Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

BAHAGIAN B ( Karangan Bahan Rangsangan )


Langkah-langkah:
1. Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 5/6 perenggan.
3. Perenggan:
a. Pendahuluan
b. 3/4 Perenggan - Isi/huraian
c. Penutup.
4. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja.
5. Sintaksis- ringkas & padat.
6. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
7. ( Selain itu, Sehubungan itu, Justeru dll ).
8. Pemarkahan pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang
telah ditetapkan.
9. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.
Ciri-ciri karangan yang cemerlang:
(Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ayat yang gramatis.


Kosa kata yang luas dan tepat.
Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.
Isi menepati kehendak soalan
Huraian isi matang dan berkembang.
Pengolahannya yang menarik dan berkesan.

Pembinaan Karangan Bahan Rangsangan


Cara membuat pendahuluan

2 - 3 ayat sahaja.
Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan. Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk
bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan.

Cara menulis isi karangan:

Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. Setiap perenggan mesti ada pertalian
dengan menggunakan penanda wacana.

Cara penulisan penutup:

Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan
rangsangan.

Bahagian B
[20 markah]
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan
raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kesesakan Jalan Raya
(Cara Mengatasinya)

Contoh jawapan cemerlang.


Saban hari, bilangan kenderaan di negara kita telah kian tahun kian bertambah. Hal ini telah
menimbulkan masalah kesesakan di jalan raya. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakanuntuk
membendung masalah ini.
Antaranya ialah mutu pengangkutan awam perlu ditingkatkan. Pengangkutan awam tersebut perlu
mampu menampung bilangan pengguna yang banyak serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
terutama untuk golongan kurang upaya.
Selain itu, sistem lalu lintas haruslah dibaiki dengan membina tanda atau lampu isyarat supaya dapat
mengawal aliran kenderaan dengan lebih berkesan.
Sementelahan, amalan berkongsi kereta perlu diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya
dapat dikurangkan. Jalan raya juga perlu diperbanyakkan supaya pengguna mempunyai laluan alternatif
untuk menuju ke sesuatu tempat.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu memantau masalah ini bagi menjamin
keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.