Anda di halaman 1dari 7

KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM

http://zaizak69.blogspot.com/2010/12/karangan-terpilih-spm-4.html
Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit. Bermula
penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut
tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat Merdeka pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan
memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak
diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada
tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983,
Dato Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai
gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan
pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa
kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan
agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.
Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan
tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat
nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima
segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat
membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata
peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan
menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan
dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu,
mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita
perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.
Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat
negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para
pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka
akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut tergugat dengan
kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun
industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan
kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang
diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat
tempat yang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak
dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain
walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri
dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa Melayu ada
menyatakan bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja
dapat memupuk semangat patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.
Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini tidak
terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara kita. Pastinya
sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969
yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk
menamatkan masalah tersebut. Lantaran itu, semua penduduk di negara ini harus mengamalkan
konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing untuk mengelakkan perpecahan kaum. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin
keamanan negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik
dan menghormati kaum lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia
Kedua, hal ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita

teguh, bercerai kita roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat
antara kaum. Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India.
Memang tidak dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada
lagi rusuhan-rusuhan kecil yangberlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan
dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan
keamanan yang dinikmati oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilainilai yang positif agar tidak berlaku permusuhan.
Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan
bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan
pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembang lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan
yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Secara
tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan
kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan
aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi
persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat Malaysia
yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang
dihasratkan oleh kerajaan.

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan
suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam,
Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang
diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolongmenolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun
dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap sepertikacang hantu?
Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik
negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan
semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuhmusuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara
ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan
sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya,
sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara
terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.
Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada
kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada musim
perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan kunjungmengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik tolak daripada ini,
semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah kita bersama-sama menjadikan negara
Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika
Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi negara yang semakin meningkat dengan drastiknya.
Tidak mahukah kita mengecapi kejayan tersebut? Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini
bersikapmembutakan mata dan memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan
kerajaan untuk membangunkan negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya

terdapat jawapan bagi kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza. Konklusinya,
imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam
melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan
perancangan kerajaan yang efektif seterusnya membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.
Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni insya-Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Usaha
Perdana Menteri kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya berbaloi dalam
mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah terang lagikan bersuluh,
terdapat banyak kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum sama ada kepada masyarakat
ataupun negara. Kita sememangnya tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal berlaku pada masa
hadapan kerana semua itu terletak pada kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlulah
sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa depan yang menjanjikan cabaran di luar
jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru nak
tengadah. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur dan memperteguh
kefahaman antara satu sama lain supaya dapat membina impian negara pada masa depan yang lebih
gemilang. Intihanya, semua rakyat perlulah mempertahankan semangat perpaduan di negara kita
demi negara yang tercinta dan dapat menyambut gamitan negara impian.

PERPADUAN PENTING DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN


NEGARA
HTTP://PMR.PENERANGAN.GOV.MY/INDEX.PHP/COMPONENT/CONTEN
T/ARTICLE/445-KOLUMNIS/15970-PERPADUAN-PENTING-DALAMMENJAMIN-KEHARMONIAN-NEGARA.HTML
Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang
kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama
terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur
dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang
tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai
ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan
serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan
televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama.
Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara
kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan
baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan
lancar.
Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan
ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan
lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah
pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman
dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran
pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan
ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi
rakyat.
Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di
Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan
aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan
kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.
Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum
membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat
beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain
itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih
sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.
Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkan
perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat
Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di
samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita
hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita
haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama
masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.

C A B A R A N P E R P A D U A
M A L A Y S I A
K E P A D A
y a r a k a t

C A B A R A N D A N C A R A - C A R A B A G I M E N J A YA K A N
N M A S Y A R A K A T M A J M U K D I
. 1 . 0 P E N G E N A L A N
M A S Y A R A K A T
M A J M U K 1 . 1 D e f i n i s i
m a s
m a j m u k

Pada tahun 1948, seorang pakar astropologi,


J.S Funival
pernah menulisdanm e n g h u r a i k a n p a n d a n g a n b e l i a u b e r h u b u n g m a s y a r a k a t m a j m u k . D e f i n i s i masyarakat
majmuk mengikut Furnival merujuk kepada pelbagai jenis manusiayang bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup
berdekatan tetapi terpisahdalam sistem politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan,agama, bahasa,
idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima d a l a m u r u s a n t e r t e n t u s e p e r t i
d i p a s a r t e t a p i k e m u d i a n b a l i k k e k e l o m p o k masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis
perkauman.
1 . 2 M a s y a r a k a t
m a j m u k
d i
m a l a y s i a
Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke1 9 , l e b i h 9 0 % p e n d u d u k d i t a n a h m e l a y u a d a l a h m e l a y u . N a m u n p a d a pertengahan
abad ke-19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secarab e r a m a i - r a m a i e k o r a n d a s a r
l i b e r a l I n g g e r i s t e l a h m e n g u b a h s t r u k t u r kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat
majmuk di Malaysia terdiri
darip e l b a g a i e t n i k y a n g d i k a t e g o r i k a n m e n g i k u t c a r a h i d u p , p o l a p e n e m p a t a n , pekerjaan dan pendidikan

TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI


http://unclemilydungun.blogspot.com/2013/07/tiga-cabaran-untuk-mencapai-perpaduan.html
1.

Berbeza Dalam Sistem Pendidikan

Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman
pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di
mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.
Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk
perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya
mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah
vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat
Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin
renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut.
Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan
dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.

Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan
semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan
bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya
mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia
yang majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke
atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan
memupuk perpaduan negara. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh
kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana
selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat
mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada
dasar pendidikan.

Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan
masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih
meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan
namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru.
Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan
sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat
dan kepentingan yang berbeza.
Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak
relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan
menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan
untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk
mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru,
kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan
buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju
dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat
masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka
dan menjamin hak-hak mereka.
Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana
melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan
menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang
kukuh di kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan
penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.
3.2

Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor Ekonomi

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka
menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi
ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang
dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di
kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana
aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di
lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin
terhada dan menjadi bertambah renggang.
Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini
diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah
mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.
Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana
sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di ladingladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan
ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan
komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana
perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.
Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini adalah kerana
kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum
tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi
mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah
didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi
bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga
seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka
peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr

Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun
mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging
mereka.
Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti
DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan bukan
menghapuskannya.

3.3

Berbeza Ideologi Politik dan Pengaruh

Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya, seperti UMNO dan PAS
untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti
ini telah menguatkan sikap dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum masingmasing tanpa semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan oleh
pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi perjuangan mereka
sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga
menjadikan pengaruh perkauman turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston
(2001), setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan
dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang
utuh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga
mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan
semua rakyatnya.
Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966, kira-kira 1200 pertubuhan
keturunan Cina menjalankan kempen mengutip tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu
dari bahasa rasmi negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan.
Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan
bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan
antara masyarakat.
Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan juga pendidikan yang
sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan rakyat yang sudah pasti akan membantut atau
menghalang usaha integrasi nasional yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.