Anda di halaman 1dari 4

APA ITU PENYAKIT DENGGI?

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh
membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit
ini.
Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari
gigitan nyamuk Aedes.
Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang
memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan
luar bandar.
JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI
Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:
a. Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit
otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan
kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau
'breakbone fever'.
b. Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13
tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama
seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan
gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan,
perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan
dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak
diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.
AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGI
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus
denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus
yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang
telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype
ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu
kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap
semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus
tersebut sahaja.
Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk
Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada
tahap awal penyakit.
PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGI
Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk
merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang
lain. Daripada 1 gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2-4 mg darah iaitu
1.5 kali berat badannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang
hitam dan putih di kaki.Terdapat 2 jenis nyamuk Aedes yang membawa virus
denggi iaitu:

1. Aedes aegypti
Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala.
2. Aedes albopictus
Ciri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan.
Nyamuk Aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempattempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas
buatan di dalam dan di luar rumah.
Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan
juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan
menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk
menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang
biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul
pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat
yang boleh air bertakung.
Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.
CARA JANGKITAN
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi
ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa
pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam
air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi
sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau
haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke
dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap
darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran
hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang
menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu
dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang
terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke dalam peredaran
darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil
'Penularan Mekanikal'.
penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen
penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada
serangga dewasa generasi berikutnya.
Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini
membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses
penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi
juga sebagai perumah kepada agen penyakit.
TEMPAT PEMBIAKAN
Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar
rumah.
Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.
A. Di dalam rumah
1. Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.

2. Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.


3. Perangkap semut.
B. Di luar rumah
1. Di dalam tayar buruk.
2. Saluran air hujan.
3. Tin-tin kosong atau botol.
4. Bata bangunan atau kawasan pembinaan
5. Cawan getah
6. Lubang pokok
7. Tunggul buluh
8. Ketiak daun seperti -pandan dan nenas
AWAS!!!! ANDA AKAN DIDENDA JIKA DIDAPATI MEMBIAK NYAMUK AEDES DI
KAWASAN RUMAH.
TANDA-TANDA ATAU GEJALA
1. Demam Denggi Klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada
bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas.
bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba
yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit
otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik
merah di bawah kulit juga boleh didapati.
Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.
2. Demam Denggi Berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam
yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem
peredaran darah.
Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit,
perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing
berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini
boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.
Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti
kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga
kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan
atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).
Penemuan makmal: Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi
yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit.
RAWATAN
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.
1. Rawatan Demam Denggi Klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada
keadaan pesakit iaitu:

a. mengurangkan demam(suhu badan)


b. mengelakkan dari perdarahan berlaku
2. Rawatan Demam Denggi Berdarah
a. Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah
menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.
b. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu
demam patut dikawal dengan antipiretik.
c. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal.
Masa yang paling genting ialah pada hari ke 3 hingga hari ke 7.
d. Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat
kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Anda mungkin juga menyukai