Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ORIENTASI TAHUN 1 /2015

SK SUNGAI UDANG,MELAKA
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Selamat datang kami ucapkan kepada semua ibubapa/penjaga murid tahun 1 dan
prasekolah bagi sesi persekolahan 2015

Pembuka Bicara
Bismillahhirrahmanirahim ..
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh ..dan Selamat Sejahtera
Salam 1 Malaysia,
Salam Melaka Maju Negeriku Sayang ,Negeri Bandar Teknologi Hijau,
Melaka 753Tahun ,Salam Melaka Maju Fasa Ke2
Yang berusaha Pn Hjh Noryati bt Che Man ,Guru Besar SK Sungai Udang ,
Yang dihormati Tn Hj Badaruddin bin Selamat ,Pengerusi PIBG SK Sungai Udang ,
Pn Siah Bt Kechut ,Penolong Kanan Kurikulum ,
Rakan-rakan guru dan ahli jawatankuasa Hari orientasi tahun 1 2015
Serta para ibubapa /penjaga murid tahun 1 bagi sesi persekolahan 2015 yang
dirahmati sekelian
Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi
kekuatan kepada kita untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia
ini bagi menyempurnakan Hari Orientasi ,Pendaftaran dan Transisi Murid Tahun 1
bagi tahun 2015. Terlebih dahulu pihak majlis ingin mengucapkan selamat datang
sekali lagi kepada semua murid bongsu tahun 1 dan hadirin ,hadirat yang dirahmati
sekelian.
Untuk pengetahuan semua program ini dijalankan adalah untuk memberi suntikan
kepada murid-murid baru yang akan menempuh alam persekolahan supaya lebih
bersedia menjelangnya hari persekolahan sebenar.Disamping itu juga ,program ini
bermatlamat untuk menjelaskan kepada ibu bapa /penjaga hal-hal berkaitan
persekolahan anak-anak yang perlu mereka ketahui bagi mereka yang lebih lebih lagi
anak-anaknya baru melangkah ke alam persekolahan demi menjalinkan hubungan yang
lebih rapat di antara sekolah dengan ibu bapa serta untuk kebaikan bersama.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan


Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Bacaan Doa
Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,
Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustaz Mohd
Fitri Bin Abd Karim untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.

....Tamat Bacaan doa


aamin Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan Alu-aluan GB
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha Puan Guru
Besar Pn Hjh Noryati Bt Cheman untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.
.Tamat Ucapan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Guru Besar atas ucapan alu-aluan
sebentar tadi

Ucapan Pengerusi PIBG


Para hadirin yang dihormati sekalian,
Tampak cahaya jauh di kuala
kerdipan cahaya menawan hati
Tuan Pengerusi kita persila
ucapan bermakna kita hayati
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pula yang dihormat
Pengerusi PIBG SKSU Tn Hj Badaruddin Bin Selamat untuk menyampaikan ucapan .
Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.
Seterusnya kita akan mendengar pula taklimat ringaks daripada beberapa orang
guru penyelaras untuk murid tahun 1 ini .
Untuk itu saya mempersilakan ..
1) Pn Dayang Julida Bt Abg Tar Penyelaras Hari Orientasi dan Transisi Murid
Tahun 1 /2015 untuk menyampaikan ucapan dan taklimat berkaitan perjalanan
program ini .dipersilakan .
2) Seterusnya saya menjemput pula ,Pn Ufairah Al Abidah bt Ibrahim ,Penyelaras
Skim Pinjaman Buku Teks untuk menyampaikan taklimat berkenaan dengan
perihal buku spbt dipersilakan
3) Seterusnya saya mempersilakan pula,Pn Siti Saadah Bt Saad Penyelaras
Program J-qaf untuk menyampaikan taklimat berkenaan Program JQAF
..dipersilakan
Demikianlah tadi ucapan dan taklimat yang telah disampaikan oleh kesemua
ahlijawatankuasa promram ini . Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua atas kesudian menyampaikan taklimat dan
ucapan .

Pengumuman
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Buat makluman para ibubapa/penjaga, selepas sahaja selesai sesi taklimat
pendaftaran ini, ibubapa dan penjaga boleh lah meneruskan sesi pendaftaran di
bahagian belakang dewan ini mengikut kelas anak tuan-puan .

Penutup
Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada
semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang
berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon
maaf.
Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa
Asap api embun berderai
Patah galah berderai semalu
Niat hati tak mahu bercerai
Namun masa cemburu selalu
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.