Anda di halaman 1dari 23

PPG AMBILAN KHAS FEB 2013

Laporan Pratikal / Amali 5


Tajuk

: Litar Elektrik

Tujuan

: Untuk menentukan kebaikan dan keburukan litar selari dan litar sesiri.

Teori
Eletrik merupakan satu tenaga yang tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai dan
digunakan oleh manusia pada hari ini dan masa hadapan. Tenaga elektrik dapat
dihasilkan kesan daripada tindakan geseran, haba dan aruhan elektromagnet. Daya atau
tekanan elektrik yang menyebabkan cas elektrik mengalir. Contoh sumber yang
menghasilkan tenaga elektrik adalah bateri dan janakuasa. Cas elektrik terdiri daripada
cas positif dan cas negatif. Kuantiti cas ini dinamakan Coulomb ( Q ) Unit Coulomb ( C ).
Arus elektrik adalah satu pergerakan cas elektrik yang disebabkan oleh pergerakan
elektron bebas. Ia mengalir dari terminal positif ke terminal negatif. Simbol : 1 unit :
Ampiar ( A ) JJ10.
Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.
Satu litar lengkap mestilah mempunyai pembekal tenaga elektrik seperti bateri, wayar
penyambung dan perintang. Terdapat 2 jenis litar iaitu litar bersiri dan litar selari. Terdapat
2 susunan litar elektrik iaitu litar bersiri dan litar selari. Dalam suatu litar bersiri, dua atau
lebih perintang disusun dalam satu baris. Arus, I yang sama mengalir menerusi setiap
perintang. Jumlah beza keupayaan,V adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap
perintang, VT = V1 + V2 + V3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiaptiap rintangan, RT = R1 + R2 + R3. Beza keupayaan, V yang merentasi setiap perintang R
adalah berkadar terus dengan nilai R itu. (V R)

Bahan dan Radas


Pemegang bateri, beberapa dawai penebat, ammeter, voltmeter dan mentol lampu
filamen.

pg. 1

Aktiviti 1 : Membina litar sesiri dan litar selari ringkas.

Rajah 1 ( a )

Rajah 2 ( b )

1. Bina kedua-dua litar di bawah menggunakan pemegang bateri, bateri, beberapa


dawai penebat dan dua buah lampu mentol.
2. Sambung semua dawai dan perhatikan cahaya lampu.
3. Sekarang sambungkan ammeter dan voltmeter dalam kedua-dua litar. Buat jadual
yang sesuai untuk merekod bacaan.
4. Sekarang longgarkan skru satu lampu mentol di dalam setiap litar. Perhati kecerahan
mentol lampu yang sedia ada dan rekodkan juga bacaan kedua dua ammeter dan
voltmeter dalam setiap litar.
5. Sekarang sambungkan mentol lampu yang lain secara sesiri dalam litar A. Perhati
kecerahan mentol mentol lampu dan rekodkan juga bacaan ammeter dan voltmeter.
6. Sekarang sambungkan mentol lampu yang lain secara selari dalam litar B. Perhati
kecerahan mentol dan rekodkan juga bacaan ammeter dan voltmeter.

pg. 2

Keputusan / Perbincangan
Keputusan Aktiviti 1
Litar A : Litar Bersiri 2 mentol
Litar B : Litar Selari 2 mentol
Kuasa Bateri : 4 V.
Keadaan 1
Litar

I,A

V,V

Kecerahan

0.22

2.0

Terang

0.12

3.0

Sangat Cerah

Litar

I,A

V,V

Kecerahan

A + 1 mentol
dilonggarkan

3.9

Mentol tidak bernyala

B + 1 mentol
dilonggarkan

0.24

3.1

Mentol bernyala tetapi kurang


cerah daripada sebelum 1 mentol
dilonggarkan

Litar

I,A

V,V

Kecerahan

A + 1 mentol

0.14

3.4

Lebih malap daripada sebelum


menambah 1 mentol dan lebih
malap daripada litar B + 1 mentol

B + 1 mentol

0.58

2.1

Lebih cerah daripada sebelum


menambah 1 mentol dan lebih
cerah daripada litar A + 1 mentol

Keadaan 2

Keadaan 3

pg. 3

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran

1. Apakah yang terjadi kepada mentol dalam litar bersiri jika salah satu daripada
mentol terbakar? Terangkan.
Keadaan

ini

sama

dengan

keadaan

iaitu

apabila

salah

satu

mentol

dilonggarkan. Merujuk kepada keputusan eksperimen, apabila satu mentol dalam litar
bersiri terbakar atau terputus dari litar, mentol yang kedua akan turut terpadam. Ini
kerana litar tersebut menjadi litar tidak lengkap kerana arus, I tidak dapat melalui litar
tersebut. Untuk litar bersiri, hanya terdapat satu lintasan untuk arus melaluinya.
2. Apakah yang terjadi kepada mentol dalam litar selari apabila satu mentol
terbakar? Terangkan.
Merujuk kepada keputusan eksperimen, mentol yang kedua masih akan bernyala tetapi
kecerahannya berkurang. Ini kerana litar tersebut masih litar lengkap, arus masih boleh
melaluinya kerana untuk litar selari tersebut, arus terbahagi kepada dua

dan

mengalir mengikut lintasan mentol masing-masing. Mentol yang terbakar tidak


akan mempengaruhi laluan arus. Kecerahan 1 mentol berkurang berbanding 2 mentol
kerana rintangan bertambah, maka arus yang mengalir berkurang. Ini menyebabkan
kecerahan mentol turut berkurang.
3. Anda ingin memasang deretan lampu-lampu dengan menggunakan beberapa
mentol.Bagaimanakah kesemua kecerahan lampu-lampu itu boleh dikekalkan
sama.Sambungan apa yang harus anda gunakan? Sambungan mentol bersiri atau
selari?
- Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen, semakin banyak
rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir. (R meningkat, I
berkurang). Maka kecerahan semua mentol berkurang.
-

Untuk

litar

selari,

samakin

banyak

mentol

filamen,

semakin

berkurang

rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua mentol
semakin cerah.

pg. 4

4. Apakah yang terjadi kepada mentol dalam litar bersiri j i k a satu lagi mentol
disambung secara bersiri padanya? Jelaskan.
Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen, semakin banyak rintangan. Maka
semakin berkurang arus yang mengalir. (R meningkat, I berkurang). Maka kecerahan
semua mentol berkurang dan sama nyalaan.
5. Apakah yang akan berlaku kepada mentol dalam litar selari jika satu mentol
lain disambung secara selari padanya? Terangkan.
Untuk litar selari, samakin banyak mentol filamen, semakin berkurang rintangan. Maka
semakin meningkat arus yang mengalir. Maka semua mentol semakin cerah.

pg. 5

Aktiviti 2: Membina gabungan litar selari dan bersiri


Bahan dan Radas :Pemegang bateri, bateri, suis, wayar, tiga biji mentol.

Prosedur :
1. Bina litar seperti ditunjukkan pada rajah di atas menggunakan pemegang sel
kering, sel kering, suis, beberapa wayar penyambung dan tiga mentol lampu.
2. Sambung suis dan perhatikan kecerahan mentol lampu.
3. Sambung ammeter dan voltmeter untuk mengukur arus dan beza keupayaan
melalui setiap mentol. Buat jadual yang sesuai untuk merekod bacaan.
4. Keluarkan mentol 1. Perhatikan kecerahan mentol-mentol yang tinggal dan rekod
bacaan ammeter dan voltmeter.
5. Keluarkan mentol 2. Perhatikan kecerahan mentol-mentol yang tinggal dan rekod
bacaan ammeter dan voltmeter.

pg. 6

Keputusan / Pemerhatian
Keadaan 1
Mentol

Ammeter

Voltan

Keadaan mentol

0.42

3.3

Sangat cerah

0.14

0.7

Cerah

0.1

0.6

Malap

Keadaan 2 (Mentol 1 dikeluarkan)


Mentol

Nyalaan mentol

I, A

V, V

2 dan 3

Lebih cerah berbanding sebelum mentol 1

0.24

2.0

dibuang dan kecerahan mentol 2 dan 3


sama

Keadaan 3 (Mentol 2 dikeluarkan)


Mentol
1 dan 3

Nyalaan mentol
Lebih malap berbanding sebelum mentol 3 dibuang

I, A

V, V

0.1

0.2

dan kecerahan mentol 1 dan 3 sama

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran


1. Apakah yang terjadi kepada mentol lain dalam litar apabila mentol 1
dikeluarkan? Terangkan.
Berdasarkan eksperimen, arus, I dan beza keupayaan, V meningkat. Ini kerana,
apabila mentol 1 dikeluarkan, rintangan akan berkurang dan litar menjadi litar selari
(rujuk rajah) Mentol 2 dan 3 akan lebih cerah kerana rintangan semakin berkurang.
Semakin berkurang rintangan, semakin tinggi arus yang mengalir, semakin cerah
mentol.
pg. 7

2. Apakah yang terjadi kepada mentol lain dalam litar apabila mentol 2
dikeluarkan? Terangkan.
Berdasarkan eksperimen, arus, I dan beza keupayaan, V berkurang. Ini kerana,
apabila mentol 2 dikeluarkan, mentol 3 akan bersiri secara lansung dengan
mentol 1. Jumlah rintangan akan semakin meningkat malah melebihi jumlah rintangan
sebelum mentol 2 dikeluarkan. Mentol 3 sama kecerahannya dengan mentol 1. Ini
kerana, sebelum mentol 2 dikeluarkan, mentol 2 dan 3 adalah litar selari. Arus yang
mengalir untuk setiap mentol adalah setengah daripada arus yang mengalir pada
mentol 1. Maka apabila mentol 2 dikeluarkan, mentol 3 menjadi bersiri dengan mentol
1. Arus yang mengalir pada kedua-dua mentol adalah sama. Maka, kecerahan untuk
kedua-dua mentol adalah sama. (rujuk rajah)
3. Adakah anda mahukan litar di dalam rumah anda bersiri atau selari atau
gabungan kedua-duanya?Jelaskan hujah anda.
Litar selari adalah paling sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah. Kelebihan litar
selari ialah:-

Jika satu alat/ litar terpadam, litar lain masih boleh digunakan.

Penambahan peralatan elektrik dalam litar selari tidak menambah voltage/


beza keupayaan.

Litar bersiri tidak sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah. Antara


kelemahan litar bersiri ialah:-

Tidak boleh menutup satu peralatan elektrik/lampu tanpa memadam peralatan lain.

Arus akan berkurang jika semakin banyak peralatan elektrik ditambah.

Kesimpulan:
Semakin tinggi rintangan, R, semakin kurang arus, I.

pg. 8

Laporan Pratikal / Amali 6


Tajuk

: Penjanaan dan penghantaran arus elektrik.

Tujuan

: Untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud arus yang


dijana.

Bahan

Aktiviti 1 :

Dawai kuprum, galvanometer dan magnet.


Menyiasat arus yang dijana.

Teori :
Penghasilan arus akibat pemotongan fluks magnet oleh konduktor (atau perubahan
fluks merangkai satu litar) dikenali sebagai aruhan elektromagnet. Bekalan arus yang
dibekalkan ke rumah kita adalah hasil daripada pemutaran turbin besar di stesen
janakuasa elektrik. Penjana-penjana tenaga menggunakan prinsip aruhan elektromagnet
untuk menjanakan kuasa elektrik.
Terdapat dua hokum aruhan elektromagnet yang penting iaitu Hukum Faraday dan
Hukum Lenz. Hukum Faraday menyatkan bahawa magnitud d.g.e. teraruh dalam suatu
konduktor adalah berkadar langsung kepada perubahan fluks merangkai gegelung (atau
kadar pemotongan fluks magnet oleh konduktor). Hukum Lenz pula menyatakan bahawa
arus teraruh sentiasa mengalir pada arah yang menentang perubahan fluks magnet (atau
gerakan) yang menghasilkannya.

pg. 9

Prosedur
1.

Lilitkan

dawai

kuprum

sebanyak

10-20

lilitan

di

dua

jari

anda.

Sambungkan hujung bebas kepada galvanometer yang peka. .


2.

3.
4.

Siasat apa yang berlaku bila:


(a)

Kutub utara magnet digerakkan ke dalam gelung ?

(b)

Kutub utara magnet digerakkan keluar dari gelung ?

(c)

Kutub utara digerakkan dengan cepat ke dalam gelung ?

(d)

Gelung digerakkan kearah magnet ?

(e)

Magnet di biarkan kekal di tengah tengah gelung?

Ulang alngkah langkah (a) hingga (e) menggunakan kutub selatan magnet.
Sekarang,
Sambung

lingkarkan
hujung

40 lilitan

bebas

gelung kuprum sekitar

dua

jari

anda.

kepada galvanometer yang peka. Ulang langkah

langkah (a) hingga (e) menggunakan kutub Utara magnet.


5.

Buat magnet yang lebih kuat dengan menggunakan dua atau tiga magnet
yang dilekat

bersama-sama dengan kesemua kutub utara berada pada

penghujung yang sama. Ulang langkah2 (a) hingga (e) dengan magnet magnet
yang lebih kuat.

pg. 10

Keputusan / Pemerhatian 1
Kutub Utara
Tindakan

Pemerhatian

2a

Jarum galvanometer bergerak ke kanan

2b

Jarum galvanometer bergerak ke kiri

2c

Jarum galvanometer bergerak ke kiri

2d

Jarum galvanometer bergerak ke kanan

2e

Jarum galvanometer tidak bergerak

Kutub Selatan
Tindakan

Pemerhatian

2a

Jarum galvanometer bergerak ke kiri

2b

Jarum galvanometer bergerak ke kanan

2c

Jarum galvanometer bergerak ke kiri

2d

Jarum galvanometer bergerak ke kiri

2e

Jarum galvanometer tidak bergerak

pg. 11

Keputusan / Pemerhatian 2

Ujian

(20 lilitan)

(20 lilitan)

(40 lilitan)

(40 lilitan)

Kutub Utara

Kutub Selatan

Kutub Utara

Kutub Selatan

Kutub magnet

Jarum

Jarum

Jarum

Jarum

digerakkan ke

galvanometer

galvanometer

galvanometer

galvanometer

dalam

bergerak ke

bergerak ke

bergerak ke

bergerak ke

gegelung?

arah positif

arah negatif

arah positif

arah negatif

dengan lebih

dengan lebih

jauh

jauh

Kutub utara

Jarum

Jarum

Jarum

Jarum

magnet

galvanometer

galvanometer

galvanometer

galvanometer

dikeluarkan dari bergerak ke

bergerak ke

bergerak ke

bergerak ke

gegelung?

arah positif

arah negatif

arah positif

dengan lebih

dengan lebih

jauh

jauh

arah negatif

Kutub utara

Jarum

Jarum

Jarum

Jarum

magnet

galvanometer

galvanometer

galvanometer

galvanometer

digerakkan

terpesong jauh

terpesong jauh

bergerak ke

bergerak ke

dengan sangat

ke arah positif

ke arah negatif

arah negatif

arah positif

lebih jauh

lebih jauh

laju ke dalam
gegelung ?
Gegelung

Jarum

Jarum

Jarum

Jarum

digerakkan di

galvanometer

galvanometer

galvanometer

galvanometer

atas magnet?

bergerak ke

bergerak ke

bergerak ke

bergerak ke

arah positif

arah negatif

arah positif

arah negatif

lebih jauh

lebih jauh

Magnet

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

dikekalkan

perubahan

perubahan

perubahan

perubahan

pada posisi

berlaku

berlaku

berlaku

berlaku

dalam
gegelung?

pg. 12

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran :


1. Apakah terjadi bila magnet digerakkan ke dalam gelung ?
Terangkan.
Jarum galvanometer bergerak menunjukkan arus elektrik teraruh

(2 markah)

2. Apakah terjadi bila magnet di biarkan kekal di tengah tengah gelung.


Terangkan.
Jarum galvanometer tidak bergerak menunjukkan tiada arus elektrik.
(2 markah)
3. Apakah terjadi bila magnet digerakkan dengan cepat ke dalam gelung?
Terangkan.
Jarum galvanometer bergerak ke kiri dan kekanan dengan cepat kerana lebih banyak
arus teraruh.

(2 markah)

4.Apakah terjadi bila magnet yang lebih kuat digerakkan ke dalam gelung?
Terangkan.
Jarum galvanometer bergerak ke kiri dan kekanan dengan lebih cepat.
( 2 markah )
5. Apakah terjadi bila magnet yang mempunyai banyak lilitan di masukkan
ke dalam gelung? Terangkan.
Bacaan galvanometer menunjukkan bacaan yang lebih tinggi
(2 markah)
6. Apa yang mesti anda buat untuk meningkatkan magnitud arus yang dijana?
i.

Gunakan magnet yang lebih kuat

ii.

Gerak keluar masuk magnet dengan lebih


cepat

iii.

Tambah dan rapatkan lilitan pada magnet


(1 markah)

pg. 13

Aktiviti 2

Membina transformer penajk dan penurun voltan .

Tujuan

Untuk menujukkan peggunaan transformer dalam


penghantaran elektrik.

Bahan

Dawai kuprum bersalut PVC, teras-C besi lembut, bekalan


kuasa AC, suis, mentol, ammeter AC, voltmeter AC, dan
pengapit G.

Teori

:
Transformer ialah suatu alat yang digunakan untuk meningkatkan dan menurunkan

beza keupayaan suatu bekalan a.u. . Transformer adalah penting dalam kehidupan kita.
Transformer yang kecil merupakan komponen penting dalam litar elektronik seperti litar
televisyen. Bagi transformer yang besar, ia dapat dilihat pada pencawang di kawasan
perindustrian dan perumahan.
Transformer terdiri daripada dua gegelung yang dililit pada teras besi berlapis. Dua
gegelung ini dikenali sebagai gegelung primer dan gegelung sekunder. Bekalan a.u. yang
hendak dinaikkan atau diturunkan disambungkan kepada gegelung primer sebagai input.
Manakala beza keupayaan a.u. yang telah dinaikkan atau diturunkan merupakan output
gegelung sekunder.

Prosedur
1.

Lilitkan 10 lilitan dawai kuprum bersalut PVC pada teras-C besi lembut dan
sambungkan gelung itu ke bekalan kuasa AC dan suis. Gelung ini dipanggil
gelung primer.

2.

Lilitkan 25 lilitan dawai kuprum pada teras-C besi lembut yang lain dan
sambungkan kedua dua hujung gelung ke mentol. Gambarajah dibawah
menunjukkan bagaimana meter-meter disambung untuk mengukur arus dan beza
keupayaan di dalam gelung primer.

3.

Sekarang sambungkan meter-meter untuk mengukur arus dan beza keupayaan


di dalam gelung sekunder seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

PPG AMBILAN KHAS FEB 2013

4. Di dalam transformer di atas, bilangan lilitan gegelung sekunder adalah lebih


besar daripada gelung primer. Apakah nama transformer ini? Hidupkan suis dan
rekod pengukuran anda.
5. Sekarang terbalikkan sambungan kedua-dua gelung primer dan sekunder.
Bilangan lilitan dalam gelung sekunder adalah lebih kecil berbanding gelung
primer. Apakah nama transformer ini? Hidupkan suis dan rekod pengukuran anda.
Keputusan / Pemerhatian
Transformer

Sekunder

Primer

Sekunder

Injak naik

0.5

1.5

0.5

0.5

Injak
turun

1.5

0.5

0.5

0.5

Bilangan

lilitan

lilitan

gegelung gegelung
sekunder

Hubungan

Pemerhatian

antara Ns

Bacaan

Bacaan

dengan Np

ammeter

Voltmeter

Ip=I1=1.5A
10

Bacaan ammeter [A]

Primer

Bilangan

primer

Bacaan volmeter [V]

25

Ns > Np
Is=I2=0.5A

Vp= V1=4.0
V
Vs=V2=8.5 V

Kesimpulan

Vs>Vp
Transformer
adalah jenis
injak naik
Vs<Vp

Ip=I1=1.5A
25

10

Vp= V1=4.0V
Transformer

Ns < Np
Is=I2=3.5A

Vs=V2=1.5 V

adalah jenis
injak turun

PERBINCANGAN :
Untuk prosedur 4, bilangan lilitan pada gegelung sekunder, NS ialah 25 lilitan,
manakala bilangan lilitan pada gegelung primer, NP ialah 10 lilitan. Apabila bilangan
lilitan pada gegelung sekunder adalah lebih banyak berbanding dengan gegelung
primer (NS > NP), maka jenis transformer ini dikenali sebagai transformer injak naik.
Bacaan ammeter dan voltmeter pada prosedur 4
(transformer injak naik):
IP = I1 = 1.5 A, VP = V1 = 4.0 V
IS = I2 = 0.5 A, VS = V2 = 8.5 V
Untuk prosedur 5, bilangan lilitan pada gegelung primer, NP ialah 25 lilitan,
manakala bilangan lilitan pada gegelung sekunder, NS ialah 10 lilitan. Apabila bilangan
lilitan pada gegelung primer adalah lebih banyak berbanding dengan gegelung
sekunder (NP > NS), maka jenis transformer ini dikenali sebagai transformer injak
turun.
Bacaan ammeter dan voltmeter pada prosedur 5
(transformer injak turun):
IP = I1 = 1.5 A, VP = V1 = 4.0 V
IS = I2 = 3.5 A, VS = V2 = 1.5 V
Berdasarkan kepada keputusan eksperimen, transformer jenis injak naik digunakan
untuk menaikkan beza keupayaan. Bagi sebuah transformer injak naik, ia mempunyai
bilangan lilitan gegelung sekunder yang lebih besar berbanding dengan bilangan
lilitan pada gegelung primer. Arus pada gegelung primer ini adalah lebih besar jika
dibandingkan dengan arus pada gegelung sekunder.
Manakala bagi sebuah transformer injak turun, ia digunakan untuk menurunkan beza
keupayaan. Transformer ini mempunyai bilangan lilitan pada gegelung primer yang
lebih besar berbanding bilangan lilitan pada gegelung sekunder. Arus pada
gegelung primer adalah lebih kecil daripada arus pada gegelung sekunder.
Kebanyakan transformer dapat memindahkan kuasa elektrik dengan cekap dan hanya
sedikit tenaga elektrik yang hilang dalam proses pemindahan. Bagi transformer yang
100% cekap:

Kuasa yang dibekalkan kepada litar primer

= Kuasa digunakan dalam litar

sekunder
Vp x Ip = Vs x Is
Bagi sebuah transformer yang tidak 100% cekap , sebahagian tenaganya akan
hilang dalam bentuk tenaga haba. Maka , kuasa input biasanya akan melebihi kuasa
output.
Prinsip kerja transformer ialah apabila arus ulang alik dimasukkan ke dalam gegelung
primer sesuatu transformer, satu medan magnet yang berubah-ubah dihasilkan. Medan
magnet ini ditumpukan dan dirangkaikan oleh teras besi lembut kepada gegelung
sekunder.

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran :


1. Tranformer penaik meningkatkan arus di gelung sekunder atau primer?
Untuk transformer injak naik, arus pada gegelung primer adalah lebih besar
daripada daripada arus pada gegelung sekunder.
2. Bagaimana anda mengukur kuasa input dan kuasa output untuk
transformer injak naik dan apakah nilai-nilainya.
Kuasa input dan kuasa output transformer injak naik boleh diukur dengan :
Kuasa input (gegelung primer),
Pi = Vp x V p
Kuasa output (gegelung sekunder), Po
= Vs x Vs
Kuasa input = kuasa output
Po = Pi

Vs Is = Vp Ip

3. Kira nisbah output kuasa kepada input kuasa . Apakah nama nisbah ini?

VS

NS

VP

NP

Nisbah bilangan lilitan.

Voltan sekunder

Bilangan lilitan sekunder

Voltan primer

Bilangan lilitan primer

4. Dalam penghantaran elektrik, kehilangan kuasa dalam setiap kabel dikira


dengan menggunakan formula,
Kuasa hilang dalam setiap kabel = IR,
dimana I adalah arus dan R adalah rintangan kabel.
Bagaimana kehilangan kuasa boleh dikurangkan?
Kehilangan kuasa boleh dikurangkan dengan :
Menggunakan dawai kuprum yang lebih tebal supaya rintangan dawai
kuprum lebih rendah.
Menggunakan teras besi lembut yang mudah dimagnetkan dan
dinyahmagnetkan.
Lilitan gegelung primer dan gegelung sekunder dirapatkan supaya
kebocoran fluks tidak berlaku
Menggunakan teras besi yang berlapis dan ditebatkan dengan cat
enamel untuk menghalang pengaliran arus pusar.

5. Jelaskankan penurun meningkatkan arus dalam membantu


mengurangkan kehilangan kuasa semasa penghantaran elektrik.
Transformer penaik berperanan dalam membantu untuk mengurangkan kehilangan
kuasa semasa penghantaran elektrik. Semasa penghantaran elektrik, sebahagian
tenaga elektrik akan hilang sebagai tenaga haba. Jadi, transformer penaik akan
digunakan untuk menaikkan nilai beza keupayaan supaya arus yang mengalir
dalam kabel penghantaran adalah kecil dan mengurangkan kehilangan tenaga.
6. Transformer penurun,meningkatkan arus dalam gelung primer atau
sekunder?
Untuk transformer penurun, arus pada gegelung primer adalah lebih kecil
daripada arus pada gegelung sekunder.

7. K ir a k a n nilai-nilai input kuasa dan output kuasa untuk transformer penurun?


VP = 4.0 V

dan NP = 10 lilitan

Oleh itu, kuasa output sekunder = kuasa input primer


= VS IS = VP IP MAKA
=

4.0

2.66 Volt.

1.5

8. Terangkan peranan transformer penurun di dalam penghantaran elektrik.


Apabila transformer penaik digunakan untuk menaikkan nilai beza keupayaan
supaya arus yang mengalir dalam kabel dapat dikecilkan untuk mengelakkan
kehilangan tenaga, transformer penurun berperanan untuk menurunkan
semula nilai beza keupayaan supaya arus yang tinggi dapat dibekalkan
kepada pengguna.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )

LAPORAN PRATIKAL 1-6


NAMA PELAJAR

CHARLES BAYANG ANAK ALBERT NYAWIN ( PPG


( 770506135975 )
KENNEDY ANAK LICHON( PPGSN1611)
( 760107135311)
SANDING ANAK GENI ( PPGSN2611)
(790314135901)
GERALD ANAK BENJAMIN( PPGSN2611)
(780520-13-5567)
LIAS ANAK JOSEPH INGAS( PPGSN2611)
(800213135520 )

KUMPULAN

PPGSN2611 / PPGSN1611

NAMA PENSYARAH

ENCIK YAHYA BIN SIDEK

KOD DAN NAMA

SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN SE

SUBJEK

LAPORAN AMALI PRATIKAL 5 & 6.

TARIKH SERAHAN

05 OKTOBER 2012

SEMESTER

3/ AMBILAN JUN 2011

Anda mungkin juga menyukai