Anda di halaman 1dari 3

SK.

TAMAN KOTA KULAI 2


MINIT CURAI KURSUS LINUS TAHUN 2
Nama guru
Subjek
Jawatan
Perkara

: Pn. Hanizah bt. Sabtu


: Matematik
: Guru
: Minit Curai Kursus Literasi dan Numerasi ( LINUS ) Tahun 2
Negeri Johor Siri 8/2010
Tarikh
: 08.11.2010 hingga 10.11.2010 ( Isnin Rabu )
Masa
: 3 hari
Tempat
: Pelangi Balau Resort, Kota Tinggi
Anjuran
: Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Nama Penceramah : 1) En. Idris b. Abu Bakar
( Ketua Penolong Pengarah Matematik Sektor Akademik
JPNJ )
2) En. Abu Samah b. Zainal Abidin
( Penyelia Kanan Matematik JPNJ )
3) En. Hamsani b. Mohd. Noor
( Penyelia Kanan Matematik JPNJ )
4) En. Mohd. Yazi b. Jasman ( JU Kebangsaan )
5) Pn. Haniah bt. Bachok ( JU Negeri )
6) Pn. Hazura bt. Yusof ( JU Daerah Kulai )
7) En. Mohd. Awy Dazni b. Danial ( JU Daerah Johor Bahru )
Bahan-bahan diedarkan: 1. Fail kursus
2. Kandungan Modul Guru Numerasi Tahun 2
3. Jadual Kursus Latihan Guru Linus Tahun 2
4. Bahan Lembaran Bercetak
- Garis Nombor
- Petak 100
5. Softcopy
Catatan Minit
:
1) Taklimat Linus
- Linus adalah gabungan daripada perkataan literasi
( Celik Huruf ) dan Numerasi ( Ce;lik Nombor )
- Linus adalah satu program yang dirancang oleh KPM
( Kementerian Pendidikan Malaysia ) memandangkan program-program
yang dilaksanakan sebelum ini seperti KIA2M, Pemulihan Tahun 2 dan 3,
dan PROTIM tidak dapat memennuhi kehendak NKRA.
- KPM berpendapat pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah
Literasi dan Numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap 1.
- Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak
menguasai kemahiran 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan
berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran
dan kerjaya.
2) Pengenalan Modul Linus Tahun 2
- Modul Linus Tahun 2 merupakan satu modul yang boleh memberikan idea
kepada guru-guru LINUS untuk mengajar murid-murid LINUS Tahun 2.

Modul tersebut masih dalam proses pembinaan dan akan diedarkan ke


sekolah-sekolah apabila siap sepenuhnya. Walaubagaimanapun guru-guru
LINUS telah dibekalkan dengan Rancangan Sukatan Pelajaran Tahunan
LINUS Tahun 2 bagi tahun 2011.
3) Tambah dan Tolak
- Tajuk ini sangat penting dalam mengenalkan konsep asas
kemahiran Matematik. Guru-guru Matematik perlu mengukuhkan konsep
asas Matematik terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada kemahiran yang
lebih kompleks dalam kemahiran ini. Guru-guru didedahkan dengan
penggunaan petak 100 dan garis nombor dalam kemahiran ini supaya guruguru dapat mengaplikasikannnya di dalam kelas.
4) Darab dan Bahagi
- sda 5) Merancang RPH dan Penyelesaian Masalah Konsep
- Guru-guru yang mengajar murid LINUS telah didedahkan dengan cara
merancang RPH untuk murid Tahun 2 LINUS dan cara menyelesaikan
masalah konsep.
- Untuk murid yang bercampur antara murid perdana dan murid Linus, RPH
perlu dibuat dalam dua bentuk RPH yang berlainan dan bersesuaian dengan
tahap kebolehan murid.
6) Pembentangan Hasil Bengkel
7) Tatacara Melaksanakan Saringan
- Saringan akan dibuat sebanyak 2 kali bagi murid Tahun 2. Saringan 4 akan
diadakan pada bulan Mac yang melibatkan hanya murid-murid LINUS
sahaja. Saringan 5 melibatkan semua murid Tahun 2 kerana terdapat tajuk
baru dalam Tahun 2 iaiatu Darab dan Bahagi yang dijangka akan disaring
dalam bulan 6.
8) Pengurusan Bilik Darjah dan Pengurusan Tingkah Laku
- Bilik darjah murid Linus perlulah ceria dan selesa. Setiap sudut dan ruang di
bilik darjah hendaklah dipenuhi dengan bahan-bahan pembelajaran. Guruguru mata pelajaran Linus Literasi dan Numerasi perlu mempamerkan bahanbahan pembelajarannya di sudut yang disediakan oleh guru kelas tersebut.
9) Pengurusan Fail Linus
- Pengurusan Fail Linus Tahun 2 akan digabung bersama dengan pengurusan
Fail Linus Tahun 1. Hanya perlu dibuat pembahagian tajuk antara Tahun 1
dan 2 di dalam fail tersebut.
( Semua perincian di atas terdapat di dalam softcopy )

Tindakan Susulan : Mengadakan kursus dalaman melalui Panitia Matematik

Tandatangan Guru

Tandatangan Guru Besar

............................................
( HANIZAH BT. SABTU )

..........................................

Anda mungkin juga menyukai