Anda di halaman 1dari 4

Bersabarlah Wahai Ibu

Oleh: EDITORIAL MAJALAH I


Tarikh: 19 Jun 2014
Rumah adalah sekolah pertama bagi anak. Berjaya atau tidak seorang anak itu adalah
bergantung kepada bagaimana dia dididik dan dibentuk oleh anggota keluarga.
Penyejuk mata, alangkah indahnya sebutan itu. Namun keadaan itu akan berubah tatkala diri
sering dihimpit bebanan tugas yang tiada penghabisnya, pasangan yang kurang bersimpati dan
tidak juga membantu, serta anak-anak yang nakal dan sukar diatur.
Maka, usahkan penyejuk mata, kadang-kala kepala dan telinga mula berasap, nafas menjadi
pendek, dan tersekat-sekat menahan marah. Syaitan pula tertawa nang, kerana kita sudah
terperangkap dengan pujuk rayu nafsu sendiri. Jeratan syaitan tidak hanya terhenti di situ,
seluruh tubuh menjadi panas, dan tegang, sehingga
merangsang tubuh dan fikiran untuk melakukan hal yang di luar jangkaan. Cahaya mata yang
pernah dipeluk, dicium dan dibelai menangis kerana tubuhnya mula disakiti. Sungguh sampai
hati kita menyakiti buah hati sendiri. Dan doa yang pernah dipohon menjadi hampa dan sia-sia.
Cuba ingatkan pesanan ibu yang pernah melahirkan dan membesarkan kita. Tatkala lahir cucu
sulungnya, ibu tidak putus-putus berdoa dan mengingatkan kita untuk menjadi seorang ibu yang
penyayang dan penyabar sepertinya. Kasihi anakmu dan istighfar banyakbanyak. Sekalipun si
kecil ini berbuat salah, ingatlah pada Allah nak
Ingatlah, tindakan keras bukan jalan terbaik untuk membentuk dan mengajar anak tentang
kehidupan. Jika hal itu terjadi, pasti ada yang silap ketika kita mendidik anak. Ibu yang
tenggelam dalam emosi hanya akan membuatkan si anak menjadi makin bertanduk. Dan
suasana pula akan mula tegang, panas, dan sesak.
Berubahlah wahai ibu, dan jangan biarkan dirimu dikuasai emosi. Mungkin sukar tetapi inilah

jalan terbaik untuk menjadikan kita seorang ibu yang kuat dalamannya. Ukirkanlah senyuman
ketika anak-anakmu mula bercakaran dan bertengkar. Usah khuatir untuk trial dan error. Kerana
penghujung jalannya akan adakan kemanisan yang singgah Dalam beberapa kesempatan, para
ibu pasti sering ditanya sama ada pernah meluahkan rasa marah pada anak atau tidak. Tentu
saja jawapannya adalah ya, namun is bergantung kepada kesalahan yang dilakukan oleh anak.
"Tentu sahaja aku akan berlaku baik terhadap anakku yang taat, mendengar kata, patuh
kepada nasihat dan tidak melakukan kesalahan yang disengajakan. Memberi pujian kepada
anak merupakan satu semangat yang dapat membantu anak ketika keresahan.
Namun, sekiranya mereka melakukan kesalahan yang berulang, berlaku nakal dan tidak
mengikut nasihat, sudah pasti anakku itu akan kumarahi. Tujuannya satu, aku ingin mendidik
mereka agar menjadi seorang anak yang berguna untuk agama, keluarga dan Negara.
Anak itu Amanah dan Ujian
Sebagai risiko kepada amanah, seorang ibu itu dituntut untuk memberikan sepenuh perhatian,
dan kasih sayang kepada anak. Baik dalam bentuk material mahupun psikologi.

Sepertimana yang diingatkan oleh Allah SWT melalui surah Tahrim ayat 6, yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka [At
Tahrim : 6].
Anak, selain berfungsi sebagai penyejuk mata, ia berupa fitnah yang boleh menggoda, bahkan
berpotensi untuk membawa orang tuanya menuju ke jurang kenistaan. Dugaan ini boleh terjadi,
lantaran fitnah orang tua yang terlalu menyayangi anak-anaknya sehingga membiarkan
anaknya bebas dari teguran dan didikan.
Allah SWT mengingatkan :Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteriisterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu
terhadapnya [At Taghabun : 14].

Sifat rahmat dalam agama Islam mencakupi dunia dan akhirat, manusia, haiwan,burung dan
alam semester. Allah SWT juga berfi rman:

Dan rahmatku meliputi segala sesuatu. [Surah al Araf: 156].

Dalam ayat di atas, Allah menyifatkan diri-Nya dengan sifat rahmat.


Sepertimana firman Allah:Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu (Muhammad), melainkan
untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. [Surah al Anbiya: 107].
Ayat di atas bersifat umum, meliputi manusia, jin, haiwan, burung, dan binatang-binatang yang
menghuni daratan mahupun lautan. Allah SWT memerintahkan (kaum Muslimin) agar bersikap
berkasih sayang dalam segala hal dan tindakan. Semakin lemah seseorang insan itu, maka
bertambah besarlah curahan kasih sayang, dana kelembutan buatnya. Oleh disebabkan itu,
Allah SWT melarang kita mengherdik dan berbuat jahat terhadap anak yatim, begitu juga
dengan anak sendiri.
Berlemah-Lembut
Nabi Muhammad s.a.w tidak mencaci orang badui yang kencing di masjid, juga tidak
memukulnya, kerana mengetahui orang itu tidak tahu tentang hukum dan keadaannya. Oleh itu,
baginda s.a.w tidak bersikap kasar terhadapnya.
Demikian juga, ketika kesalahan sahabat Muawiyah bin Hakam as Sulami yang mendoakan
orang yang bersin semasa sembahyang. Selepas sembahyang Nabi s.a.w. hanya menasihati :
Ini adalah solat tidak pantas di dalamnya diucapkan perkataan-perkataan dengan orang. (Yang
dikerjakan) hanya mengucapkan tasbih, takbir dan membaca al-Quran.
Begitu melihat lembutnya teguran Nabi, maka ia pun berkata : Aku tebus engkau dengan ayah
dan ibuku. Aku tidak pernah melihat pendidik sebelum dan sesudah itu yang lebih baik cara
mendidiknya dibandingkan beliau. Beliau tidak mengherdikku, tidak memukulku, (juga) tidak
mencaci makiku.
Inilah antara karakter yang menguasai peribadi Nabi s.a.w, yang menjadi uswah (teladan) bagi
seorang guru, pendidik ataupun ibu bapa. Sifat kelembutan dan kasih-sayang menjadi simbol,
apatah lagi kepada anak-anak. Allah SWT berfirman :
Dan sungguh pada diri Rasulullah terdapat teladan yang baik bagi kalian, (iaitu) orang yang
mengharapkan pertemuan dengan Allah dan mengingati Allah dengan banyak. [al Ahzab : 21].
Apabila rasa cinta, dan kasih sayang itu kurang dicurahkan kepada anak-anak, maka tidak
mustahillah jika si anak itu akan mempunyai peribadi dan perilaku yang aneh di tengah
komuniti. Misalnya tidak pandai berinteraksi dengan orang luar, kurang memiliki kepercayaan

diri, kurang kepekaan sosial, serta tidak mempunyai semangat bergotong-royong ataupun
pengorbanan.
Islam juga turut memperakui cara didikan seperti iqab iaitu hukuman. Namun bentuk-bentuk
hukuman itu adalah pilihan yang terakhir, dan perlu mengikut garis-garis yang dilandaskan oleh
Islam. Seorang ibu itu tidak boleh menganiaya sesiapapun, apatah lagi jika insan itu adalah
cahaya matanya.
Tindakan melulu seorang ibu atau ayah, baik yang bersifat fizikal, emosi mahupun psikologi, ia
tetap tergolong di dalam kategori zalim. Dan akan dipertanggungjawabkan ketika di akhirat
kelak.
Justeru, untuk menjadi seorang ibu yang berjaya, jauhilah didikan berbentuk hukuman fizikal.
Kekerasan dan hukuman yang melampau ini merupakan sebuah tindakan yang sia-sia dan
berbahaya. Metode mendidik dengan cara menampar, mencubit, dan memukul bukanlah
kaedah yang efektif untuk memberikan kesedaran. Sebaliknya ia akan menimbulkan luka batin,
trauma serta mengganggu pertumbuhan keperibadian seorang anak itu.
Share on facebookShare on twitterShare on print

Anda mungkin juga menyukai