai rahsia
orang lain), barua
Suka menolong orang yang dalam kesusahan,
murah hati
Walaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan,
wanita mampu menyumbangkan untuk
membangunkan negara
Tempat berlakunya sesuatu peristiwa pahit
lagikan dikenang inikan pula tempat berlakunya
peristiwa manis.
Terang fikiran; mudah mengerti
Anggota badan
Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai
dengan kebolehan kita
Orang yang semuafakat itu sama hidup sama
mati dan tidak berubah setianya.

Anda mungkin juga menyukai