Anda di halaman 1dari 6

Pemikiran Islam

Tokoh: Sheikh Muhammad Bin Sheikh Muhammad Abduh


Bin Hasan Khairullah

Disediakan Untuk:

Ust.Azmi Shah bin Suratman

Disediakan Oleh:

Zuazlina bt Mohd Sadri

25/08/2009
TOKOH : SHEIKH MUHAMMAD BIN SHEIKH MUHAMMAD ABDUH BIN
HASAN KHAIRULLAH

1.0 Pengenalan

Konsep idea-idea pembaruan yang utama yang telah dikemukakan Sheikh


Muhammad Abduh adalah tentang pembaruan pemikiran yang membawa implikasi
kepada pembaruan yang mencakupi bidang-bidang pemikiran, pendidikan, hukum dan
politik. Konsep utama pembaruan yang diperjuangkan Sheikh Muhammad Abduh
adalah pembaruan masyarakat bukan melalui cara-cara revolusioner dalam waktu
singkat, tetapi melalui cara-cara yang evolusi, berperingkat serta transformasi mental
dalam mewujudkan dasar yang kukuh bagi perkembangan masyarakat.

2.0 Pembaruan Pemikiran


Sheikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab-sebab kemunduran umat
Islam adalah kerana jumud, membeku, statis dan pasif. Umat Islam hanya berpegang
teguh kepada tradisi dan tidak mahu menerima hal-hal baru. Sebagaimana Muhammad
Abd al-Wahab dan Jamal al-Din al-Afghani menganggap bid’ah yang masuk ke dalam
ajaran Islam adalah menyesatakan (berpaling daripada fahaman salaf). Oleh kerana itu
harus dibasmi. Tetapi bagi Sheikh Muhammad Abduh perubahan itu tidak hanya
kembali ke ajaran salaf seperti dianjurkan Abd al-Wahab, tetapi harus disesuaikan
dengan keadaan modenisasi. Bila ibadat sudah jelas pedomannya di dalam Qur’an dan
Hadis, maka soal-soal kemasyarakatan yang hanya masalah cabang dapat disesuaikan
Untuk maju dan mengikut arus zaman, umat Islam tidak boleh taklid. Umat mesti
mempergunakan akal dan fikiranhya. Al-Qur’an sendiri banyak menyatakan pentingnya
akal-fikiran itu. Kedudukan akal bagi beliau sangat tinggi. Wahyu tidak akan
bertentangan dengan akal. Bila zahir ayat bertentangan dengan akal, maka ayat itu dapat
ditafsirkan sesuai dengan prinsip-prinsip akal. Ini berkaitan dengan dasar-dasar ilmu
pengetahuan modenisasi yang banyak berdasarkan hukum alam (sunnatullah), dan hal
itu sesuai dengan prinsip-prinsip Islam seperti disebutkan oleh Qur’an yang
menempatkan posisi akal di tempat paling tinggi. Prinsip ini membuat Sheikh
Muhammad Abduh berfahaman bahawa manusia mempunyai kebebasan dalam
kemahuan dan perbuatan(free will dan free act atau qadariah). Bagi beliau wajib
manusia dalam perbuatannya yang bebas itu tetap berdasarkan ketentuan bahawa
kekuasaan Allah tetap berada di tempat paling tinggi.
Akal yang dikaitkan dengan masalah ilmu pengetahuan modenisasi membawa
kemajuan tinggi bagi umat manusia. Di samping itu akal juga harus dikaitkan dengan
konsep teologi. Bagi Sheikh Muhammad Abduh peranan akal dalam teologi adalah
sebagai berikut :
1. Mengetahui Tuhan dan sifat-sifatnya;
2. Mengetahui adanya hidup di akhirat;
3. Mengetahui bahawa kebahagiaan hidup di akhirat bergantung pada mengenal
Tuhan dan berbuat baik, sedang kesengsaraannya bergantung pada tidak
mengenal Tuhan dan pada perbuatan jahat;
4. Mengetahui wajibnya manusia mengenal Tuhan;
5. Mengetahui wajibnya manusia berbuat baik dan wajibnya ia menjauhi
perbuatan
jahat untuk kebahagiaannya di akhirat;
6. Membuat hukum-hukum mengenai kewajiban itu.
Dilihat dari sudut menempatkan kekuatan yang tinggi kepada akal dalam teologi,
maka beliau tidak menerima konsep “‫ “ منزلة بين منزلتين‬oleh Mu’tazilah. Sheikh
Muhammad Abduh menempatkan posisi akal jauh lebih tinggi dari Mu’tazilah. Bagi
beliau akal beperanan terhadap enam hal yang disebut di atas. Sementara bagi
Mu’tazilah hanya empat saja peranan akal dalam teologinya, yaitu :
1. Mengetahui kewajiban terhadap Tuhan.
2. Mengetahui kebaikan dan kejahatan.
3. Mengetahui kewajiban beruat baik.
4. Mengetahui kewajiban menjauhi perbuatan jahat.
Penempatan akal di posisi yang penting itu bukan bererti beliau merendahkan
posisi wahyu. Wahyu lebih tinggi daripada akal, kerana wahyulah yang menjelaskan
kepada akal bagaimana cara beribadat dan bersyukur kepada Tuhan. Wahyu menentukan
baik buruknya suatu ketetapan Tuhan melalui suruhan dan larangannya pada hal-hal
yang berlaku saat akal tak mampu memberi penilaian terhadap baik dan buruknya suatu
perbuatan.
Mengenai ijtihad, Sheikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa lapangan
ijtihad adalah masalah-masalah kemasyarakatan yang jumlahnya sangat sedikit disebut
di dalam al-Qur’an dan hadis. Kerana itu perlu penilaian baru untuk disesuaikan dengan
tuntutan zaman. Ijtihad harus berpandukan kepada al-Qur’an dan Hadis, kerana itu
mujtahid haruslah orang-orang yang mempunyai syarat-syarat yang dipelukan. Orang
yang tidak mempunyai syarat itu haru mengikut kepada pendapat mujtahid yang ada.
Bagi Sheikh Muhammad Abduh, ijtihad tidak diperlukan untuk lapangan ibadat yang
mengatur hubungan manusia dengan Tuhan, kerana itu tidak diperlukan penyesuaiannya
dengan perkembangan zaman. Ijtihad hanya perlu dalam masalah berhubungan manusia
dengan manusia.

3.0 Pembaruan Pendidikan

Mengubah pola befikir, berarti harus mengubah kualiti manusia dari bodoh dan
tidak mengetahui apa-apa menjadi pandai dan mengetahui berbagai ilmu pengetahuan
agama dalam erti sempit, mahupun pengetahuan umum yang luas, ilmu Tauhid, sosial,
sastra, falsafat, dan ilmu pengetahuan modenisasi lainnya. Sheikh Muhammad Abduh
melakukan pembaruan di bidang pendidikan melalui pemikiran pendidikan dan praktik
pendidikan. Pemikiran pendidikannya meliputi tiga bentuk:
1. Pentingnya Bahasa Arab.
2. Pengetahuan agama, sains modern, sejarah dan pengetahuan umum sama-
sama penting.
3. Metode pengajaran tidak dititikberatkan kepada menghafal dan membaca
dari teks pelajaran, akan tetapi memahami dan mengerti apa yang terdapat di
dalam ilmu itu dengan penekanan metode diskusi.
Ia melakukan pembaruan Al-Azhar antara lain meliputi administrasi, keuangan
dan fasilitas bagi pengajar dan mahasiswa. Ia memperpanjang masa belajar dan
memperpendek masa libur. Ia mengemukakanb betapa pentingnya pelajaran bahasa, dan
pengajaran diterangkan dengan cara mudah untuk difahani. Mata pelajaran umum
seperti matematika, aljabar, ilmu ukur, dan ilmu bumi dimasukkannya ke dalam
kurikulum Al-Azhar. Perpustakaan Al-Azhar dilengkapinya. Ia sendiri turut mengajar di
Al-Azhar dalam mata kuliah teologi Islam, logika, retorika dan tafsir. Meskipun upaya
pembaruan yang ia lakukan di Al-Azhar mendapat tantangan dari ulama-ulama
tradisional, namun banyak juga yang menerimanya.

4.0 Pembaruan dalam Pelaksanaan Hukum

Menjawat jawatan Mufti pada tahun 1899 M, Beliau memperbaiki pandangan


masyarakat tentang kedudukan mufti yang bukan hanya sebagai penasihat hukum untuk
kepentingan negara tetapi turut berkaitan dengan permasalahan individu dalam
masyarakat. Ia memberi kesempatan kepada siapapun untuk mendapatkan bantuan mufti
di bidang hukum. Di dalam berfatwa ia tidak terikat dengan pendapat ulama-ulama
sebelumnya. Ia sanggup dan berani melakukan ijtihad bebas. Ia pernah menghalalkan
sembelihan orang Nashrani dan Yahudi (ahli kitab) bagi umat Islam. Pada masa yang
sama, Sheikh Muhammad Abduh juga melakukan perubahan pada Institusi wakaf. Ia
membentuk Majlis Pentadbiran Wakaf. Ia duduk sebagai seorang anggotanya. Dari dana
wakaf, masjid-masjid diperbaiki.

5.0 Pembaruan Politik

Pada tahun 1899 M. Beliau dilantik menjadi anggota Majlis Syura’, Ia aktif di
dalam dewan ini. Sheikh Muhammad Abduh cuba meneratkan kerjasama yang baik
antara Majlis Syura’ dan pemerintah Mesir. Pada mulanya, Majlis Syura’ tidak
diperhatikan oleh Pemerintah. Akan tetapi setelah usaha Sheikh Muhammad Abduh
memperlihatkan bahawa kedua lembaga Majlis Syura’ dan Pemerintah bertujuan sama
untuk kepentingan rakyat Mesir secara keseluruhan, maka pemerintah membenarkan
permasalahan negara dibahas oleh Majlis Syura’. Usaha yang dilakukan ini juga
merupakan antara konsepnya memajukan rakyat Mesir dengan poltik demokratik yang
berdasarkan musyawarah.
Rujukan

Harun Nasution, Muhammad Sheikh Muhammad Abduh dalam Teologi Rasional

Mu’tazilah, Universitas Indonesia, 1981, Jakarta

Anda mungkin juga menyukai