Anda di halaman 1dari 23

SEKAPUR SIRIH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang.Bersyukur kehadrat-Nya atas
segala limpah rahmat kurniaan-Nya atas kemampuan bagi menyiapkan tugasan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Abu Hassan bin Hewap selaku
Pensyarah SJ1192 Kemahiran Ikhtisas Gelanggang (Tenis) dan tidak lupa juga kepada
Instruktur kami iaitu Cik Kamariah dan juga tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan.
Sesungguhnya jika diteliti secara halus falsafah bagi kemahiran Ikhtisas
Gelanggang, janganlah dipandang sepi. Keperluan kursus ini bagi alaf baru amatlah
diperlukan,terutamanya bagi meningkatkan taraf sukan tenis secara umumnya. Sebagai
individu yang terlibat secara langsung dalam bidang sains sukan, pengamatan terhadap
bidang ini amat dituntut.Tambahan pula sebagai seorang pendidik bagi generasi muda
yang masih kabur tentang bidang ini, ilmu tambahan haruslah diperkemaskini agar
tidak ketinggalan dalam penyampaian wahana kepada pelajar.Perkara ini janganlah
dipandang mudah kerana sebagai pendidik, kita adalah wadah kepada pelajar.

Sekian , terima kasih

NORINI BINTI YUSOF


(2000206353)

BUTIR PERIBADI
Nama
No.Matrik
No.Kp
Tinggi
Berat
Agama
Bangsa
Asal
Alamat semasa

Norini binti Yusof


2000206353
750102067234
161cm
50kg
Islam
Melayu
Pahang
B 404 Kolej Kediaman Proton City
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim

Alamat tetap

perak.
Kampung Jeragan
28500 Lanchang
Pahang

PROGRAM PENDIDIKAN SINS SUKAN


FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

NAMA KURSUS
KOD KURSUS
KREDIT
PENSYARAH
SINOPSIS

KEMAHIRAN IKTISAS 1 (SUKAN GELANGGANG ; TENIS)


SJ1192
2 (0+2)
EN. ABU HASSAN HEWAP (M . Sc.)

Analisis lakuan kemahiran tenis ; ansur maju pengajaran dan


pembelajaran tenis ; aplikasi teori dan prinsip dalam
kemahiran tennis ; kaedah mengajar dan melatih tenis
;undang-undang

tenis;

perancangan

dan

pengelolaan

program / kemahiran tenis;pengurusan dan pengelolaan


MATLAMAT

sesuatu kejohanan tenis.


Melahirkan graduan yang berminat dan berkemampuan

OBJEKTIF

bermain,melatih dan mengelola pertandingan permainan tenis.


Di akhir kursus ini pelajar dapat :1. Mempertingkatkan kemahiran bermain tenis
2. Mengaplikasi prinsip dan teori perolehan kemahiran
tenis
3. Menyempurna sahsiah diri sebagai jurulatih tenis yang
professional,cekal dan berwibawa
4. Kelulusan

sekurang-kurangnya

kejurulatihan dan kepegawaian tenis.

peringkat

tiga

SJ II92
KEMAHIRAN IKHTISAS GELANGGANG
(TENIS)

BUKU SUMBER
PENSYARAH:
EN. ABU HASSAN BIN HEWAP (M. Sc.)
NAMA PELJAR:
NORINI BINTI YUSOF
(2000206353)
SAINS SUKAN
TAHUN SATU (2000/2001)
2.0

PERALATAN PERALATAN ASAS TENIS

2.1

PERALATAN

Peralatan untuk bermain tidaklah banyak dan perbelanjaan untuk menyediakan


peralatan ini tidak begitu mahal.Peralatan utama permainan ini ialah
gelanggang,raket dan bola.

2.2

GLANGGANG
1. Gelanggang tenis mempunyai bentuk segiempat tepat tang berukuran 78 kaki
panjang (23.77m) x 27 kaki lebar. Ia dibahagikan kepada 2 bahagian dari net yang
tergantung pada tali atau kebal dengan diameter maksimum 1/3 daripada 1 inci
(0.8cm)
2. Setiap hujung net dipasang mengenai dan melepasi atas kedua-dua belah tiang
tetapi tidak melebihi 6 inci (15 cm) empat segi / 6 inci (15cm) diameter.Perletakan
net di atas tiang tidak melebih 1 inci atas daripada dawai.
3. Kedudukan tiang adalah3 kaki dari net ke garisan luar gelanggang ,manakala
tingginya pula mencapai bahagian atas dawai perentang net/jarring iaitu 3 kaki 6
inci (1.07m) dari aras tanah
4. Untuk kombinasi permainan regu (rujuk undang-undang 34) dan gelanggang
perseorangan mempunyai perbezaan iaitu dengan menggunakan ukuran yang
disukat dengan reket yang dipanggil

`single stick iaitu untuk permainan

perseorangan.Ia perlu disokong kepada ketinggian 3 kaki 6 inici.Titik tengah tiang


(single) adalah diukur pada jarak 3 kaki dari garis luar kedua-dua belah
gelanggang permainan.
5. Jaring akan diregang sepenuhnya untuk memenuhi ruang dua tiang dan bertujuan
untuk menghalang bola dari melepasi gelanggang.Ketinggian ditengah-tengah net
mencapai 3 kaki.Ianya ditanda dengan pita penanda yang tidak melebihi 2 inci
lebar (5cm) dan perlu berwarna putih.
6. Dawai atau tali kebel perentang diselaputi dengan kain pembalut tidak lebih 2
inci (6.35) tebal dan berwarna putih.Pada jarring pita penanda atau pembalut net
tidak boleh dilekatkan dengan apa-apa tanda iklan.

7. Garis yang mengelilingi gelanggang ialah garisan belakang dan garisan


tepi.Padakedua-dua belah jarring,pada jarak 21 kaki darinya dilukis dengan garis
servis.Pada kedua ruang antara net dan garis tepi (side line)dibahagi sama rata
iaitu dipanggil gelanggang servis.(servis court)
8. Ditanda pada tengah garis servis terus melepasi titik tengah garis jarring ke
garisan servis gelanggang sebelah jarring,garisan ditanda selebar 2 inci,ianya
selari dengan garis tepi.
9. Setiap garis belakang (base line) perlu digambarkan berhubung dengan tengah
garis servis dan satu garisan 4 kaki panjang dan 2 kaki lebar dipanggil `penanda
tengah atau`center mark yang dilihat di dalam gelanggang.
10. Semua garisan lain yang ada pun tidak melebihi 1 kaki atau 2 kaki lebar.Semua
ukuran dibuat bahagian luar garisan yang mana ianya adalah perlu seragam
(sama) .Pada tanda pengiklanan di bahagian-bahagian gelanggang tidak boleh
mempunyai warna putih/kuning.Warna lembut hanya dibenarkan sekiranya tak
mengganggu pemain.

GELANGGANG

JARING

Jaring untuk permainan tenis diperbuat daripada dawai keluli atau kapas atau rami
yang dipintal dan digantung pada kabel yang tahan karat dan dilitupi dengan pita
putih.Bahagian bawah jarring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti
0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian
tiangnya.Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

2.4

BOLA TENIS

Bola tenis biasanya berwarna hijau kekuningan . Beratnya antara 5.8-6.7


gram.Manakala saiznya pula antara 6.35-6.67 cm. Bola tenis yang hendak digunakan
dalam peertandingan atau latihan mestilah permukaanya masih berbulu dan bebas
daripada air. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan
kering. Terdapat dua jenis bola . Pertama , bola yang dikembungkan semasa dibuat dan
kedua , bola yang tidak dikenakan apa-apa tekanan di dalamnya, jenis yang kedua adalah
lebih sesuai kerana ia boleh mengekalkan lantunan yang seragam.

2.5

RAKET

Raket tenis diperbuat daripada pelbagai bahan.Raket tenis yang diperbuat


daripada aluminium adalah jenis yang paling murah.Harga raket bergantung
kepadad bahan yang digunakan untuk membuatnya.Ada juga raket yang diperbuat
daripada fiberglass dan karbon.Malah bahan-bahan seperti gentian sentitik,boron
atau seramik juga digunakan.
Pemilihan raket yang sesuai amat penting kerana ia mempengaruhi ketika
melakuakn hayunan semasa permainan.Pemilihan raket yang tidak sesuai juga
akan menyebabkan kerosakan pada lengan dengan cepat.

2.6

PAKAIAN

Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk


sesuatu permainan.Sebagai seoarang pemaian tenis pemilihan pakaian yang sesuai
juga penting.Ini kerana setiap pakaian yang dipakai tiadak menggangu pergerakan
semasa dalam permainan.
Kasut merupakan kelengkapan penting dalam permainan tenis.Kasut yang
mahal tidak semestinya kasut yang terbaik dan ianya bukan jaminan untuk
merangkul kejuaraan.
Perkara penting semasa membeli atau memilih kasut tenis ialah keselesaan
dan kesesuaian.Kasut yang baik ialah kasut yang memepunyai tumit yang lembut
dan tidak memberi tekanan kepada achelles tendon. Kasut leather lebih baik dan
sesuai berbanding kasut canvas atau naylon.
Kebanyakan

kelab

tenis

mengesyorkan

pemakaian

warna

putih.Namun,keselesaan pemakaian terhadap stoking,baju,seluar atau skirt perlu


diambil kira.Penggunaan tracaksuit untuk melakukan warming up sebelum atau
selepas bermain juga tidak salah.Membawa beg untuk menyimpan tuala,first aid
kit,raket dan baju juga idea yang baik.

SERVIS

MEMBUAT SERVIS
Terdapat tiga jenis servis iaitu servis cantas,servis datar dan servis belit atau
pintal. Tisp-tiap satu mempunyai kegunaan dan kelebihan tertentu.Untuk mendapatkan
servis yang berkesan bergantung kepada cara pelepasan bola,iaitu kedudukan bola di
udara sebelum pukulan dibuat. Semasa membuat servis ,perkara penting ialah kedudukan
kaki dan badan pemain berkenaan.kaki depan hendaklah berada pada sudut 45 darjah
dengan garis belakang dan berat badan tertumpu pada kaki belakang.Mana-mana kaki
tidak dibenarkan memijak garisan tempat membuat servis.Seeloknya sediakan dua biji
bola dalam pegangan supaya tidak menggangu rentak servis apabila servis pertama gagal.

SERVIS CANTAS
Servis

ini

adalah

servis

umum

dan

boleh

digunakan

untuk

semua

permainan.Servis cantas yang mempunyai putaran sisi kanan adalah lebih baik kerana ia
melengkung ke dalam kotak servis.Untuk servis ini,cekak pukulan kilas digunakan untuk
kemudahan memutar bola.Hayunan raket sebaiknya hendaklah jauh ke belakang dan
badan dibengkokkan sedikit ke belakang.Apabila bersedia membuat servis,berat badan
berpindah dari kaki belakang ke kaki depan.

Servis datar adalah pukulan kuat tanpa putaran di mana lintasan bola adalah lurus dan
melantun dengan rendah.Ia biasanya digunakan dalam servis pertama sebagai ujian

terhadap pihak lawan.Untuk servis ini, kedudukan kaki dan badan adalah sama.Bola
dilambung supaya jatuh didepan disebelah kanan kaki.Bola hendaklah dipukul dengan
kuat,dan hayunan raket licin manakala berat badan ditumpukan pada pukulan.

SERVIS BELIT
Servis jenis ini mempunyai putaran sisi dan putaran atas melengkung ke dalam
kotak servis.Servis belit agak susah dan harus dipelajari hanya selepas seseorang itu telah
mempelajari servis cantas dan servis datar.kedudukan kaki dan badan jugaadalah
sama.Bola diletakkan pada sebelah kiri kerana pemaian itu harus membuat satu pusingan
yang betul.Bola dilambung tetapi jangan terlalu tinggi dan biarkan jatuh pada garisan
belakang . Seharusnya bola dilambung dekat dengan badan.Semasa bola meninggalkan
tangan,lutut dibengkokkan dan bersedia untuk membuat pukulan.

JENIS- JENIS
PUKULAN

Pukulan pepat
Raket hendaklah dipegang tepat di hadapan iaitu hampir selari dengan
tanah,supaya dapat membuat kedua-dua pukulan pepat dan pukulan kilas dengan
menghayunnya dalam jarak yang sama.Tangan yang bebas haruslah memegang leher
raket itu.Inilah kedudukan untuk memulakan backswing .Cara memegang raket untuk
pukulan ini dinamakan estern forehand grip, di mana tangan yang bebas memegang leher
raket dalam kedudukan bersedia. Ketika memulakan pukulan,bahagian atas badan dan
bahu akan memutarkan manakala raket dihayun ke belakang .Berat badan tertumpu pada
kaki belakang

supaya dapat menolak bola dengan kuat.Kemudian berat diubahkan

kepada kaki depan pula dengan tujuan membuat pukulan .Kaki hendaklah di hadapan
sedikit supaya membolehkan putaran badan semasa memukul.

PUKULAN KILAS ATAS.


Bagi pukulan ini, eastern backhand grip digunakan untuk memegang raket ,bagi
membolehkan pemusingan tanagn lebih kurang suku bulatan ke kiri.Dalam keadaan
bersedia,kaki dibuka selebar jarak bahu,lutut dibengkokan dan bahagian atas badan
condong sedikit ke depan.Berat badan ditumpukan pada lutut,manakala raket hendaklah
menuju tepat kehadapan hampir selari dengan tanah dan leher raket dipegang denagn
tangan yang bebas.Tangan yang bebas berperanan menolong memutarkan raket
supayadapat cekak teguh dan mengawasi raket dalam backwing .Untuk memukul bola,berat
badan dipindahkan kebelakang apabila raket digerakkan ke belakang.Apabila backswing
telah lengkap,hampir semua badan berada pada kaki belakang pula.Raket hendaklah
dihayunkan ke belakang dengan licin bersama pusingan badan / bahu mestilah kukuh dan
cekakan pada rakey haruslah ketat.Selepas itu,pergelangan tangan

dikendurkan untuk

melengkapkan follow through.

PUKULAN KILAS BAWAH


Cekakan yang digunakan bagi tujuan pukulan kilas bawah ialah continental grip
iaitu dengan memutarkan tangan kira-kira saru perlapan daripada kedudukan eastern
backhand grip.Raket dibawa sejauh mungkin kebelakang dengan kepala raket menghala ke
atas.Raket dihayun ke depan dan kebawahuntuk menghasilkan spin serta menjejak ke arah
bola untuk mengekalkan berat badan,manakala mata ditunjukkan pada bola.Biarkan raket
meneruskan gerakan sehingga gerakan semulajadi lengan membawa raket ke atas untuk
follow through.Apabila raket bertemu bola tepat di hadapan kaki depan,gerakan ke bawah
raket itu akan menghasilkan underspin.Jika bola itu rendah,bengkokkan lutut sedikit
supaya raket masih dengan pinggang.Gerakan raket hendaklah tinggi rendah dan sentuhan
bola hendaklah seberapa lama untuk menghasilkan spin.

PUKULAN KILAS DUA TANGAN


Cara memegang raket untuk pukulan ini ialah dengan menggunakan cekak
pukulan kilas pada tangan kanan dan cekak pukulan pepat tangan kiri.Kedua-dua tangan
ini mestilah bersama tetapi tidak bertindih dan mencekak raket dengan ketat.Bahagian
atas badan dipusingkan supaya bahu belakang dapat bergerak keluar untuk membolehkan
lengan kiri dan raket belakang.Raket dibawa sehingga berada di bawah sedikit daripada
penerbangan bola yang dijangkakan.Ini bermakna raket akan dibawa ke atas semasa bola
dipukul dan mengakibatkan satu top spin.Sentuhan bola hendaklah dibuat pada paras
pinggang dan sedekat yang mungkin kepada lutut depan.Semasa bola meninggalkan raket
semua berat badan berpindah kepada kaki depan.Perlu diingat iaitu pandangan hendaklah
ditumpukan pada bola dan bukan pada lawan anda.Lengkapkan follow through dengan
memusingkan bahagian atas badan supaya bahu belakang sampai pada titik di mana bola
meninggalkan raket.

PUKULAN SANGGA
Terdapat dua jenis pukulan sangga(volley) iaitu sangga pepat (forehand volley)
dan sanga kilas (backhand volley). Pukulan sanga yang baik adalaah kejayaan
terutamanya apabila bermain dekat jaring sama ada untuk perseorangan mahupun
beregu.Dalam kedua-dua pukulan sangga ini, perkara yang penting ialah kedudukan
pemain yang akan membuat pukulan ini haruslah berada dekat jaring.

PUKULAN SANGGA PEPAT


Badan hendaklah sentiasa bersedia dan mata ditumpukan pada bola.Raket
dipegang di depan anda.Cekakan pada raket hendaklah ketat dan kemas.Jika cekakan itu
longgar, raket akan bergerak dan tergoyang di dalam tangan dan menyebabkan
kehilangan kawalan. Pukulan ini ialah pergerakan di mana pukulannya di bawah sedikit
seperti menghiris. Adalah lebih mudah memukul bola di sebelah depan luar badan.
PUKULAN SANGGA KILAS.
Ramai pemain berpendapat pukulan jenis ini mudah . Anda hendaklah dalam
kedudukan bersedia, iaitu dengan berdiri seakan-akan membongkok. Pertama sekali ialah
memasukkan bahu anda supaya bahagian atas badan selari dengan garisan penerbangan
bola. Sentuhan bola dengan rekat ialah di depan badan.Adalah penting memukul bola
antara enam inci-satu kaki di atas badan.Cekakan atau pegangan raket hendaklah kukuh.

TEKNIK- TEKNIK CEKAK

A. Rajah 1 : Cekak pukulan sangga Eastern atau cekak jabat tangan.

Rajah B : Cekak pukulan sangga separuh Western.

Rajah C : Cekak pukulan kilas Eastern

Rajah D : Cekak pukulan kilas dua tangan

Rajah E : Cekak lepak / Kontinental

PENGENALAN SEJARAH TENIS


Bagaimana Tenis Bermula ?

Pada abad ke-11, sejenis permainan dikenali sebagai jen de paume, yang
paling hampir dengan tenis kini, dimainkan buat kali pertama di sebuah kawasan
di Perancis. Bola yang digunakan dalam permainan itu disalutkan dengan benang
dan berbulu, manakala pemukulnya hanyalah tangan manusia. Ia dimainkan
antara seorang dengan seorang yang lain.
Pada abad ke-13, permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan
Britain. Di Britain ia mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang
singkat. Ramai rakyat tempatan yang meminati permainan ini dan mula
memainkannya. Sejak itu, perkembangan sukan ini terus meningkat ke beberapa
negara Eropah lain.
Raket tali mula diperkenalkan dalam abad ke-15 oleh Antonia da Scalo,
seorang paderi berbangsa Itali. Beliau juga menulis undang-undang umum bagi
bagi semua permainan yang mengunakan bola termasuk tenis . Tenis pada
mulanya di mainkan oleh golongan atasan, tetapi tenis gelanggang rumput yang
terkenal pada zaman pemerintahan Queen Victoria, disertai oleh golongan
pertengahan yang menjadikannya sebagai permainan luar.
Pada tahun 1872, kelab Tenis pertama telah ditubuhkan oleh J.B. Perera,
Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr Arthur Tomkins, dikenali sebagai
Kelab Leamington, Perancis. Kejohanan Tenis Gelanggang

Rumput bermula

pada tahun 1877 (sekarang dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon). Jaguh


pertama ialah Spencer William Gore.

PERMAINAN ANTARABANGSA
Persekutuan Lawn Tenis Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1881
dan setahun kemudian menganjurkan kejohanan di Newport, Pulau Rhode. Acara
perseorangan wanita telah dipertandingan. Acara perseorangan

wanita

dipertanding pertama kali di Wimbledon pada tahun 1884 dan pada 1887 acara ini
diperkenalkan di kejohanan di Amerika Syarikat. Kejohanan tenis Perancis
diadakan pada pada 1891, tetapi hanya dibuka kepada ahli-ahli kelab di negara
itu sahaja. Ia bertukar ke taraf antarabangasa pada tahun 1925. Sirkit yang
keempat Grand Slam ialah kejohanan di Australia dan hanya bermula pada tahun
1905.
Untuk

menyelaraskan

permainan

ini,

Persekutuan

Lawan

Tenis

Antarabangsa ( International Lawn Tenis Federation)telah ditubuhkan dalam


bulan Mac 1913.
Pada tahun 1938, pemain Amerika Syarikat, Donald Budge telah menjadi
pemain pertama memperolehi Grand Slam.Beliau memenangi empat kejohanan
dalam setahun , iaitu Kejohanan Wimbledon, Amerika Syarikat, Perancis dan
Australia. Sejak itu hanya seorang pemain yang lain telah memenanginya iaitu
Rod Lever, pemain Australia yang memenangi dalam tahun 1962 dan 1969.
Lottie Dod pula merupakan pemain wanita paling muda memenangi
wimbledon, Iaitu ketika berusia 15 tahun. Beliau telah menguasai tenis wanita
untuk beberapa tahun sebelum menjadi pemaingolf yang terkenal. Hellen
WillaMoody pemain wanita Amerika Syarikat juga telah memenangi Kejohanan
Wimbledon dengan rekod lapan kali. Martina Navratilova telah memenangi
keempat-empat gelaran yang terdapat dalam Grand Slam.(Yusof Ismail 1991:hlm
1-3)

PERTANDINGAN PIALA DAVIS

Pertandingan

Piala

Davis,

sepertimana

kejohanan

lain

yang

dipertandingkan antara pasukan negara telah menjadi pertandingan kalak mati


pada tahun 1973. Negara-negara baru seperti Romania, Czechoslovakia dan
Sweden telah menggugat ketokohan negara-negara Amerika Syarikat dan
Australia. Pemain baru seperti Illie Nastase, Borg, Ivan Lendl dan juga yang
paling baru Boris Becker, Stefan Edberg telah muncul untuk mencabar pemain
pemain lama.Catatan kemenangan Bjorn Borg selepas perang bagi perseorangan
lelaki di Wimbledon selama lima tahun berturut-turut tidak mungkin dikuasai oleh
mana-mana pemain lelaki di masa akan dating.
Martina Navratilova telah menyamai malah melebihinya tetapi beliau ialah
pemain wanita. Beliau telah mencatat kemenangan enam tahun berturut-turut dan
sebanyak lapan kali kesemunya bagi acara perseorangan wanita Wimbledon.
Pemain wanita Jerman Barat , Steffi Graf telah memenagi Grand Slam pada tahun
1969. (Yusof Ismail 1991: hlm 3-8).

TENIS DI NEGARA KITA


Permainan tenis diperkenalkan ke ngara kita pada awal abad ke-20 ,
walaupun ada pihak yang berpendapat ia datang lebih awal lagi . Pada peringkat

awal , ia hanya dimainkan oleh orang-orang Inggeris dan kalangan pegawaipegawai kerajaan. Persatuan Tenis Malaysia ( LTAM ) ditubuhkan pada tahun
1921 dan bergabung dengan persekutuan Tenis Antarabangsa pada tahun yang
sama.
Kejohanan tenis pertama di negara ini diadakan pada tahun 1921. Empat
tahun kemudian kejohanan terbuka bermula. Pengaruh pertandingan Piala Davis
yang dianjurkan oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa telah menjalar ke negara
kita , dan pada tahun 1953 pertandingan antara negeri yang sama formatnya
dengan Piala Davis, bermula, iaitu bagi merebut Piala Chua Choong Leong.
Kini

terdapat pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan

antarabangsa. Presiden LTAM antarabangsa YAB Encik Abdul Ghafar Baba.