Anda di halaman 1dari 20

KERTAS CADANGAN

Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi


Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Sama Gagah 2015

Disediakan Oleh :
Mazni binti Morad
SMK Sama Gagah

1.0

PENGENALAN

Transisi adalah penggunaan terma-terma yang merujuk kepada peralihan masa atau
merujuk kepada perubahan kehidupan seseorang daripada alam persekolahan kepada alam
pekerjaan atau peningkatan tahap pendidikan seseorang. Kebanyakan pelajar-pelajar
bermasalah pembelajaran kekal dengan sistem persekolahan sehingga berumur 19 tahun.
Semasa fasa transisi terdapat perubahan tanggungjawab daripada zaman kanak-kanak
kepada alam dewasa, daripada sekolah ke pendidikan lebih tinggi, dan daripada kongkongan
zaman
kanak-kanak
kepada
orang
dewasa
yang
bertanggungjawab.
Pelajar-pelajar berkeperluan khas mesti dipupuk naluri dan keinginan untuk bersaing bagi
mencapai kejayaan dalam hidup. Oleh itu mereka perlu dibimbing dan dibantu untuk
mereka meningkatkan potensi diri dan mencungkil bakat yang terpendam dalam diri masingmasing

2.0

PENGERTIAN FERTIGASI

Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan tenologi terkini yang semakin meluas
penggunaannya dikalangan pengusaha bidang pertanian, di mana ia menggabungkan
pembajaan dan pengairan dalam satu sistem di bawah struktur pelindung tanaman bagi
menjamin pengeluaran hasil tinggi serta berkualiti dan merupakan alternatif kepada sistem
penanaman konvensional.

3.0

TUJUAN / MATLAMAT RANCANGAN FERTIGASI

Bidang pertanian khususnya sistem fertigasi


boleh membantu guru-guru
merealisasikan matlamat kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dengan
merancang aktiviti dan strategi pengajaran yang sistematik dan berfokus mengikut tahap
keupayaan murid dengan menggunakan bahan realia sebagai bahan bantu mengajar yang
bersesuaian supaya murid-murid boleh berdikari dalam menjalani aktiviti seharian dengan
sempurna dan lebih berkeyakinan
Tujuan projek pertanian secara fertigasi disediakan adalah khusus untuk pelajar
berkeperluan khas yang mesti dipupuk naluri dan keinginan untuk bersaing bagi mencapai
kejayaan dalam hidup. Oleh itu mereka perlu dibimbing dan dibantu untuk mereka
meningkatkan potensi diri dan mencungkil bakat yang terpendam dalam diri masing-masing.
Oleh itu, kertas kerja ini dibentangkan untuk memohon pembiayaan kos permulaan projek
fertigasi.

4.0

RASIONAL

Golongan kurang upaya ini memerlukan latihan-latihan bagi menyediakan peluang


pekerjaan pada masa depan. Mereka ini memerlukan ruang di mana mereka boleh belajar
untuk menempatkan diri mereka setanding dengan orang lain. Dengan menempatkan mereka
dalam suasana pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pemikiran dan kemahiran sedia
ada, diharap akan dapat membentuk kemahiran-kemahiran asas berdasarkan tunjuk ajar yang
diberikan dari semasa ke semasa.

5.0

OBJEKTIF
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

6.0

Menyemai nilai keyakinan dan semangat kendiri yang tinggi dalam diri pelajar
berkeperluan khas.
Mewujudkan suasana interaksi dan komunikasi dalam komuniti yang lebih
berkesan.
Membina individu yang patuh dengan disiplin dan arahan ke arah mendapatkan
pekerjaan.
Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar berkeperluan khas dalam bidang
kemahiran.
Melahirkan insan yang berdisiplin dan berwibawa.
Memupuk semangat bekerjasama, persaudaraan dan muhibah.
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan tumbuhan dari semaian
hinggalah membesar seperti di dalam kelas sains.
Hands on dalam pembelajaran Kemahiran Hidup berkenaan tumbuhan.
Hands on dalam pembelajaran Kemahiran Hidup berkenaan teknologi moden
dalam pertanian

VISI

Visi kami adalah untuk menggunakan pendekatan projek fertigasi UNTUK


PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU
DAN SETERUSNYA SEBAGAI PROSES
TRANSISI.
7.0

MISI
Misi kami adalah untuk meningkatkan potensi diri dan memupuk keinginan untuk
bersaing seterusnya menghasilkan produk yang berkualiti dan sistematik.

8.

BELANJAWAN

Kos sebuah rumah lindungan hujan berserta sistem fertigasi lengkap 20 polibeg
adalah RM 2490.00

No

Alatan

Unit

Harga/ Unit
(RM)

Jumlah (RM)

160 kaki
persegi

5. 25

840.00

Rumah lindungan hujan 8 x 20


1

Struktur galvanise beserta plastic


bumbung UV dan net kalis serangga

Sistem fertigasi lengkap 20 polibeg

Pam Air

900.00

Peralatan Automatik pam

300.00

Set Mini Fertigasi 10 Polibeg

10

18

180.00

Set Dripper

10

1.50

15.00

Polypipe 16mm (Meter)

10

0.60

6.00

Baja tambahan

38.00

38.00

Tangki 20 Liter

35.00

35.00

10

Tong 10 Liter

18.00

36.00

11

Pokok sayuran, tanah, polibeg

20

7.00

140.00

450.00

JUMLAH

2490.00

9.

MAKLUMAT ASAS PROJEK

Nama Projek

Penanaman Bercirikan Harian (Kitchen Garden) Secara


Kaedah Sistem Fertigasi

Lokasi

Bersebelahan Bangunan Pendidikan Khas

Keluasan Tanah

200 kaki persegi

Struktur

1 buah Rumah Pelindung Tanaman

KapasitiTanaman

110 pokok

SistemPengairan

Pengairan Titis Automatik

NamaPengusaha

KEKWA Sdn. Bhd.

Anggaran Kos

RM 2500.00

Permulaaan Anggaran Hasil

5 bulan

10.

RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI


SISTEM FERTIGASI

Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataanfertilization danirrigation.


Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk
kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production
system).Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti tomato, cili merah,
timun, zukini, terung, melon dan strawberi sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini.
Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar
seperti penyakitPhytium,Fusarium, Rhizoctonia dan Penyakit Layu
Bakteria yang
kebanyakannya dibawah oleh tanah.
Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah
mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH).

Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di Malaysia.
Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH
diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh
sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang disebabkan oleh percikan
hujan.
Antara penyakit yang paling dianggap berbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk
danAntraknos. Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan
untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena
air hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan.
Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialahcoconut coir dustatau yang
dikenali sebagai coco peat. Dalam bahasa mudah ia ialah habuk sabut kelapa.Coco peat
mudah diperolehi jika dibandingkan dengan meduim tanaman komersil lain sepertiperlite ,
vermiculitedan maidenwell diatomite. Medium tanpa tanah lain yang boleh digunakan
ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu
kerikil granit (bukan batu kapur).
Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai
pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air
dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini
juga rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.

KELEBIHAN SISTEM FERTIGASI


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.

Nutrient lengkap yang diberi, boleh dikawal dari segi jumlah dan kehendak
tanaman mengikut peringkat umur pertumbuhan.
Media dan persekitaran yang bersih, menjamin dan menghindarkan masalah
penyakit.
Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima nutrient
yang secukupnya.
Tiada masalah merumpai/ merumput.
Kualiti yang lebih baik.
Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi.
Penjimatan tenaga buruh dengan sistem automatik.
Kurang penggunaan racun.
Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik.
Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok.

KELEMAHAN SISTEM FERTIGASI


i.
ii.
iii.
iv.

Kos permulaan yang tinggi kerana 70% daripada kos adalah pembinaan Rumah
Pelindung Tanaman (Struktur Pelindung Hujan + Kalis Serangga).
Perlu pengetahuan mendalam tentang teknologi ini.
Perlu pengurusan dan pemeriksaan yang berterusan.
Kerosakan pada sistem boleh mengakibat kerugian yang besar

KESIMPULAN
Program transisi bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan pelajar-pelajar
bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran vokasional, malah pendedahan ke
alam pekerjaan sebenar seperti latihan kemahiran di bengkel-bengkel, syarikat atau apa
sahaja perkhidmatan pekerjaan yang sesuai. Mereka juga boleh menimba pengalaman dan
mengalami proses kehidupan bermasyarakat di dalam kemahiran berkomunikasi,
berinteraksi, bergaul dengan rakan sekerja dan majikan sewaktu latihan di tempat kerja.
Matlamat utama perancangan program transisi adalah untuk membantu murid bermasalah
pembelajaran untuk benar-benar menjadi berdikari sebagai individu dewasa yang seimbang
dari segi jasmani, rohani, emosi dan sosial selepas tamat alam persekolahan. Menerusi
kajian-kajian tersebut, ianya dapat dijadikan panduan dalam melihat kepentingan
perlaksanaan program transisi ke dalam Program Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran.
11.

PROJEK TANAMAN BERCIRIKAN PERSEKITARAN HARIAN


PENGGUNAKAN KAEDAH FERTIGASI

KEPERLUAN OPERASI
PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR
Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluaan infrastruktur kawasan perlu dibangunkan
terlebih dahulu.
Penyediaan Kawasan

Kerja-kerja awalan melibatkan permbersihan kawasan dari tumbuhan seperti semak


samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan dibersihkan.
Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Pelindungan Tanaman perlu diratakan
terlebih dahulu.
Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk mengelakkan kawasan tapak projek
ditenggelami air apabila hujan.

Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan perosak tanaman dan


mengelakkan kecurian.
Penyediaan laluan untuk tujuan penyelenggaraan dan sebagainya.

Rancangan Perniagaan : Tanaman Fertigasi

Sumber Air dan Elektrik

Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah penting dalam operasi
sistem fertigasi ini.

Bangunan
Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan tanaman.

Teduhan tempat meletak tangki nutrient.


Stor simpanan baja fertigasi dan perlatan ladang.
Pusat pengumpulan hasil ladang.
Pejabat pengurusan projek

PENYEDIAAN SISTEM FERTIGASI

Untuk membina sistem fertigasi, terdapat beberapa komponen yang diperlukan untuk
menjayakan sistem ini.
Rumah Pelindung Tanaman
Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah :
i.

Besi G.I.
Besi ini yang panjang 20 kaki, digunakan untuk membentuk asas struktur.
Besi ini digunakan sebagai sokongan kepada struktur

ii.

Rumah Lindungan Tanaman


Setiap sokongan adalah berukuran 4 kaki panjang dan ditebuk di tengah
dengan skru untuk memegang struktur utama.

iii.

Besi G.I. 1
Besi ini digunakan sebagai kaki pada tiang yang menyokong struktur yang
diperbuat dari besi GI tadi.
Biasanya, panjang adalah 4 kaki.

iv.

Klip Besi (Long Hook)


Klip besi ini digunakan untuk memegang / mengikat tiang besi.

v.

Klip PVC Hitam


Klip ini digunakan untuk memegang plastik lut sinar.

vi.

Plastik UV Lut Sinar


Plastik UV lut sinar ini digunakan sebagai bumbung pada struktur rumah
pelindung tanaman.

vii.

Jaring Kalis Serangga


Jaring kalis serangga bersaiz 32 mesh dipasang disekeliling struktur
pelindung tanaman sebagai penghalang kemasukan serangga perosak .

10

Sistem Pengairan
Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini adalah dari jenis titisan(drip
irrigation) yang dikawal oleh alat pemasa yang akan berfungsi secara automatik mengikut
sela masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem pengairan ini adalah :
Bil
i.
ii.
iii.
iv
v
vi
vii
viii
ix
x
xi
xii
xiii
xiv
xv
xvi
xvii

Butiran
Paip Utama (Polypipe HDPE)
Paip Sekunder (Polypipe HDPE)
Paip Tertier (Microtubing)
Penitis (Pen Dripper)
Elbow PVC
Socket Valve
Socket Valve
Ball Valve
Ball Valve
Nripper / Adapter
Rubber Gromet Set
Tangki Nutrient
Pam Air
Timer (Pemasa)
PH Meter
EC Meter
Penapis Air

Ukuran
35mm
16mm
6mm
6mm
1
1
16mm
1
1
16mm
200/600 gelen
1.5 HP

Bahan Input
Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman dan keperluan ini berulang
setiap musim. Berikut adalah senarai :
Keperluan bahan input :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Benih Tanaman Cili


Tray Semaian Plug
Polibeg 14 x 16
Media Semaian
Media Tanaman
Plastik Silver Shine
Baja Fertigasi (set A & B )
11

viii.
ix.
x.
xi.
xii.

Racun Serangga
Racun Kulat
Kayu Penyokong
Dawai
Batu Simen / Bata

Tenaga Buruh
Memandangkan operasi sistem fertigasi ini dilaksanakan secara automatik
menggunakan alat pemasa maka keperluan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan
pengurusan projek adalah minimum. Bagi melancarkan operasi projek ini, tenaga kerja yang
diperlukan adalah seperti berikut :

BIL TENAGAKERJA JUMLAH & FUNGSI


Penyelia: 1 Orang
Bertanggunjawab melaksana dan menyelia kerja-kerja harian dan jadual
tanaman
Buruh Am: 8 Orang
Melaksana kerja-kerja mengikut arahan penyelia.
PERLAKSANAAN
Untuk melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi ini, pengurusan segala gerak
kerja perlu dilakukan secara teratur dan sistematik. Langkah perlaksanaan projek ini adalah
seperti berikut:
i.
Penyediaan biji benih
ii.
Semaian Anak Benih
iii.
Membuat Larutan Stok
iv.
Penyediaan Beg Tanaman
v.
Penanaman
vi.
Pembajaan
vii.
Pengurusan Sistem Pengairan
viii. Kawalan serangga perosak dan penyakit
ix.
Penyelenggaraan tanaman
x.
Penuaian
xi.
Pengendalian Lepas Tuai

12

Penyediaan Biji Benih


Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan biji benih yang digunakan
bebas dari sebarang penyakit dan tiada kesan serangan serangga. Gunakan benih yang
peratus percambahannya tidak kurang dari 90%.
Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan lama di dalam
stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya, biji benih perlu
diganti dengan benih baru. Dalam keadaan tertentu, rawatan biji benih perlu dibuat.

Semaian Anak Benih


Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benih tanaman dengan
baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50% kejayaan.Peat moss ialah medium yang
paling baik untuk dijadikan medium percambahan. Dengan menggunakan biji benih yang
diperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai,peat moss pasti dapat memberi
pertumbuhan anak benih yang baik.
Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atauplug polistirena boleh
digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan akar pokok. Dulang semaian
diisi dengan peat moss dan pastikannya tidak padat atau terlalu longgar. Buatkan lubang
dengan mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 cm.
Masukkan biji benih yang telah dirawat denga racun kulatthiram atau captanke
dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu plug. Siram biji-biji benih ini
dengan air bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih
basah dan dapat bercambah. Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambus terlalu padat.
Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan di
bawah teduhan. Biarkan beberapa hari untuk biji benih bercambah, biasanya 4 6 hari .
Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan dedahka dulang semaian pada cahaya matahari di
dalam taking pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok tumbuh
tegap dan tidak kurus.
Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT dengan larutan
bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32 40 watt). Anak-anak benih
diberikan larutan baja dengan kepekatan EC=1.6S dan ditingkatkan kepekatannya
seminggu kemudian sehingga EC = 2.5S. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini sedia
untuk diubah ke beg-beg tanaman.

13

Membuat Larutan Stok


Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yang diperlukan
oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x ganda untuk mengurangkan ruang
menyimpan tangki larutan stok. Kalsium Nitrat, Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara
berasingan daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk mengelakkan
berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya pemendakan.
Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan
daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 dan zat ferum dilabelkan dengan
LARUTAN A manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3,
KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natrium
molibdat dilabelkan dengan LARUTAN B. Perlu diingat bahawa semasa membuat larutan
baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah
dituang satu persatu bagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang
mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.
Penyediaan Beg Tanaman
Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 30 cm panjang dan 45 cm lebar.
Sebaiknya plastik putih bagi mengurangkan peningkatan suhu di dalamcoco peat. Beg-beg
tanaman ini setelah diisi dengan coco peat, dicantum (staple)hujungnya (mulutnya) dan
disusun baring bagi membentuk bantal-bantal kecil. Untuk memudahkan kerja-kerja
pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun), gunakan satu bantal untuk satu
pokok.
Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam
bantal-bantal plastik untuk mengelakkan masalah hidung atau mata berair. Sebanyak 2 2.5
kgcoco peat lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3 4 lubang untuk
laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan beg- beg tanaman menggunakan pisau
kecil lebih kurang 3.5 5 cm dari aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari
selepas menanam

Penanaman
Anak benih yang berumur 10 16 hari selepas cambah sedia untuk diubah ke atas
bantal-bantal berisicoco peat. Pada peringkat ini ketinggian pokok 10 12 cm. Anak-anak
pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Beg-beg
tanaman ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentukX.

14

Anak-anak benih bersama plugpeat moss dimasukkan ke dalam lubang yang dikorek
pada-pada bantal-bantal tanaman dan dipadatkan pangkalnya. Tali lanjaran (tali bagi pokok
memanjat atau melilit ke atas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok.
Dawai penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau melintangi
struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari. Dawai ini mestilah cukup tinggi
(2.5 m) untuk mewujudkan pengudaraan yang baik.
Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan ke pangkal
pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali
pam dihidupkan. Pemriksaan seniasa dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan
kesemuanya menerima titisan larutan baja.

Pembajaan
Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi yang dikenali sebagai Glasshouse
Grade . Baja-baja yang digunakan mengandungi unsur-unsur atau nutrient mikro dan makro.
Sebanyak 14 jenis unsur dalam bentuk sebatian (nitrogen, phosphorus, kalium, kalsium, sulfat,
magnesium, mangan, ferumi, kuprum, zink, boron, ammonium, molibdenum dan natrium)
diperlukan sebagai asas bagi memdapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan
pokok yang baik (unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada udara).
Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu formulasi Larutan Wyne dan formulasi
Larutan Cooper.

Kadar Baja Fertgasi Bagi Tanaman Cili


Bagi bancuhan larutan 100 liter air :
BAJA KADAR (GRAM)
SET A
1. Kalsium Nitrat: 11300
2. Ferum EDTA: 164

SET B
1. Kalium Nitrat: 11 100
2. Mono Kalium Fosfat: 1 750
3. Magnesium Sulfat: 5 640
4. Mangan Sulfat: 15.4
5. Kuprum Sulfat: 0.78
6. Zink Sulfat: 2.2
7. Asid Borik: 30
8. Natrium Molibdat: 0.18

15

Pengurusan Sistem Pengairan


Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan
alat pengatur masa(timer). Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergantung pada
jenis tanaman dan peringkat umur tanaman.
Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan
baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan
melebihi kemampuan bagi coco peat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama
5 6 minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk tanaman yang ditanam di
tanah rendah. Dalam tempoh ini, tiap-tiap pokok menerima lebih kurang 100 150 ml larutan baja.
Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam galian dan juga lumut.
Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk mengesan mana-mana penitis yang tersumbat.
Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan mana-mana pokok yang
telah layu akibat tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akan layu. Biasanya
pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut penitis dari tiub dan bersihkan.

Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit


Kawalan Serangga Perosak
Oleh kerana sistem fertigasi ini menggunakan jaring kawalan serangga, maka
kawalan adalah dilakukan apabila perlu sahaja.
Maksudnya, apabila terdapat kebocoran pada jaring kalis serangga dan
membolehkan serangga menyerang tanaman maka kawalan dilaksanakan mengikut
pengesyoran seperti di dalam jadual di bawah. Serangga yang biasa menyerang pokok cili
adalah :

16

Nama Perosak
Kutu Daun
(Aphis spp.)

Kutu Thrips
(Thrips spp.)

Bahagian Diserang

Daun dan bunga Semua peringkat

Daun, bunga dan buah muda

Daun menjadi kerekot dan bunga gugur.

Peringkat Pokok Diserang:


Semua peringkat

Sembur dengan racunchlorphyrifos


atauimidachloprid pada peringkat awal
selepas menanam.

Simptom
Daun menjadi kerekot, bunga gugur dan
buah terbantut.

Sembur racun Chlorphyrifos atau


malathion jika serangan pada pokok berumur
lebih 60 hari.

Kawalan
Sembur dengan racun chlorphyrifos atau
imidachloprid pada peringkat awal selepas
menanam.
Sembur racun permethrin, cypermethrin
atau
dimethoate jika serangan pada pokok
berumur lebih 60 hari.

Penyelenggaraan Tanaman
Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakan sepanjang masa proses
penanaman secara fertigasi. Kerja-kerja ini dijadualkan secara teratur mengikut
perkembangan tanaman. Berikut adalah kerja-kerja penyelenggaraan tanaman yang perlu
dilakukan :

17

GERAK KERJA
1. PERSEDIAAN AWAL
HARI / MASA
1. 25 Hari Sebelum Tanam
AKTIVITI
- Mengira keperluan baja dan coco peat.
- Membuat pesanan pembelian baja mengikut keperluan.
- Membuat pesanan pembelian coco peat.
- Membuat pesanan pembelian beg tanaman berwarna putih bersaiz 45 cm x 15 cm
bertebuk di tepi sahaja.
- Membuat pesanan pembelian keperluan lain seperti biji benih, medium semaian peat
moss, dulang semaian plug, kayu pancang, tali rafia, bilah buluh, dawai
bersalut,hand sprayer, racun serangga dan kulat yang biasa digunakan dan keperluan
lain

18

12.

JADUAL PELAKSANAAN

Bil
1

Jangka Masa
Januari

Februari

Februari Mac

Mac Jun

Jun Julai

Perkara
Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada pelajar
Penyediaan tapak fertigasi untuk musim pertama
Menyemai benih
Penjagaan anak benih
Menanam anak pokok
Meracun dan merawat pokok
Memancang tiang sokongan
Pendebungaan
Mencantas dahan
Memetik hasil
Menjual hasil yang diperolehi
Meracun dan merawat pokok
Pendebungaan
Mencantas dahan
Mencabut pokok
Merawat media
Menyemai benih
Menyediakan semula tapak untuk musim kedua
Perbincangan kesimpulan hasil semusim

19

Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim setahun dan
mereka akan ke tapak tanaman mengikut jadual yang akan ditentukan kelak secara
bergilir-gilir.
13.

PENUTUP

Projek mini penanaman pokok menggunakan kaedah fertigasi ini adalah projek
yang pertama kali dijalankan di PPKI SMK Sama Gagah. Ia dirasakan mampu
untuk memberikan impak yang cukup besar di dalam memperkatakan mengenai
hala tuju program pendidikan khas itu sendiri.
Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di PPKI SMK Sama Gagah,
projek ini diharapkan akan dapat membantu pelajar selepas tamat menempuh alam
persekolahan kelak serta dapat memberikan satu definisi yang jelas bukan sahaja
kepada para pelajar dan ibu bapa yang terlibat tetapi kapada masyarakat juga
secara keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai pihak amat diharapkan di
dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan.
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(MAZNI BINTI MORAD)


Guru PPKI,
SMK Sama Gagah.

(EN ZAMRI BIN ABDUL HAMID)


Penyelaras PPKI,
SMK Sama Gagah

Disahkan oleh,

(HJH. RAHMAH BINTI MAT SAMAN)


Pengetua,
SMK Sama Gagah.

20

Anda mungkin juga menyukai