Anda di halaman 1dari 6

Soalan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional guru

1. Penampilan Guru merupakan aspek yang penting dalam profesion perguruan.


Nyatakan dan huraikan secara ringkas 2 jenis penampilan guru.
-Penampilan untuk perbezaan (tampil mengikut situasi, jantina,budaya dan peka
terhadap isu sensitif)
-penampilan untuk berdialog (2 jenis dialog iaitu antara rakan sejawat[menangani sikap
guru, amalan dan kepercayaan] dan murid [untuk komunikasi])
-disilusi (berkebolehan melihat luar dari budaya sendiri dan keboleh utk meneliti
kepercayaan serta pandangan luar)
-demokrasi (penampilan diri yang efektif,bersifat terbuka dan memberi peluang kepada
pelajar)
2. Terangkan secara ringkas 3 perlakuan kesantunan non verbal
-gaya berpakaian,cara duduk, cara berhubung
3. 5 peringkat perkembangan guru ialah novis, novis lanjutan, cekap, mahir dan
pakar. Nyatakan perbezaan setiap perkembangan guru
1 Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)
Pada peringkat ini guru mula mempelajari cara mengajar. Selain itu juga guru mempelajari
fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran. Guru telah dapat menangani tugas - tugas
harian seorang guru contohnya mengambil kehadiran kelas dan menjadi guru kelas. Guru
juga telah dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru
profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan.
2 Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat)
Guru telah menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P.
Hasil daripada pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan
diri. Walaubagaimanapun bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan
momentum mengajar di sekolah dan motivasi guru novis lanjutan. Contohnya memberi
teguran dan penambahbaikan berterusan untuk memperbaiki pengajaran guru oleh
mentornya.
3 Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)
Guru telah memiliki kelayakan ikhtisas. Guru akan lebih memberikan fokus kepada
pembelajaran murid. Guru juga memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai
situasi dan juga situasi yang khusus. Guru telah berjaya memiliki pelbagai strategi
pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza.

Contohnya berjaya membuat satu teknik pengajaran yang boleh difahami bagi murid kelas
pertama dengan murid kelas terakhir.
4 Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)
Guru mahir dalam bidangnya. Merupakan golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas
pelajar. Memiliki gaya pengajaran lancar dan spontan yang membolehkannya membuat
keputusan berdasarkan intuisi. Guru telah kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis
serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara
kreatif dan unik. Contohnya mempunyai teknik dan cara tersendiri dalam mengajar sesuatu
topik tanpa menggunakan buku teks
5 Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)
Merupakan guru yang gemilang dan terbilang. Guru telah dapat memahami dan
menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran
yang lancar. Merupakan orang yang berautoriti dalam profesionnya. idea dan kemahiran
boleh mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah. Contohnya
menguasai setiap topik dan boleh membantu setiap peringkat murid yang berbeza-beza
tahap pengatahuannya serta serba boleh untuk menjawab setiap persoalan murid yang
pintar
4. Huraikan 3 ciri guru mahir
Guru Cekap

Ada kecekapan
pada tahap
minimum

Guru Mahir

Terbaik dalam
bidang

Guru mula kenali


lebih banyak
prinsip, konsep
dan elemen
dengan merujuk
situasi khusus

Menjadi teladan
profesionalisme

Guru memiliki
kemampuan
menyelesaikan
masalah PNP

Terlibat
sepenuhnya
dalam kokurikulum

Guru pakar

Menyerlahkan diri
secara
profesionalisme

Idea dan
kemahirannya
boleh
mempengaruhi
polisi
pengendalian bilik
darjah
Dianggap sebagai
bidang yang
berautoriti
bercakap dalam
bidang
profesionalnya

5. Kurikulum pendidikan sekolah telah mengalami transformasi sesuai dengan


perkembangan. Jelaskan 4 peranan yang dilakukan oleh guru bagi menghadapi
perubahan tersebut seperti mana yang disarankan oleh Fullen.
-membina visi peribadi (menyiasat dan mengenal pasti hasrat diri menjadi guru dengan
muhasabah diri)
-inkuiri (mengamalkan penilaian kendiri / refleksi tentang hasrat kendiri supaya dapat
membentuk tabiat dan norma yg sanggup belajar sepanjang hayat)
-masteri (mencapai kefahaman mendalam dlm bidang diceburi agar keberkesanan dapat
dipertingkatkan)
Kolaborasi (sokongan dari rakan sekerja dapat menggandakan keberkesanan yg
diusahakan)
6. Berikan dua sumber rujukan untuk guru meningkatkan ilmu dan kemahiran
bagi menangani perubahan tersebut
7. Menurut Yulk 1989, terdapat 3 kategori kemahiran am yang relevan untuk
semua pengurus iaitu personal, kognitif dan teknikal. Beliau mengkolerasikan
pengurusan itu dengan keberkesanan kepimpinan seorang guru. Terdapat
kerangka set peribadi dan penilaian dan kepimpinan seorang guru yang
dicadangkan oleh Yulk. Berikan 5 set ciri-ciri keberkesanan.
Menurut Yukl (1989), terdapat tiga kategori kemahiran am yang relevan untuk semua
pengurus, iaitu kemahiran interpersonal, kemahiran kognitif dan kemahiran teknikal.
Yukl mengambil kira unsur situasi di mana kemahiran khusus (dan tret) dikorelasikan
dengan keberkesanan kepemimpinan. Kerangka yang digunakan oleh Yukl untuk
membina satu set ciri-ciri peribadi dan kemahiran kepemimpinan termasuklah:
Keperluan untuk kejayaan.
Keperluan untuk kuasa.
Keyakinan diri.
Kematangan emosi.
Kemahiran teknikal.
Kemahiran konseptual.
Kemahiran interpersonal.

8. (ESEI-Kod etika dan akautabiliti guru) hasrat PFK untuk membolehkan pelajar
pelajar memperkembangkan potensi mereka secara bersepadu dan
menyeluruh. Bincangkan 5 perkara bagaimana guru boleh melaksanakan
konsep guru berkesan dalam PdP
-bersikap profesional
-mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
-Kaya dengan ilmu
-bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja
-sentiasa meningkatkan kualiti hasil pengajaran
-prihatin dengan kehendak ibu bapa dan murid
-menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan
-berusaha melahirkan sekolah berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berpesonaliti sihat dan serba boleh
-berupaya membina mimda pelajar yg cemerlang akamedik
9. (ESEI)Guru seharunya mempunyai sifat dan strategik profesional untuk
menjalankan tugasnya dengan berterusan. Huraikan 5 ciri integriti profesional
yang perlu dimiliki oleh seorang guru untuk menyampaikan pelajaran yang
cekap dan berkelayakan.
Adil: Guru memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh
yang telah ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya untuk mencuri
tulang atau membuang masa.
Amanah: Bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar
dalam pembelajaran. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut
jadual yang ditetapkan. Guru digalakkan supaya membuat jadual waktu mengandungi
masa konsultasi yang telah ditetapkan dan memaklumkan masa tersebut kepada muridmurid. Guru juga tidak menciplak harta intelek orang lain
Telus: Guru mestilah melaksanakan proses pelaksanaan secara adil dan telus
Akauntabiliti: Guru juga harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan.
Segala arahan dan peraturan haruslah dipatuhi dan anda mestilah bertanggungjawab ke
atas kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana
pihak.
Guru perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut
kepentingan umum. Guru tidak wajar menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan
diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri.

10. (ESEI) Jangkaan guru merupakan tanggapan merupakan harapan dan


keinginan untuk memperoleh sesuatu sebelum dan setelah melakukan
keputusan. Huraikan 4 bentuk jangkaan guru sepanjang profesionnya.
- Merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk memperoleh sesuatu
ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan
4 bentuk jangkaan:
- jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan hasil pembelajaran
- Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir dapat
memimpin dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguh-sungguh
- Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti e.g merancang strategi bg membina
jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah
- Jangkaan terhadap diri sendiri e.g meletakkan jangkaan bahawa guru berpeluang yg
luas dalam laluan kerjaya di samping insentif dari sudut kebajikan

11. (ESEI)Bincangkan 4 contoh dan cara bagaimana guru dapat mengelakkan diri
daripada membuat jangkaan yang kurang tepat terhadap anak muridnya.
-

ia perlu menaruh harapan yang lebih baik kepada pelajar di bawah bimbingannya

tidak hanya menaruh harapan pada murid pandai sahaja

Setiap tanggapan yang negatif perlu diubah.

Berilah motivasi yang tinggi kepada seseorang pelajar agar minat dan prestasi
mereka akan meningkat dari semasa ke semasa.

guru boleh membuat kaedah seperti meletakkan berbagai-bagai kebolehan atau


tahap para pelajar di sesebuah kelas. Para pelajar tersebut boleh dikumpulkan
menjadi dua atau kumpulan untuk mata pelajaran yang penting sahaja.

Tidak melabelkan murid yang pencapaian lemah sebagai murid lemah

Mengelak dari memberi jangkaan rendah dan buruk kepada murid

12. (ESEI) Konsep musyawarah dan berbincang di dalam bidang pendidikan amat
penting kerana profesion perguruan disifatkan sebagai individualitik dan ciri
pengasingan yang ekslusif berasaskan blik darjah yang ketara. Tafsirkan
konsep musyawarah serta 3 elemen penting yang terkandung di dalamnya.

- Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang lain dlm projek bersama yang mempunyai
matlamat yang sama hendak dicapai.
- Musyawarah bermaksud rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat terhadap
sesuatu tindakan yang diambil
Eleman sumber:Merangkumi kepakaran, kurikulum, amalan terbaik, latihan, data pencapaian,
pedagogi dan masa
Elemen prosedur:Pembelajaran dewasa, saling menyokong, penilaian berterusan, pengurangan
beban, dan peluang penglibatan.
Eleman ketelusan:Kepercayaan pentadbiran, tolak ansur, tiada keterikatan bidang, keserasian
kurikulum, rasa kepunyaan program, panduan memilih program, struktur pengurusan dan
pernyataan dokumen polisi.
Elemen-elemen kolaborasi:
- Hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru.
- Bekerja bersama-sama secara sukarela.
- Peningkatan kemahiran seabagi usaha berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha berterusan
tanpa menyekat individu.
- Penghargaan terhadap mereka yang terlibat