Anda di halaman 1dari 12

SKP 6014

Curriculum Design and Instruction in Chemistry


ASSINGMENT 5 :Thinking- based learning : Promoting Higher Order Thinking Skills
(HOTs) Among Student in the 21st Centurt
TUGASAN 5 :Pembelajaran berasakan pemikiran : Mempromosikan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) di Kalangan Pelajar pada Abad ke-21.

Nama pensyarah : Cik Asmayati binti Yahya


Nama pelajar : Syazwani binti Che Seman (M 20131000606)

Pengenalan .
Dalam melahirkan generasi yang mampu bersaing di peringkat global, kemahiran berfikir
aras tinggi merupakan satu kemestian dalam menyediakan generasi yang mampu berfikiran
kritikal dan kreatif. Hal ini adalah bertepatan apabila Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 diperkenalkan bagi melonjakkan sistem pendidikan Negara ke tahap
prestasi tinggi. Dalam

transformasi kurikulum pendidikan, penekanan khusus telah

diberikan dalam membentuk pembangunan pelajar yang merangkumi 6 aspek bagi


membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu:

Mempunyai pengetahuan
Mempunyai kemahiran berfikir
Mempunyai kemahiran dwibahasa
Mempunyai kemahiran memimpin
Beretika dan beragama
Beridentiti kebangsaan.

Aspek kemahiran berfikir diberikan penekanan kepada kemahiran berfikir aras tinggi, di
mana para pelajar mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif bagi mencipta idea dan
pengetahuan baharu dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah secara kritis, logik,
induktif dan deduktif bagi mencari penyelesaian dan membuat keputusan yang terbaik dan
sekali gus dapat memertabatkan Malaysia di mata dunia.
Latar Belakang Kemahiran Berfikir (KB)
Sejarah kemahiran berfikir telah lama wujud sejak zaman-berzaman dan kemuncakannya
adalah pada zaman Tamadun Islam berkembang dengan pesatnya, Ini telah terbukti sendiri
dalam Al-Quran yang menyeru manusia untuk berfikir dengan menggunakan akal sebagai
kekuatan yang dimiliki oleh manusia adalah Dan ia memudahkan bagi kamu dan siang dan
matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahnta-Nya untuk
keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda
(yang membuktikan kebijksanaan Allah) bagi kaum yang mahu menggunakan akal (alNahl 12) .Ayat-ayat ini juga dapat dilihat pada Surah al Baqarah, 164 yang mana di akhiri
dengan pernyataan bagi kaum yang mahu menggunakan akal sebagi penekanan dan
menjadi kewajipan kepada manusia untuk menggunakan akal fikiran untuk berfikir tentang
fenome alam yang berlaku dan sekali gus membuktikan bahawa berfikir adalah sesuatu
yang menjadi kewajipan, namun sejauh manakah akal digunakan untuk berfikiran tentang
sesuatu yang memberi manfaat kepada diri, bangsa dan Negara?

Dan pada Tamadun Yunani pula lahirnya pula ahli falsafah yang menitikberatkan kemahiran
berfikir dalam kehidupan manusia iaitu Socrates. Socrates telah Berjaya menggunakan
kaedah penyoalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang untuk
menjana dan memberi idea yang bernas. Beliau juga membuktikan bahawa kaedah
penyoalan pada aras tinggi deep questions adalah untuk mengalakkan seseorang untuk
berfikir secara analisis, sintesis dan membuat penilaian samada idea tersebut boleh diguna
pakai atau tidak. Secara tidak langsung, keupayaan seseorang berfikir kritis ini adalah
kebolehan menganalisis konsep asas, menakul dan membuat saranan bukan sahaja apa
yang dinyatakan tetapi apa yang dilakukan dengan perbuatan. Socratic questioning adalah
salah satu cara terbaik untuk menggalakkan seseorang untuk berfikir secara kritis dan
kreatif.
Zaman moden
Pada adab ke-20, ramai ahli pemikir yang telah dilahirkan dan memberi sumbangan yang
terbesar terhadap perkembangan kemahiran berfikir (KB), antaranya Bloom, Meyers, Beyer
dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini menggunakan konsep yang disarankan oleh Socrates dalam
menjana KB berdasarkan kepada domain kognitif (kemahiran intelektual). Bloom merupakan
orang yang pertama yang memperkenalkan aras pemikiran atau level of thought process.
Bloom juga menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi (higherorder thought processes)
hanya boleh di jalankan dengan menggunakan soalan yang mempunyai aras tinggi. Bloom
juga menyatakan bahawa penggunaan soalan yang mempunyai aras rendah (Lower Order
Thinking Skills -LOTS) akan melahirkan pelajar yang tidak mampu menjana pemikiran kritis,
hal ini berlaku kerana guru tidak menyedari akan kepentingan penggunaan soalan aras
tinggi dalam menjana pemikiran kritis. Pemikiran aras tinggi tidak boleh berlaku dengan
sendirinya tanpa soalan yang mempunyai aras tinggi.
Selain daripada domain kognitif, domain afektif (kemahiran generik) juga di ambil kira dalam
menjana kemahiran berfikir, mahir lahirlah Taksonami Krathwohl yang menumpukan kepada
3 aspek utama iaitu emosi, sikap dan nilai yang dapat dipelajari oleh pelajar. Kepentingan
domain afektif ini telah di buktikan oleh Danial Goleman. Danial Golemen (Emotional
Intelligence Kecerdasan Emosi) mengatakan domain afektif juga memainkan peranan yang
sama penting dengan domain kognitif dimana 80% kejayaan seseorang adalah bergantung
kepada EQ dan bukannya IQ (Goleman 1998). Namun adakah kemahiran berfikir ini hanya
bergantung kepada salah satu domain atau gabungan kedua-dua domain?

Bertolak daripada kesedesaran ini, lahirlah Taksonomi COGAFF yang menggabungkan


kedua-dua domain kognitif dan afektif dalam penjanaan kemahiran berfikir. Usaha ini
dipelopori dan dibincangkan oleh Ghazali Mustapha (1998) dalam kajiannya yang bertajuk
The use of Questions and Tasks in the Teaching of Critical Thinking Skills In Malaysia.
Konsep penggunaan soalan dalam menjana pemikiran aras tinggi adalah bertepatan
dengan saranan Socrates dalam penggunaan deep questioning.
Definisi Kemahran Berfikir (KB)
Kemahiran berfikir dapat ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan
pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan/atau menilai
informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi,
pentaakulan, atau komunikasi sebagai landasan kepada satu keyakinan (kepercayaan)
dan tindakan.Mengikut Rajendran (2008), kemahiran berfikir melibat lebih daripada
memahami maklumat yang diberikan tetapi lebih kepada memanipulasikan mental bagi input
sensori untuk memformulasikan pemikiran, menaakul atau menilai situasi dan ini merupakan
proses aktif dan dinamik yang melibatkan pelbagai operasi mental.
Dalam Kurikulum KBKK (Kemahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif) yang di ketengahkan
oleh Kemeterian Pendidikan Malaysia terbahagi kepada dua komponen iaitu kemahiran
berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis
merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda dalam menilai
keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi
respons berdasarkan kepada bukti dan sebab musabab. Jenis-jenis kebolehan yang boleh
di kategorikan sebagai pemikiran kritis termasuklah; membanding dan membeza, membuat
ketegori, menerangkan sebab akibat, meniliti bahagian dan hubungan bahagian yang kecil
dengan keseluruhan, membuat andaian, membuat ramalan dan inferensi.
Sementara kemahiran berfikir secara kreatif pula bolehlah di definisikan sebagai kebolehan
menggunakan minda dalam menjana idea-idea yang baru, kemungkinan yang baru, ciptaan
yang baru berdasarkan kepada keaslian dalam penghasilannya. Ia boleh diberikan dalam
bentuk idea yang nyata ataupun abstrak. Kebolehan berfikir secara kreatif ini boleh dilihat
dalam mencipta idea yang baru, mencipta analogi dan metaphora. Kedua-kedua kemahiran
ini adalah bertujuan untuk menolong atau membantu seseorang pelajar dalam membuat
keputusan yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Lagi satu perspektif penting yang perlu di ambil kira adalah EQ (kecerdasan emosi) seperti
yang diperkenalkan oleh Daniel Goleman. KB juga menegaskan kepentingan peranan hati
atau qalbu sebelum satu-satu tindakan dibuat atau diyakini. Pemikiran yang didasarkan
kepada domain kognitif (IQ) tanpa mengambil kira kepentingan domain afektif (EQ) belum
tentu boleh menjanjikan satu-satu kejayaan yang sempurna dalam hidup seseorang. Ini
selari dengan apa yang disarankan oleh Goleman (1998) bahawa 80% kejayaan seseorang
adalah bergantung kepada EQ dan bukannya IQ malahan ini juga selari dalam hadis-hadis
nabi yang mana hati yang baik akan melahirakan insan yang baik
Oleh yang demikian KB boleh ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang insan menggunakan
kedua-dua domain kognitif dan afektif dalam usaha untuk mendapatkan atau memberikan
informasi, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Dalam lain perkataan, KB
adalah kemahiran seseorang menggunakan otak (domain cognitif/aqal) dan hati (domain
afektif/qalbu) nya sebagai landasan kepada keyakinan atau tindakan .
Oleh yang demikian, seorang pemikir yang bijak mempunyai ciri-ciri berikut:
1.

Cekal

7.

Berani mengambil risiko

2.

Fleksibel

8.

Mahir menyoal dan memapar masalah

3.

Bekerjasama

9.

Pandai dalam memindahkan konsep

4.

Kebolehan mendengar dengan aktif

5.

Tidak impulsive

10. Ingin tahu

6.

Refleksif

11. Keaslian ciptaan dan idea

kemahiran

Jenis-jenis pemikiran kendiri.


Terdapat beberapa jenis pemikiran kendiri antaranya :
a) Pemikiran mendatar / Pemikiran Lateral
Pemikiran jenis ini adalah keupayaan seseorang untuk menjana idea-idea yang bercapah
atau banyak daripaa pelbagai penyelesaian bagi sesuatu masalah. Pemikiran jenis ini
melibatkan proses pemikiran luar kotak di mana penyelesaian kepada masalah di dapati
daripada sumber-sumber yang tidak sama dan tidak berkaitan.Kepentingan pemikiran jenis
ini adalah sesuatu masalah perlu di lihat daripada pelbagai perspektif supaya boleh di
selesaikan dengan mudah.

De Bono mengatakan bahawa terdapat 4 langkah penting dalam pemikiran lateral, iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.

Mengenal pasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi.


Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan.
Melonggarkan cara pemikiran yang terkawal.
Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain.

b) Pemikiran Menegak/ Pemikiran Vertical


Pemikiran jenis ini merujuk kepada keupayaan menjana satu idea/penyelesaian kepada
suatu masalah serta membuat penerokaan ke atasnya secara lebih mendalam dan
terperinci. Pemikiran jenis ini membolehkan seseorang individual menghubungkan antara
sesuatu situasi/idea yang membantu untuk memahaminya dengan lebih baik dan
menggunakan idea itu dalam situasi tertentu secara berkesan.Pemikiran ini juga dikenali
sebagai pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkah-langkah yang
sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Jadual dibawah menunjukkan perbezaan antara Pemikiran Mendatar dan Pemikiran
Menegak
Pemikiran Menegak
Mencari pendekatan yang betul

Pemikiran Lateral
Mencari pendekatan

Menekankan kebenaran idea


Sedia ada tuju hala
Mengikut kronologi
Setiap langkah mesti betul
Menggunakan unsur negatif untuk menghalang

yang mungkin
Menekankan kekayaan
Membentuk tuju hala
Tidak tersusun
Tidak tersusun
Tidak ada unsur negatif

idea-idea tertentu
Menolak semua yang tidak releven
Membuat analisis terhadap sesuatu idea

Menerima sebarang pendapat


Tidak banyak penerokaan

sebanyak

Jadual 1: Perbezaan di antara Pemikiran Menegak dengan Pemikiran Mendatar

c) Pemikiran Kritis/ Pemikiran Kritikal/Pemikiran Reflektif


Pemikiran Kritis didefinisikan sebagai satu penerokaan yang bertujuan mengkaji situasi,
fenomena, persoalan/masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua
maklumat yang ada. Secara ringkasnya, pemikiran kritis adalah penggunaan kemahiran
intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi. Pemikiran jenis ini

melibatkan

penyusunan

kembali

konsep-konsep

dengan

tujuan

menilai

sesuatu

objek/situasi. Pemikiran jenis ini mendorong seseorang untuk menguji kebenaran sesuatu
perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan yang salah.
Pemikiran Kritis merangkumi perkara-perkara berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Kefahaman untuk menghujah


Usaha mengumpul maklumat
Pertimbangan tentang kebaikan dan kelemahan
Usaha mengetepikan makna yang kabur dan kesimpulan yang tidak munasabah

d) Pemikiran Kreatif.
Pemikiran Kreatif ialah sesuatu pemikiran imaginatif untuk memproses maklumat yang
menghasilkan sesuatu baru dan asli yang belum difikirkan oleh orang lain untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
Beberapa kriteria yang dikaitkan dengan pemikiran kreatif adalah ditunjukkan seperti berikut:

KELANCARAN- keupayaan menyediakan gerak balas tanpa halangan.


FLEKSIBEL- tidak terbatas kepada satu
kaedah sahaja.

Ciri-ciri

Pemikiran Kreatif
KEASLIAN- personal, unik/luar biasa.

HURAIAN- keupayaan menerang


secara
terperinci.

Rajah 1: Ciri-ciri Pemikiran Kreatif


d) Pemikiran Divergen/ Pemikiran Bercapah
Pemikiran

Divergen

kerap

kali

dirujuk

sebagai

keupayaan

mencadangkan

idea-

idea/penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka.Ianya bersifat logik dimana
pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan
masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin. Ini juga akan menggalakkan
seseorang untuk menghasilkan idea-idea yang asli.

Guilford telah mengenal pasti 4 ciri pemikiran divergen seperti yang ditunjukkan dalam
jadual di bawah:
Kelikatan

Mampu memberi penjelasan dengan mengemukakan banyak idea

(Fluidity)
Kelenturan

dan contoh
Menjana pelbagai idea dan cara bagi menyelesaikan masalah

(Flexibility)
Keaslian

Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas dan unik

(Originality)
Terperinci

Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang lebar dan terperinci

(Detail)
Jadual 2: Ciri-ciri Pemikiran Divergen
e) Pemikiran Konvergen/Pemikiran Tertumpu/Pemikiran Berpandu
Pemikiran Konvergen merujuk kepada keupayaan memfokus ke satu arah untuk mencari
satu jawapan.Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan
bagi sesuatu masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan yang tepat. Dalam
pemikiran konvergen, seseorang individu mengaplikasi pengetahuannya dan peraturanperaturan serta prinsip-prinsip dalam usahanya untuk mencari satu jawapan yang paling
sesuai.
Seseorang yang berfikir secara konvergen biasanya:

berupaya menyelesaikan masalah yang memerlukan satu penyelesaian yang betul.


tidak suka meneka dan tidak akan mencuba menjawab sesuatu yang tidak pasti.

Kepentingan Kemahiran Berfikir Pada Aras Tinggi.


Kepentingan KB pada aras tinggi boleh dibahagikan kepada 3 aspek iaitu:
a)

Kepentingan dari aspek ekonomi.

Menurut Selva Ranee (2007), perkembangan sains dan teknologi yang pesat adalah penting
untuk sebuah negara membangun seperti Malaysia untuk menaikkan taraf ekonomi dan

menjadikannya sebagai sebuah negara industri baru. Untuk mencapai matlamat ini, pekerja
yang mahir perlu mempunyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif di samping menguasai
kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi.
Dalam proses mencapai hasrat ini, sistem pendidikan di Malaysia kini lebih menekankan
aspek kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Ini jelas tertera dalam Kurikulum
Sekolah Bestari yang dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada perkembangan
keupayaan kognitif dan kreatif pelajar selain daripada pemupukan nilai-nilai murni.
Pemikiran dijadikan asas kepada semua aktiviti putting thinking at the centre of all that
happens (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996) dalam Selva Ranee (2007). Aktiviti
peningkatan ekonomi negara akan menjadi lebih efektif dengan dilingkungi oleh pekerjapekerja yang mempunyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
b)

Kepentingan dari aspek politik

Pembangunan sesebuah negara amatlah bergantung kepada minda dan potensi rakyatnya.
Kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai
oleh rakyat negara tersebut. Rakyat Malaysia pada masa kini memerlukan bukan sahaja
pencapaian akademik yang cemerlang malah kebolehan berfikir agar dapat memenuhi
keperluan negara maju iaitu sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat
Malaysia mempunyai keyakinan ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh,
menikmati kehidupan dalam sebuah negara demokrasi, liberal lagi bertolak ansur, berbudi,
adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi
yang mampu bersaing. (Mahathir 1991) dalam Sarimah (2008). Kestabilan politik negara
akan

menjamin

untuk

menjadikan

sesebuah

negara

itu

mencapai

matlamat

pembangunannya. Menyedari kepentingan pelajar menguasai kemahiran berfikir kritis dan


kreatif ini bagi kestabilan negara menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
mengalami satu perubahan dengan menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif di dalamnya. Menurut kenyataan Alimuddin Mohd Dom, soalan-soalan peperiksaan
sekarang memerlukan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif (News Straits Time , 9
Januari 2006) dalam Sarimah (2008).
c)

Kepentingan dari aspek sosial

Kestabilan ekonomi dan politik negara tidak akan terlaksana seandainya masyarakat yang
meliputi sesebuah negara itu berada dalam keadaan yang tidak seperti dikehendaki oleh
pihak kerajaan. Kini kita hidup di dalam masyarakat yang sangat kompleks dan berkembang

maju. Maklumat dan ilmu pengetahuan sering kali berubah. Tambahan pula dengan
kemajuan sains dan teknologi yang semakin canggih menyebabkan penyebaran ilmu dan
maklumat berlaku dengan cepat. Jadi kita seharusnya bersedia dan sentiasa terbuka untuk
terus menimba ilmu pengetahuan bagi menempuh cabaran yang bakal ditempuhi. Ilmu
pengetahuan yang dituntut juga perlulah sejajar dengan keperluan negara. Di sinilah
peranan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Kalangan Pelajar.
Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran berfikir
aras tinggi di kalangan pelajar antaranya:
a)

Pengunaan soalan Taksonami COGAFF

Postman (1979:140) menyatakan bahawa all our knowledge results from questions, which is
another way of saying that question-asking is our most important intellectual tool. .
Kepentingan soalan dan kaitannya dengan berfikir tidak dapat dinafikan lagi. Pengunaan
soalan yang aras rendah adalah penting dalam memahami konsep yang diajar kepada
pelajar, namun demikian jika soalan yang aras tinggi tidak diberikan kepada pelajar, pelajar
tidak mungkin dapat menjana kemahiran berfikir pada aras yang tinggi untuk mengaplikasi
konsep yang dipelajari dalam kehidupan seharian dan ini telah terbukti dengan kedudukan
Malaysia dalam peperiksaan PISA pada tahun 2008.
b)

Pembelajaran berpusatkan pelajar.

Mengikut kaedah pembelajran ini, pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran. Kaedah ini, menggalakkan lebih banyak penglibatan murid apabila
matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal. Antara teknik yang
digunakan dalam strategi ini dalah kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan,
penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran.
c)

Aktikiti berasaskan tugasan atau aktiviti

Aktiviti melibatkan tugasan yang disediakan oleh guru dan dilaksanakan oleh pelajar untuk
mencapai objektif pelajaran. Melalui aktiviti ini, potensi intelek, rohani, sosial dan jasmani
dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. Di samping itu, pelajar dapat
belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti berasaskan tugasan. Terdapat beberapa jenis
aktiviti dan tugasan yang boleh dijlankan antaranya ialah aktiviti membaca, menulis,

mengira, bermain, berbincang, membina model, melukis, menyelesaikan masalah,


menyanyi dan sebagainya.

Kesimpulan.
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkara penting yang perlu diteliti oleh guruguru ialah merancang pengajaran pembelajaran dengan baik dan teratur. Namun perkara
yang menjadi cabaran utama kepada guru-guru ialah ketidaktentuan dalam mengendalikan
proses pengajaran pembelajaran.Menurut Atan Long dalam bukunya Pedagogi, Kaedah Am
Mengajar (Rafiei, 1998), pengajaran dan pembelajaran merupakan proses interaksi yang
berlaku antara tiga komponen penting iaitu guru, murid dan isi pelajaran dalam bilik darjah.
Di dalam mengatur perancangan pengajaran pembelajaran guru perlulah mengambil kira
dari setiap sudut. Cazden (1979) dalam N.S.Rajendran (2001) telah menunjukkan bahawa
penggunaan kemahiran mendengar dan bertutur oleh guru dan pelajar mewujudkan
suasana bilik darjah yang boleh menyokong atau menghalang perkembangan beberapa
jenis kemahiran berfikir. Memberi klu (clue) dan menyoal juga adalah dua strategi utama
yang boleh digunakan oleh guru untuk menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kelas penting untuk mewujudkan suasana
yang memberangsangkan kepada pelajar. Guru mestilah berusaha menukar amalan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mereka supaya amalan tersebut benar-benar
berbeza daripada amalan di kelas konvensional. Oleh itu, guru perlu memiliki ilmu
pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap yang sesuai untuk melakukan perubahan
tersebut. N.S Rajendran ( 2001) menyatakan terdapat perkara-perkara yang asas yang perlu
dimiliki oleh guru iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks mengajar kemahiran berfikir dalam mata
pelajaran di sekolah, guru-guru perlu memiliki perkara tersebut untuk mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan yang meliputi
aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. Guru-guru setiap matapelajaran boleh
mengaplikasikan penggunaan alat-alat berteknologi untuk memantapkan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran. Menurut Molnar
(1997) dalam N.S.Rajendran (2001), teknologi-teknologi pendidikan sekiranya digunakan

dan diaplikasikan dengan betul, akan membawa kesan yang bermakna dalam pembelajaran
pelajar
Rujukan:
Dewey, J. (1993). How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to the
educative process. Boston: Houghton Mifflin Company.
Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ. New York:
Bantam Books.
Lambright, L. (1995). Creating a dialogue Socratic Seminars and educational reform.
Community College Journal, 65, 30-34.
Lambright, L. (1995). Creating a dialogue Socratic Seminars and educational reform.
Community College Journal, 65, 30-34.
Weast, D. (1996). Alternative teaching strategies: The case for critical thinking. Teaching
Sociology, 24, 189-194.
Weast, D. (1996). Alternative teaching strategies: The case for critical thinking. Teaching
Sociology, 24, 189-194.
Shermis, S.S (1999). Critical Thinking: Helping students learn reflectively. Bloomington,
Indiana: Phi Delta Kappa Educational Foundation.
Rajendran, Nagappan (1996) How are higher order thinking skills taught? : The case of
eighth grade English Language Arts Classroom : Unplished Research Practicum Report,
East Lansing, MI : Michigan State University.

Anda mungkin juga menyukai