Anda di halaman 1dari 14

Peta Minda Pendekatan Dalam

Pendidikan Moral

Pendekatan
Pemupukan
Nilai
Pendekatan
Bertimbang
Rasa

Pendekatan
Analisis Nilai

Pendekata
n
Penjelasan
Nilai

PENDEKATAN
DALAM
PENDIDIKAN
MORAL

Pendekatan
Perkembanga
n Moral
Kognitif

Pendekatan
Rasional

Pendekatan
Tindakan
Sosial

Pendahuluan
Terdapat beberapa pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkan melalui pelbagai
program pendidikan moral atau nilai sejak 1960an. Pendekatan pendekatan ini telah digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral sama ada di negara barat atau timur,
termasuklah negara kita. Namun begitu, seperti yang mungkin disedari bahawa kesemua
pendekatan ini boleh dikatakan sesuai jika diubahsuaikan mengikut konteks budaya negara kita.
Oleh itu, telah menjadi satu kebiasaan di mana seseorang guru mengabungkan beberapa
pendekatan dan menggunakan pendekatan pendidikan moral secara efektif.
Konsep pendekatan dalam konteks pendidikan ialah cara mendekati sesuatu. Pendekatan merujuk
kepada bagaimana cara sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan dalam
bidang pendidikan pula merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang diamalkan dalam
pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan
model, prinsip atau teori pembelajaran. Pendekatan Pendidikan Moral perlu mempunyai crri-ciri
seperti berikut:Memberikan ilmu kognitif
Membina kemahiran dan amalan psikomotor
Memupuk dan menanam penghayatan afektif
Membentuk pandangan, sikap dan akhlak afektif
Mewujudkan hubungan mesra antara guru dengan pelajar
Menyatupadukan faktor dan nilai
Merentasi kurikulum
Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai
Memotivasikan pelajar dalam pembelajaran

Pendekatan dalam Pendidikan Moral ini memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan
pembelajaran

pendidikan

moral

yang

seharusnya

merangkumi

ketiga-tiga

dimensi

penaakulan/pemikiran moral, perasaan/emosi moral dan perlakuan/ tindakan moral. Pendekatan


pengajaran-pembelajaran yang biasa digunakan dalam Pendidikan Moral ialah seperti berikut:

1. Perkembangan Moral kognitif


Pendekatan Perkembangan moral kognitif adalah berasaskan teori perkembangan moral Kohlberg
(1962) yang berfokuskan kepada merangsang penaakulan moral pelajar. Pendekatan ini membantu
pelajar membina kebolehan menaakul di peringkat yang lebih tinggi. Perkembangan moral
merupakan satu transformasi atau perubahan yang berlaku dalam bentuk pemikiran dan kelakuan

kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu membesar, mereka berfikir tentang isu-isu yang sama
dengan cara yang berbeza. Perubahan ini berlaku mengikut satu urutan yang tertentu dan tidak
mengira jantina. Peringkat-peringkat perkembangan moral ini boleh diringkaskan seperti berikut:
Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.
Seseorang individu memikirkan kesan-kesan fizikal sesuatu tindakan untuk menentukan apakah
yang baik atau jahat.
Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi (nstrument-relativist).
Seorang individu menganggapkan sesuatu yang adil atau benar dari segi pembalasan.
Peringkat 3: Orientasi harmoni antara peribadi (good boy / nice girl).
Kelakuan yang baik akan membantu dan menyenangkan orang lain.
Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan.
Kelakuan yang baik dapat melaksanakan tugas atau tanggungjawab social seperti yang ditentukan
oleh sesuatu institusi.
Peringkat 5: Orientasi kontrak-sosial (social-contract legalistic).
Kelakuan yang benar adalah dari segi hak-hak individu dan nilai-nilai yang dipersetujui
masyarakat.
Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.
Kelakuan yang benar adalah soal hati kecil yang secucuk dengan prinsip etika sarwajagat seorang
individu. Prinsip-prinsip ini merupakan keadilan berhubung dengan persamaan hak sesama
manusia dan menghormati sifat kemuliaan manusia sebagai individu. Mengikut Kohlberg,
penaakulan seorang kanak-kanak akan menjadi lebih matang ketika usianya bertambah
disebabkan pengalaman berinteraksi dengan orang lain dan semasa cuba menyelesaikan masalahmasalah moral. Contohnya apa yang dianggap bermoral bagi seorang kanak-kanak yang berumur
lapan tahun berbeza daripada pendapat seseorang yang berumur 18 tahun.
2 Pendekatan Pemupukan Nilai
Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada proses pemupukan budi pekerti yang baik pada diri
kanak-kanak. Oleh sebab pendekatan ini digunakan secara sedar dan tidak sedar, pemupukan
merupakan pendekatan yang paling luas digunakan dalam Pendidikan Moral sekolah rendah.
Pendekatan ini juga sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah rendah. Objektif
pendekatan ini adalah untuk menanam nilai tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh
pelajar. Menurut pendekatan ini, nilai dilihat sebagai piawai atau peraturan tingkah laku yang

tetap dan sarwajagat dalam sesuatu masyarakat atau budaya. Pendokong pemupukan nilai percaya
bahawa pendekatan ini dapat memenuhi keinginan dan matlamat masyarakat untuk mengatasi,
malahan menentukan keperluan dan matlamat individu.
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:
Menentukan nilai yang akan dipupuk.
Mengenalpasti taraf penghayatan yang dikehendaki.
Menentukan objektif-objektif pelajaran.
Memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai:
meningkatkan tingkah laku yang bermoral
mengajar tingkah laku moral yang baru
mengukuhkan tingkah laku yang bermoral
mengurangkan tingkah laku yang yang tidak bermoral
5. Melaksanakan pengajaran pembelajaran dalam kelas
6. Menilai pengajaran pembelajaran

Kesimpulannya tugas guru Pendidikan Moral adalah untuk menanam atau memupuk nilai yang
individu mesti miliki agar dia dapat dengan cekap memainkan peranan yang ditetapkan oleh
masyarakat.

3 Penjelasan Nilai
Pendekatan penjelasan nilai dipelopori oleh Louis Raths dan rakan-rakan. Pendekatan ini
melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi dalam pembentukan dan
perkembangan set nilai-nilai seseorang individu. Dengan pendekatan ini, nilai-nilai tidak
diberikan kepada pelajar, sebaliknya mereka diajar menghargai atau memberikan nilai kepada
sesuatu. Andaian yang dibuat di sini ialah individu-individu tidak boleh dipaksa menerima satusatu nilai. Sesuatu nilai perlu membayangkan pilihan individu. Teras kepada andaian ini ialah
pelajar seharusnya dihormati sebagai individu yang boleh membuat pilihan tentang nilai
yang sedia ada. Pendekatan ini membantu pelajar menjelaskan apa yang mereka anggap sebagai
bernilai dan memperoleh satu set nilai yang nyata, yang boleh digunakan sebagai panduan hidup.

Proses penjelasan nilai mengandungi tiga subproses seperti berikut:


1.

Memilih

secara bebas
daripada beberapa alternatif
selepas mempertimbangkan kesan setiap alternatif
2. Menghargai
berasa gembira dengan pilihan
secukupnya hingga mahu atau sanggup menyerahkan pilihan itu
kepada orang lain
3. Mengambil tindakan
melakukan sesuatu terhadap apa yang dipilih
berulang-ulang dalam suatu pola kehidupan.

4 Analisis Nilai
Setelah memahami penjelasan nilai, sekarang marilah kita melihat pula apa yang dimaksudkan
dengan pendekatan analisis nilai. Pendekatan analisis nilai disebut juga pendekatan Coombs.
Pendekatan ini menawarkan suatu proses berfikir secara rasional dalam mengkonsepsikan dan
menghubungkaitkan nilai-nilai dalam menghadapi isu moral yang kontroversial. Pendekatan ini
lebih kepada penggunaan pemikiran saintifik dan logik dalam membuat keputusan. Khususnya,
pendekatan ini dapat membantu murid mengumpul dan menimbangkan fakta yang terlibat dalam
pertimbangan moral melalui enam prosedur penting dalam analisis nilai. Prosedur atau tugas
analisis nilai ini adalah seperti berikut:

Mengenal pasti dan menjelaskan nilai yang dipersoalkan


Mengumpul data / maklumat berkenaan apa yang didakwa sebagai fakta
Mengukur kebenaran tentang fakta itu
Menjelaskan sama ada fakta berkenaan relevan atau tidak
Mencapai sesuatu keputusan yang muktamad tentang nilai yang dipersoalkan
Menguji prinsip nilai yang dibayangkan oleh keputusan nilai yang dibuat

Disebabkan isu nilai atau moral adalah kontroversi, pertelingkahan berhubung keputusan yang
dibuat boleh berlaku. Namun demikian, jika prosedur di atas diikuti dengan rapi, perbezaan dalam
keputusan atau pertimbangan ini boleh dikurangkan. Untuk mengurangkan perbezaan ini, pelopor
pendekatan analisis nilai memperkenalkan pula tugas resolusi konflik. Asasnya, konflik
hendaklah diselesaikan dengan mengurangkan perbezaan semasa pelajar menggunakan teknik
analisis nilai.

SITUASI MORAL
MEMBERIKAN
5 Bertimbang
rasa
- perhubungan peribadi
PERTIMBANGAN
- kepentingan kumpulan
KEPADA
autoriti
ORANG
LAIN anda berkata
Pelajar sekalian, adakah anda seorang yang bertimbang rasa? Mengapakah
- sedunia
demikian? Tahukah anda perbidalan Melayu yang sesuai dengan pendekatan ini ialah berat mata
memandang berat lagi bahu memikul. Sekarang mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan
pendekatan bertimbang rasa. Pendekatan ini juga lebih menegaskan pembelajaran tentang
perasaan atau emosi. Pendekatan ini membantu murid berfikir secara mendalam dan menimbulkan
perasaaan moral (sentuhan hati nurani - emosi moral). Menurut Peter Mc Phail dan rakan-rakan,
Pendidikan
Moral perlu berfokus kepada cara individu MENTAFSIRKAN
berhubung denganKESANorang lain seperti
MENGGUNAKAN
PENGETAHUAN
KESAN orang lain. Ini adalah kerana
bertimbang
rasa terhadapDAN
keperluan, perasaan dan kepentingan
PENAAKULAN
KE ATAS
kelakuan itu akan memberikan kepuasan kepada orang
- diri yang bertindak sedemikian dan
- orang lain rasa. Apabila menggunakan
menggalakkan mereka mengembangkan cara hidup yang bertimbang
pendekatan ini, guru perlu meningkatkan kebolehan pelajar untuk mentafsir kesan-kesan sesuatu
tindakan ke atas diri sendiri dan orang lain seperti berikut :

HASIL

6 Pendekatan Rasional
Seperti pendekatan perkembangan moral kognitif dan pendekatan analisis nilai, pendekatan
pembinaan rasional menekankan kepada pemikiran yang rasional dan kritis. Pendekatan ini
melibatkan pelajar meneliti makna dan fungsi nilai serta menganalisis sifat dan dimensi nilai
masyarakat demokratik. Menurut James Shaver dan William Strong, nilai berbeza daripada
sikap. Sungguhpun ada aspek emosi dalam nilai, nilai sebenarnya adalah standard nasional dan
prinsip untuk mempertimbangkan sesuatu yang dikatakan baik. Mereka kemudiannya
membezakan beberapa kategori nilai, iaitu nilai moral dan bukan moral, yang intrinsik dan
instrumental, serta mencadangkan bahawa nilai moral dianggap sebagai standard peribadi dan
prinsip asas dalam bermasyarakat. Mereka menegaskan bahawa konflik nilai merupakan sesuatu
yang tidak dapat dielakkan dan konflik ini perlu diselesaikan sebelum sesuatu pertimbangan
dibuat. Berikut ialah garis panduan bagaimana pendekatan pembinaan rasional boleh digunakan:
Kenal pasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan perhubungan antara satu dengan lain
Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai diterima oleh masyarakat
Menimbangkan implikasi dan kesan yang mungkin timbul dalam situasi berkonflik
Membuat keputusan munasabah dengan kriteria mengutamakan nilai
Memupuk penglibatan diri secara emosi

7. Tindakan Sosial
Pendekatan tindakan sosial yang dimajukan oleh Fred Newmann dianggap sebagai satu
pendekatan yang memberikan peluang tertentu kepada pelajar untuk bertindak ke atas nilai-nilai
kendiri sebagai agen moral. Sebagai agen moral, pelajar perlu mempertimbangkan apakah yang
sepatutnya dibuat dalam situasi yang melibatkan konflik. Konflik ini mungkin berlaku antara
kepentingan diri dan kepentingan orang lain, atau di antara hak-hak seorang individu dalam
konflik itu. Pendekatan ini meningkatkan keprihatinan murid kepada isu-isu masyarakat dan
mereka bersikap pro aktif menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu
pendekatan ini melibatkan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Nilai-nilai yang
diperlihatkan lebih luas bukan sahaja di dalam sesebuah masyarakat atau pada diri seorang
individu, tetapi meliputi interaksi antara individu dan masyarakat keseluruhannya. Untuk
mencapai matlamat ini guru boleh menggunakan garis panduan di bawah.

menyedari isu atau masalah yang dihadapi oleh pelajar dan komuniti
memahami isu
memutuskan tindakan yang akan diambil
merancang dan menggubal matlamat dan strategi
melaksanakan rancangan tindakan sama ada secara individu atau kumpulan
merenung tindakan-tindakan yang telah diambil dan menimbangkan tindakan selanjutnya.

Kesimpulan
Pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai teori
yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan
menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu pemikiran moral,
perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu

suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau
suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru
sendiri.

Kebaikan-Pendekatan mudah digunakan dalam proses


pendidikan di sekolah, kerana pendekatan ini
memberikan penekanan pada aspek perkembangan
kemampuan berfkir.
Keburukan-Pendekatan ini hanya menekankan kepada
aspek kognitif seperti yang dinyatakan oleh Superka,et
al.(1976) Pendekatan ini sangat menekankan aspek
kognitif, dan sebaliknya mengabaikan aspek afektif dan
perilaku.
Kebaikan-Pendekatan moral lebih menitikberatkan
proses pembuatan keputusan menggunakan kognitif dan
afektif dalaman untuk menentukan nilai yang baik atau
buruk
Keburukan-Pendekatan ini lebih bersifat
individualistik,terdapat segelintir murid yang
berkemungkinan mengganggap bahawa pilihan mereka
ambil sepatutnya betul tetapi sebenarnya salah.
Kebaikan-Teori ini mendorong pelajar berfkir secara
rasional dan logik dalam membuat sesuatu keputusan
berdasarkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
Keburukan-(piaget) tidak menitikberat tentang proses
identifkasi dan peniruan kanak-kanak dengan ibubapa
mereka.Kurang memberi perhatian secukupnya kepada
perbezaan seks,kelas sosial dan kebudayaan

Pendekatan
Analisis Nilai
Pendekatan
Kejelasan
Moral
Pendekatan
Perkembang
an Moral
Kognitif
Pemupukan
Nilai

Kebaikan-Pendekatan ini mudah dan memberi peluang


kepada pelajar memahami, menganalisis sesuatu nilai
sebelum menerima dan menghayati nilai.
Keburukan-Pengajaran dan pembelajaran yang mengikut
pendekatan ini hanya berpusatkan kepada guru dan
kurang mengelibatkan secara aktif dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan moral.

Pendekatan
Bertimbang
Rasa

Kebaikan-Pendekatan ini memupuk amalan sikap


bertimbang rasa di kalangan pelajar dalam kehidupan
harian
Keburukan-Pendekatan ini lebih kepada tumpuan emosi
pelajar sahaja tetapi tidak pada perkembangang kognitif
pelajar

Pendekatan
Rasional

Kebaikan-Pendekatan in memberi peluang kepada


pelajar membina kemahiran berfkir secara rasional.
Keburukan-Pendekatan pembinaan rasional lebih
berfaedah kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah
dan peringkat pengajian tinggi berbanding dengan
pelajar di sekolah rendah

Pendekatan
Tindakan
Sosial

Kebaikan-Menggalakan pelajar membayangkan perasaan


mereka mengenai isu-isu moral yang melibatkan diri
mereka dan komuniti. Conthnya apabila mereka
melibatkan diri dalam projek berkumpulan.
Keburukan-Pendekatan ini sukar dilaksanakan bagi
sebahagian dari program yang dikembangkan oleh
Newmann. Ianya dapat digunakan tapi sukar
dilaksanakan

TEKNIK YANG SESUAI UNTUK PENDEKATAN PENDIDIKAN MORAL

Main Peranan
Simulasi
Cerita
Lakonan
Permainan

PEMUPUKAN NILAI

Perbahasan
Pidato
Perbincangan
Projek
Temuramah

Simulasi
Pebahasan
Perbincangan
Projek
Kajian Kes
Temuramah
Main Peranan
Drama

BERTIMBANG RASA

Projek Berkumpulan
Lebih kepada aktiviti
berorentasikan
masyarakat
Projek tindakan sosial

PENDEKATAN
RASIONAL

Perbincangan
Main Peranan
Simulasi
Bercerita
Lakonan
Perbahasan

TINDAKAN SOSIAL

Bercerita
Lakonan
Nyanyian
Simulasi kumpulan
Main Peranan
Perbahasan
Permainan

PERKEMBANGAN
MORAL KOGNITIF

PENJELASAN NILAI

Perbincangan
Perbahasan
Kajian Kes
Forum
Projek

ANALISIS NILAI

Rujukan

Rahmad Sukor Bin Abd Ab Samad (2009) (OUM) HBME1103Pengenalan Pendidikan


Moral, Universiti Terbuka Malaysia

Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral. Teori etika dan amalan moral.
Serdang: University Putra Malaysia.

Chang Lee Hoon (2001). Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di
kalangan pelajar tingkatan empat. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan kualitatif:
pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 187). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya. Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge
University Press.

Prillaman, A.R., Eaker, D.J. & Kendrick, D.M. (eds.) (1994). The tapestry of caring:
education as nurturance. Norwood, N.J.: Ablex Publishing Corporation.

Rest, J., Narvaez, D, Bebeau, M., Thoma, S. (1999). Postconventional moral thinkihg: A
neo-Kohlbegian approach. Mahwah: NJ, Erlbaum.

MATLAMAT
Memupuk atau menghayati nilai yang diharapkan; atau mengubah nilai murid kepada perlakuan moral
yang diharapkan.

STRATEGI

Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.

Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang sesuai bila
berlakunya tingkah laku negatif.

Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialamai oleh pelajar
supaya mereka menerima dengan baiknya sesuatu nilai yang dikehendaki.

TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
Berbagai teknik pengajaran-pembelajaran boleh digunakan untuk pendekatan pemupukan nilai. Untuk
membolehkan pelajar menghayati sesuatu nilai, maka dicadangkan bahawa teknik yang dipilih adalah
berpusat kepada pelajar seperti main peranan, permainan simulasi, nyanyian dan lawatan.

CARA PERLAKSANAAN
Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui cara yang berikut:
(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.
(b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang sesuai bila
berlakunya tingkah laku negatif.
(c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialami oleh pelajar
supaya mereka menerima dengan baik sesuatu nilai yang dikehendaki.

KESIMPULAN
Pendekatan pemupukan nilai pada amnya lebih sesuai untuk pengajaran pendidikan
moral di sekolah rendah (KBSR). Ini kerana tujuan utamanya ialah pembentukan tabiat
yang bermoral di kalangan murid-murid. Objektif am ini masih dikekalkan dalam sukatan
pelajaran pendidikan moral KBSM dan pendekatan pemupukan dikira masih relevan dan
sesuai khususnya untuk peringkat sekolah menengah rendah. Namun begitu, pelajar
digalakkan memikir dan meneliti isu-isu moral yang relevan dalam kehidupannya secara
rasional. Untuk perkembangan pertimbangan moral yang rasional tentang sesuatu isu
moral yang merupakan satu lagi objektif pendidikan moral KBSM, maka pendekatan lain
boleh ditimbangkan.

Penjelasan nilai didapati mudah digunakan dengan cara terbuka


dan jujur. Guru dapat mengelakkan indoktrinasi dan menggalakan
pelajar memikirkan dan memilih nilai yang dihargai secara bebas.
Namun begitu, kesulitan akan timbul jika pelajar membuat sesuatu
pilihan yang mungkin bertentangan dengan nilai masyarakat.
Contohnya mencuri barang kerana lapar. Pendekatan penjelasan
nilai adalah relevan kepada pengajaran pendidikan moral kerana ia
dapat diperkembangkan moral peribadi serta moral autonomi
seseorang pelajar. Namun untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
model ini, guru perlulah membimbing pelajar menimbang secara
rasional serta menimbulkan kesedaran emosi ke atas setiap pilihan
sebelum dia membuat keputusan. Tambahan pula, ianya boleh
digabungjalinkan dengan pendekatan yang lain seperti analisis nilai,
khususnya dalam penyelesaian nilai-nilai yang berkonflik

Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga proses menjelaskan


nilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut:
a. Proses memilih:
(i) memilih secara beba
(ii) dari pelbagai pilihan yang sedia ada
(iii) menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan
b. Proses menghargai
(i) mengharagi setiap keputusan yang telah diambil
(ii) menyatakan secara terbuka
c. Proses bertindak
(i) bertindak ke atas keputusan yang telah diambil
(ii) sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara berterusan dalam kehidupannya

Berbagai teknik pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan


untuk pendekatan penjelasan nilai. Antaranya ialah
perbincangan kumpulan, kerja kumpulan atau individu, dilema
moral, permainan simulasi, nyanyian, lukisan, temu ramah,
pilihan nilai, susun atur pilihan nilai dan lembaran kerja nilai.

Memilih darpada pelbagai alternatif secara bebas


setelah memikir tentang kesan terhada setiap
alternatif
Menghargai dan mengesah pilihannya secara
terbuka
Mengamalkan nilai yang dipih berulang-ulang dan
dalam jangka masa yang panjang

Membimbing murid menyedari dan kenal


pasti tentang perasaan dan nilai peribadi dan
orang lain sertai berkomunikasi secara
terbuka nilainya kepada orang lain

KESIMPULAN
CARA
PERLAKSANA
AN
TEKNIK
PENGAJARANPEMBELAJRAN
STRATEGI
MATLAMAT

PENDEKATAN PENJELASAN NILAI

Anda mungkin juga menyukai