Mata Pelajaran
Tajuk
Sub Tajuk
:
:
2 Pengeluaran
2.2 Perancangan Pengeluaran
2.2.3 Susun atur proses pengeluaran
(c) menjelaskan objektif susun atur dan jenis-jenis susun atur secara tetap, proses, produk, dan
selular;
PANDUAN GURU
Susun atur proses pengeluaran
1. Susun atur tetap (1m)
Proses pengeluaran kekal di satu lokasi di mana semua input pengeluaranseperti bahan
mentah/tenaga kerja/mesin/peralatan, dibawa ke lokasi tersebut.
Proses pengeluaran kekal/tetap di satu lokasi sehingga produk tersebut siap.
Susun atur seperti ini lazimnya bagi pengeluaran produk yang mempunyai ciri-ciri berikut:
produk yang berat, besar, mudah pecah, digunakan di lokasi berkenaan
Contoh: Pembinaan-pembinaan rumah, kapal laut, lebuh raya, jambatan, empangan, kapal
terbang.
Penyusunan semua input pengeluaran seperti mesin, tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan,
disusun mengikut fungsi kerja.
Penghasilan produk tidak seragam/berbeza mengikut kuantiti keluaran.
Pengeluaran dalam kumpulan kecil.
Pelanggan yang berbeza mengikut keperluan perkhidmatan yang diingini.
Sumber-sumber digunakan secara bersama oleh pekerja yang berbeza iaitu melibatkan
perkongsian sumber/
Contoh: Bengkel membaiki kereta, perkhidmatan bank, bengkel perkayuan, kek tempahan,
perkhidmatan hospital.
Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan mentah, dan peralatan, disusun
khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk.
Penghasilan produk yang seragam.
Pengeluaran dalam kuantiti yang banyak (pengeluaran massa).
Lini/barisan pemasangan (assembly line)
Contoh: Pengeluaran-pengeluaran automobil, kasut, komputer, barangan elektrik,
pemperosesan makanan, atau pakaian.
Susun atur selular adalah satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk dengan
hanya menggunakan bahan dan alatan yang sedikit.
Peralatan dan stesen kerja ini disusun dalam urutan yang melalui sesuatu proses yang
menyokong aliran/susunan bahan mentah dan komponen secara lancar, tanpa berlaku
kelewatan.
Proses aliran yang menggabungkan operasi mesin dan secara manual yang sangat efisien
untuk menghasilkan bahan/produk yang mempunyai nilai tambah yang tinggi tetapi
mengurangkan kadar pembaziran.
Menjimatkan ruang kerja, meningkatkan produktiviti, meningkatkan kecekapan pekerja dan
menjimatka masa.