Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN HOKI

Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di
seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas
padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara
yang mana hoki ais tidak begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam
padang rumput dikenali dengan mudah sebagai "hoki", sementara di negara
yang mempunyai hoki ais, sukan itu dikenali sebagai hoki padang. Adalah
dipercayai nama hoki berasal daripada bahasa Perancis, iaitu "hoquet", yang
kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "hockey".

Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke
negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada
ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas
dua dekad lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini.

Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah
mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja
memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki
negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan
mengadakan permainan persahabatan di sana.

Terdapat beberapa kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain
hoki iaitu:

1. Kemahiran Asas Memukul


Pemain boleh memukul bola dengan kayu hoki dalam keadaan statik atau
dinamik. Kita boleh menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan
semasa memukul bola.
2. Kemahiran Asas Menolak
Kemahiran ini boleh dilakukan dalam 2 cara, iaitu secara tolakan biasa dan
tolakan kias
3. Kemahiran Asas Menahan
Menahan atau menyerkap bola hoki dilakukan dengan pelbagai cara bergantung
pada pergerakan bola.
4. Kemahiran Asas Mengelecek
Mengelecek bolah dilakukan dalam 2 cara iaitu kelecek rapat (secara golekan)
dan kelecek longgar.
5. Kemahiran Asas Flik
Flik dilakukan dengan cara memindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki
kiri dengan pantas.

Anda mungkin juga menyukai