Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN JENIS BERITA

1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.

Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di
Mana ? dan Bagaimana?
2. Apa ?
menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita
memberi maklumat kepada keseluruhan berita
3. Siapa ?
nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap
jika perlu sertakan usia pelaku
4. Bila ?
menerangkan masa peristiwa itu berlaku
tarikh yang tepat
untuk kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu letakkan waktu
5. Mengapa ?
sebab-sebab peristiwa berlaku
jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan belum diketahui atau
pihak polis belum mendapat bukti
6. Di mana ?
tempat kejadian peristiwa
jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah
yang terpencil, letakkan sekali nama negeri
7. Bagaimana ?
menerangkan
cara
peristiwa
itu
berlaku
dan
urutan
perkembangannya.
Mulakan penulisan dengan mencatatkan tempat (huruf besar) diikuti
dengan tarikh peristiwa itu berlaku.
Contoh : JERTEH, 24 Disember 8. Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk
tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada
peristiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)
9. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
10. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
11. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih
panjang-lebar.
12. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas

CONTOH KARANGAN JENIS BERITA

MELAKA, 24 Disember Mayat seorang ahli perniagaan dari Klang telah ditemui
terapung di pinggir pantai Tanjung Bidara oleh sekumpulan nelayan lewat petang
semalam. Pasukan penyelamat telah memberhentikan usaha menyelamat setelah
menemui seorang lagi mayat nelayan tempatan di perairan Tanjung Keling petang
kelmarin kerana keadaan Laut Selat Melaka yang bergelora.
Pasukan penyelamat percaya bahawa sekumpulan empat orang yang terdiri daripada
dua orang nelayan tempatan dan dua orang ahli perniagaan dari Klang telah menaiki
bot kecil untuk memancing di Perairan Pulau Besar. Pasukan penyelamat daripada
Akademi Kelautan di Melaka (ALAM) yang dibantu oleh Pasukan Tentera Laut Diraja
Malaysia mengesahkan bahawa dua orang lagi telah mati walaupun mayatnya tidak
dijumpai.
Mengikut keterangan daripada Puan Suriat, salah seorang isteri kepada nelayan
tempatan yang dikenali sebagai Encik Talib mengatakan bahawa mereka berdua
adalah sahabat kepada suaminya yang datang dari Klang untuk bercuti dan ingin
memancing di Pulau Besar. Mereka pandai berenang dan bot suaminya dilengkapi
alat keselamatan, tetapi tidak menyangka akan berlaku kecelakaan itu .
Orang ramai khususnya kaum nelayan diminta supaya membuat laporan di balai polis
yang berhampiran sekiranya menemui mayat dua orang lagi mangsa bot karam
tersebut. Pihak polis mengingatkan kaum nelayan supaya tidak ke laut kerana
keadaan laut yang masih bergelora dan merbahaya bagi bot-bot kecil.
Kedua-dua mangsa yang ditemui telah dibawa ke Hospital Besar Melaka dan
keluarga mangsa telah pun dihubungi untuk menuntut mayat tersebut. Menurut salah
seorang ahli keluarga mangsa mengatakan bahawa Encik Sulaiman, iaitu mangsa
yang hilang telah berpesan kepada isterinya supaya jangan menghubungi beliau
sewaktu di Pulau Besar dan menjaga keenam-enam orang anaknya dengan baik
sepeninggalannya ke Melaka.
Encik Darus yang seharusnya tahu akan selok belok di laut dan keadaan cuaca
sepatutnya tidak mendedahkan diri kepada bahaya seperti yang telah berlaku. Dia
seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga, bahkan tidak mengajak rakanrakannya untuk menyertainya ke laut pada musim ini. Namun begitu, segala yang
berlaku merupakan takdir Ilahi dan kita tidak dapat menolaknya sekiranya telah
ditakdirkan begitu.

Anda mungkin juga menyukai