Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN


SEMESTER MEI / 2014
==================================================================

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS
MAY 2014
==================================================================

PUSAT PEMBELAJARAN

PPP Kedah

ISI KANDUNGAN
0

Bil
1.0
2.0

3.0

3.0

4.0

5.0

Perkara
Isi Kandungan
Pengenalan
1.1 Objektif Analisis
Difinisi Etika
2.1 Definisi Etika dalam Islam
2.2 Definisi Etika menurut kamus Dewan
2.3 Defisini nilai dan etika dari segi Bahasa
Pembentukan Etika Individu
2.2.3 Merangsang kemahiran menilai dan
mengkritik pelbagai karya sastera
Genre Yang Terdapat Dalam Komsas Dan
Aplikasinya Dalam Pembelajaran
3.1 Novel
3.2 Cerpen
3.3 Drama
3.4 Sajak
Pemilihan Strategi Yang Berkesan
4.1 Kerusi panas
4.2 Model Main Peranan
4.3 Teknik Membaca Kuat
4.4 Teater Bercerita
Rumusan
Rujukan

Muka Surat
1
2
4
4
4
5
5
6
6
7
7
8
9
9
10
10
11
11
11
12
13

1.0 Pengenalan
Tunjang kepada keharmonian sesebuah organisasi mahu pun komuniti adalah amalan etika yang
baik. Etika adalah satu set prinsip yang digunakan untuk menentukan betul salah sesuatu
tindakan. Etika juga menjadi cermin kepada kelakuan-kelakuan pelaku yang boleh diterima atau
tidak dari segi akhlak. Dewasa kini terlalu banyak isu-isu berkaitan etika menjadi berita utama
malah juga telah menjadi perbahasan di dewan rakyat. Etika sentiasa mengikut individu-individu
yang dari sekecil-kecil jawatan sehinggalah ke jawatan tertinggi baik di sektor swasta mahu pun
kerajaan. Tanpa etika, maka terjadilah amalan-amalan tidak sihat seperti rasuah, penyelewengan,
dan sebagainya yang akhirnya membawa kepada keruntuhan sesebuah organisasi. Etika
profesional dalam sesebuah organisasi pula adalah satu sistem yang digunakan untuk menilai
prinsip moral sesuatu kumpulan yang dibentuk. Ini adalah untuk mengawal prestasi setiap
daripada mereka semasa menjalankan tugas dan penggunaan sumber yang dimiliki. Dari sudut
profesionalisme, kod etika memainkan peranan yang penting untuk membentuk nilai
tanggungjawab dan hubungan yang harmoni dikalangan ahli-ahlinya, institusi, dan juga komuniti
yang sedia ada.
Dalam esei ini, ianya akan memperjelaskan lagi bagaimana ketiga-tiga faktor yang
mempengaruhi pembentukan etika individu tersebut secara satu persatu dan akan
diperlihatkanbagaiman perkaitan antara ketiga-tiga faktor tersebut dalam membentuk
keperibadian etika individu tersebut. Dalam esei ini juga ianya akan memperlihatkan jenis
undang-undang yang boleh menjadi satu panduan sama ada undang-undang tersebut berguna
dalam menyekat atau membentuk etika individu tersebut serta jenis undang-undang yang terlibat.
Tambahan pula, undang-undang tersebut akan diperlihatkan bagaimana ianya berfungsi dalam
menjadi satu garis panduan dalam membuat sesuatu keputusan moral yang bersangkut-paut
dengan nilai etika individu tersebut. Secara keseluruhannya, dalam esei ini ianya akan
mengetengahkan tiga factor yang mana faktor tersebut merupakan faktor yang boleh
mempengaruhi dalam pembentukan etika individu serta jenis undang-undang yang terlibat dalam
pengawalan etika individu serta bagaimana peraturan dan undang-undang tersebut mampu untuk
menjadi satu garis panduan dalam membuat keputusan moral bagi individu tersebut.

2.0 Definisi Etika


Terlalu banyak definisi etika diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa.
Istilah etika berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermaksud khusus kepada
character, atau perwatakan dan keperibadian
Gluck (1986:176) telah mendefinisikan etika sebagai,kajian filosofikal terhadap
moraliti. Shea (1988: 17) mendefinisikan etika sebagai prinsip-prinsip bertingkahlaku yang
mengawal individu atau profesion dan sebagai satu standard tingkah laku
Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita dalam apa juga
tindak tanduk perlakuan. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri tanpa
disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang
dikehendaki.

2.1 Definisi Etika dalam Islam


Moral dan etika dalam Islam, meskipun berbeza dikenali sebagai akhlak. Akhlaq adalah
perkataan Arab, kata jamak kepada perkataan Khuluq. Akhlak termasuklah tabiat, adab, maruah
dan lain-lain perbuatan mulia atau positif yang dilakukan oleh seseorang individu. Dari segi
istilah, akhlak boleh diringkaskan sebagai keadaan kejiwaan yang akan membentuk tingkah laku
manusia.
Menurut perspektif Islam, akhlak adalah suatu sains atau kajian terhadap sistem-sistem
keimanan (Itiqadat) iaitu kajian terhadap baik buruk sesuatu tingkah laku dengan objektif untuk
memperaktikkan bukan untuk kepentingan ilmu tetapi mengkaji tentang tingkah laku manusia
berhubung dengan Allah sesama manusia dan alam semesta.
2.2 Definisi Etika menurut kamus Dewan
Menurut kamus Dewan edisi ketiga, etika bermaksud prinsip moral (atau akhlak) atau
nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain)
3

2.3 Defisini nilai dan etika dari segi Bahasa


Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah
institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama dalam
masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama oleh masyarakat akan menjamin
rakyat yang berpendidikan lengkap dalam hubungan masyarakat iaitu perilaku etika, sosial dan
budaya ilmu.
Etika pula bermaksud tanggungjawb dan akibat bagi tingkah laku seseorang terhadap
masyarakat. Setiap anggota masyarakat atau organisasi berkewajipan memahami tanggungjawab
terhadap peranan dan perilaku seseorang individu tersebut.

3.0

PEMBENTUKAN ETIKA INDIVIDU

Terdapat lima faktor yang membentuk etika individu. Antaranya adalah


pengaruh keluarga, pengaruh rakan, pengalaman hidup, nilai peribadi dan
prinsip moral, dan akhir sekali faktor keadaan.
3.1 SIFAT INDIVIDU
Dalam melihat sifat individu sebagai faktor pembentukan etika individu, ianya akan
melibatkan dari aspek penerimaan dan pemberian. Konsep penerimaan dan pemberian ini cukup
mudah,penerimaan melihat aspek adaptasi individu serta bagaimana pemikiran individu tersebut
menerima akan sesuatu, sama ada akan individu tersebut akan menunjukkan sikap pemikiran
terbuka atau tertutup. Manakala, pemberian ini bukan melihat kepada memberi barangan atau
yang melibatkan benda untuk diberikan kepada seseorang, tetapi refleks tindakan individu
tersebut terhadap sesuatu perkara. Sama ada individu tersebut akan memberikan tindakan yang
melampau atau tiada langsung refleks tindakan terhadap sesuatu perkara.Dalam pembentukan
etika individu tersebut, ianya akan melihat dari sifat dalamanindividu tersebut. Melihat kepada
sifat dalaman melalui aspek penerimaan, penerimaan secara ringkasnya telah dijelaskan sebagai
4

pengadaptasian serta pemikiran individu tersebut terhadapsesuatu perkara. Pembentukan etika


individu melalui pengadaptasian dan juga pemikiran akan menentukan jenis etika individu
tersebut. Sebagai contohnya, sekiranya seseorang individutersebut tidak dapat untuk beradaptasi
dengan keadaan sekeliling, ianya akan mula untuk dipengaruhi oleh sentimen keadaan tersebut.
Tanpa pengadapatasian yang optimum, individu tersebut akan mula terjerumus dan mula
mengikut cara serta entiti identiti sesuatu keadaan tersebut. Ianya seperti nila dan sebelanga susu,
apabila nila tersebut itu jatuh ke dalam susu tersebut, susu itu akan mengikut warna nila tersebut.
Analogi ini cukup mudah bagi memperlihatkan sekiranya, individu tersebut tidak dapat untuk
beradaptasi dengan sempurnanya,maka ianya akan mula menjadi seperti susu bercampur nila.
Lain pula apabila ianya melibatkan pemikiran, bagi seseorang yang mempunyai pemikiran yang
sempit ianya akan lebih bersifat tergesa-gesa dan juga mempunyai cara pemikiran yang
konservatif. Ini akan menjadikan seseorang individu itu menpunyai etika yang lebih tertutup dan
juga tidak akan dapat untuk menerima budaya yang lain. Sebaliknya pula yang akan berlaku
sekiranya individu tersebut mempunyai gaya pemikiran yang terbuka.Dalam aspek pemberian
pula, ianya akan melibatkan refleks tindakan individu tersebut melalui sebab dan sifat dalaman
individu tersebut. Ianya akan melibatkan pemahaman tentang sesuatu perkara yang berkaitan
dengan sebab dan musabab serta kesan yang mempengaruhi dan dipengaruhi. Seseorang yang
mempunyai etika yang positif akan mempunyai pertimbangan positif dalm melihat sama ada
kesan yang akan terjadi mempunyai kesan positif atau negatif serta melihat sebab perlunya
tindakan itu diambil.

Pengaruh keluarga
Kanak-kanak amat suka sekali mengikut atau mencontohi etika dari kelakuan
ibu bapa mereka. Sekiranya ibu bapa mereka mempunyai etika yang baik,
maka akan baiklah etika yang dimiliki oleh kanak-kanak itu. Sebaliknya
terjadi apabila ibu bapa mereka mempamerkan etika yang tidak baik, maka
tingkah laku tersebut akan ditiru oleh mereka.
Pengaruh rakan
Dalam kehidupan seseorang, pengaruh rakan sangat kuat untuk
mendorongnya melakukan sesuatu perkara samada baik atau tidak.
Sesetengah pendapat mengatakan bahawa untuk melihat perwatakan dan
peribadi seseorang, lihat saja pada perwatakan rakan-rakan mereka. Sebagai
contoh, sekiranya seseorang itu berkawan dengan seorang ulama, maka

dengan izin tuhan baiklah etika dan moralnya. Namun sekiranya seseorang
itu berkawan dengan perompak, maka
menjadi perompaklah juga ia suatu hari nanti.
Pengalaman hidup
Banyak peristiwa penting berlaku dalam hidup seseorang, tidak kira
peristiwa itu positif atau pun negatif bergantung kepada apa yang telah
dialaminya. Jika perbuatan mencuri yang pernah dilakukan tidak pernah
mendapat tentangan atau hukuman, maka seseorang itu akan beranggapan
perbuatan itu tidak salah. Sebaliknya, sekiranya ia dihukum atas kesalahan
tersebut maka ia sedar itu satu kesalahan dan berazam tidak mahu
mengulanginya lagi pada masa akan datang.
Nilai peribadi dan prinsip moral
Kedudukan seseorang di mata masyarakat kadang-kala boleh mencemarkan
nilai
peribadi dan prinsip moral yang ada pada dirinya. Seseorang yang
mementingkan
pangkat dan kekayaan sering kali bertindak berdasarkan keuntungan tanpa
mengira kesan perbuatannya terhadap orang lain. Berlainan pula sekiranya
seseorang itu mementingkan ikatan kekeluargaan, maka amalan etika yang
ada
dalam dirinya adalah sangat baik.
Faktor keadaan
Keadaan persekitaran kadang-kala boleh merubah etika seseorang daripada
baik
menjadi tidak baik. Sebagai contoh, seorang ahli perniagaan boleh bertindak
mengubah keuntungan perniagaan untuk mengurangkan cukai yang akan
dikenakan. Begitu juga seorang pekerja bank boleh memalsukan akaun
pelanggan
untuk mengaut keuntungan secara sembunyi.

8.0 Kesimpulan
Pendidikan etika perlu dipupuk di peringkat sekolah,di institut pengajian tinggi dan
seterusnya di tempat kerja. Pendidikan etika akan memberi garis panduan kod etika kerja
professional. Etika ini diwujudkan untuk mengawal tingkahlaku para professional supaya mereka
dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan
6

semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini etika kerja professional memainkan peranan penting
untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Namun demikian, mekanisme untuk
mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak
fakor yang mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang
dibuatnya.
Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan
undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu di ambil kira supaya
mewujukan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang

individu

melakukan sesuatu yang hanya mendatang faedah dan kebaikan semua pihak.
Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan harian dan dalam apa jua
tindak tanduk kita. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin
diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai etika yang dikehendaki.
Apabila masalah etika ini tidak dapat ditangani, maka jalan terakhir ialah penguatkuasaan
undang-undang. Apabila ini berlaku sudah tentu keadaan sudah terlambat untuk diperbetulkan
kerana sudah tentu ada hukuman yang menanti mereka yang bersalah. Secara kesimpulannya
dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin
dan kekuatan diri individu itu sendiri.
(2875 perkataan)

BIBLIOGRAFI
1. Buchnolz,R.A.(1989),Fundamental Concepts and Problems in Business Ethics,Prentice
Hall,Englewood Cliffs,N.Jersey.
2. French,W.A. & John Granrose(1995),Practical Business Ethics,Prentice Hall,Englewood
Cliffs,N.Jersey
3. Hosmer,L.R.T.(1994),Moral Leadership in Business,Irwin Inc.,Boston
4. Hosmer,L.R.T.(1991),The Ethics in Management,Irwin Inc.,Boston
7

5. Mustaffa Daud(1996),Etika Pengurusan,Utusan Pub.&Dist.Sdn.Bhd.,K.L.


6. Myra Windwiller,Nadine Lambert & Elliot Turiel(1980),Moral Development and
Socialization,Allyn and Bacon Inc.,U.S.A.
7. White,T.I.(1993),Busines Ethics: A Phylosophyical Reader, MacMiller Pub.Co.,N.York

RUJUKAN
Abdul Rasid, J. dan Arbaie, S. 2001. Kajian tentang pertautan ayat dalam penulisan karangan:
Satu pengenalan. Dewan Bahasa, 44(6), 671-685.
Albert. 2009. Mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (November 3, 2009) [atas talian]
Diperolehi dari: http://albert-falsafahpendidikan.blogspot.com/ [Diakses pada Februari 5,
2014].
Anas, A. 1988. Sastera Melayu: Lama dan Baru. Kuala Lumpur: Masa Enterprise.
Din, S. 2010. Pembahagian Genre dalam Kesusasteraan Melayu [atas talian] Diperolehi dari:
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/pembahagian-genre-di-dalam.html
[Diakses pada Februari 6, 2014].
Dr Awang Sariyan, 2008. Bahasa sumber ilmu bukan masalah besar (November 26, 2008) [atas
talian] Diperolehi dari: http://bmmaya.blogspot.com/2009/01/jejak-pejuang-bahasa-profdr-awang.html [Diakses pada Februari 4, 2014].
Dramaresource.com. 2013. Strategies of Hot Sitting (Januari 31, 21013) [atas talian] Diperolehi
dari: http://dramaresource.com/strategies/hot-seating.html [Diakses pada Februari 5,
2014].
Drs. Abd. Aziz, O. 2012. Definisi sastera/ Kesusasteraan Melayu (Mei, 10, 2012) [atas talian]

Diperolehi dari: http://azmar-pb.blogspot.com/2012/05/definisi-sasterakesusasteraanmelayu.html [Diakses pada Februari 4, 2014].


Haji Ramlee, T., Ampuan Hj Brahim, A. T., Dayang Ena, W., Kamis, T., Maslin, J., dan Mohd
Zefri Arif, M. Z. A. 2013. Kesusasteraan Melayu [atas talian] Diperolehi dari:
http://www.ubd.edu.bn/academic/faculty/FASS/majors/kesusasteraanmelayu.html
[Diakses pada Februari 4, 2014].
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Senarai karya KOMSAS merujuk kepada Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/ 2000 (Februari 23, 2000).
Marohaini, Y. 2001. Landasan pengajaran komponen sastera dalam Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa, 1(6): 20-26.
Miezaseni.blogspot.com. 2011. Apresiasi dan Kritikan Seni (April 11, 2011) [atas talian]
Diperolehi dari: http://miezaseni.blogspot.com/2011/04/apresiasi-dan-kritikan-seni.html
[Diakses pada Februari 5, 2014].
Mohd Azli, M. 2011. Sejarah dan Kepentingan KOMSAS [atas talian] Diperolehi dari:
http://www.scribd.com/doc/61854727/SEJARAH-DAN-KEPENTINGAN-KOMSAS
[Diakses pada Februari 4, 2014].
Nafascikgu.blogspot.com. 2013. Teknik-teknik tambahan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
KOMSAS (Januari 4, 2013) [atas talian] Diperolehi dari:
http://nafascikgu.blogspot.com/2013/01/teknik2-tambahan-pdp-komsas.html [Diakses
pada Februari 5, 2014].
Razliqah, R. 2010. KOMSAS diperkenalkan dalam subjek BM di peringkat sekolah menengah
bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar (Disember 26, 2010) [atas
talian] Diperolehi dari: http://impianrika.blogspot.com/2010/12/komsas-diperkenalkandalam-subjek-bm-di.html [Diakses pada Februari 5, 2014].
Roussenie, C. 2014. Teknik dan Kaedah Pengajaran KOMSAS dan Kesusasteraan Melayu
(Januari 17, 2014) [atas talian] Diperolehi dari:
http://cikgunie.blogspot.com/2014/01/teknik-dan-kaedah-pengajaran-komsas-dan.html
[Diakses pada Februari 6, 2014].
Zul Fikri, M. M. 2012. Bahasa dan Sastera Tonggak Kegemilangan Bangsa (Jun 2012) [atas
talian] Diperolehi dari: http://dwnbahasa.dbp.my/?p=732 [Diakses pada Februari 3,
2014].
Mitchell, B. (1989). The Family Environment and Leaving The Parental Home. Journal of the
9

Marriage and Family, 51, 605-613.

10