Anda di halaman 1dari 11

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Pengenalan
Bagi melahirkan individu yang berketrampilan, guru perlu mewujudkan iklim
pembelajaran yang kondusif. Iklim pembelajaran tersebut bergantung kepada jenisjenis pembelajaran yang digunakan. Jenis-jenis pembelajaran adalah seperti yang
berikut:
o Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
o Pembelajaran Bersifat Individu
o Pembelajaran Berfikrah
o Pembelajaran Berbantukan Teknologi
Secara amnya, modul ini memuatkan definisi, cadangan prosedur pelaksanaan dan
lampiran-lampiran tambahan.
2.1 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Pembelajaran berpusatkan pelajar didefinisikan sebagai .
Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai
individu), memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin
dipelajari), mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran
positif), terlibat dalam penilaian berterusan; sikap guru yang mendengar
pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang.
(http://vathena.arc.nasa.gov/curric/weather/adptcty/stcntr.html)
Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya, melibatkan pelajar secara
terus dalam menemui pengetahuan, menggunakan bahan yang mencabar
pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam,
pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial, menggunakan sekolah,
pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos, menggunakan aktiviti luar untuk
meningkatkan pemnbelajaran.
Ted Panitz (http://www.newforums.com/newstudentseries.htm)
Strategi pembelajaran dan pengajaran berpusatkan pelajar adalah bertujuan
untuk:
o mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar
serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
o memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu,
kumpulan dan kelas.
o melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui
rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
o memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan
aktiviti pembelajaran.
o mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke
atas apa yang dipelajari.oleh mereka
o merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

35

Aktiviti: Telitikan scenario A dan B. Kemudian gunakan borang pengurusan grafik di


bawah untuk membanding bezakan kedua-dua senario itu.

SENARIO A dan SENARIO B

SENARIO A
Cikgu Ahmad sedang mengajarkan kemahiran menulis
karangan kepada sekumpulan pelajar tingkatan 2. Beliau menulis
tajuk karangan Pencemaran udara di negara kita di papan tulis.
Cikgu Ahmad menulis rangka dan isi-isi utama karangan di papan
tulis dan setiap kumpulan diminta berbincang tentang isu-isu yang
telah diberi oleh guru. Sesudah itu, pelajar diminta menulis karangan
dalam buku karangan masing-masing.

SENARIO B
Cikgu Budin sedang mengajarkan kemahiran menulis
karangan kepada sekumpulan pelajar tingkatan 2. Tema karangan
yang diberi ialah berkaitan dengan pencemaran. Pelajar diarahkan
membentuk 5 kumpulan dan setiap kumpulan dibenarkan memilih
tajuk sendiri berkaitan dengan tema yang diberi. Dengan
menggunakan pelbagai sumber maklumat, pelajar membina rangka
karangan. Pelajar kemudiannya mencatatkan isi-isi karangan di
kertas sebak dan wakil kumpulan membentangkan isi-isi karangan
masing-masing. Bagi setiap pembentangan perbincangan bersama
diadakan untuk meningkatkan mutu rangka karangan.

36

Lampiran 2.1 - P2a


BORANG PENGURUSAN GRAFIK
MEMBANDING DAN MEMBEZA

SENARIO A

PERSAMAAN

SENARIO B

SENARIO A

PERBEZAAN

SENARIO B

Cara
penentuan tajuk
Cara membina
rangka karangan
Cara pengumpulan
bahan-bahan
Tahap
penyertaan peserta
Penilaian kendiri
peserta
Kesignifikanan persamaan dan perbezaan

Rumusan

37

Lampiran 2.1 - F1
BORANG PENGURUSAN GRAFIK
MEMBANDING DAN MEMBEZA

SENARIO A

SENARIO B

PERSAMAAN

Proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah dengan objektif


Pengajaran dan Pembelajaran yang jelas

SENARIO A

SENARIO B

PERBEZAAN

Guru menentukan tajuk

Cara
penentuan tajuk

Pelajar berbincang dan


menentukan tajuk sendiri

Guru menulis rangka

Cara membina
rangka karangan

Pelajar berbincang dan


membina rangka

Guru menulis isi-isi


karangan di papan tulis

Cara pengumpulan
bahan-bahan

Pelajar membina rangka


selepas perbincangan

Rendah/sedikit

Tahap
penyertaan peserta

Tinggi

Tidak dilakukan

Penilaian kendiri
peserta

Dilakukan oleh peserta

Kesignifikanan persamaan dan perbezaan


Kedua-dua senario menunjukkan terdapat perbezaan strategi yang digunakan
oleh guru. Cikgu Ahmad lebih banyak mengamalkan ciri-ciri pembelajaran yang
menggalakkan pelajar menyertai proses pembelajaran secara terus secara aktif, dan
mengadakan penilaian kendiri.
Rumusan
Senario B menunjukkan berlakunya pembelajaran berpusatkan pelajar

38

Soalan-soalan tambahan:
1. Senario manakah memperlihatkan pembelajaran yang menggalakkan pelajar
menyertai proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif?
2. Apakah justifikasi terhadap pemilihan anda?
3. Mengapakah anda memilih senario B?
4. Apakah ciri-ciri dalam senario B yang menunjukkan penyertaan pelajar secara aktif?
5. Mengapa anda berkata demikian?

39

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN
BERPUSATKAN PELAJAR

Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar


merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang


untuk melibatkan pelajar secara aktif, dimana guru hanya
sebagai fasilitator.
Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi
keutamaan.
Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.

40

Aktiviti: Lengkapkan borang pengurusan grafik di bawah untuk membanding-bezakan


antara peranan guru dalam proses P & P tradisional dan berpusatkan pelajar.

PERANAN GURU DALAM


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TRADISIONAL

BERPUSATKAN PELAJAR

Gaya
Penyampaian

Penyertaan

Penilaian

Tempat

Kadar
Reflektif

41

Lampiran 2.1 - P3b

PERANAN PELAJAR DALAM


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TRADISIONAL

BERPUSATKAN PELAJAR

Penyertaan

Motivasi

Pemberatan

42

PERANAN GURU DALAM


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TRADISIONAL

BERPUSATKAN PELAJAR

Guru sebagai penyebar ilmu.


Pelajar kurang peranan
dalam proses pembelajaran

Guru sebagai fasilitator.


Pelajar terlibat dalam proses
pengajaran dan
pembelajaran

Guru aktif
Pelajar pasif.

Ujian dan penilaian formal


secara berkala

Gaya
Penyampaian

Penyertaan

Penilaian

Terhad dalam bilik darjah

Pelajar aktif
Guru sebagai fasilitator

Pemantauan tidak formal


secara berterusan

Tidak terhad.
Tempat

Pemikiran lebih tertumpu


pada bahan pengajaran dan
pembelajaran

Kadar
Reflektif

Pengamal reflektif yang


peka terhadap situasi bilik
darjah

43

PERANAN PELAJAR DALAM


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TRADISIONAL
Pasif, terhad pada ingatan
dan latihan

Ekstrinsik, Ganjaran dan


dendaan digunakan

Menekankan pencapaian
akademik, terhad kepada
pertandingan dan perlakuan
yang betul.

BERPUSATKAN PELAJAR

Penyertaan

Aktif, pembelajaran tertumpu


pada teknik penemuaan
(discovery techniques)

Motivasi

Intrinsik. Menekankan minat,


keseronokan dan
pencapaian pelajar.

Pemberatan

Menekankan potensi
individu, sosial dan
akademik, menumpu kada
kerjasama kumpulan dan
perlakuan kreatif

BIBLIOGRAFI

Carolyn Chapman. 1993. If The Shoes Fits .Australia. Hawker Brownlow Education.
David Lazear. 1993. Seven Ways of Teaching.
Education.

Australian,: Hawker Brownlow

David Waitley. 1985. The Joy of working , New York : Dodd, Mead & Company
James Bellanca. 1993. Multiple Assessment for Multi Intelligences for Multiple ..
Australia : Hawker Brownlow Education
Len A. Froyen. 1993. Classroom Management Dydney. Sydney : Maxwell Maemillion
International
Bahagian Pendidikan Guru & Maktab Perguruan Tuanku Bainun (1996). Pukal Latihan
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar.
Laman Web Yang berkaitan

1. http://www.gsu.edu/~mstswh/courses/it7000/papers/student-2.htm
2. http://vathena.arc.nasa.gov/curric/weather/adptcty/stcntr.html
3. http://www.newforums.com/newstudentseries.htm

Anda mungkin juga menyukai