Anda di halaman 1dari 4

[[RINGKASAN EKSEKUTIF]]

NAMA PELAJAR

: AMAL IZZATI BINTI MOHD RASID

MAJOR

: BAHASA MELAYU

TAJUK

: PETA MINDA KOSA KATA MENINGKATKAN AMALAN


GURU DALAM MEMBANTU MURID MENCIPTA SAJAK

ABSTRAK
Kemahiran mencipta sajak merupakan kemahiran menulis yang kompleks dan merupakan
tugas mencabar bagi guru dan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh
itu, kajian tindakan ini dijalankan untuk menambah baik amalan P&P saya, selain menilai
pengaplikasian Peta Minda Kosa Kata untuk membantu murid mencipta sajak. Hasil tinjauan
menunjukkan murid tidak tahu untuk memilih perkataan yang sesuai dan tidak mempunyai
idea berkaitan tema. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid Tahun 5 di sebuah
sekolah di Puchong, Selangor. Pemerhatian, soal selidik dan data berbentuk dokumen
merupakan kaedah pengumpulan data kajian ini. Analisis data kajian menunjukkan
pengaplikasian Peta Minda Kosa Kata dapat meningkatkan kemahiran murid mencipta sajak.
Selain itu, amalan P&P saya turut ditambah baik apabila saya mengaplikasikan teknik ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru bagi membantu :
i.

murid dapat mengaplikasi konsep Peta Minda Kosa Kata untuk meningkatkan
kemahiran murid mencipta sajak.

SOALAN KAJIAN
i.

Bagaimanakah pengaplikasian konsep Peta Minda Kosa Kata dapat meningkatkan


kemahiran murid mencipta sajak?

KUMPULAN SASARAN

[[RINGKASAN EKSEKUTIF]]
Kajian ini melibatkan enam orang murid Tahun 5 iaitu dua orang murid lelaki dan empat
orang murid perempuan.
TINDAKAN

Refleksi Pengalaman
Lalu

KITARAN 1

MERANCANG
-Mengenal pasti masalah
melalui pemerhatian dan
analisis dokumen murid.
- Peta Minda Kosa Kata.

BERTINDAK
-Melaksanakan Peta
Minda Kosa kata

MEREFLEK
-Murid masih tidak berjaya
menghasilkan sajak yang
menepati tema dan bermakna.
-Penambahbaikan untuk kitaran
2.

MEMERHATI
-Mengumpul maklumat :
Pemerhatian berstruktur
Borang soal selidik
Hasil karya murid
- Analisis dokumen

KITARAN 2
MERANCANG
-Penggunaan Bahan Maujud
berkaitan tema sajak.

MEREFLEK
-Intervensi berjaya

menyelesaikan masalah.

CARA PENGUMPULAN DATA

BERTINDAK
-Membawa Bahan Maujud
semasa sesi P&P.

MEMERHATI
-Mengumpul maklumat :
Borang soal selidik
Hasil karya murid
- Analisis dokumen

[[RINGKASAN EKSEKUTIF]]
1. Pemerhatian berstruktur
2. Soal selidik
3. Hasil Karya Murid
CARA ANALISIS DATA
1. Data Kualitatif Hasil karya murid , Pemerhatian berstruktur dan Soal selidik

HASIL PEMERHATIAN BERSTRUKTUR

DAPATAN KAJIAN
PERSOALAN

DAPATAN KAJIAN

i. Bagaimanakah pengaplikasian konsep

Borang soal selidik dan hasil karya murid

Peta

menunjukkan Peta Minda Kosa Kata berjaya

Minda Kosa Kata dapat meningkatkan

meningkatkan kemahiran murid mencipta

kemahiran murid mencipta sajak?

sajak.

RUMUSAN
Kesimpulannya, penggunaan Peta Minda Kosa Kata dan Bahan Maujud telah dapat
menambah baik amalan P&P saya selain dapat meningkatkan kemahiran murid mencipta
sajak yang bermakna dan menepati tema yang diberikan.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

[[RINGKASAN EKSEKUTIF]]
Saya mencadangkan agar kajian ini diteruskan dan ditambah baik lagi dengan
pengintegrasian penggunaan medium video atau pun iklan bertema dalam meningkatkan
kemahiran murid mencipta sajak. Selain itu, kajian ini

boleh juga dilaksanakan untuk

meningkatkan kemahiran yang lain seperti mencipta patun. Konsep Peta Minda Kosa Kata ini
juga boleh dilaksanakan kepada kumpulan murid-murid lemah untuk membantu mereka
meningkatkan kemahiran menulis seperti membina ayat dan sebagainya. Seterusnya, kajian
ini juga boleh dilaksanakan untuk murid-murid di peringkatkan sekolah menengah.

Anda mungkin juga menyukai