Anda di halaman 1dari 2

SPM 4- Sejarah

Tamadun- Indus- Jawapan Esei

5.
a) Huraikan ciri-ciri bandar Mohenjo- Daro dan Harappa di Tamadun Indus?
b) Apakah ciri- ciri penduduk Tamadun Indus yang menjadi sumbangan kepada
kita?
c) Pada pendapat anda , apakah yang boleh kita pelajari dari penduduk Tamadun
Indus?

a) Bandar terancang Mohenjo-Daro dan Harappa terbahagi kepada dua bahagian


dan dikelilingi oleh tembok. Bahagian utama terdapat pusat pentadbiran ,
keagamaan dan tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan
pembersihan. Manakala, bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Bangunan
rumah disini disusun berasaskan blok berbentuk segi empat dan susun aturnya
yang sistematik. Selain itu setiap blok bangunan dipisahkan oleh rangkaian
jalanraya yang lurus yang bersambung antara satu sama lain. Bandar terancang
ini juga mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
b) Penduduk di Tamadun Indus mempunyai sikap keterbukaan terhadap alam
sekitar. Mereka pandai menggunakan faedah alam sekitar mereka untuk membuat
batu-bata yang digunakan untuk membuat bangunan. Mereka juga mahir dalam
teknik membakar batu pada suhu yang tinggi untuk menghasilkan batu sebagai
bahan binaan. Sikap keterbukaan mereka juga dapat dilihat daripada perdagangan
dengan tamadun Mesir Purba. Selain itu, penduduk Tamadun Indus juga mahir
dalam bidang matametik, geometri an kesenian sehingga mampu membina bandar

yang mempunyai bangunan yang teratus , lurus dan sistematik. Tamadun Indus
juga terkenal dengan perancangan sistem kumbahan yang menjadi pedoman
kepada masyarakat hari ini.
c) Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempunyai sikap keterbukaan dalam hidup
kita. Kita harus membuka minda, emosi dan idea kita untuk dikongsi dengan orang
lain. Kita juga harus menggunakan teknologi yang sedia ada seperti teknologi
canggih telekomunikasi untuk berinteraksi dengan warga dunia untuk berkongsi
pendapat dan idea untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Kita juga harus
menggunakan keamanan sebagai asas kemajuan kita dan elakkan konflik
perkauman dan anti kerajaan. Kita juga harus sensitif kepada persekitaran hidup
supaya kita sedar tentang ilmu pengetahuan yang patut kita lengkapkan diri kita
untuk memajukan negara kita. Selain itu, kita juga harus belajar untuk berfikir
secara kreatif, kritis dan innovatif untuk menghasilkan idea idea baru yang
boleh membangunkan negara kita.