Anda di halaman 1dari 4

Saya Berubah, Anda Berubah, Semasa Kita Membesar

Kuiz Tentang Perubahan di Peringkat Remaja


Minta peserta memberitahu sama ada pernyataan ini BENAR atau
SALAH dengan mengangkat tangan masing-masing.
1. Anda akan mengalami haid pada umur yang sama dengan
kawan anda.
2. Hormon menyebabkan perubahan fizikal ketika akil baligh bagi
perempuan dan lelaki.
3. Perubahan emosi sering berlaku semasa akil baligh.
4. Semasa gadis menjadi dewasa, pinggul mereka melebar,
pinggang mengecil dan payudara membesar.
5. Onani / merancap boleh menyebabkan penyakit mental, buta
atau lemah tenaga batin.
6. Semasa lelaki membesar, mereka menjadi lebih gagah,
ditumbuhi misai dan suara mereka menjadi garau.
7. Perempuan tidak sepatutnya bersukan atau berenang apabila
mereka didatangi haid.
8. Semua gadis dan remaja lelaki akan mempunyai bentuk dan
saiz tubuh badan yang sama pada peringkat akhir akil baligh.
9. Ketinggian bertambah, bulu mula tumbuh di ketiak dan
kawasan pubik serta jerawat merupakan perubahan biasa bagi
gadis dan remaja lelaki ketika akil baligh.

KUIZ
1. Semua kitaran haid adalah 28 hari, tidak panjang, tidak pendek.
2. Sindrom pra haid (pre-menstrual syndrome/PMS) merujuk kepada gejala
yang dialami oleh sesetengah gadis dan wanita, biasanya 2 minggu sebelum
kedatangan haid seperti sakit payu dara atau emosi yang berubah-ubah.
3. Aliran haid berwarna merah terang dan ia mengalir keluar dengan lajunya
daripada tubuh.
4. Orang lain boleh mengetahui jika seorang gadis itu mempunyai haid.
5. Jangka masa untuk haid selalunya antara 3 7 hari.
6. Seseorang gadis tidak patut mandi atau membasuh rambutnya ketika haid.
7. Gadis sepatutnya mengalami haid pada kali pertama ketika berusia 12 tahun.
8. Ovulasi berlaku kira-kira 14 hari sebelum haid berikutnya dijangka bermula.

Awas! Tingkah Laku Berbahaya


SITUASI

1. Salah seorang budak lelaki di dalam kelas mencubit punggung anda.


2. Bapa saudara anda memeluk dan mencium anda semasa keluarga berkumpul.
3. Jiran anda berdiri berhampiran pagar dan merenung payu dara anda semasa
anda menyapu sampah.
4. Sekumpulan budak lelaki/perempuan bersiul semasa anda berjalan.
5. Jiran anda senyum kepada anda.
6. Guru sukan anda membantu anda berdiri selepas melihat anda terjatuh.
7. Guru sukan anda memeluk anda sambil berkata yang anda kelihatan seksi.

Hentikan Itu

Itu OK

Tidak Pasti

Anda mungkin juga menyukai