Anda di halaman 1dari 6

Tajuk 8

KESAHAN, KEBOLEHPERCAYAAN, DAN BIAS

Sinopsis
Topik-topik dalam tajuk ini merangkumi kesahan, kebolehpercayaan dan bias dalam
kajian, khususnya dalam kajian tindakan. Bagi kesahan, perbincangan meliputi
kritikan luaran (keaslian data), kritikan dalaman (ketepatan data) dan triangulasi data.
Manakala kebolehpercayaan pula difokuskan kepada aspek generalisasi data.
Mengintepretasi data pula merangkumi mengintegrasi pelbagai sumber data,
menghubungkait data dengan literatur dan merumus hasil kajian serta membuat
kesimpulan.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
1. Mengenal pasti cara-cara menentukan kesahan data kajian
2. Memantapkan kefahaman dalam konsep generalisasi data kajian
3. Mengintepretasi data kajian dan kaitannya dengan literatur
4. Membuat kesimpulan dan implikasi kajian tindakan

Kerangka konsep tajuk ini

Kesahan,
Kebolehpercayaan
dan Bias

kritikan luaran
(keaslian data),
kritikan dalaman
(ketepatan data) dan
triangulasi data

generalisasi
data

32

mengintegrasi pelbagai
sumber data,
menghubungkait data
dengan literatur dan
merumus hasil kajian

8.2 Kebolehpercayaan
Apakah yang dimaksudkan dengan Kebolehpercayaan?
Beberapa definisi mengenai kebolehpercayaan telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh
penyelidikan terdahulu. Antaranya adalah Hanna dan Dettmer 2004 ketekalan
ukuran yang dihasilkan oleh sesuatu alat ukur. ketekalan sesuatu ujian adalah
mengukur perkara yang sama (Payne dan Mcmorris 1967; Tuckman 1978).
ketekalan sesuatu ujian adalah hampir sama apabila sesuatu ukuran yang boleh
dipercayai digunakan untuk mengukur tingkah laku yang sama pada masa berlainan
(Nunnally 1978).
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan skor yang diperolehi oleh seseorang
apabila diberi sekali lagi ujian yang sama pada masa yang lain, atau dengan set
instrumen yang setara (Anastasi 1984). Ketekalan sesuatu alat ukur dalam
mengukur pemboleh ubah adalah pengertian bagi konsep kebolehpercayaan alat
ujian (Mohd Majid 1990). Sesuatu alat ukur (ujian) yang dipercayai, tidak
semestinya sah.
Kebolehpercayaan Penyelidikan Pendidikan
-Kebolehpercayaan bermaksud ketekalan (consistency) kajian dan setakat mana
kajian boleh di ulang semula (replicated). Ada 2 jenis kebolehpercayaan, iaitu:
A. Kebolehpercayaan dalaman bermaksud kutipan data, analisis dan interpretasi
akan tekal (consistent) jika situasi (condition) yang sama diberi.
B. Kebolehpercayaan luaran bermaksud penyelidik lain boleh mengulang semula
sesuatu kajian dalam setting yang sama dan memperoleh dapatan yang sama.
Secara umum, kebolehpercayaan kajian berkaitan dengan boleh ulang semula dan
ketekalan metodologi, situasi dan dapatan.
Faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan
Faktor instrumen, faktor sampel dan faktor pentadbiran instrumen mempengaruhi
kebolehpercayaan sesuatu instrumen atau alat ukur. Faktor instrumen, antaranya
objektiviti jawapan, jenis item, panjang ujian (bilangan item), kejelasan arahan,
kaedah penskoran dan kesukaran item. Faktor sampel pula melibatkan umur,
pengetahuan, kebolehan membaca dan menulis. Manakala faktor pentadbiran
termasuklah tempat, masa, prosedur mentadbir yang piawai, arahan yang mudah
dan jelas dan bahasa yang tepat dan mudah difahami.
8.3 Generalisasi Data
Menginterpretasi Data PenyelidikanTindakan
Langkah seterusnya adalah menginterpretasi data untuk membuat kesimpulan.
Melalui proses ini hubungan/perkaitan antara data dapat dibina. Seterusnya, usaha
merangkakan teori/model untuk menjelaskan situasi dapat dilakukan.
Mengintegrasi pelbagai sumber data
Menghubungkait data dengan literatur
Merumus hasil kajian dan membuat kesimpulan

32

Data yang dikumpulkan perlu disemak untuk menentukan kesahan dan


kebolehpercayaannya.

8.3 Kesahan
Apakah yang dimaksudkan dengan kesahan?
Kesahan sesuatu alat ukur menggambarkan sejauhmana ujian tersebut mengukur
apa yang sepatutnya diukur (Tuckman 1978). Mengikut Anastasi (1988), kesahan
merujuk kepada sebaik mana sesuatu instrumen mengukur apa yang hendak diukur.
Wiersma (2000) pula mendefinisi kesahan sebagai ketepatan mengintepretasi dan
generalisasi keputusan. Ini bermakna, sesuatu ujian harus mengukur domain-domain
yang diukur secara tepat. Terdapat empat jenis kesahan yang boleh digunakan untuk
mengesahkan instrumen kajian, iaitu kesahan muka, kesahan kandungan, kesahan
konstruk dan kesahan hubungan-kriteria.
Kritikan luaran (keaslian data)
Kesahan Luaran
-setakat mana dapatan kajian boleh digeneralisasikan kepada populasi dan/atau
situasi.
-dalam hal ini kesahan dalaman merupakan prasyarat kerana jika ianya tidak betul,
generalisasi pun tidak betul.
-kesahan luaran hanya bergantung kepada situasi dan tujuan kajian.
Nota:Tahap kesahan dalaman atau luaran bagi setiap kajian tidak akan perfect. Its
a matter of degree.
Ancaman kepada Kesahan Luaran
1. Populasi
Cth: Manusia berbeza dari segi umur, bangsa, sex dan kebolehan.
2. Ekologi merujuk kepada suasana kajian (conditions of the research)
Cth: ciri-ciri pemboleh ubah, persekitaran fizikal, masa, sensitiviti kepada ujian pra
dan pos, kehadiran penyelidik, Hawthorne Effect.
Kritikan dalaman (ketepatan data)
Kesahan dalaman
setakat manakah dapatan kajian boleh diinterpretasikan dengan tepat.
-berkenaan dengan metodologi kajian
a. instrumen
b. sampel
c. intervensi/langkah
Ancaman kepada Kesahan Dalaman
1. Faktor peristiwa di luar jangkaan
Cth: Kematian pemimpin yang mempengaruhi persepsi
2. Faktor pemilihan sampel
Cth: Sampel yang tidak dipilih secara rambang dan mengikut prosedur
3. Regresi statistik
Cth: Pelajar yang sama menduduki ujian yang sama dua kali
4. Ujian
32

Cth: ujian pra dan post/tinjauan sikap dan persepsi


5. Instrumen
Cth: kajian pemerhatian/ pemerhati menjadi letih dan bosan
6. Mortality
Cth: Subjek/responden menarik diri atau gugur dengan sendiri
7. Kedewasaan (maturation)
Cth: Jangkamasa satu tahun untuk kajian ke atas kanak-kanak tadika
8. Diffusion of treatment
Cth: 2 kumpulan diberi rawatan yang berlainan tetapi saling terpengaruh di antara
satu sama lain kerana persepsi
9. Experimenter bias
Cth: Layanan yang berbeza terhadap 2 kumpulan sampel dalam satu kajian yang
sama
10. Salah guna statistik
Cth: Parametrik vs non parametrik, seperti menggunakan statistik korelasi pearson
bagi data yang sepatutnya menggunakan korelasi spearman

Triangulasi data
Suatu cara yang sering digunakan bagi kesahan data kajian ialah triangulasi.
Triangulasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, seperti triangulasi masa,
kaedah, sumber dan penyelidik.
Triangulasi masa bermaksud proses pengumpulan data ke atas sesuatu sumber
yang dilakukan dalam suatu tempoh atau jangka masa yang panjang. Proses ini
memberi peluang kepada penyelidik untuk meneliti proses tertentu dalam kekerapan
yang agak tinggi. Keadaan ini memberi peluang kepada penyelidik untuk betul-betul
memahami keadaan yang diteliti. Pada masa yang sama, penyelidik dapat menilai
ketepatan data yang dikumpulkan.
Triangulasi kaedah terbahagi kepada dua jenis, iaitu triangulasi antara kaedah dan
triangulasi dalam kaedah. Triangulasi antara kaedah merujuk kepada proses
pengumpulan jenis data yang berlainan daripada subjek kajian yang sama. Dengan
kata lain, proses ini menghasilkan beberapa jenis data tentang subjek kajian yang
sama. Triangulasi dalam kaedah pula merupakan proses menggunakan kaedah yang
sama ke atas subjek kajian atau situasi yang berlainan. Proses ini menghasilkan satu
jenis data bagi beberapa subjek atau konteks kajian.
Sementara itu, triangulasi sumber pula adalah proses mendapatkan maklumat dan
pandangan daripada sumber-sumber informasi yang berlainan. Proses ini
menghasilkan satu-satu jenis data daripada pelbagai sumber.
Triangulasi penyelidik pula merupakan proses pengumpulan data menggunakan
lebih daripada seorang penyelidik untuk mengumpul data. Proses ini akan
menghasilkan beberapa set data yang boleh dinilai kesejajarannya dengan tujuan
kajian. Walau bagaimanapun, keselarasan strategi, pengetahuan dan kemahiran
penyelidik atau pembantu penyelidik yang terlibat perlu dipastikan.

32

TUGASAN TERARAH
Pada pendapat anda, bagaimana seharusnya proses triangulasi dilaksanakan
dalam kajian tindakan?
Bagaimana penganalisisan data kualitatif dijalankan dan dilaporkan dalam kajian
tindakan?

LAMAN WEB
www.moe.gov.my
http://www.misq.org/misqd961/isworld/action.htm
http://www.cis.gsu.edu/~baskerv/CAIS_2_19/CAIS_2_19.html
http://www.hta.nhsweb.nhs.uk/execsumm/summ523.htm
CERES (Consumers for Ethics in Research)
info@ceres.org.uk or http://www.ceres.org.uk

PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan
diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN
Corey, S. (1953). Action research to improve school practice. New York:
Teachers College, Columbia University
Kemmis, S., & McTaggart, R. (1982). The action research planner. Victoria,
Australia: Deakin University Press.
Sagor, R. D. (1992, April). Collaborative action research: A cultural mechanism
for school development and professional restructuring.
Paper
presented at the annual meeting of the American Educational
Research
Association, San Francisco

IKON

Rehat
Perbincangan

32

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

32

Anda mungkin juga menyukai