Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN
1.1

Maklumat latar belakang.

Penyakit tibi dikenali juga sebagai Tuberculosis. Ia merupakan


penyakit berjangkit yang berpanjangan. Seperti demam selesema,
penyakit tibi boleh berjangkit melalui udara. Hanya mereka yang
menghidap penyakit tibi boleh menjadi punca jangkitan kepada
orang lain.
Pesakit yang dijangkiti oleh penyakit tersebut akan membekalkan
kuman tibi di udara apabila mereka batuk, bersin, bercakap dan
meludah. Sesiapa sahaja yang menyedut udara yang telah dicemari
oleh kuman tibi berkenaan walaupun sedikit mereka boleh terkena
jangkitan penyakit tersebut. Kuman tersebut dinamakan
Mycobecteriam Tuberculosis. Penghidap yang dijangkiti boleh
menjadi pembawa jangkitan kepada 15 hingga 20 orang setiap
tahun. Kajian yang dijalankan mendapati seramai 1.7 juta manusia
telah dijangkiti Mycobecteriam Baccillai yang telah membunuh dua
juta penduduk dunia setiap tahun.
Peningkatan jumlah pesakit yang dijangkiti tibi di seluruh dunia,
terutamanya di negara-negara Asia Tenggara, berada dalam situasi
yang membimbangkan. Ini disebabkan kurang kesedaran di
kalangan masyarakat dan perpindahan penduduk dari negaranegara yang tinggi risiko wabak penyakit itu. Masalah tersebut
semakin serius apabila program kawalan penyakit tibi yang
dilaksanakan di negara-negara berkenaan kurang berkesan dan
keadaan bertambah rumit kerana berlaku pertambahan pembawa
virus HIV di kalangan masyarakat.
Pembawa virus HIV pula terdedah kepada jangkitan tibi pada kadar
50 peratus berbanding 10 peratus bagi yang tidak dijangkiti HIV.
1.2

Kenyataan masalah.

Definisi kes:
Puan Marlina Binti Ibrahim yang beralamat di no 22 564, Kg Baru,
Jalan Tambun, Ipoh Perak, yang tidak bekerja pada waktu ini, telah
menunjukkan tanda-tanda mengalami penyakit tibi iaitu batuk
berpanjangan selama 2 minggu, demam, susut berat badan, kurang
selera makan dan pembengkakan pada bahagian tengkuk. Pesakit

telah mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh


pada 18 Julai 2013.
1.3

Kronologi kes

1. Permulaan kes adalah Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Kompleks


surveilan Jelapang, mendapat notifikasi dari hospital melalui enotifikasi. Pegawai yang bertugas untuk verifikasi kes adalah En
Mohd Ezani, PPKP U29, Unit Tibi di Kompleks Surveilan Jelapang.
2. Selepas mendapat notifikasi, siasatan boleh dimulakan.
3. Selepas siasatan , En Ezani akan memohon kes untuk didaftarkan
dan dihantar ke PPKP U32, En. Devarajah.
4. PPKP U32, En Devarajah akan menyokong kes untuk didaftarkan.
5. Permohonan bersama sokongan akan dihantar ke Pegawai
Kesihatan Daerah untuk disahkan.
6. Setelah disahkan, siasatan boleh dimulakan. (rujuk rajah 1.0)
Notifikasi penyakit dari hospital

Verifikasi kes oleh En. Ezani, PPKP U29

Siasatan dilakukan

Mohon daftar kes ke PKD

Dihantar ke PPKP U32 untuk sokongan

PPKP U32 menyokong dan dihantar ke Pegawai Kesihatan Daerah

PKD mengesahkan kes


(RAJAH 1.0)

2. OBJEKTIF
2.1 Objektif umum
Menjalankan penyiasatan dan langkah kawalan bagi penyakit
bawaan udara tibi atau tuberculosis di yang berlaku di daerah kinta
supaya penyakit ini tidak merebak dan meningkat.
2.2

Objektif khusus
Mengenalpasti punca jangkitan penyakit tibi yang berlaku di
dearah Kinta.
Mengenalpasti sama ada langkah-langkah kawalan penyakit
tibi yang dilakukan berkesan atau tidak.
Menentukan langkah-langkah pencegahan penyakit di daerah
Kinta.

3. PERBINCANGAN
3.1

Punca jangkitan
Tibi merupakan sejenis penyakit sebaran udara.

Kuman Tibi disebarkan melalui udara dalam bentuk titisan yang


dikeluarkan apabila seseorang yang menderitai Tibi paru-paru
atau tibi pulmonari yang aktif itu batuk.

Mereka yang menderitai penyakit tibi pulmonari yang


aktifbiasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk,mereka
mengeluarkan titisan-titisan halus yang membawa beribu-ribu
kuman Tibi terapung-apung di udara di sekitar mereka untuk
beberapa ketika.

Sesiapa yang menyedut titisan-titisan halus yang mengandungi


kuman Tibi ini akan menghadapi risiko dijangkiti dan menghidapi

Mereka yang menderitai penyakit tibi pulmonari yang aktif yang


batuk dan bersin dengan itu, boleh merebakkan penyakit ini
kepada orang-orang yang berhubung rapat dengan mereka.

3.2

3.3

3.4

Gejala dan simptom


Batuk yang berlangsung selama 2 minggu atau lebih.
Kahak mungkin mengandungi darah.
Demam, selalunya berpeluh, pada waktu petang atau malam.
Mudah letih dan berasa lemah.
Mungkin mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau
menarik nafas panjang.
Hilang selera makan.
Kurang berat badan.
Diagnosis penyakit
Ujian kahak boleh dijalankan di klinik kesihatan atau hospital
yang berhampiran.
X-ray dada di hospital-hospital berhampiran.

Rawatan
Rawatan untuk penyakit Tibi mengambil masa 6 bulan. Ia
mengandungi mula-mulanya rawatan harian selama 2 bulan.

Biasanya 4 jenis ubat diambil dengan disaksikan oleh kakitangan


perubatan atau orang lain yang dilantik untuk menyeliakan
rawatan.Antara jenis-jenis ubat ialah:
o
o
o
o
o
o

3.5

3.6

Rifampicin
Ethambuthol
Pyrazinamide
Isoniazid
Pyridoxine
Streptomycin

Ini diikuti oleh rawatan yang dilakukan dua kali seminggu,


biasanya 3 jenis ubat diambil di bawah penyeliaan.
Jika rawatan ini diikuti secara tetap pesakit berkenaan boleh
disembuhkan.

Langkah-langkah pencegahan
Imunisasi BCG memberikan perlindungan yang baik kepada bayi
daripada jangkitan Tibi yang merbahaya.
Imunisasi BCG diberikan percuma di semua hospital dan klinik
kesihatan kerajaan untuk semua orang yang berumur 20 tahun
kebawah.
Jika anda mengalami batuk yang berlangsung selama 2 minggu
atau lebih, pergilah berjumpa doktor secepat mungkin dan
dapatkan pemeriksaan kahak anda.
Jika anda mengalami Tibi, doktor akan membuat preskripsi
rawatan yang perlu. Pastikan anda mematuhi rawatan tersebut
secara tetap sehingga selesai. Ini boleh menyembuhkan anda
dan juga mencegah anda daripada menyebarkan penyakit ini
kepada keluarga anda dan orang lain yang berhubung rapat
dengan anda.
Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh didapati
percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
Langkah-langkah kawalan
Biarkan rumah anda dimasuki cahaya matahari sebanyakbanyaknya kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi
yang terapung-apung di udara dan berlindung di sudut dan
penjuru rumah.

Buka semua tingkap diwaktu siang untuk peredaran udara yang


sempurna. Peredaran udarayang sempurna mencegah Tibi dari
merebak
Amalkan cara hidup yang sihat dan makanlah makanan yang
seimbang supaya badan anda boleh menentang kuman tibi.
Anda boleh menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital
atau pusat kesihatan yang berhampiran
Pakai face mask semasa berada di kawasan yang berisiko
Pastikan makan ubat dengan betul
Jarakkan diri ketika bercakap dengan pesakit @ orang yang
dijangkiti

3.7

Siasatan kes

Antara peralatan dan borang yang diperlukan adalah :


Kalendar
Borang:
- 10A-1
- 10A-3
- 10A-4
- 10C-1
- 10C-2
Face mask
Sanitizer
Masa

Aktiviti

9.30am-

Penerangan oleh En Ezani PPKP U29, unit tibi mengenai

10.30am

Tuberkulosis dan borang yang berkaitan untuk siasatan.

11.00am

Ke rumah pesakit untuk memulakan siasatan. Antara


borang yang diperlukan adalah :

11.10am

10A-1
(rujuk lampiran)
10A-3
10C-1
10C-2
En Ezani PPKP U29, unit tibi menanyakan tentang
keadaan pesakit . Antara butir-butir yang perlu
didapatkan adalah:

Pengesahan nama pesakit


Sejarah pesakit(sekiranya ada ahli keluarga yang


11.35am

pernah dijangkiti)
Contact pesakit(sekurang-kurangnya 10)

En Ezani PPKP U29, unit tibi memberikan sedikit


pendidikan kesihatan mengenai penyakit tuberkulosis
kepada pesakit dan keluarga.
Terdapat borang (borang original diberi kepada pesakit
dan salinan disimpan pegawai bertugas) yang perlu di
berikan kepada pesakit untuk memastikan pesakit ke
klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan iaitu :

12.00pm

10C-1
10C-2
Kami balik ke PKD untuk menyiapkan borang terakhir
untuk disahkan iaitu:

10A-4

Borang asal 10A-4 perlu diserahkan kepada pihak


hospital dan salinannya disimpan pegawai bertugas.

CARTA ALIR SIASATAN


Penyediaan borang siasatan

Ke rumah pesakit untuk penyiasatan


Memperkenalkan diri

Menanyakan samaada itu adalah rumah kes

Memberikan penerangan kepada pesakit tujuan penyiasatan

Meminta maklumat(borang 10-A1 dan 10-A2) dari pesakit yang dirasakan


perlu

Sekiranya maklumat telah lengkap,berikan sedikit pendidikan kesihatan.

Menyerahkan borang(10-C1 dan 10C2) kepada pesakit

Balik ke PKD SPT untuk mengisi borang daftar TB(10A-4)


(rajah 1.1)

4. DATA SIASATAN KES

1.0

Data Pentadbiran Pesakit

1.1

Nama Pesakit :

1.2

Alamat rumah :

1.3

Alamat tempat kerja : -

1.4

Taraf perkahwinan : Berkahwin

1.5

Pekerjaan : -

1.6

No. Pendaftaran di hospital :

2.0

Data Asas Siasatan

2.1

Tarikh onset :

2.2

Tanda-tanda dan gejala :

2.3

Tarikh masuk hospital :

2.4

Masa pengeraman :

3.0

LATAR BELAKANG PESAKIT

3.1

Alamat Tempat Tinggal Semasa :

3.2

Kategori Tempat Tinggal (Rumah/Institusi) : rumah

3.3

Lokasi Tempat Tinggal : kawasan luar bandar

3.4

Taraf Pendidikan Pesakit : PMR

4.0

LATAR BELAKANG KELUARGA DAN EKONOMI PESAKIT

4.1

Taraf Pendidikan Ketua Keluarga (jika ianya bukan pesakit) : -

4.2

Pendapatan keluarga sebulan :

4.3

Adakah pesakit / keluarga pesakit ini


berdaftar dengan program bantuan PPRT? : tidak

5.0

FAKTOR RISIKO JANGKITAN TIBI

5.1. Kewujudan faktor risiko dari segi (Perubatan/Sosial/Persekitaran)


: Sosial, persekitaran
5.2

Pergerakan pesakit yang relevan dengan penyebaranTibi (Alamat


Selain Tempat Tinggal Semasa) :

5.3

Sejarah pendedahan kepada pesakit/penyakit Tibi :

5.4

tempoh masa pendedahan : 2 minggu

5.5

Dari sumber mana (Jenis Punca Jangkitan) :

5.6

Adakah pesakit tinggal/bekerja sebumbung dengan sumber 14 : ya

5.7

Alamat Tempat Jangkitan yang Disyaki :

6.0

SENARAI KONTAK

6.1

Nama kontak : i)

6.2

Alamat kontak :

6.3

Umur kontak : i)

6.4

Jantina kontak : lelaki

6.5

Hubungan kontak dengan pesakit : suami dan anak

6.6

Status kesihatan kontak : baik (tiada penyakit)

4.1

Pergerakan pesakit

5. KESIMPULAN

Sepanjang saya bersama unit CDC di Kompleks Surveilan Jelapang, banyak


perkara yang telah saya pelajari bersama ppkp dan juga pka yang bertugas
di unit tersebut. Antaranya :
i)

Perkara yang diperlukan semasa siasatan contohnya borang-borang

ii)
iii)

dan peralatan yang berkaitan.


Penyediaan yang diperlukan sebelum penyiasatan.
Cara penyiasatan yang betul berdasarkan prosedur yang telah

iv)

ditetapkan.
Perkara yang perlu dilakukan selepas siasatan.

Diharap agar dengan segala tunjuk ajar yang telah diberikan banyak
membantu saya untuk Berjaya menjadi seorang penolong pegawai kesihatan
persekitaran yang Berjaya pada suatu hari kelak.

6. LAMPIRAN
6.1

Pelan lokasi

ISI KANDUNGAN
1.0
1.1
1.2
1.3

Pengenalan
Maklumat latar belakang
Kenyataan masalah
Kronologi kes

2.1
2.2

Objektif
Objektif umum
Objektif khusus

3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6

Perbincangan
Punca jangkitan
Gejala dan simptom
Diagnosis penyakit
Rawatan
Langkah-langkah pencegahan
Siasatan kes

2.0

3.0

4.0

Data siasatan kes

5.0

Kesimpulan

6.0 Lampiran
6.1 Pelan lokasi

Anda mungkin juga menyukai