Anda di halaman 1dari 1

KES BULI DI SEKOLAH

Kes buli di sekolah bukanlah satu perkara asing dan sentiasa berlaku peningkatan dari
semasa ke semasa. Namun terdapat juga kes buli yang tidak direkodkan oleh sekolah untuk
menjaga nama baik dan reputasi sekolah tersebut. Dalam kajian untuk menangani kes buli di
sekolah, terdapat pelbagai faktor yang harus dilihat dan difahami iaitu jenis tingkah laku buli,
ciri-ciri individu yang bertingkah laku membuli dan dibuli, punca-punca kejadian buli, kesan
tingkah laku buli terhadap pembuli dan mangsanya serta teori-teori pencegahan yang berkesan
untuk mengatasi masalah tingkah laku buli ini.