Anda di halaman 1dari 4

BIL

AGENDA

1.

Ucapan Pengerusi
En. Zakaria b. Abu Hassan (Guru Besar)
1.1 En. Zakaria b. Abu Hassan (Guru Besar), mengalu-alukan kehadiran semua guru SK
Gangga.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah menunaikan
tanggungjawab dengan menyempurnakan tugasan sepanjang sesi persekolahan
tahun 2014.
1.3 Mengharapkan tahun 2015, kecemerlangan SK Gangga bakal tercipta sepertimana
Visi SK Gangga iaitu SK Gangga Cemerlang Peringkat Zon Beruas/Pantai Remis
menjelang 2015.
1.4 Semua guru juga diingatkan supaya sentiasa ikhlas dalam mendidik murid-murid dan
mengharapkan keikhlasan ini akan dibayar dengan kecemerlangan murid-murid SK
Gangga tahun 2015.
1.5 Menjalankan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdP) sebagai pendidik yang
menerima amanah sebagai pengasuh, pembimbing, dan fasilitator untuk membentuk
modal insan yang semakin mencabar.
1.6 Sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen dalam merealisasikan program dan
aktiviti yang dirancang.
1.7 Memahami, menghayati dan melaksanakan dasar-dasar Kementerian.
1.8 Mengikuti kursus, seminar, mesyuarat LADAP dan pelbagai keperluan untuk
memperolehi ilmu demi mentranformasi pendidikan berkualiti.

2.

Mengesahkan minit mesyuarat kali ketiga


2.1 Minit mesyuarat kali pertama disah atas cadangan En. Mohd. Akhyar b. Arzmi,
dan disokong oleh En. Idris Shazali b. Mohamed Said

3.

Perkara berbangkit
3.1 PBS Meminta semua guru yang terlibat supaya dapat menyimpan rekod-rekod
murid di dalam fail mengikut tahun.
3.2 Tahniah kepada guru yang datang semasa cuti persekolahan untuk membersihkan
kelas masing-masing.

4.

Agenda 1
Ucapan En. Khalid b. Hj. Mohmad (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
4.1 Mengucapkan salam dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
kerana dapat hadir pada hari ini.
4.2 Besyukur kerana dapat meneruskan agenda mesyuarat pada hari yang ke-2.
4.3 Banyak input-input yang telah disampaikan oleh Guru Besar yang merangkumi aspek
iaitu Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.
4.4 Mengharapkan semua guru dapat menilai setakat mana pencapaian program
akademik pada tahun lalu dan membuat post-mortem.

5.

Untuk Makluman : Semua


Guru
Agenda 2
Keperluan Barang Sekolah (Pembelian Buku)
5.1 Pembelian buku murid dibuka pada 30/12/2014 dan 31/12/2014.
5.2 Sambutan daripada ibu bapa amat menggalakkan.
1

5.3 Mencadangkan guru-guru kelas ada pembantu untuk menguruskan jual beli.
5.4 Serahan wang pembelian boleh merujuk kepada En. Khalid b. Hj. Mohamad (Guru
Penolong Kanan Pentadbiran)

6.

Untuk Makluman : Semua


Guru
Agenda 3
Dasar Kurikulum
6.1 Guru-guru diingatkan supaya dapat merujuk bahan yang telah dibentangkan
oleh Guru Besar.
6.2 Kita sebagai pendidik diingatkan supaya dapat mematuhi segala dasar yang telah
ditetapkan oleh kementerian
Untuk Makluman : Semua

7.

8.

Guru
Agenda 4
Pencerapan Pengajaran dan Pemudahcaraan/Buku Latihan
7.1 Semua guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong Kanan mengikut ketentuan
tarikh yang telah ditetapkan.
7.2 Pencerapan guru akan dibuat dua kali setahun.
7.3 Guru-guru diingatkan supaya sentiasa bersedia dan menggunakan Bahan Bantu
Mengajar yang kreatif sewaktu pengajaran dijalankan. Ini adalah untuk menarik
perhatian murid-murid di dalam kelas.
7.4 Pencerapan buku latihan murid juga disemak dua kali setahun oleh Guru Besar dan
Penolong Kanan.
7.5 Jadual penghantaran buku latihan murid boleh dirujuk di dalam buku Penyelarasan
dan Takwim Persekolahan 2015.
Untuk Makluman : Semua
Guru
Agenda 5
Penyelarasan Tugasan Berkaitan Kurikulum Tahun 2015
8.1 Penyelarasan tugasan berkaitan Kurikulum boleh dirujuk di dalam buku Penyelarasan
dan Takwim Persekolahan 2015.
8.2 Semua program bermula dari Januari hingga Oktober 2015.
Untuk Makluman : Semua

9.

Guru
Agenda 6
Buku Rekod Mengajar
9.1 Kemaskini semua butiran yang berkenaan (Butiran peribadi, Jadual waktu,
Rancangan Pelajaran Tahunan, Headcount dan sebagainya.
9.2 Format menulis PdP Harian adalah seperti berikut :
9.2.1 Tajuk
9.2.2 Objektif
9.2.3 Senarai aktiviti
9.2.4 Unsur patrionisme/Nilai murni
9.2.5 Impak (dakwat merah)
9.3 Buku Rekod Mengajar mesti dihantar untuk semakan Guru Besar pada setiap hari
Jumaat.
2

9.4 Jika guru tidak menghantar Buku Rekod Mengajar sebanyak tiga kali, surat tunjuk
sebab perlu dihantar. (Arahan Timbalan Pengarah)
Untuk Makluman : Semua
Guru
10.

11.

12.

13.

Agenda 7
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdP)
10.1 Setiap pengajaran yang diajar perlu ada objektif dan pastikan tercapai.
10.2 Guru diingatkan supaya tidak duduk semasa sesi pengajaran dijalankan.
10.3 Target guru adalah berpandukan Headcount.
10.4 Guru perlu mempelbagaikan pengajaran dan sentiasa menggunakan ICT.
10.5 Guru perlu meningkatkan kualiti dan kuantiti LULUS.
10.6 Banyakkan memberi latihan kepada murid dan menyemak buku buku tersebut dari
masa ke semasa.
10.7 Perlu ada Pengayaan dan Pemulihan di dalam kelas yang diajar oleh guru.
Untuk Makluman : Semua
Guru
Agenda 8
Ujian Selaras
11.1 Tiada lagi ujian selaras diperingkat JPN atau PPD.
11.2 Semua soalan ujian hendaklah disediakan oleh sekolah masing-masing.
11.3 JPN hanya menyediakan Buku Panduan Penyediaan Item.
Untuk Makluman : Semua
Guru
Hal-hal lain
12.1 Tarikh persekolahan bermula pada 12.01.2015.
12.2 Guru bertugas pada hari pertama persekolahan ialah Pn. Noorhana bt. Mohd.
Yunus.
12.3 Guru Penyayang bertugas mengikut ketetapan jadual yang telah diedarkan.
12.3 Sekolah menjadi pengerusi Bola Baling peringkat Daerah Manjung. Mesyuarat
dijalankan pada 15.01.2015 bertempat di SK Gangga.
Ucapan penangguhan
13.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
menerima tanggungjawab yang diamanahkan.
13.2 Berharap warga SK gangga bersama-sama berganding bahu untuk meningkatkan
pencapaian sekolah yang luar biasa.
13.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Mesyuarat ditangguhksn pada pukul 12.30 tengah hari

Disediakan oleh:

Disemak oleh :
3


(AZNANI BINTI ABDUL HALIM)
Setiausah Kurikulum,
SK Gangga,
32700 Beruas, Perak.

..
(EN. ZAKARIA B. ABU HASSAN)
Guru Besar,
SK Gangga,
32700 Beruas, Perak.

Anda mungkin juga menyukai