Anda di halaman 1dari 7

Faraid

Pengertian Faraid
Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai
maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan,
memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.
Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta
seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada
beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum
kematiannya. Maka harta peninggalannya akan
dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri,
suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang
dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang
ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan
pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll)
dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi
1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh
dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau
tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta,
kerbau dll.

Dalil Al-Quran
(a) Annisa ayat 11
Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian
pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu; bahagian seorang
anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak
1 | Fa r o i d B y : N u r a h i m N a w a w i

perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih


dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang
ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja,
maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua
orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam
dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu
mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak
mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya
(sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang
meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka
ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagianpembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia
buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang)
orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui
siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak)
manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana.
(b) Annisa ayat 12
Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang
ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak
mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak,
maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang
ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka
buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri
memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan
jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai
anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari
harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat
yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutanghutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun
perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak
meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara
lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan
(seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua
jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-

saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka


bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi
wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar
hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli
waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai)
syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Penyantun.
(c) Annisa ayat 176
Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang kalaalah).
Katakanlah Allah memberi fatwa kepadamu tentang
kalaalah (yaitu): jika seorang meninggal dunia, dan dia
tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara
perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu
satu perdua daripada harta yang ditinggalkannya, dan
saudaranya yang lelaki, mempusakai (seluruh harta
saudara perempuan), jika dia tidak mempunyai anak;
tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi
kedua-duanya dua pertiga daripada harta yang
ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli
waris itu terdiri daripada) saudara lelaki dan perempuan,
maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak dua
bahagian saudara perempuan. Allah menerangkan
(hukum ini) kepadamu supaya kamu tidak sesat. Dan
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Pembahagian Harta Warisan


Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah
dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris
yang berhak menerima pusaka dengan jalan AshabulFurud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah
bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang
2 | Fa r o i d B y : N u r a h i m N a w a w i

telah ditetapkan oleh syarak yaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4,
2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau
suami, ibu atau nenek, bapa atau kakek, anak perempuan
atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung,
saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.
2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah
semua golongan (1) mendapat bahagian golongan
asabah. Terdapat 3 jenis asabah yaitu:
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.
(a) Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua
harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang
lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka
terdiri daripada 12 orang lelaki yaitu bapa, kakek, anak
lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung,
saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung,
anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung,
bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung
dan anak lelaki bapa saudara sebapa.
(b) Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua
harta, atau pengambilan semua baki untuk semua
perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri
daripada 4 orang yaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu
perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau
lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.
(c) Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua
harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang
perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri
daripada 2 orang perempuan yaitu: saudara perempuan

kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi


dengan anak atau cucu perempuan).
3. Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2)
setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak
menghalang golongan ini mengambil bahagian harta.
Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima
harta. Keadaan ini disebut hijab yaitu dinding yang
menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk
menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih
dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati.
Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan
kerabat) yaitu: golongan kakek dan nenek, golongan cucu
dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari
saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau
emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu.
Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada
2 jenis yaitu:
Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.
(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris
dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih
banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris
lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari
menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak
atau cucu.
(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka
sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih
dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak
untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki
sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung
dan kakek terhalang sebab adanya bapa.

3 | Fa r o i d B y : N u r a h i m N a w a w i

Ahli waris Yang Berhak Mendapatkan Harta warisan


Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris
dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima
harta pusaka.
Waris dari pihak lelaki seperti berikut:
1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki dari anak lelaki
3. Bapa
4. Kakek
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
13. Sepupu dari bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Hamba sahaya
Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga
orang sahaja yang layak yaitu:
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami
Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta
pusaka yaitu:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek sebelah ibu
5. Nenek sebelah bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan seibu

8. Saudara perempuan sebapa


9. Isteri
10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya
Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang
layak:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Saudara perempuan seibu sebapa
5. Isteri
Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup,
maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli
waris berikut:
1. Bapa
2. Ibu
3. Anak Lelaki
4. Anak Perempuan
5. Suami/Isteri

Gambar Bagan Ahli Waris

KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS


Bahagian

4 | Fa r o i d B y : N u r a h i m N a w a w i

Suami kepada simati

Diperolehi
1/2

1/4

Bahagian
diperolehi
1/4
1/8

Tidak mempunyai anak ATAU


Tidak mempunyai cucu dari
anak lelaki
Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak
lelaki

Isteri kepada simati


Tiada anak ATAU
Tiada cucu dari anak lelaki
Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak
lelaki

seorang anak perempuan


Mempunyai cucu lelaki - mendapat
separuh dari bahagian cucu lelaki
daripada anak lelaki.
ASABAH BITerhalang disebabkan mempunyai
GHAIRIH
anak lelaki ATAU 2 anak
perempuan
atau lebih
Bahagian
Diperolehi
1/6
1/6 dan
Asabah
ASABAH

Bapa Simati
Mempunyai anak lelaki ATAU
cucu lelaki dari anak lelaki
Mempunyai anak perempuan
ATAU cucu perempuan
dari anak lelaki
Tiada anak ATAU cucu dari anak
lelaki

Saudara Seibu
Bahagian Diperolehi
Anak Perempuan Simati
(Lelaki/Perempuan)
Bahagian
Ibu Kepada Simati
Hanya seorang, tiada bapa,
datuk DAN
Diperolehi
1/6
Hanya seorang sahaja DAN tidak tiada anak ATAU cucu dari anak
1/6lelaki Mempunyai anak ATAU cucu dari anak
1/2
ada anak lelaki
Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DANlelaki ATAU mempunyai dua saudara
1/3
2 orang anak perempuan atau
tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki kandung ATAU saudara sebapa
2/3
lebih DAN tiada anakTerhalang
lelaki
Disebabkan adanya bapa, datuk,
1/3 anakTidak mempunyai anak ATAU cucu
Mempunyai anak lelaki oleh
dan cucu dari anak lelaki
dari anak lelaki ATAU
ASABAH BImendapat separuh dari bahagian
tiada dua saudara kandung ATAU
GHAIRIH
anak lelaki
saudara sebapa
1/3 dari Mempunyai bapa serta suami ATAU
baki
isteri
Datuk kepada
Bahagian Diperolehi
simati
Hanya mendapat
Bahagian
Cucu Perempuan Anak Lelaki
Sama seperti bapa
bahagian sekiranya
Diperolehi
Simati
tiada bapa
Mempunyai seorang sahaja DAN
1/2
tiada anak
Mempunyai 2 orang atau lebih
2/3
Bahagian
Saudara Perempuan Seibu
DAN tiada anak
Diperolehi
Sebapa kepada simati
1/6
Mempunyai seorang atau lebih jika
1/2
Tiada
anak,
cucu, bapa DAN tiada
bersama-sama dengan
waris yang
Bahagian
Diperolehi

5 | Fa r o i d B y : N u r a h i m N a w a w i

2/3
ASABAH
Terhalang
oleh

Bahagian
Diperolehi
1/2

2/3

1/6

menjadikannya Asabah
Dua orang atau lebih, tiada anak,
cucu, bapa DAN ahli yang
menjadikannya Asabah
Mempunyai saudara lelaki kandung
ATAU datuk.
disebabkan adanya bapa, ATAU anak
lelaki ATAU cucu lelaki dari anak
lelaki

Saudara Perempuan Sebapa


Hanya seorang, tiada anak,
cucu,saudara kandung, bapa
DAN tiada ahli yang menjadikannya
Asabah
Dua orang atau lebih dengan syarat
tiada cucu lelaki,
saudara kandung, bapa DAN tiada
ahli yang menjadikannya
Asabah
Seorang atau lebih mempunyai

6 | Fa r o i d B y : N u r a h i m N a w a w i

saudara perempuan seibu


sebapa
disebabkan oleh saudara lelaki
Asabah
sebapa ATAU datuk
1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara
perempuan kandung
3. Seorang saudara perempuan
Terhalang Oleh
kandung dan mempunyai
anak perempuan dan cucu
perempuan
4. Saudara lelaki kandung

Sekian dan Terimakasih

7 | Fa r o i d B y : N u r a h i m N a w a w i

Anda mungkin juga menyukai