Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ZON BINGKOR

KENINGAU
1.0 MATLAMAT
Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah serta meningkatkan
ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat
berbudaya.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.
2.2 Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang, joget, asli serta
tarian rakyat yang sistematik.
2.3 Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian di kalangan pelajar sekolah.
2.5 Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar.
3.0 PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT ZON BINGKOR.
3.2 Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni
bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap ganerasi agar is tidak luput ditelan zaman.
3.3 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni tari tradisional
dan tarian rakyat.
3.4 Pertandingan ini dijalankan di peringkat sekolah, zon,daerah/gabungan, negeri dan
kebangsaan.
4.0 PENYERTAAN
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah.
4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 10 orang dan
maksimum 12 orang.

4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan mestilah
terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2 kaum).
5.0 KONSEP TARIAN
5.1 Konsep persembahan terbahagi kepada 2 kategori:
Kategori A : Rampaian Empat tarian tradisional (Zapin, Joget, Inang, Asli) dan BUKAN gerak
tari KONTEMPORARI/KREASI BARU.
Kategori B : SATU tarian rakyat negeri-negeri atau SATU tarian etnik di Malaysia.
5.2 Setiap kumpulan wajib, mempersembahkan kedua-dua kategori tarian. (Rampaian Tarian
Tradisional dan SATU Tarian Rakyat/Etnik)
5.3 Persembahan kedua-dua kategori tarian tersebut wajib disertai oleh peserta yang sama.
5.4 Persembahan Kategori A hendaklah tidak kurang dari 6 minit dan tidak melebihi 8 minit.
Persembahan Kategori B hendaklah tidak kurang dari 4 minit dan tidak melebihi 6 minit.Masa
keseluruhan adalah 10 hingga 12 minit.
5.5 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah
ditetapkan.
6.0 LAGU / MUZIK IRINGAN
6.1 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu lama atau baru
tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.
6.2 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD sahaja
(Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan).
6.3 CD hendaklah diserahkan kepada pengelola pertandingan sehari sebelum pertandingan
dijalankan.
7. PENGHAKIMAN.
7.1 Dihakimi oleh empat (4) orang hakim dengan seorang ketua hakim.
7.2 Setiap hakim menghakimi semua bahagian pemarkahan.
7.3 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
7.4 Keputusan hakim adalah muktamad.

8.0 PAKAIAN / AKSESORI


Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah bersesuaian dan sopan.
9.0 CARA PEMARKAHAN
Kategori A (Rampaian Tarian Tradisional)
o Koreografi atau keaslian tari

35

o Koordinasi muzik dan gerakan 10


o Pecahan tari dan pola lantai

- 15

o Kesantunan

- 20

o Busana dan tatarias

- 20

MARKAH PENUH :

100

Kategori B (Satu Tarian Rakyat/Etnik)


o Koreografi atau keaslian tari

35

o Koordinasi muzik dan gerakan 10


o Pecahan tari dan pola lantai

15

c Kesantunan

20

o Busana dan tatarias

20

MARKAH PENUH :

100

Markah keseluruhan adalah gabungan daripada markah kedua-dua kategori.


10.0 HADIAH
10.1 Kategori A (Terbaik)
10.2 Kategori B (Terbaik)
10.3 Keseluruhan (Johan, Naib Johan, Ketiga)
10.4 Trofi, Sijil Penyertaan,saguhati dan Anugerah Penari Terbaik
10.0 TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN
Dewan Serbaguna Kg Jaya Baru Keningau,25 Februari 2015.

Anda mungkin juga menyukai