Anda di halaman 1dari 7

1

BERCERITA SEKOLAH RENDAH


KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.0

PENDAHULUAN
Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk
memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam
masyarakat Melayu, tokoh-tokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga
dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita.
Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu
mempengaruhi malah memukau audiens.
Aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan
turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu
dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk
dipertandingkan. Oleh yang demikian, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan pada
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2.0

OBJEKTIF
2.1

Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan


meyakinkan.

2.2

Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulispenulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3

Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.

2.4

Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan


menulis.

2.5

Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan


meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan

2.6

Menggalakkan murid-murid menjana idea spontan berdasarkan bahan


rangsangan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

3.0

PENGELOLAAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian
Pendidikan Malaysia. Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri yang dilantik sebagai tuan rumah manakala pertandingan
peringkat negeri oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Seterusnya,
pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan
pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing.

4.0

PENYERTAAN
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3
sahaja) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di sekolah rendah. Penyertaan
terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK).
Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu:
4.1
4.2

5.0

Bahagian Pertama :
Bahagian Kedua :

Tajuk yang telah disediakan oleh sekolah


Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan
bergambar berdasarkan Sukatan Pendidikan
Bahasa Melayu Tahun 1 - 6 yang disediakan oleh
PPD/JPN/KPM

PELAKSANAAN PERTANDINGAN
5.1

PERINGKAT DAERAH
5.1.1 Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab mengelolakan
pertandingan ini pada peringkat daerah masing-masing.
5.1.2 Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Peringkat Daerah.
5.1.3 Pertandingan pada peringkat daerah mesti dilaksanakan sebulan
sebelum pertandingan peringkat negeri.
5.1.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat
negeri.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

3
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

5.2

PERINGKAT NEGERI
5.2.1 Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bertanggungjawab
mengelolakan pertandingan ini pada peringkat negeri masing-masing.
5.2.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri akan diketuai
oleh Pengarah Pendidikan Negeri.
5.2.3 Pertandingan pada peringkat negeri mesti dilaksanakan sebulan
sebelum pertandingan peringkat kebangsaan.
5.2.4 Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.

5.3

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU


5.3.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu (Tahun 3 sahaja)
dan Tahap Dua(Tahun 4, 5 dan 6) dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah
Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
5.3.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing
dibenarkan mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah,
daerah ke negeri dan negeri ke peringkat kebangsaan.
5.3.3 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:
5.3.3.1

buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.

5.3.3.2

cerita-cerita daripada majalah dan media massa lain.

5.3.3.3

cerita-cerita daripada bahan elektronik / Internet.

5.3.3.4

hasil karya sendiri.

5.3.4 Kualiti cerita


5.3.4.1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan


nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik,
ras dan agama.

5.3.12

4
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

5.3.4.2

Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur


murid.

5.3.4.3

Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan tema, serta tidak


tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.

5.3.4.4

Untuk Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu sahaja


yang dibenarkan menyampaikan cerita haiwan.

5.3.5 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang


diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 6
minit hingga 8 minit.
5.3.6 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa
persembahan telah tamat.
5.3.7 Prop, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
5.3.8 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
(Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk
kedua-dua unsur tersebut).
5.3.9 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta
perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan
anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki
hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan.
5.3.10 Peserta dibenarkan memakai kostum tetapi tiada sebarang peruntukan
markah. Pakaian seragam sekolah dibenarkan.
5.3.11 Teks cerita menggunakan aksara saiz 12, font Arial dan langkau 2 baris.
Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau
semasa pendaftaran.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:
5.3.12.1

menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;

5.3.12.2

membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus


menerus;

5.3.12.3

dibantu oleh orang lain semasa peserta sedang bercerita;

5.3.12.4

menggunakan prop, back-drops, muzik atau kesan bunyi.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

5
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

5.3.13

Keputusan pemenang akan ditentukan melalui sistem juri.

5.3.14

Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang


penyertaan yang disahkan oleh Guru Besar/Pegawai PPD/ Pengarah
Pendidikan Negeri berserta salinan sijil kelahiran.

5.3.15

Bilangan panel hakim pada peringkat kebangsaan ialah lima atau


tujuh (05 atau 07) orang manakala pada peringkat negeri ialah tiga
atau lima (03 atau 05) orang. Pada peringkat daerah pula, sekurangkurangnya tiga (03) orang hakim menghakimi pertandingan.

5.3.16

Keputusan panel hakim adalah muktamad.

5.3.17

Sebarang pindaan tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan


Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

6
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)


6.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan
rangsangan yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui
cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita Bahagian
Pertama.
6.2 Pertandingan cerita secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai
pertandingan cerita bahagian pertama .
(Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tiga (03)
minit untuk persembahan)
6.3. Peserta akan menyampaikan cerita masing-masing secara spontan atas
bahan rangsangan yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.
6.4. Peserta dikehendaki memilih nombor di dalam sampul yang disediakan di meja
Ketua Hakim dan menyerahkannya kepada pengerusi pertandingan.
6.5

Pengerusi pertandingan akan membaca nombor tersebut dan gambar slaid


berkenaan akan ditayangkan.

6.6 Masa persediaan 1 minit bermula sebaik sahaja slaid ditayangkan.


6.7 Pengerusi pertandingan akan meminta peserta memulakan cerita apabila tamat
masa persediaan 1 minit.
6.8

Peserta akan diminta mengambil tempat


cerita spontan.

yang disediakan untuk memulakan

6.9 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa bercerita.


6.10 Loceng akan dibunyikan dua (2) kali menandakan masa tamat.
6.11 Peserta tidak dibenarkan memulakan cerita spontan sebelum tamatnya masa
persediaan.
6.12 Prop,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
6.13 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi
tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (1)
minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).
6.14 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

7
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak
sahaja setiap kali pergerakan.

7.1 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU

7.6

7.2 Teknik Persembahan


7.2
Bahasa dan pertuturan
7.3
Penghayatan cerita
7.4
Interaksi dengan audiens
7.5 Mesej/nilai dalam cerita
Tempo penceritaan/Perkembangan cerita
7.7 Kawalan suara
Jumlah

20 markah
20 markah
20 markah
15 markah
05 markah
10 markah
10 markah
100 markah

8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

8.5

8.1
Persembahan dan kreativiti
8.2
Bahasa dan Pertuturan
8.3
Penghayatan cerita
8.4
Interaksi dengan audiens
Tempo penceritaan/Perkembangan cerita
Jumlah

25 markah
25 markah
20 markah
15 markah
15 markah
100 markah

9.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA