Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENDAHULUAN

Sekapur Sirih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ucapan setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada
Syarikat Jati Teguh Sdn Bhd kerana berjaya menyempurnakan
Kertas Cadangan Projek (Proposal) bagi Program Inovasi
Usahawan Muda SME Bank Y-Biz Challenge 2014 dengan
jayanya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kerana memberi
saya ruang untuk mencoretkan sepatah dua kata.
Kertas Cadangan Projek (Proposal) bagi Program Inovasi Usahawan Muda SME
Bank Y-Biz Challenge 2014 ini umpama sebuah diari yang merakamkan aktiviti pelajar
sepanjang menjalankan aktiviti inovasi usahawan muda sepanjang tahun

2014.

Sesungguhnya, sebarang cabaran yang dialami sepanjang pertandingan ini akan menjadi
aset bernilai sebagai bekalan untuk memupuk keusahawanan dalam diri pelajar apabila
tamat tingkatan 5 tidak lama lagi.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KPM dan penganjur program
inovasi usahawan muda SME Bank Y-Biz Challenge yang telah banyak membimbing dan
mendidik pelajar dalam bidang keusahawanan, kita patut sedar akan peranan dan
tanggungjawab masing-masing terhadap sekolah untuk mencorak minat berniaga dan
inovasi kepada pelajar pada masa sekarang. Kita juga mesti sedar akan peranan kita untuk
mendidik para pelajar kerana mereka adalah tunjang Negara masa hadapan. Dikalangan
pelajar

pula

seharusnya

sentiasa

menanamkan

azam

untuk

lebih

memperolehi

kecemerlangan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama meletakkan SMK Palong Sebelas (F)
ke mercu jaya di arena keusahawanan selepas pendidikan.
Keusahawanan Menjana Anak Felda Lebih Maju
Yang Benar,
.
(PUAN ROSNI BT ROSLI)

1.1 Tajuk Projek

Intelligent Sensor

1.2 Nama Kumpulan:

Jati Teguh Sdn Bhd


1.3 Nama Sekolah:
SMK PALONG SEBELAS
(F) 73430 GEMAS
N.SEMBILAN

1.4 Latar Belakang


Kumpulan:
Projek ini telah dimulakan pada 20 Mac 2014, dianggotai oleh 4 orang pelajar mempunyai
pengetahuan yang tinggi dalam bidang elektronik, Moto kumpulan ialah Inovasi untuk masa
depan

Senarai Ahli Kumpulan


Senarai Ahli Kumpulan adalah seperti dibawah:
Penasihat Kumpulan

Mohd Farid Bin Mesbah

Ketua Kumpulan

Mohd Azhar Bin Zabri

Ahli-Ahli

Khaidatul Aidi B. Ibrahim


Mohd Safuwan Bin Daud
Danial Naim Bin Amat

1.5 LATAR BELAKANG GURU


PEMBIMBING

NAMA GURU : Mohd Farid Bin Mesbah


KELULUSAN:

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan


Teknologi (Pembuatan) UTM Skudai Johor.
Diploma Pendidikan, Maktab Perguruan Batu Pahat
Johor

OPSYEN:

KHB Teknikal

TARIKH MULA BERKHIDMAT : 21 Jan 2003


BIDANG TUGAS : Setiausaha Kokurikulum, Panitia KHB, Guru
Penasihat Sepak Takraw, Guru Penasihat Kelab
Usahawan, Guru Penasihat Rumah Temenggong,
Ketua Unit Lupus Aset Sekolah.
BIDANG DIMINATI: Komputer, Elektrikal dan Elektromekanikal

2.0 CADANGAN
PROJEK

2.1 Latar Belakang Projek:


Objektif inovasi ini ialah untuk:
1. Mengaplikasikan satu kaedah kawalan litar secara automatik dimana semua
perkakasan elektrik akan dimatikan serentak beberapa saat selepas individu
menggunakan perkakasan tersebut meninggalkan kawasan tersebut.
2. Memastikan semua perkakasan elektrik yang digunakan bersama dapat berfungsi
dengan baik, selamat dan kos efektif
3. Memastikan perkakasan elektrik yang lain dapat digunakan dengan profesional dan
berintegriti.

Matlamat inovasi ini ialah untuk:


1. Menyediakan produk yang boleh menguruskan perkakasan elektrik yang efektif dan
2.
3.
4.
5.

inovatif
Mengukuhkan penggunaan perkakasan elektrik sedia ada.
Membangunkan modal insan dalam bidang kritikal
Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan
Membina hubungan harmoni dengan masyarakat

2.2 Aspek Teknikal Produk


dan Perkhidmatan
Sifat dan Ciri

Tiga komponen yang digunakan untuk tujuan pengawalan litar iaitu sensor, LED dan Relay
yang sentiasa digunakan oleh pelajar dalam projek kit Kemahiran Hidup Bersepadu pada
setiap tahun. Fungsi sensor ialah untuk input/pemberitahuan atau ada kemasukan
maklumat. Fungsi LED pula ialah untuk memberitahu kepada pengguna bahawa Intelligent
Sensor ini berfungsi mengikut peringkat setiap peringkat yang telah ditetapkan manakala
relay pula berfungsi sebagai suis supaya output yang akan di proses berfungsi atau tidak
berfungsi. Aplikasi ini tidak mengubah pendawaian sedia ada tetapi suis sensor sahaja yang
boleh diubah mengikut kesesuaian keadaan keperluan yang dikehendaki.

Keistimewaan

1. Inovasi yang dihasilkan dapat memberikan satu imej dan idea baru yang berterusan
terhadap pelanggan yang menggunakan. Operasi sistem ini mudah dan tahan lama
2. Penggunaan sistem ini tidak terhad kepada pengawalan lampu untuk pejabat, malah
boleh digunakan untuk tandas, tandas awam, jejantas pejalan kaki, laluan pejalan
kaki dan wakaf.
3. Sistem ini juga digunakan untuk sebahagian dari sistem keselamatan
4. Penghasilan inovasi ini merupakan satu kaedah amalan kejuruteraan yang sangat
baik untuk sistem pendawaian elektrik

Visual/Lukisan
Persembahan Produk

3.0 POTENSI PASARAN

3.1 Aspek Pasaran:


Sasaran Industri
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tenaga Nasional Berhad


Jabatan Kerja Raya
Pengeluar Motorsikal
Jabatan Pengairan dan Saliran
Majlis Perbandaran/Daerah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Pesaing
1. Pengeluar Penggera Keselamatan
2. Pengeluar Sensor Industri Automatif

4.1 Pelan Perlaksanaan

Projek
4.2

Carta Aliran Pengeluaran Produk

Bulan
Aktiviti
Kenalpasti
projek

MAC

APRIL

MEI

JUN

Penyediaan
pelan
tindakan
Analisa
masalah,
wujudkan
cadangan
Uji cuba
Perlaksanaa
n cadangan
Penilaian
dan
membaiki
cadangan

4.3

Kaedah Perlaksanaan (Menggunakan


sumber dalaman ataupun perkhidmatan
pihak luar)

Fungsi Komponen

Peralatan

Fungsi
LED merupakan
sejenis diod semikonduktor yang
menghasilkan cahaya tidak
koheren berspektrum sempit apabila dikenakan
voltan elektrik secara ke hadapan melalui
simpang p-n. Prinsip tersebut dikenali sebagai
elektroluminesasi.

mempunyai beribu atau berjuta perkakasan


semikonduktor saling bersambung,
kebanyakannya transistor, termasuk juga
komponen pasif seperti perintang. Litar
bersepadu paling maju
adalah mikropemproses, yang mengendali
semua perkara dari komputer kepada telefon
selular
Pemuat atau kapasitor merupakan
alat elektrik atau elektronik yang mampu
menyimpan tenaga di medan elektrik
antarasepasang pengalir (plat).

Perintang ialah sejenis komponen


elektronik dua-terminal yang
menghasilkan voltan merentangi terminalnya
yang berkadar dengan arus elektrik.

Peralatan

Fungsi

Geganti ialah suis yang dibuka dan ditutup


secara elektrik dengan
mengaplikasikan magnet buatan. Ia
mempunyai pin NO (normally open, asalnya
terbuka) dan NC (normally close, asalnya
tertutup). Pin NO akan mengalirkan arus
elektrik manakala Pin NC akan memutuskan
litar jika geganti menerima arus.

Pemuat atau kapasitor merupakan


alat elektrik atau elektronik yang mampu
menyimpan tenaga di medan elektrik
antarasepasang pengalir (plat).

Penyambung bateri berfungsi menyambungkan


bateri dengan komponen elektronik bertujuan
membuatkan komponen tadi berfungsi
mengikut kerja yang hendak dijalankan

Sel kering ialah sejenis sel


elektrokimia dengan elektrolit kelembapan
rendah lekit. Ia merupakan sumber tenaga
elektrikyang biasa digunakan dalam alat
elektrik mudah alih seperti lampu
suluh, radio, jamtangan, kalkulator dan kamera

5.0 Kos Projek

5.1 Anggaran Kos Prototaip


Harga Intelligent Sensor
1.
2.
3.
4.

Sistem Intelligent Sensor


Penyambung Bateri
Adaptor
Kabel

RM 14.00
RM 1.00
RM 10.00
RM 2.00

Jumlah

RM 27.00

5.2 Kos Pengkomersialan


Perlu kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam

6.1 Faedah Projek


Faedah jangka pendek dan jangka panjang projek yang
dicadangkan
1. Sistem ini boleh digunakan untuk kecemasan, menyelamatkan nyawa, menjimatkan
kos dan menangani masalah pembaziran
2. Pemasangan Intelligent Sensor tidak memerlukan perubahan kepada pendawaian
yang sedia ada
3. Sistem ini boleh mengoptimakan penggunaan tenaga manusia bagi membuat
pemantauan
4. Sistem ini dapat membantu mengurangkan penyelenggaraan

7.0 Kesimpulan
7.1 Nyatakan Kekuatan dan Kelemahan Projek
Berbeza dengan produk sedia ada di pasaran:
Penghasilan produk ini setanding dengan produk yang ada dipasaran, kos

pemasangan sistem juga lebih rendah dan murah.


Inovasi ini boleh digunakan untuk sistem baru dan sistem sedia ada.
Penggunaan juga boleh membantu manusia mengurangkan penggunaan
tenaga elektrik.

7.2 Strategi Pemasaran untuk mengkomersialkan


produk/perkhidmatan

Luaskan rangkaian dalam bidang yang berlainan


Menulis buku berkaitan Intelligent Sensor bertujuan menaikkan nama

dikalangan pesaing
Dapatkan nasihat daripada pakar kewangan
Media Sosial sebagai Medium menjenamakan

Anda mungkin juga menyukai