Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


SEMESTER 1 SESI 2014/2015

SKAA3135: SOSIOLOGI DESA

PERMASALAHAN DAN CABARAN PERTANIAN TANAMAN GETAH DI


MALAYSIA
FAHRUR RAZI BIN NASUKA A140496

PENSYARAH:
PROF. DR. RAHIMAH ABDUL AZIZ

1.0 PENDAHULUAN
Perkataan Pertanian bermaksud proses menghasilkan makanan atau barangan melalui aktiviti
seperti perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan. Sector pertanian sememangnya
sinonim dengan sejarah ekonomi Negara kita dimana industry ini suatu masa dahulu
merupakan industry penyumbang utama ekonomi Negara sebelum diambil alih oleh sector
perindustrian pada era globalisasi ini. Aktiviti pertanian sememangnya sudah dijadikan
sebagai satu cara hidup dan keperluan sara diri penduduk melayu pada zaman feudalisme
sehinggalah ke kolonialisme. Hal ini seperti yang diterangkan didalam penulisan R.O.
Winsted didalam bukunya yang menceritakan mengenai jenis ekonomi masyarakat melayu
pada zaman tradisional iaitu;
the Malays like other races had an economic system. And it depended on
(a) the catching of fish and planting of food-stuff for home consumption (b)
the collection of tin and jungle-produce 1
Perkataan pertanian ini kemudiannya boleh dipecahkan lagi kepada tiga kategori utama iaitu
pertanian hasil, perikanan dan penternakan. Pertanian hasil adalah seperti penanaman getah,
kopi, kelapa sawit dan penanaman padi huma atau padi sawah yang banyak diusahakan pada
zaman tradisional dan sehingga kehari ini.2 kategori pertanian yang kedua adalah perikanan.
Kegiatan perikanan ini pada dahulunya menjadi aktiviti ekonomi utama masyarakat tanah
melayu kerana petempatan mereka yang berada berhampiran dengan sungai atau laut. Kaedah
penangkapan ikan yang biasa pada masa dahulu adalah seperti dengan menggunakan tali kail,
jala, bubu dan jerat. 3 Transformasi aktiviti perikanan ini telah berlaku dan dapat dilihat pada
hari ini dengan pelbagai jenis ternakan sumber perikanan seperti ikan air tawar, udang, ketam
1 Wistedt, Richard, The Malays A Cultural History, London, Routledge and Kegen Paul LTD, Broadway, 68-74
Certer Lane, 1961, hlmn.121.

2 Ooi Jin BeE, Bumi, Penduduk dan Ekonomi di Tanah Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1961, hlmn.200

3 Zulkarnain Abdul Rahman, Sejarah Negeri Selangor Dari Zaman Prasejarah hingga Kemerdekaan,
Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor, 2005, hlmn.199

dan sebaginya dan dikomersialkan untuk dijadikan sebagai satu perniagaan. Kategori yang
ketiga adalah pertanian jenis penternakan. Kegiatan penternakan di Malaysia sudah
dimulakan sejak zaman kolonialisme dahulu, hanya ianya tidak dikomersialkan seperti hari
ini dimana pada ketika itu ianya lebih digunakan untuk menjalankan aktiviti pertanian yang
lain seperti ternakan kerbau yang digunakan untuk menggemburkan tanah bagi tanaman
padi.4
Melalui penulisan ini, jenis tanaman yang menjadi focus penulisan esei ini adalah
tanaman getah kerana tanaman getah merupakan tanaman yang cukup signifikan bagi negara
Malaysia khususnya dan masyarakat melayu khususnya. Getah merupakan tanaman yang
dijadikan sebagai sumber utama pendapatan ekonomi negara suatu ketika dahulu iaitu dari
sebelum merdeka hinggalah selepas merdeka sebelum digantikan dengan sector
perindustrian. Walaubagaimanapun, pada hari ini, tanaman ini semakin dipandang sepi,
dengan pengusaha tanaman getah hanya terdiri dari golongan warga tua dan keluasan tanah
bagi tanaman ini juga semakin berkurangan saban tahun. Objektif penulisan ini adalah untuk
melihat apakah permasalahan yang dihadapi oleh tanaman getah pada zaman globalisasi ini
sehingga berlakunya pengurangan dari segi jumlah eksport, pendapatan dan keluasan
tanaman getah ini.
2.0 SEJARAH TANAMAN GETAH DI MALAYSIA
Getah menjadi sumber bahan mentah yang terpenting pada awal abad ke19 setelah
penggunaan getah dalam sektor industry meningkat hasil penemuan-penemuan pekilangpekilang di Barat pada ketika itu. Sehubungan perkembangan tersebut , British telah
menjalankan pelbagai kajian untuk membawa masuk getah bagi ditanam di Tanah Melayu.
Sir H.N Ridley sebagai Pengarah Kebun Bunga di Singapura telah bertanggjawab membawa
masuk getah ke Tanah Melayu. Sekitar tahun 1870-an. Kejayaan menanam tanaman getah
jenis Havea Braziliensis yang dibawa dari Brazil telah Berjaya menarik minat kapitaliskapitalis dari Eropah dan Cina untuk membuka ladang-ladang di Tanah Melayu. 5 Syarikatsyarikat Inggeris telah ditubuhkan untuk membuka ladang getah. H.N.Ridley telah
4 OOi Jin Bee, Bumi, Penduduk dan Ekonomi di Tanah Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1961

5 Cheah Boon Keang & Abu Talib Ahmad . 1990 . Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain .
Petaling jaya:Fajar Bakti

mempopularkan penanaman getah sehingga memberi sumbangan seperti memperkenalkan


sistem torehan ibedem atau system tulang herring pada tahun 1897. Beliau turut
memperkenalkan cara mengangkut anak benih secara membungkus dalam arang yang lembap
dan keghairahan beliau menjalankan kempen tanaman getah dalam kalangan peladang
kopi, tebu dan gambir menyebabkan beliau digelar Ridley Gila atau Ridley Getah.
Penanaman getah secara intensif diMalaysia pada ketika itu telah menyebabkan munculnya
banyak syarikat-syarikat besar seperti firma-firma besar di Singapura seperti Guthrie dan
Harrisons & Crosfield. Kawasan-kawasan subur juga telah dijadikan ladang besar , yang
sesetengahnya sehingga sekarang merupakan estet-estet getah terbesar di dunia.
Kemasukan orang India juga telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan
ladang getah. Buktinya, pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar ladang getah di Tanah
Melayu tetapi pada tahun 1940, angka ini telah meningkat menjadi 3.5 juta ekar.
Kebergantungan terhdap komoditi getah ini kepada negara berterusan sehingga selepas
merdeka iaitu selepas tahun 1960-an. Hanya disebabkan harga pasaran getah dunia yang
sering terumbang-ambing telah menyebabkan kerajaan memperkenalkan alternative ekonomi
yang digelar import-substitution6 yang digunakan bagi mengurangkan bebanan ekonomi
tanah melayu terhadap tanaman getah. Bermula dari saat itu, tanaman getah di Malaysia
sudah tidak seaktif seperti sebelum ini.

3.0 PERKEMBANGAN KEMAJUAN SEKTOR PERTANIAN & TANAMAN GETAH


DI MALAYSIA
Walaupun tidak memegang status sebagai penyumbang utama ekonomi Negara, tetapi sector
ekonomi tetap merupakan antara sector terpentng diMalaysia. Transformasi yang terjadi
terhadap sector pertanian dinegara kita sememangnya tidak dinafikan dan dapat dilihat pihak
kerajaan berusaha keras untuk menjadikan sector pertanian ini sebagai satu sector yang masih
relevan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat didalam pengenalan dasar-dasar berkaitan sector
pertanian ini dan sector pertanian ini tidak pernah ditinggalkan dibelakang setiap kali
pembentangan belanjawan dilakukan dinegara ini. selain itu, usaha kerajaan untuk
memperkasakan lagi aspek prtanian ini juga dapat dilihat saban tahun melalui penubuhan
6 Import-substitution merupakan istilah ekonomi yang merujuk kepada pemerkasaan
industry tempatan untuk menggunakan hasilnya diperingkat tempatan tanpa perlu
mengharapkan import dari Negara luar bagi hasil yang sama.

pelbagai insentif, pertubuhan-pertubuhan organisasi atau agensi-agensi yang seperti FELDA,


FELCRA, RISDA, FAMA, Bank Pertanian Malaysia (BPM), MARDI, Lembaga Padi dan
Beras Negara (LPN), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Kemajuan
Pertanian Muda (MADA, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga
Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan banyak lagi agensi mahupun organisasi yang tidak
lain tidak bukan bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan pembangunan sektor
pertanian di Malaysia ini.
Pada era globalisasi ini, disebalik tumpuan kepada sector perindustrian, sector pertanian juga
tidak pernah dilupakan malah semakin digiatkan oleh kerajaan. Disetiap pembentangan
belanjawan, melalui rancangan Malaysia ke Sembilan dan kesepuluh, sector pertanian tidak
pernah ditinggalkan malah antara sector utama yang diberi perhatian. Hal ini dapat dilihat
pada rancangan Malaysia kesembilan, sector pertanian merupakan antara sector yang
mendapat peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM 11.4 bilion. Melalui RMK-9 ini juga
inovasi terhadap pertanian ditingkatkan dimana pelbagai teknologi dibawa masuk bagi
meningkatkan produktiviti hasil pertanian. Selain itu melalui RMK-9 juga, perkara baru yang
diusahakan adalah seperti menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan, memajukan
sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan
hiasan dan bunga-bungaan,meningkatkan industri asas tani, pematuhan Piawaian dan Kualiti
Antarabangsa dan Penyediaan Pinjaman dan Insentif.
Disetiap insentif dan inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap sector
pertanian negara, ianya juga melibatkan tanaman getah. Contoh yang paling jelas dapat
dilihat dalam penubuhan pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
(RISDA). Penubuhan RISDA ini dirasmikan pada tahun 1973 yang ditugaskan memberikan
bantuan kewangan dan galakan kepada pekebun-pekebun kecil getah disamping meninggikan
taraf ekonomi mereka. Penubuhan RISDA pada awalnya sangat berkesan dengan Berjaya
menyusun kembali pengusaha-pengusaha tanaman getah ini dan pada tahun 1974, telah
Berjaya melakukan penanaman semula kebun getah seluas 1, 321 723 ekar. Skop tugas
RISDA juga berhubung rapat dengan agensi-agensi lain terutama sekali badan-badan yang
bertugas dalam bidang penyelidikan, perkembangan, kredit, memproses dan pemasaran
tanaman getah ini.7 Usaha kerajaan didalam memperkasakan tanaman getah juga dapat dilihat
didalam peruntukan yang diberikan kepada tanaman ini setiap tahun dan sebagai contoh,
7 http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=8406

Pada tahun 2012 juga, kerajaan telah memperuntukkan jumlah sebanyak rm 300 juta untuk
tanam semula pokok getah dan bantuan benih getah diseluruh Malaysia.8
Walaubagaimanapun, disebalik setiap usaha yang dilakukan oleh kerajaan terhadap
tanaman getah ini, tetap timbul masalah dan cabaran didalam pertanian ini. sebagai contoh,
jumlah peluasan tanaman getah ini di Malaysia semakin berkurangan saban tahun. Pada tahun
2000 jumlah keluasan tanaman getah diseluruh Malaysia adalah sebanyak 1.43 juta hektar
dan ianya berkurangan sebanyak 28.1 % kepada 1.03 juta hektar pada tahun 2010. Status
Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli juga sudah lama kalah kepada negara jiran iaitu
Indonesia dan Thailang. Apabila perkara ini berlaku, sumbangan tanaman getah ini kepada
KDNK negara juga semakin berkurangan. Disini dapat dilihat ketidakseimbangan diantara
usaha yang digerakkan oleh kerajaan didalam bidang pertanian getah ini, dengan hasil yang
diperoleh. Hal ini pasti disebabkan oleh beberapa masalah atau cabaran yang timbul dan
penulisan ini akan melihat dan meneliti beberapa cabaran dan masalah tersebut.

4.0 MASALAH DAN CABARAN DIDALAM PERTANIAN GETAH DI MALAYSIA


4.1 Kekurangan Tenaga Buruh

Didalam mana-mana industry, antara elemen terpenting didalam menjayakannya adalah


sumbangan tenaga buruh ataupun pekerja. Antara masalah yang dihadapi didalam sector
penanaman getah di Malaysia adalah kekurangan tenaga pekerja. Pengurangan sumber tenaga
buruh dalam sector getah ini bukan sahaja melibatkan tanaman getah, tetapi keseluruhan
sector pertanian. Hal ini adalah sangat membimbangkan kerana factor manusia merupakan
masalah yang paling sukar diatasi kerana ianya melibatkan perbezan pemikiran, kefahaman
dan sebagainya dan tidak seperti masalah yang melibatkan mesin, polisi dan sebagainya yang
boleh diubah dan dibaiki dengan segera. Secara keseluruhannya, jumlah tenaga buruh di
Malaysia menunjukkan peningkatan saban tahun selaras dengan pertambahan rakyat
Malaysia.9 Walaubagaimanapun, pertambahan jumlah tenaga buruh ini tidak terjadi sector
pertanian Negara. Pada tahun 1970, jumlah tenaga kerja dalam bidang pertanian adalah
8 http://www.theborneopost.com/2012/06/19/rm95-7-juta-untuk-getah/

9 Chamhuri Siwar, Abd Malik Ismail dan Abdul Malik Jaafar, Reformasi Pertanian Malysia
kearah wawasan 2020, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998

sebanyak 53.5 peratus dan menurun kepada 47.6 peratus pada tahun 1975. Pada tahun 1980
pula, jumlah peratusan ini terus menunjukkan penurunan dengan peratusan sebanyak 37.2
peratus dan 31.3 peratus pada tahun 1985. Dari segi angka nombor pula, pada tahun 1995,
jumlah pekerja didalam sector pertanian di Malaysia ini adalah sebanyak 1, 524 000 pekerja
dan jumlah ini tinggal menjadi 930 000 orang sahaja pada tahun 2010. Pengurangan tenaga
buruh dalam sector pertanian secara keseluruhannya juga memberi impak yang sama kepada
tanaman getah. Satu kajian yang dilakukan oleh United Planting Association of Malaysia
telah menunjukkan bahawa berlakunya pengurangan tenaga buruh didalam perladangan getah
bermula pada tahun 1990 dan laporan kekurangan tenaga buruh tersebut melibatkan aduan
daripada lebih 50 buah ladang getah. Hal ini masih berlaku sehingga kehari ini, seperti
dilaporkan oleh Akhbar Utusan pada tahun 2012 yang menyatakan pengurangan tenaga buruh
telah menyebabkan kira-kira 300 000 hektar kawasan tanaman getah di Malaysia ini tidak
ditoreh, lewat pembukaan torehan walaupun pokok telah matang, penorehan yang tidak
selaras dan pergantungan terhadap buruh asing di lading-ladang getah. 10 Jumlah bilangan
pekerja dalam sektor penanaman getah yang dicatatkan pada tahun 1999 adalah 35, 299 dan
merundum jatuh sebanyak 70.40 peratus kepada hanya 10, 450 pada tahun 2009. Dalam
tempoh daripada tahun 1999 hingga tahun 2009 berlaku penurunan berterusan dan penurunan
yang sangat terendah pada bagi tempoh tersebut ialah pada tahun 2009. 11 Punca utama kepada
masalah ini adalah sudah semestinya disebabkan oleh berlakunya Penghijrahan tenaga buruh
dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian terutamanya ke sector perindustrian.
Penumpuan kerajaan terhadap sector perindustrian yang bermula secara agresif ketika
Dasar Ekonomi Baru itu dilaksanakan dan ditambah lagi dengan cita-cita untuk menjadikan
Malaysia sebagai Negara perindustrian penuh oleh Tun Dr. Mahathir telah menjadikan focus
masyarakat muda beralih kearah pekerjaan didalam bidang perindustrian ini. pandangan
mereka terhadap pertanian ini juga sudah berubah dan ia kekal sehingga kini. Hal ini
disokong oleh Menteri pertanian dan Industri asas tani Malaysia pada hari ini iaitu Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob yang berkata, golongan muda pada hari ini menganggap bahawa sektor
10http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1998&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_06.htm diakses pada
18/12/2014

11 Rafain ahuar, Zaimah Darawi, Mohd Noor Mamat, artikel bertajuk: Membina scenario
masa hadapan industry getah Malaysia: Road Map dan Pemacu utama industry, bangi:
UKM, 2012

pertanian termasuklah getah ini merupakan sector yang tidak mampu berkembang,
mengamalkan cara lama, perlu bekerja dalam persekitaran kotor dan tidak mendatangkan
kekayaan.12
Pengenalan DEB dan cita-cita menjadikan Malaysia Negara perindustian telah
menyebabkan sector perindustrian tumbuh pesat dinegara kita dengan pembinaan kilangkilang umpama cendawan selepas hujan telah menarik generasi muda untuk bekerja disektor
ini tidak kira pekerjaan berjawatan rendah mahupun tinggi. Pekerjaan ini dirasakan lebih
selesa, moden, gaji yang lebih stabil dan peluang pembangunan kerjaya yang lebih cerah
berbanding pertanian. Jumlah tenaga kerja secara keseluruhannya di Malaysia menunjukkan
peningkatan selari dengan pertambahan jumlah penduduk Negara ini. walaubagaimanapun
krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 telah menyebabkan jumlah tenaga kerja ini
berkurangan dan menyebabkan jumlah pengangguran. Kesan kejadian ini semakin
menyebabkan jumlah tenaga kerja didalam bidang pertanian semakin berkurangan. Sector
peindustrian juga difokuskan oleh kerajaan bagi menjalankan peranan dalam menjadi
penyelamat bagi mengatasi masalah pengangguran dinegara kita memandangkan kesediaan
generasi muda yang dilihat lebih rela menganggur daripada penjadi petani. Hal ini telah
menyebabkan jumlah tenaga kerja dalam bidang perindustrian terutamanya dalam bidang
perkilangan menunjukkan peningkatan saban tahun.
G. Sivalingam didalam bukunya yang bertajuk Malaysias Agricultural Transformation ada
menyenaraikan mengenai punca kepada pengurangan jumlah tenaga kerja didalam bidang
pertanian termasuklah tanaman getah ini iaitu dipengaruhi oleh factor peningkatan jumlah
migrasi generasi muda ke Bandar akibat daripada tarikan yang ditawarkan dibandar seperti
peluang pendidikan yang lebih baik dan daya tarikan pekerjaan moden disana. 13 Keadaan ini
sekiranya tidak diatasi adalah sangat membimbangkan kerana jumlah 930 000 pekerja
disektor pertanian pada tahun 2010 itu kebanyakannya adalah mereka yang berumur 45 tahun
keatas. Hal ini akan menjejaskan produktiviti hasil pertanian dimasa hadapan. Masalah ini
akan berterusan dan menjejaskan sector pertanian Negara secara amnya dan tanaman getah
khasnya selagi skeptikal negative generasi muda terhadap sector pertanian itu tidak diubah
12 http://www.sinarharian.com.my/nasional/ubah-persepsi-negatif-terhadap-pertanian1.219267 diakses pada 15/12/2014

13 G. Sivalingam, Malaysias Agricultural Transformation, Pelanduk Publication, Petaling


Jaya, hlm 14

dan kerajaan berperanan besar dalam mengatasi masalh ini. Tiada guna peruntukan yang
berjuta ringgit untuk penanaman semula getah dan subsidi baja, sekiranya tiada pihak yang
mahu merebut peluang itu.

4.2 Masalah melibatkan tanah pertanian


Masalah yang kedua yang dihadapi oleh pihak kerajaan didalam aspek tanaman getah ini
adalah masalah berkaitan dengan tanah pertanian. Permasalahan melibatkan tanah pertanian
ini terbahagi kepada dua iaitu kekurangan tanah pertanian dan lambakan tanah terbiar.
Masalah kekurangan tanah pertanian merupakan satu permasalahan yang wajar dipandang
serius oleh kerajaan kerana sekiranya ianya tidak diatasi segera, ianya akan menyebabkan
krisis kekurangan bekalan getah dinegara kita sekaligus akan menyebabkan kerajaan
mengeluarkan belanja yang besar untuk mengimport getah dari luar bagi memenuhi
permintaan penggunaan getah dalam sector perindustrian dinegara ini. Menurut Datuk
Annuar Maaruf, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian,beliau mengatakan bahawa
masalah kekurangan tanah pertanian secara keseluruhannya dinegara kita ini berada ditahap
yang serius iaitu paling minimum 145,600 hektar tanah pertanian telah hilang. 14 Hal ini
disokong oleh presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid didalam ucapannya yang berkata,
Semenanjung Malaysia telah hilang15 kira-kira 100,000 hektar tanah bagi tujuan
pembangunan industri dan perumahan dalam tempoh 15 tahun, manakala masalah di Sabah
dan Sarawak menyebabkan negara kehilangan 6000 hektar. Pengurangan tanah pertanian ini
juga melibatkan tanaman getah dimana pada tahun 2000 jumlah tanah tanaman getah adalah
1,430 juta hektar pada tahun 2000 dan berkurangan kepada 1,029 juta hektar pada tahun 2010
yang disebabkan oleh pengurangan ketara dalam sektor estet iaitu daripada 123,780 hektar
pada tahun 2000 kepada 62,300 hektar pada tahun 2008 dengan peratusan penurunan
sebanyak 49.7 peratus. Senario ini dibebani lagi dengan penurunan kawasan tanaman oleh
14http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1999&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htm diakses pada
16/12/2014
15 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/krisis-makanan-jika-masalahtanah-pertanian-tidak-diatasi-kata-meja-bulat-b#sthash.0YjDvxJB.dpuf diakses pada
16/12/2014

pekebun kecil yang merupakan penyumbang utama pengeluaran getah asli iaitu sebanyak
26.04 peratus daripada 1.31 juta hektar kepada 0.97 juta hektar.16
Salah satu factor yang menyebabkan berlakunya pengurangan tanah tanaman getah ini
adalah disebabkan oleh pengambilan tanah-tanah pertanian ini untuk dijadikan sebagai tanah
perindustrian. Di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), tanah beri milik (alienated land)
terbahagi kepada tiga kategori kegunaan tanah, iaitu tanah pertanian, tanah bangunan dan
tanah industri. Menurut akta ini, setiap pemilik tanah ini boleh mengubah status tanah yang
dimilikinya kepada mana-mana tiga kategori tersebut. Disebabkan hal inilah, ramai pemilik
tanah pertanian yang mahukan keuntungan secara cepat telah menjual atau menukar status
tanah pertanian tersebut kepada tanah perindustrian. Perkara ini pernah menjadi bualan
dibeberapa tempat suatu masa dahulu seperti di Negeri Sembilan dan Selangor dimana
pemilik tanah pertanian ini telah menjual tanah milik mereka kepada pemaju yang mahu
menjadikan tanah tersebut sebagai tanah perindustrian dan menjadi jutawan segera. Selain
itu, tanah tanaman getah di Malaysia mengalami kekurangan juga disebabkan oleh
pemiliknya tidak mahu mengusahakan tanaman getah disebabkan oleh harganya yang tidak
stabil disamping mudah diserang penyakit. Ada diantara pemilik ini yang menggunakan tanah
getah tersebut kepada tanaman komoditi lain seperti kelapa sawit dan ramai juga yang
membiarkannya sehingga menjadi tanah terbiar.
Masalah kedua yang melibatkan tanah diMalaysia ini adalah masalah lambakan tanah
pertanian terbiar yang tidak diusahakan oleh pemilik. Disebalik masalah kekurangan tanah
pertanian termasuklah bagi tanaman getah, ironinya, Malaysia juga mengalami masalah
lambakan tanah pertanian terbiar. Jumlah kawasan tanah terbiar diMalaysia sangat besar dan
adalah sangat rugi sekiranya tidak diusahakan didalam bidang pertanian. Sebagai contoh,
pada tahun 1990, jumlah tanah terbiar disemenanjung Malaysia adalah sebanyak 57 597
hektar.17 Pada tahun 2002, jumlah tanah pertanian terbiar adalah sebanyak 34, 360 hektar
yang melibatkan tanah-tanah sawah dan juga tanah darat. Walaupun, jumlah ini berkurangan
tetapi ianya masih lagi besar dan tidak seharusnya berlaku kerana pada masa yang sama
Malaysia juga berhadapan dengan masalah kekurangan tanah pertanian termasuk bagi
16 Rafain ahuar, Zaimah Darawi, Mohd Noor Mamat, artikel bertajuk: Membina
scenario masa hadapan industry getah Malaysia: Road Map dan Pemacu utama
industry, bangi: UKM, 2012
17 Abd. Malik dan Mohaini, tanah terbiar: Masalah dan Penyelesaian, dalam ekonomi
Malaysia: beberapa isu utama, Bangi: Penerbit Universiti kebangsaan Malaysia. 1992

tanaman getah. Disini menjadi tanggungjawab pihak kementerian pertanian untuk


menampung masalah kekurangan tanah pertanian dengan mengambil mana-mana tanah yang
terbiar kerana ianya adalah dibenarkan menurut undang-undang iaitu pada seksyen 115, 116
dan 117 Kanun tanah Negara 1965.
Menurut penulisan artikel oleh Azima binti Abdul Manaf yang bertajuk keupayaan
pendekatan institusi dalam menghurai punca-punca tanah pertanian terbiar yang diterbitkan
oleh UKM, beliau telah menyenaraikan tiga factor utama terhadap masalah ini iaitu
penghijrahan dan migrasi keluar, keupayaan umur dan kewangan, dan sikap pemilik tanah.
Bagi factor penghijrahan dan migrasi, kebanyakan generasi muda lebih berminat untuk
berhijrah kebandar-bandar dan kawasan industry seperti Seremban, Kuala Lumpur dan Shah
Alam. Mereka lebih memilih untuk hidup dikawasan Bandar yang dianggap lebih
bertamadun berbanding duduk didesa dan mengusahakan tanah-tanah pertanian apatah lagi
tanaman getah. Ada segelintir juga yang mempunyai tanah pusaka, tetapi dibiarkan terbiar
tanpa diusahakan akibat kekangan masa hidup dibandar.
Factor yang kedua adalah factor keupayaan umur dan kewangan.

Kajian

menunjukkan bahawa, purata umur petani bagi pengusaha ladang getah adalah 40 peratus
daripadanya berumur 55 tahun keatas.18 Ketiadaan penerus generasi muda untuk meneruskan
aktiviti pertanian mereka yang terdahulu telah membuatkan tanah pertanian mereka yang
dahulu menjadi tanah terbiar. Umur yang lanjut disamping kewangan yang tidak kukuh juga
membuatkan mereka tidak begitu berminat untuk menyertai pelbagai insentif yang kerajaan
sediakan didalam tanaman getah seperti mana-mana program membangunkan tanah terbiar
yang dijalankan oleh RISDA.
Factor yang terakhir yang menyebabkan berlakunya masalah tanah pertanian terbiar
termasuk bagi tanaman getah adalah sikap petani itu sendiri. Masalah sikap disini boleh
dilihat apabila para pemilik tanah ini tidak begitu berminat ataupun malas untuk
mengusahakan tanah pertanian yang dimiliki kerana terlalu luas dan tidak mempunyai banyak
masa untuk mengusahakannya. Perkara ini sering berlaku bagi pemilik tanah yang sudah
mempunyai pekerjaan tetap seperti guru, pensyarah dan sebagainya tetapi mempunyai tanah
pertanian yang luas. Hal ini diburukkan lagi apabila mereka ini enggan membenarkan manamana pihak menyewa tanah mereka untuk dimajukan. Kebanyakan pemilik tanah ini berasa
18 http://www.kkmm.gov.my/pdf/tahukah_anda/ETP_bm/bab15.pdf diakses pada
16/12/2014

tidak yakin untuk membenarkan tanah mereka disewa oleh orang luar walaupun dari jabatan
pertanian sendiri. Mereka lebih rela melihat tanah tersebut terbiar dari diusahakan oleh orang
lain. didalam beberapa kes juga menunjukkan terdapat beberapa tuan tanah yang
menghilangkan diri dan tidak mahu dihubungi kerana tidak mahu membenarkan penggunaan
orang luar terhadap tanah milik mereka itu. Hal ini diakui oleh pengerusi RISDA sendiri, Tan
Sri Rahim Tamby Chik yang mengatakan bahawa pihak RISDA telah mengenal pasti
beberapa tanah terbiar berjumlah 3000 hektar yang berpotensi untuk tanaman semula getah,
tetapi tidak mendapat kerjasama dari pemilik tanah tersebut kerana pelbagai sebab seperti
tidak mahu memberikan tanah pusaka itu diusahakan oleh orang lain dan mahu menunggu
tawaran dari pihak lain yang lagi menguntungkan.

4.3 Masalah pemasaran hasil pertanian


Satu lagi masalah yang berlaku didalam industry pertanian luar Bandar sehingga
menyebabkan produktiviti pertanian mereka ditahap yang rendah adalah disebabkan oleh
aspek pemasaran. Pemasaran bermaksud sekumpulan kegiatan atau usaha yang dilakukan
bertujuan untuk mengintegrasikan unit-unit pasaran yang membolehkan produk tersebut
wujud dipasaran niaga. Satu kekurangan aspek pemasaran didalam industry pertanian diluar
Bandar di Malaysia ini adalah kekurangan didalam infrastruktur pemasaran. Infrastruktur
pemasaran ini boleh dilihat didalam bentuk fizikal mahupun perkhidmatan.
System pemasaran produk pertanian termasuklah tanaman getah di Malaysia juga
masih lagi panjang dan menggunakan cara tradisi. Hal ini telah menyebabkan pemasaran
produk pertanian ini tidak effektif dan pantas sifatnya. Saluran yang panjang dan melalui cara
tradisi disini bermaksud pemasaran sesuatu produk pertanian itu masih melalui beberapa
proses seperti pengusaha getah menjual getahnya kepada pengumpul kemudian kepada
pemborong, seterusnya barulah kepada pengilang.

Hal ini telah menyebabkan pasaran

produk pertanian itu tidak berkembang dan tidak memberikan keuntungan yang sepatutnya
kepada petani kerana banyak diambil oleh pihak tengah. Satu pihak orang tengah
dianggarkan mengambil keuntungan atas angina sebanyak 20 hingga 40 sen sekilogram.
Berikutan hal ini, pihak kerajaan telah menggalakkan pengusaha tanaman getah ini
agar menguruskan hasil getah tersebut melalui penubuhan koperasi pekebun getah. Hal ini
dinyatakan sendiri oleh menteri perusahaan perladangan dan komoditi, Datuk Amar Douglas

Uggah Embas.19 Penjualan getah melalui koperasi mampu membantu ahli-ahli koperasi
memperoleh harga yang berpatutan dan setimpal dengan kualiti getah yang dihasilkan.
Kopersai ini pula dikawal terus oleh Lembaga Getah Malaysia(LGM). Di samping itu,
urusan membeli baja dan racun rumpai juga dapat dibuat secara kelompok dan ini akan
memudahkan urusan penghantaran dan penerimaan. Harga yang ditawarkan juga akan
menjadi lebih murah. Melalui penubuhan koperasi getah juga, segala maklumat mengenai
pemasaran getah dapat disampaikan terus kepada pengusaha secara tepat.
4.4 Kekurangan pengetahuan mengenai teknologi moden
Masalah terakhir yang dihadapi oleh petani diluar Bandar adalah kurangnya pengetahuan
mengenai teknologi moden didalam bidang pertanian. Dizaman serba moden ini, masalah
petani diluar Bandar yang terlalu berpuas hati dengan cara lama tanpa mahu meninovasikan
pertanian mereka telah menyebabkan pertanian mereka tidak boleh terus maju kehadapan.
Aspek teknologi moden adalah sangat penting bagi melipatgandakan hasil pertanian petani
tersebut. Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh
dilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian yang mana juga lebih
dikenali sebagai bioteknologi. Melalui penyelidikan yang dihasilkan, banyak perkara-perkara
yang melibatkan pertanian boleh dicapai seperti pengurangan kos pengeluaran dan
peningkatan hasil pertanian. Teknologi moden didalam pertanian getah disini boleh dilihat
dari segi jenis pembiakan benih pokok getah, teknologi dalam penanaman benih getah,
penggunaan mesin penoreh getah, dan juga inovasi dalam pembuatan barangan berasaskan
getah. Didalam pertubuhan Lembaga Getah Malaysia terdapat satu bahagian iaitu bahagian
penyelidikan dan inovasi yang yang melakukan pelbagai kajian dan penciptaan beberapa
teknologi bagi tanaman getah ini seperti inovasi dalam pisau penoreh getah atau system
torehan jenis baru iaitu system toreha kekerapan rendah(Skim LITS3) dan penggunaan jenis
polibeg yang bersesuaian bagi tanaman getah ini. sistem penorehan berintensiti rendah (LIT)
yang direka khas untuk mengatasi masalah yang spesifik.
Satu teknologi penting didalam tanaman getah yang dihasilkan oleh pihak LGM
adalah teknologi system penorehan berintensiti rendah. Sistem LIT ini dikelaskan kepada dua
kategori iaitu menggunakan stimulasi etefon dan sistem novel.Stimulasi etefon kepekatan
rendah digunakan dalam sistem torehan seminggu sekali ke atas pokok yang berusia di antara
19 http://www.theborneopost.com/2014/06/22/masalah-orang-tengah-ditangani/
diakses pada 19/12/2014

lima hingga 15 tahun. Manakala sistem novel, iaitu menggunakan RRIMFLOW dan
REACTORRIM, digunakan ke atas pokok getah matang yang umurnya lebih 15 tahun.
Melalui penggunaan teknologi ini, seseorang penoreh mampu menoreh dua kali ganda
bilangan pokok getah sehari berbanding kaedah konvensional. Walaubaaimanapun teknologi
ini masih tidak digunakan secara meluas Di Malaysia walaupun telah agak lama
diperkenalkan.20 Walaubagaimanapun, inovasi ini adakalanya tidak sampai ke pengusaha
tanaman getah terutamanya dikawasan kampong-kampung terpencil sekaligus menyebabkan
mereka ini masih menggunakan cara lama yang tidak effisyen lagi. Pengurangan penggunaan
dan pengetahuan teknologi moden dalam tanaman getah ini juga mungkin disebabkan oleh
kurangnya tenaga muda didalam sector tanaman getah ini.
Didalam teknologi pembuatan barangan berasaskan getah di Malaysia pula, inovasi
perkara ini adalah sangat kurang di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui penumpuan
kepada industri yang berasaskan celupan lateks terutamanya sarung tangan. Usaha yang
berterusan hendaklah diambil bagi mempelbagaikan lagi barangan yang dikeluarkan supaya
kita tidak terlalu bergantung kepada subsektor celupan lateks yang telah menjadikan kita
sebagai pengeluar terbesar di dunia bagi sarung tangan getah, kateter (Catheters) dan benang
getah (latex thread). Pencapaian didalam sector ini haruslah dipertahankan, tetapi pada masa
yang sama juga, ianya haruslah dipelbagaikan lagi bagi meningkatkan permintaan terhadap
getah di Malaysia sekaligus akan meninggikan lagi harga getah ini.21
4.5 Ketidakstabilan harga getah
Satu lagi masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam memperkasakan lagi tanaman getah
dimalaysia ini adalah masalah harga getah tersebut yang kerap jatuh. Hal ini akan
membuatkan pengusaha getah hilang minat untuk mengerjakan tanaman ini dan beralih
kepada tanaman lain yang dilihat mempunyai prospek masa depan lebih stabil dan
menguntungkan. Punca ketidakstabilan harga getah ini disebabkan oleh beberapa factor
seperti stok getah, permintaan getah asli, kemunculan getah sintetik. Stok getah asli ini
bermaksud satu badan antarabangsa yang akan menyimpan sebahagian daripada jumlah
20http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1998&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_06.htm diakses
pada 18/12/2014
21 Rafain ahuar, Zaimah Darawi, Mohd Noor Mamat, artikel bertajuk: Membina
scenario masa hadapan industry getah Malaysia: Road Map dan Pemacu utama
industry, bangi: UKM, 2012

eksport getah dunia. Simpanan ini kebiasaanya meliputi kuantiti simpanan untuk dua bulan
penggunaan. Lebihan dan pengurangan jumlah kuantiti stok simpanan ini daripada sasaran
akan menjejaskan harga getah dunia, termasuklah harga getah di Malaysia. Badan yang
mengira jumlah simpanan stok getah asli ini biasanya adalah International Rubber Study
Group ( IRSG) dan apabila berlaku lebihan terhadap jumlah simpanan stok ini, maka
permintaan getah akan dikurangkan sekaligus harganya juga akan jatuh dan begitu juga
sebaliknya. Kuantiti stok getah asli dunia pada tahun 2013 adalah berada pada paras dua juta
tan.
Jumlah kuantiti didalam stok simpanan getah asli ini pula bergantung kepada
permintaan dunia terhadap getah asli ini. permintaan terhadap getah asli ini banyak didasari
oleh industry pembuatan tayar iaitu mencecah 70 peratus. Industry pembuatan tayar ini pula
banyak diusahakan oleh negara-negara besar dunia seperti China, negara eropah dan Amerika
Syarikat. China merupakan pengguna utama getah asli iaitu 40 peratus daripada jumlah
penawaran.Selain itu, China juga adalah pengeluar tayar utama dengan menyumbang hampir
30 peratus daripada pengeluaran tayar global. Hal ini menyebabkan, Pertumbuhan ekonomi
di Negara maju seperti China, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah akan memberi
pengaruh yang signifikan kepada arah aliran pasaran getah dunia. Harga getah di Malaysia
pada ketika ini berada diparas rendah iaitu dibawah rm 5.00 sekilogram disebabkan oleh
kurangnya permintaan dunia pada hari ini terhadap getah asli terutamanya di eropah akibat
kemelesatan ekonomi yang dialami disana.
Satu lagi factor yang menyebabkan kejatuhan harga getah dunia dan Malaysia adalah
persaingan dengan getah sintetik. Getah sintetik merupakan saingan terdekat kepada getah
asli sejak dahulu lagi. Kemunculan getah sintetik ini telah menyebabkan harga getah asli
terjejas. Hal ini kerana harga getah sintetik adalah jauh lebih murah berbanding getah asli dan
kualitinya adalh hamper sama bagi sesetengah barangan. Getah sintetik ini terhasil dari
sejenis bahan kimia yang terhasil daripada proses penapisan minyak mentah petroleum.
Harga getah asli ini berkait rapat dengan arah aliran Butadiena, getah sintetik, logam dan
komoditi lain seperti minyak mentah dan minyak sawit. Satu kekurangan getah sintetik
berbanding getah asli adalah, getah sintetik ini tidak boleh digunakan untuk penggunaan asas
beberapa komponen penting yang melibatkan aspek keselamatan yang tinggi seperti tayar.22
4.6 Masalah penyakit tanaman getah
22 http://www.lgm.gov.my/FB/MingguanMalaysia_4Mei2014.pdf diakses pada 19/12/2014

Tanaman getah merupakan tanaman yang senang terdedah kepada penyakit jika tidak
diselenggara dengan sebaiknya. Keperluan nutrient yang mencukupi disampaing persekiran
yang bersih adalah aspek yang penting bagi mengelakkan pokok getah diserang penyakit.
Dicatatkan lebih daripada 20 jenis penyakit yang boleh menyerang pokok getah ini, daripada
bahagian akar ini hinggalah ke bahagian daunnya. Semuanya terdedah kepada penyakit.
Mengenal pasti jenis penyakit yang betul adalah sangat penting bagi memboehkan
penggunaan jenis racun dan kadar yang sesuai. Antara jenis penyakit yang sering menyerang
pkok getah dewasa adalah penyakit tapak torehan, penyakit daun pokok getah, penyakit akar,
penyakit luruhan daun, penyakit calar hitam dan penyakit akar putih. 23 Kesemua penyakit ini
memerlukan perbelanjaan tersendiri untuk dirawat dan hal ini akan memberikan bebanan
kepada petani. Walaubagaimanapun, penyakit ini boleh dielakkan sekiranya mendapat
panduan penjagaan yang tepat. Oleh itu adalah penting bagi pihak RISDA, dan Lembaga
Getah Malaysia untuk memberikan pengetahuan yang tepat kepada petani.

Kesimpulan
Sebagai konklusinya, usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan didalam memajukan
dan memperkasakan lagi tanaman getah negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Malah,
peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada sector pertanian pada setiap belanjawan
amnya dan kepada tanaman getah khasnya yang dibentangkan juga merupakan antara yang
tertinggi diantara sector-sektor yang ada diMalaysia ini. Pengenalan pelbagai insentif dan
inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan haruslah diperluaskan sifatnya menjadi lebih
inklusif terutamanya bagi pengusaha tanaman getah secara kecilan dan dipedalaman.
Kesemua masalah dan cabaran yang dinyatakan dalam penulisan ini, sebenarnya boleh diatasi
sekiranya semua pihak menggembleng tenaga dan bekerjasama. Kempen yang agresif dan
progresif juga harus terus dibuat oleh pihak kerajaan agar dapat menukar skeptikal
masyarakat golongan muda khususnya diluar Bandar mengenai sector pertanian ini kerana
mereka inilah yang akan menjadi pewaris kepada sector pertanian pada hari ini. Pertanian
yang diusahakan dengan baik dan tepat sememangnya boleh memberikan keuntungan yang
besar, malah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan pekerjaan disektor awam mahupun
di perindustrian seperti perkilangan. Tanaman getah ini sebenarnya mempunyai prospek yang
luas sekiranya inovasi dan eksperimen terhadap produk berasaskan getah itu digiatkan lagi
23 Lembaga Getah Malaysia, Penyakit-penyakit utama pokok getah, 2012

terutamanya di Malaysia sendiri. Hal ini kerana, jumlah getah yang dikutip dinegara ini lebih
banyak dieksport dari digunakan diperingkat domestic. Pihak kerajaan juga haruslah mencari
mekanisma baru bagi memastikan harga getah asli di Malaysia ini tidak turun secara drastic
kerana masalah harga yang murah merupakan antara penyumbang utama mengapa tanaman
getah ini tidak menjadi pilihan utama bagi petani untuk diusahakan.

RUJUKAN
BUKU
Abd. Malik dan Mohaini, 1992, tanah terbiar: Masalah dan Penyelesaian, dalam ekonomi
Malaysia: beberapa isu utama, Bangi: Penerbit Universiti kebangsaan Malaysia.
Chamhuri Siwar, Abd Malik Ismail dan Abdul Malik Jaafar, , 1998, Reformasi Pertanian
Malysia kearah wawasan 2020, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Cheah Boon Keang & Abu Talib Ahmad . 1990 . Kolonialisme di Malaysia dan NegaraNegara Lain . Petaling jaya:Fajar Bakti

Fatimah Mohamed Arshad, , 2002, Analisis pemasaran pertanian di Malaysia: Keperluan


Agenda Pembaharuan, serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia
G. Sivalingam, Malaysias Agricultural Transformation, Pelanduk Publication, Petaling Jaya.
Lembaga Getah Malaysia, Penyakit-penyakit utama pokok getah, 2012
Ooi Jin BeE,1961, Bumi, Penduduk dan Ekonomi di Tanah Melayu, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka
Rafain ahuar, Zaimah Darawi, Mohd Noor Mamat, 2012, artikel bertajuk: Membina scenario
masa hadapan industry getah Malaysia: Road Map dan Pemacu utama industry, bangi:
UKM

Wistedt, Richard, 1961, The Malays A Cultural History, London, Routledge and Kegen Paul
LTD, Broadway, 68-74 Certer Lane,
Zulkarnain Abdul Rahman,2005, Sejarah Negeri Selangor Dari Zaman Prasejarah hingga
Kemerdekaan, Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor
ARTIKEL
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ekonomi/1384-dasar-pertanian-negaraketigadpn3.html diakses pada 14/12/2014
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ubah-persepsi-negatif-terhadap-pertanian-1.219267
diakses pada 15/12/2014
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1999&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htm diakses pada
16/12/2014
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/krisis-makanan-jika-masalah-tanahpertanian-tidak-diatasi-kata-meja-bulat-b#sthash.0YjDvxJB.dpuf diakses pada 16/12/2014
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/petani-hadapi-masalah-tanah-1.193894 diakses pada
16/12/2014
http://www.lgm.gov.my/FB/MingguanMalaysia_4Mei2014.pdf diakses pada 19/12/2014
http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=8406 diakses pada 18/12/2014
http://www.theborneopost.com/2012/06/19/rm95-7-juta-untuk-getah/ diakses pada
18/12/2014