Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar,barisan panel


hakim yang arif dan bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.
Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan
yang bertajuk Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum .
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kegiatan kokurikulum merupakan satu kegiatan yang wajib disertai oleh
setiap murid di sekolah. Aktiviti kokurikulum meliputi unit-unit beruniform,
persatuan,kelab dan sukan. Penyertaan murid-murid dalam kegiatan
kokurikulum banyak memberi faedah dan kebaikan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menambahkan pengalaman dan ilmu
pengetahuan. Segala aktiviti ini berhubung kait dengan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Oleh itu, penyertaan setiap murid adalah penting untuk
memberikan pendedahan dan pemahaman yang mendalam berkaitan
dengan pelajaran yang dipelajari.
Selain itu, kokurikulum dapat melatih diri kita bekerjasama, tolongmenolong, bertolak ansur, berdikari serta hormat-menghormati antara satu
sama lain. Semua nilai murni ini haruslah dihayati dan diamalkan dalam
menjalani kehidupan.
Hadirin yang dihormati,
Melalui kegiatan kokurikulum kita berpeluang menyumbangkan tenaga dan
bakti kepada masyarakat setempat. Sebagai contoh, kegiatan gotongroyong yang dijalankan oleh Persatuan Pengakap menggalakkan ahli-ahli
Pengakap supaya bersatu padu dan bekerjasama di samping menjalin
hubungan yang erat dengan masyarakat sekeliling.
Dengan ini, lahirlah generasi yang berbudi bahasa dan bersopan santun.
Selain itu, aktiviti sukan dan permainan yang kita sertai semasa kegiatan
kokurikulum dapat membina kecerdasan fizikal dan mental kita. Sebagai
mengakhiri syarahan saya pada pagi ini, saya ingin menegaskan bahawa
kegiatan kokurikulum banyak memberi faedah dan kebaikan kepada kita
khususnya para pelajar.
Sekian, terima kasih.