Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH PERMAINAN GALAH PANJANG

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Di Pulau Pinang, permainan ini
juga dinamakan Galah Pendek dan juga Toi. Perkataan toi dilaungkan sebaik-baik
sahaja permainan dimulakan, memperolehi mata dan mencapai kemenangan.
Permainan ini memerlukan pemain tersebut untuk mengatur strategi dengan bijak
dan bergerak dengan pantas. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanakkanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala
dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Istilah permainan galah lebih dikenal di Kepulauan Natuna, sementara di
beberapa daerah Kepulauan Riau lainnya lebih dikenali sebagai galah panjang. Di
daerah Riau Darata, permainan galah panjang ini disebut main cak bur atau main
belon.

CARA BERMAIN
1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan
lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya
satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan
ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga
gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga
gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan
menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau
belakang.
4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya
ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya
merka belari masuk ke dalam gelanggang.
5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi
garisan yang dijaganya.
6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa
disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir
melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada
pemain yang ingin berhenti.

SYARAT PERMAINAN
1. Setiap kelas dikehendaki menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 4
hingga 5 orang peserta lelaki.
2. Setiap satu pusingan permainan, masa yang diperuntukkan adalah selama 5
minit bagi setiap satu pasukan.
3. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan
mati atau tamat giliran bermain dan dikehendaki untuk keluar dari
gelanggang.
4. Jika penjaga gelanggang menyentuh ibu, maka seluruh anak buah akan
tamat giliran dan akan bertukar giliran antara pasukan penjaga dan
penyerang.
5. Sekiranya penyerang berjaya melepasi pemain lawan sehingga ke garisan
belakang dann berjaya ke garisan hadapan semula, pasukan akan mendapat
satu mata.
6. Sekiranya hanya ketua penyerang sahaja yang tinggal di dalam kawasan
gelanggang, maka masa yang diberikan untuk menghabiskan pusingan
adalah selama 2 minit.
7. Sekiranya keputusan adalah seri, maka satu pusingan penentu akan

dilakukan selama 3 minit.