Anda di halaman 1dari 1

FAHAMI KONDISI, ELAKKAN PERSEPSI

Sungguh kehidupan berorganisasi memerlukan kekuatan mental dan spiritual.


Bayangkan jika tiada perasaan memahami, bersangka baik dan jujur serta tidak men
gambil kesempatan.
Mana mungkin boleh wujud sesebuah badan organisasi yang kuat dan utuh seperti nu
kilan Allah s.w.t. yang disebut dalam surah As-saff,
"...Bangunan yang tersusun kukuh."
Kriteria pelengkap ini mustahil dapat dicapai hanya dengan berada dalam satu bad
an organisasi atau entiti itu tanpa wujud sifat yang disebutkan di atas. Seharus
nya diletakkan jiwa pada entiti tersebut supaya ada roh yang menghidupkannya.
Fahamilah saudaramu!
Kunci kepada penyambungan silaturahim adalah saling memahami. Meletakkan diri pa
da 'bekas' orang lain supaya kau sedar akan kondisi saudaramu. Dengan berbekasny
a sifat memahami maka terbentuk kasih sayang. Tidakkah kau dengar dalam hadis ju
njungan mulia,
"Sesiapa yg tidak memiliki kasih sayang kepada sesama manusia, maka tidak akan d
ikasih Allah."
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Elakkan membuat persepsi songsang dan tidak berasas!
Bersangka baiklah kerana bersangka baik itu menghampiri kepada kebaikan. Jelas A
llah sebut dalam surah Al-hujurat,
"Wahai orang beriman, jauhilah persangkaan (supaya kamu tidak membuat persangkaa
n yang dilarang) kerana sesungguhnya kebanyakan persangkaan itu adalah dosa...."
Sungguh Allah s.w.t. telah mengurniakanmu dua biji mata supaya kamu menggunakann
ya untuk bersangka baik dengan manusia. Gunakan mata kananmu untuk melihat kebai
kan pada diri saudaramu dan gunakanlah mata kirimu untuk melihat keburukan pada
dirimu nescaya kamu menjadi manusia paling bahagia.
Bersikap jujurlah!
Seharusnya kamu bersikap jujur terhadap dirimu dan saudaramu atas kepercayaan ya
ng telah diletakkan keatas mu. Penuhilah janji-janji mereka! Janganlah kamu meng
ambil kesempatan keatas kepolosan saudaramu. Tunaikan hak mereka apabila kamu be
rjanji. Sungguh antara salah satu sifat kemunafikan itu adalah mengkhianati janj
i. Tidak berlaku kiamat sehinggalah sifat jujur ini diletakkan dibawah tapak kak
i.
Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga : Jika berbicara berdusta, jika berjanji t
idak menepati, dan jika dipercaya dia berkhianat
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Wahai saudaraku!
Apa yg aku maksudkan disini dengan organisasi ialah sebuah KELUARGA!
Semoga Allah merahmati kita.
Ana Abdillah,
Ibnu Syafi'e
4 Rabiul Akhir 1436

Anda mungkin juga menyukai