Anda di halaman 1dari 1

Bab 6 Komunikasi Visual Reka Bentuk Grafik dan Multimedia

Reka bentuk grafik merupakan proses seni yang menggabungkan teks dan
grafik
melalui reka bentuk logo, grafik, risalah, buletin, poster, papan
tanda dan lain-lain komunikasi visual yang bertujuan untuk berkomunikasi,
promosi, arahan, peringatan dan perdagangan.

Jenis-jenis Reka Bentuk Grafik


1 Jenis tanda
papan tanda dan simbol, bertujuan sebagai penunjuk arah atau
memberi maklumat.
2 Reka bentuk pembungkusan
kotak pembungkusan, beg plastik dan kertas, kotak
kadbod dan kotak logam.
Tujuannya untuk promosi dan memelihara mutu sesuatu
barangan.
3 Reka bentuk iklan
poster, papan iklan(billboard) dan risalah. Tujuan untuk promosi barangan,
dan
perdagangan, amaran serta peringatan.
4 Reka bentuk penerbitan umum
majalah, komik, kulit buku dan setem. Tujuan untuk promosi barangan dan
memberi maklumat.
5 Reka bentuk korporat
logo, kad nama, kepala surat, kad jemputan dan sebagainya. Tujuan untuk
kegunaan korporat, perniagaan dan perdagangan.
Aspek Penting dalam Reka Bentuk Grafik
1 Huruf dan muka taip yang jelas dan mudah dibaca.
2 Kontra untuk menarik perhatian
3 Warna untuk menentukan kesan keupayaan maklumat dengan ilustrasi.
4 Mempunyai keseimbangan supaya tidak berat sebelah.
Bidang-bidang Grafik
1 Reka Bentuk Korporat
Merujuk identiti visual sesebuah syarikat, organisasi atau institusi. Reka bentuk
korporat bertujuan untuk menjelaskan identiti badan tersebut. Rekaannya meliputi
logo, kepala surat, kad pengenalan, invois dan sebagainya.
Reka Bentuk Cetakan Iklan dan Komunikasi
Rekaan cetakan iklan dan komunikasi menjurus kepada rekaan artistik untuk
meningkatkan promosi dan peningkatan jualan sesuatu produk atau sesuatu
perkhidmatan.Rekabentuk cetakan iklan dan komunikasi meliputi poster, risalah,
bilbod, sepanduk, banting dan lain-lain.
Reka Bentuk Penerbitan Umum
Penerbitan umum merujuk rekabentuk hasil terbitan seperti buku, surat khabar,
majalah, jurnal, laporan dan bahan terbitan lain untuk tatapan umum.
Reka Bentuk Papan Tanda
Tanda jalan seperti di jalan raya ataupun penanda arah di dalam bangunan.
Reka Bentuk Pembungkusan
Untuk membungkus sesustu bahan atau produk seperti botol, tin, plastik, foil
aluminium dan sebagainya.
Reka Bentuk Media Digital
Reka bentuk laman web, filem, reka bentuk multimedia, animasi digital dan video.

19