Anda di halaman 1dari 5

Pengajaran Mikro

Konsep Pengajaran Mikro


Apakah sebenarnya pengajaran mikro ?
Pengajaran dan pembelajaran adalah aktiviti yang
merangkumi aktiviti secara lisan dan bukan lisan misalnya
menyoal, menerang, melukis, memberi ganjaran, bergerak dan
sebagainya. Tugas pengajaran yang kompleks ini telah
dianalisis dan dikenali sebagai kemahiran mengajar . Ia
juga merangkumi pemerhatian, latihan, penilaian dan
pengawalan. Setiap kemahiran ini perlu diperincikan dan
dilakukan secara praktikal dalam kumpulan kecil yang
mengandungi 6 hingga 10 pelajar dalam tempoh masa 5
hingga 10 minit. Konsep yang ringkas ini hanya menumpukan
kepada pengajaran sesuatu kemahiran tertentu. Pengajaran
konsep mudah ini dikenali sebagai pengajaran mikro .
Pengajaran mikro telah diperkenalkan di Universiti Stanford
pada tahun 1960 oleh Allen dan rakan-rakan. Pada asalnya
pengajaran mikro direka untuk menyediakan guru pelatih
mengajar sebelum mereka pergi ke sekolah. Rasional
pendekatan ini ialah memberi pendedahan awal tentang
teknik mengurus, kawalan dan arahan kelas, serta teknik
kemahiran mengajar. Pengalaman pengajaran mikro
membolehkan guru pelatih mengalami situasi sebenar yang
akan mereka hadapi di sekolah nanti.
Prinsip asas pengajaran mikro adalah ringkas dan dipengaruhi
oleh ahli falsafah behaviourist. Program pembelajaran ini
menitikberatkan langkah terperinci, semerta dan peneguhan
yang berterusan dengan kawalan latihan. Dalam erti kata lain,
sesuatu peneguhan yang positif akan diulang manakala
perlakuan yang negatif akan diabaikan.

Kepentingan Pengajaran Mikro


i.

Dalam pengajaran mikro pelatih-pelatih akan mengajar


menggunakan langkah pengajaran yang ringkas di mana
rakan sebaya yang terdiri daripada 6 hingga 10 orang
menjadi pelajar. Ia memberi pendedahan awal
sebelum mereka berhadapan terus dengan pelajar di
sekolah.

ii.

Kelebihan utama pengajaran mikro kepada guru pelatih


ialah dapat mengurangkan masalah pengajaran yang
kompleks, kerana saiz kelas, masa dan isi kandungan
telah dikurangkan. Ia memberi tumpuan kepada latihan
kemahiran khusus berbanding kemahiran secara umum.
Ia juga memberi maklumbalas yang terperinci
daripada pelbagai sumber yang dapat meningkatkan
kemahiran mengajar pelatih.

iii.

Kepada para pensyarah, kebaikan yang ketara ialah


menjimatkan masa. Melalui pengajaran mikro, lebih
daripada
1/5
pembahagian masa mengajar telah
diselesaikan, untuk mencapai tahap kecekapan yang
sama dengan guru yang menggunakan kaedah
tradisional. Dengan adanya pengajaran mikro ia dapat
mengelakkan masalah pengurusan dan pentadbiran
sekolah.

iv.

Kepada guru dalam perkhidmatan, ia memberi peluang


kepada mereka meningkatkan perkembangan dan
pembangunan diri yang berterusan di samping sebagai
alat penilaian kendiri. Ia boleh digunakan sebagai
teknik mendiagnosa kelemahan diri dan menolong
mengatasi kelemahan secara khusus.

Proses Pengajaran Mikro


Kepada penyelaras, penyelia atau pelatih yang akan
merancang untuk memulakan pengajaran mikro mereka
harus mematuhi enam langkah berikut :
i.

Perbincangan

Berbincang tentang jumlah kemahiran yang perlu


diambilkira untuk mengajar.
Pemilihan kemahiran, memandangkan kekangan masa
dan sumber, guru tidak dapat menyediakan kesemua
kemahiran dalam pengajaran. Oleh itu, kepentingan
sesuatu kemahiran dan keperluan pelatih perlu diambil
kira. Pemilihan ini boleh dilakukan melalui diagnosa ke
atas kemahiran yang sukar dikuasai.
Menghalusi satu kemahiran, melibatkan kajian spesifik
sesuatu kemahiran yang dipilih.
Ini melibatkan
pembacaan tentang sesuatu kemahiran atau dengan
mengikut kuliah / pita rakaman yang disediakan oleh
penyelia.
ii.

Perancangan

Di semua institusi, perancangan perlu merujuk kepada


keperluan kemudahan yang ada. Keperluan ruang
untuk mengajar, maklumbalas, perancangan semula
dan sesi pengajaran perlu diperuntukkan kepada
kumpulan yang berbeza.
Semasa menyediakan jadual waktu, penyelia perlu
membuat keputusan di antaranya :
bilangan kumpulan
saiz kumpulan
peranan setiap ahli kumpulan

Penyediaan rancangan pengajaran mikro, penyelia


perlu memberi panduan kepada pelatih tentang cara
menyediakan rancangan pengajaran mikro yang terdiri
daripada:.
Pemilihan topik
Fokus pengelolaan
Bahan Bantu Mengajar/ Bahan Sumber
Pengajaran
iii.

Implimentasi

Rancangan pengajaran mikro disediakan oleh pelatih


berdasarkan kemahiran khusus yang dipilih.
Sesi
pengajaran dijalankan berdasarkan langkah-langkah
pengajaran mikro yang disediakan. Dalam masa yang
sama, mereka diselia oleh pensyarah penyelia atau
rakan sebaya menggunakan borang penyeliaan.
iv.

Penilaian Reflektif

Kecekapan kemahiran pengajaran akan dinilai melalui


maklum balas oleh penyelia atau rakan sebaya.
Maklum balas pengajaran mikro sangat penting untuk
pelatih mendapat maklumat tentang prestasi diri semasa
sesi pengajaran.
Maklum balas yang duperolehi adalah berasaskan
kepada penyeliaan/ pemerhatian yang sistematik dengan
penggunaan borang penyeliaan.
Untuk menilai kemahiran yang diajar, maklum balas
boleh diperolehi melalui rakaman video, pensyarah
penyelia, rakan sebaya atau pelajar- pelajar sendiri dan
jadual penyeliaan yang berkala . Sumber ini boleh
digunakan secara berasingan atau gabungan.

v.

Perancangan semula

Berdasarkan maklum balas yang diterima, guru pelatih


merancang semula rancangan pengajaran mikro
mereka. Pelatih akan mengkaji dan meneliti semula
kemahiran yang telah diajar.
Bilangan pusingan bergantung kepada keperluan
individu dan masa yang sesuai bagi setiap pusingan.
Pusingan perlu berterusan sehingga mencapai
kecekapan yang dikehendaki .

tahap

Dua pusingan adalah mencukupi bagi setiap kemahiran.


vi.

Pengajaran Semula

Semasa
pengajaran
semula,
pelatih
bolehlah
menggunakan rakan sebaya yang lain untuk menjadi
pelajar atau bertukar peranan. Ini bermakna rakan yang
telah menjadi pelajar bolehlah diminta menjadi pemerhati
atau sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai