Anda di halaman 1dari 2

Adab Memberi Nasihat

www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : Ain Farhana
Editor: Isyrak

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah
bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda
bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam
kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
.................................................................................
Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40 yang telah disusun oleh Imam
Nawawi ini, jelas telah digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang perihal pentingnya
nasihat menasihati di dalam perkara kebaikan. Nasihat juga digambarkan besarnya
seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa Islam ini melingkari seluruh aspek
kehidupan seharian kita.
Pengertian nasihat
Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah SAW adalah nasihat
yang terbaik untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang
dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga
membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik
dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.
Adab-adab memberi nasihat
1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa
disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya
seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang
terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan.
Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar,
tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.

2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati


saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama
berkata, Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka
berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati
saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan
mencelakan orang yang dinasihati. Islam mengajar umatnya supaya mempunyai
akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan
bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak
berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.
3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur
hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan
perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah
dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang
lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada
ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata
utama yang perlu digunakan sebaiknya.
4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya
mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih
sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa
puncanya mereka begitu.
5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah
sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah,
jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas
seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada
Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah
putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan
oleh Allah untuk menguji kesabaran.
Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama
ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi
daripada orang lain, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini? Jangan jadi
golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk
dinasihati.
Dipetik dari Wangian Syuhada .

Anda mungkin juga menyukai