Anda di halaman 1dari 2

Nota : Kata Ganti Nama Diri

Maksud Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.


Terbahagi kepada 3 jenis :
1. Kata Ganti Nama Diri Pertama ( orang yang bercakap )
2. Kata Ganti Nama Diri Kedua ( orang yang mendengar )
3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga ( orang yang diceritakan halnya melalui orang lain )
Contoh Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Diri
Pertama
aku
saya
hamba
patik
beta
kami
kita

Penggunaannya
Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
(keakraban)
Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau
dalam suasana rasmi.
Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila
bercakap dengan orang kedua.
Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

Kata Ganti Nama Diri Kedua menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur
Kata Ganti Diri
Kedua
anda
awak
engkau
tuan hamba

tuanku
kalian
kamu

Penggunaannya
Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan
kita.
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan
kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti
diri pertama digunakan hamba mesti diikuti tuan hamba sebagai
kata ganti diri kedua)
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan
kita.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya
(orang yang
diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri
Ketiga
baginda

Penggunaannya
Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.

beliau
dia dan ia
mereka

Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan
pemimpin.
Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.