Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN 2

AKTIVITI 1 : RUMUSAN CERAMAH TAJUK 1 (T2A1)


Saya telah mengambil masa selama satu jam untuk mengumpul isi-isi penting dalam
menyiapkan tugasan 2 aktiviti 1 iaitu membuat rumusan mengenai ceramah tajuk 1 :
Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawab Inisiatif Kendiri yang telah
disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu, Bahagian Pendidikan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Dr.Nasaruddin B.Basar.
Dalam pembentangan kertas kerja beliau menyatakan ramai guru yang telah berjaya
menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda ramai juga yang memilih untuk
menyambung pelajaran dalam bidang-bidang kritikal namun tidak kurang juga yang tidak
dapat menamatkan pelajaran mereka kerana tidak dapat membiasakan diri dengan pengajian
jarak jauh. Dalam pembentangan ini juga, Dr. Nasaruddin B.Basar telah membentangkan 4
tajuk kecil dalam ceramah beliau ianya adalah seperti yang berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Pembangunan Profesionalisme
Pembangunan Profesionalisme Kendiri
Kebertanggungjawaban Guru
Kerjaya Guru

i. Pembangunan Profesionalisme
Pada hari ini, dunia pendidikan semakin berkembang tidak lagi seperti suatu ketika
dahulu di mana guru-guru mengajar dalam keadaan serba kekurangan namun mereka tetap
cuba untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid sebaik yang mungkin. Corak pemikiran
saya pasti sedikit sebanyak juga ada berubah berdasarkan faktor perubahan arus kemodenan
pada hari ini.
Menurut Dr.Nasaruddin, para guru seharusnya lebih berfikiran terbuka dan tidak
boleh berfikir secara lurus sahaja ataupun dalam terjemahan bahasa inggeris guru perlu
berfikir luar daripada kotak. Jika seseorang guru itu berfikir secara lurus sahaja dikhuatiri
guru tersebut tidak akan dapat mendapat keputusan dalam perkara yang dilakukannya.
Sekiranya guru boleh berfikir secara kreatif atau berfikir diluar kotak maka mereka boleh
mempunyai pelbagai alternatif menyelesaikan masalah. Guru tidak lagi boleh berfikir secar
vertikal. Menurut contoh yang telah diberikan oleh Dr.Nasaruddin guru pada zaman nenek
moyang kita dahulu apabila mengambil opsyen Bahasa Malaysia maka mereka hanya akan
mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan tidak mempunyai pengalaman dan pelajaran

dalam mata pelajaran lain. Sekiranya guru tersebut disuruh mengajar mata pelajaran Sains
contohnya maka guru tersebut tidak dapat untuk menyampaikan sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan sempurna.
Oleh yang demikian guru perlu memastikan diri mereka mempunyai ilmu dan
bersedia untuk di arahkan mengajar apa-apa sahaja mata pelajaran selain daripada ospyen
yang dimiliki. Dahulu guru yang sama mungkin akan mengajar mata pelajaran yang sama
selama 6 tahun tapi pada zaman ini perkara itu sudah tidak lagi praktikal dan tidak lagi
relevan.
Guru-guru perlu berubah kerana sistem pendidikan pada hari ini pun telah berubah
tidak lagi seperti sistemp pendidikan yang telah berlalu. Dari segi mata pelajaran, sukatan
pelajaran dan kaedah pengajaran semuanya berubah pada zaman ini. Oleh yang demikian
sekiranya guru-guru tidak mahu ketinggalan maka mereka perlu bersedia untuk berubah.
Guru tidak lagi boleh berada pada tahap lama yakni statik sahaja pada aras tersebut
sebaliknya boleh menunjukkan diri mereka mampu untuk berubah dan berjaya. Guru-guru
juga tidak lagi boleh mempunyai peranan dan fungsi yang sama sahaja tiap hari sebagai
contoh Cikgu Amin ialah seorang jurulatih bola sepak di sekolah, oleh kerana Cikgu Ahmad
yakni jurulatih kelab badminton sekolah tidak dapat hadir. Maka Cikgu Amin perlu
menggantikan tempat Cikgu Amin mengajar anak murid bermain badminton. Oleh kerana
itulah para guru perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan lain menurut penceramah guru
perlu mempunyai fungsi lain dalam kerjaya mereka.
Selain daripada itu juga,guru sememangnya perlu menguasai kemahiran-kemahiran
lain selain yang wajib mereka ada iaitu kemahiran mengajar. Sebagai seorang guru yang baik
maka seharusnya hebat dalam pelbagai hal dan urusan sebagai contoh dari segi kemahiran
mengajar, kemahiran mengawal dan mengurus kelas atau bilik darjah, kemahiran mengurus
sistem fail kelas dan sebagainya.
ii. Pembangunan Profesionalisme Kendiri
Dewasa ini, para guru telahpun bersedia untuk melakukan perubahan dan sanggup
menyambut dan menerima anjakan paradigm di mana mereka sanggup untuk menyahut
cabaran dan seruan pihak kementerian yang meminta para guru untuk melanjutkan pelajaran
pada peringkat yang lebih tinggi lagi. Buktinya dapat dilihat daripada program

pensiswazahan guru di mana guru-guru sanggup untuk belajar walaupun dibeban dengan
pelbagai tugasan lain.
iii. Kebertanggungjawaban Guru
Pada hari ini seperti yang telah dikatakan para guru mempunyai kemampuan serta
keupayaan didorong dengan minat untuk membangunkan diri mereka sendiri tanpa dipaksa
oleh orang lain. Ini dikatakan sebagai guru menyedari tanggungjawab mereka untuk terus
berubah dan maju yang mana ia memberikan impak ke dalam diri mereka sendiri, kepada
murid-murid dan masyarakat disekeliling.
Pada mata masyarakat guru merupakan satu kerja yang amat mulia dan sanjung tinggi
sehingga ke hari ini oleh yang demikian mereka harus memberikan yang terbaik kepada
masyarakat agar harapan yang diberikan kepada masyarakat itu tidak sia-sia. Guru
seharusnya menyedari tanggungjawab mereka seiring dengan pembangunan diri juga anakanak didik.
Pada hari ini pihak kerajaan memberikan fokus kepada beberapa bidang kerjaya
kerana ingin menaiktaraf kerjaya yang dipilih dan salah satu daripadanya ialah bidang kerjaya
guru maka guru perlu bersyukur dan terus sentiasa menyedari tanggungjawab yang
seharusnya mereka pikul sebagai seorang pendidik di zaman maju ini.
Guru boleh memperbaiki diri mereka atau menyedari tanggungjawab mereka
antaranya dengan melakukan penambahbaikan pada diri iaitu dengan melanjutkan pelajaran
pada peringkat lebih tinggi selain untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, guru tersebut akan
meningkatkan kemahiran dalam diri mereka.
Dalam masa yang sama guru akan menaik dan meningkatkan kualiti yang ada dalam
diri mereka. Guru yang berkualiti akan bisa melahirkan murid-murid yang berpotensi untuk
cemerlang. Gurulah insan yang mencorak kejayaan murid-murid selain dorongan daripada
orang disekeliling.
iv. Laluan Kerjaya Guru
Guru pada hari ini seharusnya mengucapkan syukur kerana penambahbaikan dalam
laluan kerjaya ini memberikan peluang kepada para guru untuk terus maju selain
mengukuhkan lagi pendapatan para guru. Laluan terbuka luas lebih-lebih kepada para guru
yang telah menamatkan pengajian mereka pada peringkat yang lebih tinggi.

TUGASAN 2
AKTIVITI 2: ULASAN CERAMAH TAJUK 2: T2A2
Bagi menyempurnakan tugasan yang kedua ini saya pula sekali lagi diarahkan untuk
mendengar satu ceramah yang bertajuk Motivasi Pelajar yang telah disampaikan oleh Tuan
Haji Ibrahim Bin Sakimin iaitu Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard dan Verifikasi,
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam tugasan ini, saya
diarahkan untuk mengulas secara kritis ceramah berdasarkan dua persoalan utama iaitu:
a. Faedah yang akan diperoleh guru-guru dalam Program Pensiswazahan Guru
b. Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah mengikuti
Program Pensiswazahan Guru.
Di bawah adalah merupakan jawapan serta ulasan kepada soalan-soalan di atas.
a.

Setelah mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim beliau

mengatakan bahawa pihak kementerian mengambil banyak inisiatif untuk menggalakkan para
guru untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Pastinya apabila
kementerian melakukan perkara tersebut program yang mereka anjurkan pastinya mempunyai
faedah yang sangat baik untuk para guru. Pihak kementerian menawarkan pelbagai kursus
kepada guru dan memberi tawaran dengan menghantar Khidmat pesanan ringkas dan para
guru yang bersetuju untuk melanjutkan pelajaran akan mendaftar diri di pusat pembelajaran
masing-masing.
Menurut penceramah, dua matlamat utama program ini dijalankan adalah guru akan
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka ketika dan selepas menyertai
program pensiswazahan guru ini. Darn selain daripada itu mampu memberikan pendapatan
yang lumayan kepada guru.
-Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
Pada zaman era serba maju ini, para guru perlulah sentiasa memastikan diri mereka
mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi agar tidak menjadi guru yang berada di bawah
tempurung. Pelajar-pelajar kita pada hari ini boleh dikatakan ada diantara mereka yang
datang dari kumpulan pelajar yang pintar dan ada ketikanya mampu untuk memberikan
persoalan yang tidak mampu untuk dijawab oleh guru sekiranya guru tidak mempunyai ilmu
pengetahuan yang mencukupi.

Dengan menyertai program pensiswazahan guru ini, guru akan mengemas kini diri
mereka dengan pelbagai ilmu baru. Hari ini kita dengar pelbagai istilah baru dalam dunia
pendidikan sebagai contoh LINUS, PROTIM dan pelbagai lagi. Sekiranya guru tersebut
tidak peka terhadap perubahan dan tidak berusaha untuk meningkatkan pengetahuan mereka
maka mereka tidak akan faham apakah objektif program-program ini dijalankan. Mereka
juga akan bersikap sambil lewa sahaja kerana merasakan ilmu yang ada pada diri mereka
sudah mencukupi. Guru perlu sedar bahawa belajar itu adalah merupakan suatu proses yang
berterusan sehingga ke saat akhir kehidupan seseorang itu maka guru seseorang guru perlu
sentiasa belajar supaya mereka sentiasa bersedia untuk mengajar anak-anak murid mereka.
Untuk menjadi guru yang baik, pastinya guru itu perlu mempunyai ilmu di dada.
Perlu bijak menerangkan sesuatu kepada murid-muridnya, perlu bijak bercerita dan
mengaitkan sesuatu dalam setiap perkara. Bagaimana semua itu boleh dilakukan ianya
semua memerlukan ilmu. Maka guru akan memperoleh ilmu pengetahuan daripada program
pensiswazahan guru ini.
Selain yang telah disebutkan di atas, guru juga boleh menambah kemahiran dalam diri
mereka. Guru hari ini tugasnya lebih mencabar jika dibandingkan dengan guru-guru pada
zaman dahulu. Oleh yang demikian mereka perlu membekalkan diri dengan pelbagai
kemahiran supaya mampu untuk menangani setiap situasi dalam bidang perguruan ini.
Seterusnya ialah melalui program pensiswazahan guru ini, guru boleh menjana dan
meningkatkan pendapatan mereka. Jika kita fikir secara logik, jika seseorang itu mempunyai
kelayakan akademik yang tinggi pasti bayaran gaji yang akan diperoleh lebih tinggi
berbanding dengan orang yang tidak mempunyai sijil yang dimiliki oleh individu itu tadi.
Begitu juga lah keadaannya dalam situasi ini. Apabila guru melanjutkan pelajaran mereka
diperingkat yang lebih tinggi, apabila mereka menamatkan pengajian nanti, gred mereka akan
dinaikkan contohnya daripada DG32 ke DG41 maka perubahan gaji yang ketara dapat dilihat
di situ.
Apabila ramai guru yang memegang pendapatan yang tinggi ini boleh membanggakan
negara kita apabila mencapai taraf negara maju di mana rakyatnya berpendapatan tinggi.
Mengikut huraian penceramah, sebahagian besar daripada penjawat awam adalah tergolong
daripada mereka yang bekerja dalam profesion perguruan. Jadi peratusan yang agak besar
disumbangkan oleh kerjaya guru dalam membina negara maju berpendapatan tinggi.

b. Sumbangan yang boleh diberikan oleh guru-guru setelah menamatkan program


pensiswazahan guru kepada kementerian Pendidikan Malaysia
Saya percaya semua guru-guru yang menyertai program pensiswazahan guru ini sedar
akan tanggungjawab mereka untuk memberikan sumbangan kepada pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia setelah menamatkan kursus nanti. Namun apa pula bentuk sumbangan
yang boleh diberikan oleh para guru lepasan program pensiswazahan guru ini?
Menurut ceramah yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim guru-guru boleh
memberi sumbangan melalui nilai-nilai murni yang dipraktikkan dalam bidang perguruan ini
antaranya ialah melalui ketepatan masa. Selalunya guru memandang sambil lewa sahaja
mengenai masa yang perlu mereka tepati ketika berada di sekolah contohnya jika kelas
bermula pada jam 8.10 pagi, guru Cuma akan bergerak menuju ke kelas setelah loceng
berbunyi dan apabila berjalan ke kelas yang berada di blok yang berlainan ianya akan
mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minit untuk sampai ke dalam kelas. Hal yang
demikian telah merugikan masa anak-anak murid untuk belajar. Guru seharusnya lebih
bersedia dan peka mengenai ketepatan masa ini.
Selain daripada itu, guru juga perlu cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada anak-anak didik sebagai tanda sumbangan kepada pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia kerana telah menganjurkan program yang amat berguna ini. Perkhidmatan yang
terbaik ini boleh dibuktikan dalam pelbagai perkara antaranya menjadi contoh teladan yang
baik kepada anak-anak murid, mengajar dengan penuh dedikasi dan berkesan, sentiasa
sanggup untuk berubah dan berusaha untuk meningkatkan diri. Apabila guru itu sanggup
berubah untuk lebih berjaya, murid-murid yang dididiknya berpeluang besar untuk menjadi
individu yang berjaya dalam pelajaran dan pada masa hadapan.

TUGASAN 2
AKTIVITI 3: JURNAL REFLEKTIF (T2A3)
Perubahan dan perkembangan dunia pada hari ini dalam pelbagai bidang menuntuk
setiap individu agar sentiasa memandang jauh ke hadapan. Begitu juga dengan sektor
pendidikan di negara kita yang sedang berubah secara dinamik dan boleh dikategorikan
sebagai sedang mengalami proses perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke 21.
Matlamat negara kita untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan
diperingkat antarabangsa memerlukan negara untuk meningkatkan kecemerlangan imej dan
kualiti pendidikannya ke taraf dunia untuk memperoleh status Pendidikan Bertaraf Dunia.
Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan kuantiti, standard,
kecemerlangan dan kredibiliti yand diakui dan diterima oleh pelbagai peringkat terutamanya
peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan ini.
Huraian di atas menyimpulkan hasrat negara kita untuk menjadi sebuah negara yang
berjaya dalam pendidikan dan setanding dengan taraf pendidikan antarabangsa. Semua pihak
perlu bekerjasama untuk memastikan impian tersebut dapat dicapai. Sebagai seorang guru
atau individu, terdapat beberapa aspek yang disarankan perlu ada dalam diri seorang
pendidikan bagi menggambarkan situasi diri sebagai seorang guru dalam dunia serba
mencabar ini. Antaranya ialah dengan kesediaan untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Sudah pasti kita sebagai pendidik sentiasa perlu berubah untuk menjadi prestasi yang kita
tunjukkan dalam perkhidmatan adalah sangat baik. Bukan sahaja perkhidmatan mengajar,
guru seharusnya menunjukkan prestasi yang baik dalam pelbagai bidang lain seperti bidang
pengurusan, kokurikulum, pentadbiran kelas, kawalan bilik darjah, pengurusan masa,
pengurusan fail dan banyak lagi. Guru perlu sentiasa bersedia untuk menerima perubahan.
Setelah bersedia untuk berubah, maksudnya guru telah bersedia untuk memperbaiki
kelemahan diri. Setiap guru mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kekuatan
guru mungkin tidak dimiliki oleh guru lain sebarang contoh tidak semua guru boleh menjadi
guru pakar, jadi guru yang belum menjadi guru pakar perlulah berusaha untuk menjadi guru
yang hampir sama tarafnya dengan guru pakar itu. Bukan itu sahaja, kekuatan yang ada pada
guru perlulah dikekalkan. Guru yang hebat akan melahirkan generasi yang hebat. Manakala
guru yang kurang cemerlang dalam perkhidmatannya akan menghasilkan murid-murid dan
anak didik yang juga kurang cemerlang seperti gurunya juga. Oleh yang demikian,

kekurangan atau kelemahan yang ada pada guru itu perlulah diperbaiki dari semasa ke
semasa. Pelbagai langkah dan usaha boleh dilakukan untuk memperbaiki kelemahan diri satu
daripadanya tadi ialah dengan menyertai program pensiswazahan guru, perbincangan
bersama rakan-rakan sekerja dan pelbagai lagi.
Seterusnya pula ialah mengenai kualiti. Apabila guru tersebut belum berubah dan
belum memperbaiki kelemahan diri maka sudah pasti guru tersebut di kelompokkan dalam
kumpulan berkualiti rendah sama ada hasil kerja guru tersebut tidak memuaskan dan
kesannya nanti pasti akan kelihatan pada murid-murid yang diajar. Cemerlang gurunya maka
cemerlanglah modal insan yang akan dibentuk oleh guru tersebut. Guru-guru yang sentiasa
bersikap positif pasti dapat berkongsi aura positifnya bersama anak-anak murid. Hal ini
sangat berbaloi jika berlaku dalam dunia pendidikan kita pada hari ini.
Selain daripada itu, penentuan objektif adalah sesuatu elemen penting apabila para
pendidik atau guru berkarya menjalankan tugasan mereka di dalam kelas mahupun diluar
kelas. Dengan adanya objektif ia boleh membantu para guru untuk menentukan arah tuju
perkara atau aktiviti yang mereka lakukan. Objektif boleh dijadikan sebagai penanda aras
ketika kita melakukan sesuatu pekerjaan. Sekiranya objektif yang telah ditetapkan pada
peringkat awal berjaya dicapai maka ia bermaksud sasaran telah berjaya dicapai. Begitu juga
jika kita lihat di dalam penulisan rancangan pengajaran harian yang perlu disediakan oleh
guru sebelum mereka masuk ke dalam kelas untuk meneruskan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Para guru perlu menetapkan objektif mereka berdasarkan kemahiran yang
diajar sebagai contoh pada hari tersebut guru itu mengajar kemahiran operasi asas tambah
bagi mata pelajaran matematik jadi objektif yang boleh ditetapkan oleh guru ialah pada akhir
pelajaran murid-murid dapat memahami konsep asas tambah dan boleh menambah nombor
dalam lingkungan 50 tanpa mengumpul semula.
Selanjutnya pula, bagaimana pula saya boleh melaksanakan saranan-saranan yang
telah dinyatakan di atas demi meningkatkan kerjaya diri sebagai seorang guru yang boleh
membawa kepada keberhasilan murid.
Sebagai seorang guru yang mempunyai hasrat untuk melahirkan para pelajar dan
murid-murid yang berjaya dalam pelajaran mereka, malah sebenarnya pada masa kini muridmurid wajib untuk cemerlang dalam semua cabang antaranya dalam bidang sukan,
kokurikulum dan sebagainya saya harus memastikan diri saya bersedia untuk memperbaiki
segala kekurangan dan kelemahan saya terutamanya dari segi kaedah mengajar di dalam

kelas, sekiranya pencapaian murid-murid kurang memuaskan berkemungkinan kerana kaedah


pengajaran saya kurang efektif sehingga murid-murid tidak dapat menerima pelajaran mereka
dengan baik maka dengan itu saya perlu mencari alternatif lain untuk menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran saya menjadi lebih menarik dan efektif.
Selain daripada itu, saya perlu sentiasa menetapkan matlamat dalam setiap perkara
yang saya lakukan. Dalam bidang perguruan, matlamat bagi setiap sesi pengajaran wajib
saya tetapkan agar saya tahu apa perlu saya lakukan pada setiap hari memasuki kelas.
Penentapan matlamat atau sasaran sememangnya membantu saya dalam menjayakan sesi
pengajaran di dalam kelas.
Saya perlu memastikan setiap perkara yang saya lakukan adalah merupakan usaha
yang terbaik dan berkualiti daripada saya. Jika kualiti sesuatu barang boleh dilihat daripada
hasil luarannya, maka kualiti pengajaran saya dapat dilihat melalui pencapaian murid-murd
yang saya didik.
Kesimpulannya, segalanya adalah bermula dari dalam diri saya. Saya sebagai seorang
guru perlu bersikap pro aktif dan tidak perlu menunggu ketua saya untuk mengarahkan saya
untuk melakukan sesuatu tugasan. Bukan itu sahaja, untuk berjaya dalam kerjaya saya
sebagai guru pada zaman ini saya perlu sentiasa bersedia menghadapi perubahan seiring
dengan perkembangan zaman.

Anda mungkin juga menyukai