Anda di halaman 1dari 12

Home

KPM

JPN Melaka

SAPS

OLL@IPGKPM
Group BM Kohort 2

Blog Cikgu Ruzimah


Terjemah
Powered by

Translate

Pengendali Blog

Ruzimah Karim
Saya merupakan seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di Alor
Gajah.Kini sedang menyambung pengajian di IPG Kampus Perempuan Melayu
Melaka, PPG Pengajian Bahasa Melayu Kohot 2 ambilan Februari 2012. Pembinaan
blog ini merupakan salah satu tugasan BMM 3105 untuk semester 3. Semoga blog ini
dapat memberi perkongsian ilmu kepada mereka yang memerlukannya.
View my complete profile

Waktu Solat
Waktu Solat Malaysia
Melaka

Imsak
:

05:55

Subuh
:
06:05

Syuruk
:
07:25

Zohor
:
13:27

Asar
:
16:48

Magrib
:
19:27

Isya
:
20:39

02-Feb-2015
12 Rabi'ulAkhir, 1436
Pilihan Pengguna

waktusolat.net

Popular Posts

Apa Maksud Program LINUS?


Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S ( Screening
Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Nume...

BMM 3101 Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah Dalam Langkah Pengajaran


Bahasa Melayu
Pendahuluan Pada tahun 2000 Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat
semakan kurikulum kerana struktur dan kandungan kurikulum ...

Kedudukan Agama Islam di Malaysia


Kedudukan Islam Kukuh Dalam Perlembagaan Persekutuan Published by AIDC Isu
kedudukan Islam dan sifat sekular negara masih dibawa ...

Program LINUS Instrumen Numerasi Lisan dan Bertulis (Matematik)

KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN


MAlAYSIA
Oleh: Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood LATAR BELAKANG SEJARAH Raja dan
rakyat negerl Melaka mula memeluk agama Islam pada awal abad ke-15 ...

Definisi Konsep
DEFINISI KONSEP NUMERASI TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 Aplikasi Mengenal
mata wang Malaysia hingga RM10 ...

Langkah 1: Suku Kata Terbuka


Kredit: Cikgu Hakmawati Ismail

PENGORBANAN YANG TIDAK DIDENDANG


Terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia. Kisah seorang guru yang bertugas
di kawasan pedalaman.

Tatacara penggunaan kata adjektif berkaitan perasaan

Perkataan sayang tergolong ke dalam sejumlah kata adjektif yang membawa konsep
perasaan. Contoh lain, antaranya malu, marah, benci, berani...

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu


1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej 1.1.1 Menggunakan laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di inte...

Blog List

Portal Linus PPD Kuala Kangsar

Ikut Blog Ini


Thursday, January 31, 2013
BMM 3101 Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah Dalam Langkah
Pengajaran Bahasa Melayu
Pendahuluan
Pada tahun 2000 Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat semakan
kurikulum kerana struktur dan kandungan kurikulum sedia ada tidak memenuhi
keperluan sejagat, sebagaimana yang disarankan oleh UNESCO dalam The
Treasure Within Report to UNESCO of the International Commisioan on Education
for the Twenty-first Century Learning ( 1995 ). Laporan ini menyatakan konsep
pembelajaran seumur hidup adalah syarat untuk memenuhi cabaran abad ke-21.
Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif dengan
mewujudkan kemahiran bernilai tambah (KBT ) dalam kurikulum sekolah rendah dan
menengah untuk mencapai hasrat Kementerian Pelajaran supaya kurikulum ini
mampu memenuhi aspirasi negara. Kemahiran bernilai tambah terdiri daripada
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa
depan, kemahiran belajar cara belajar,kecergasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme, dan pembelajarn kontekstual.
Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman yang diperolehi oleh murid
di bilik darjah lalu mengunakan kemahiran yang diperolehi dalam situasi kehidupan
murid serta dapat mengaplikasikannya dalam dunia sebenar.
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu bertujuan
memantapkan kebolehan berbahasa dan meningkatkan perkembangan dan
kebolehan pelajar dari segi kognitif, afektif, emotif dan psikomotor pelajar.

Sehubungan dengan itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah mengambil kira


aspek kesesuaian objektif dan hasil pembelajaran. Selain daripada itu, bahan dan
teknik untuk pengajaran kemahiran bernilai tambah perlu diambil kira supaya proses
pengajaran difahami oleh murid. Guru juga perlu merancang peruntukan masa serta
menyusun langkah pengajaran untuk menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah
supaya mencapai hasil pembelajaran.Dalam kemahiran bernilai tambah juga
mengambil kira aspek penilaian secara formatif.
Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menentukan
objektif pengajaran dan pembelajaran, serta memikirkan jenis kemahiran bernilai
tambah yang boleh diserapkan dan dihubungkaitkan dengan objektif . Selain itu,guru
harus menentukan kemahiran bahasa yang dijadikan fokus, sama ada kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca atau menulis supaya aktiviti dan langkah
pengajaran yang dirancang dapat dilaksanakan serta mencapai hasil pembelajaran.
Langkah yang terancang untuk pengembangan kemahiran bernilai tambah perlu
agar kemahiran ini dapat diserapkan kepada murid dengan berkesan.
Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran
di Tahun 3. Dalam hasil pembelajaran ini fokus bahasa yang dipilih ialah kemahiran
mendengar dan bertutur . Manakala objektif yang ingin dicapai ialah murid boleh
berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai serta
murid boleh menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam
perbualan.
Dalam objektif di atas beberapa aktiviti jenis kemahiran bernilai tambah boleh
dihubungkaitkan dengan hasil pembelajaran . Di antaranya aktiviti mendengar
rakaman dialog yang mengandungi kata panggilan formal, diikuti dengan latihan
secara berpasangan, seterusnya murid boleh melakonkan semula kata bual yang
didengar menggunakan kata panggilan yang betul dan secara tidak langsung dapat
melatih kemahiran mendengar dan bertutur kepada murid.
Selain daripada itu, aktiviti mendengar secara intensif dan latih tubi dalam bentuk
soal jawab tentang bahan yang didengar dapat menyerapkan kemahiran mendengar
sebagai suatu aspek kemahiran belajar.
Melalui teknik lakonan seperti berjumpa kawan lama dan keluarganya, murid boleh
berlatih bertutur dan mendengar dengan menggunakan kata panggilan yang sesuai
dalam situasi tertentu . Oleh itu, murid dapat mengasah kecerdasan interpersonal
yang merupakan suatu kemahiran yang penting untuk perkembangan diri individu.
Selain daripada itu, latihan membuat rumusan tentang penggunaan kata panggilan
bagi situasi formal dan tidak formal berdasarkan bahan yang didengar atau dibaca
merupakan pengabungjalinan kemahiran membaca dan menulis .
Aktiviti ini untuk menguji pengetahuan sedia ada murid. Oleh itu, murid boleh
meningkatkan kemahiran membuat kesimpulan atau rumusan yang merupakan
kemahiran bernilai tambah yang merujuk kepada kemahiran berfikir.

Pelbagai teknik lain yang lebih kreatif dalam pengajaran yang boleh diserapkan
dengan menggunakan kemahiran bernilai tambah yang sesuai seperti kemahiran
kontekstual. Walau bagaimanapun, kemahiran bernilai tambah perlu diolah secara
terancang dalam langkah pengajaran supaya mencapai objektif pengajaran. Hasil
pembelajaran yang menjadi fokus pengajaran harus disisipkan kemahiran bernilai
tambah melalui proses yang berterusan, berulang-ulang dan kreatif supaya murid
dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dapat menjadikan ilmu
yang dipelajari oleh murid dalam kelas lebih bermakna dan releven dengan tuntutan
kehidupan mereka pada masa hadapan.
Contoh pengajaran lain yang boleh dihubungkaitkan dengan kemahiran bernilai
tambah ialah objektif yang memerlukan murid mengemukakan tiga inferens kesan
pemakanan tidak seimbang ia merujuk kepada kemahiran masa depan.
Manakala objektif mencatat lima maklumat penting berdasarkan maklumat yang
didengar merujuk kepada kemahiran mencatat nota yang terdapat dalam kemahiran
belajar cara belajar.
Selain daripada itu, jika murid menggunakan komputer untuk membuat peta minda
bermakna murid tersebut telah memperolehi kemahiran bernilai tambah yang
merujuk kepada kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
Proses pengajaran yang menyerapkan kemahiran bernilai tambah memerlukan
perancangan masa yang sesuai kerana ia selalunya bertindan dengan kemahiran
yang lain seperti kemahiran berfikir dan kemahiran belajar cara belajar terutamanya
untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.
Contohnya, mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
memerlukan masa yang panjang untuk dipelajari oleh murid. Oleh itu, jumlah masa
yang diperuntukkan lebih panjang berbanding dengan kemahiran yang tidak
menjurus kepada kemahiran bernilai tambah.
Selain daripada itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran
memerlukan satu atau dua aktiviti . Contohnya melatih murid membaca secara
imbasan indeks, menukarkan maklumat teks kepada bentuk grafik atau mengajar
cara membuat generalisasi. Hal yang demikian, menuntut guru merancang masa,
pengurusan kelas dan bahan yang lebih efisien supaya pengajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
Untuk melihat tahap penguasaan murid dalam kemahiran bernilai tambah, guru
merujuk kepada hasil pembelajaran yang menjadi objektif dan fokus pengajaran
melalui penilaian formatif yang dijalankan melalui aktiviti penyerapan kemahiran
bernilai tambah. Contohnya, apabila seorang murid diminta melakonkan semula
rakaman yang diperdengarkan. Penilaian bukan sahaja dibuat dari segi bahasa

tetapi merujuk kepada ketepatan memilih kata dan kelancaran sebutan. Malah guru
boleh meletakkan ukuran kreativiti dan penghayatan untuk menilai tahap kecerdasan
kinestatik. Di sini jelas menunjukkan bahawa kemahiran bernilai tambah
diintegrasikan dengan isi pelajaran teras iaitu hasil pembelajaran secara terancang
pada waktu pengajaran. Bagi melaksanakan pengajaran demikian, guru harus bijak
memilih dan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai supaya kemahiran
bahasa dan kemahiran bernilai tambah dapat dikuasai oleh murid.
Kesimpulan
Oleh itu, kemahiran bernilai tambah yang diintegrasikan secara penyerapan dalam
Kurikulum Bahasa Melayu yang mengabungjalinkan hasil pembelajaran dengan
kemahiran bahasa, tatabahasa dan kosa kata menjadi prinsip asas dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran bernilai tambah
merupakan asas yang penting untuk melahirkan murid yang bersedia untuk
menghadapi kehidupan di dunia yang sebenar. Wajarlah, kemahiran ini diserapkan
dalam pengajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu supaya murid dapat
memahami dan menggunakannya di masa depan.
Posted by Ruzimah Karim at 9:30 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
No comments:
Post a Comment
Newer Post Older Post Home

Ahlan Wa Sahlan
Program LINUS

Apa Maksud Program LINUS?

Definisi Konsep

RPH Literasi
RPH Numerasi

Modul Guru Literasi


Saringan Khas Literasi
Saringan Khas Numerasi

Konstruk Literasi

Konstruk Numerasi

Saringan Linus

Contoh RPH
Pengurusan Fail

Instrumen Pemulihan

Halwa Telinga

Ikim.fm
FREE LIVE RADIO STATIONS

IKIM FM

Grab radio widget | More radio

FREE LIVE RADIO STATIONS

Hot FM

Grab widget | Radio stations

Arkib

2013 (10)
o March (3)
o February (3)
o January (4)

BMM 3101 Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah...

KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DALAM


PERLEMBAGAAN M...

Apa Maksud Program LINUS?

Definisi Konsep

Copyright (c) 2012 Blog Cikgu Ruzimah | Designed for Book of Ra - Sizzling Hot, Lucky
Ladys Charm