Anda di halaman 1dari 16

pengujian

definisi
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu
prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang
individu dan menghuraikan dengan bantuan
skala bernombor, atau satu sistem yang
berkategori.
Raminah Haji Sabran (1991) Ujian adalah satu
cara untuk mendapatkan contoh perlakuan
yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan
yang dikawala atau ditentukan.

Ciri-ciri
Satu alat yang sistematik bagi
menentukan prestasi atau peringkat
pencapaian seseorang murid dalam
sesuatu bidang.
Satu prosedur yang bersistem untuk
mengukur sebahagian daripada segala
aspek tingkah laku seseorang individu.
Suatu alat yang bersistem bagi membuat
perbandingan prestasi atau tingkah laku di
antara dua atau beberapa individu.

untuk menentukan pencapaian


seseorang pelajar dalam sesuatu
pembelajaran dan seterusnya dapat
menempatkan pelajar dalam
kumpulan belajar yang sesuai.
pengujian dapat dilaksanakan
dengan cara mengadakan
pemerhatian , ujian bertulis dan ujian
lisan

contoh
skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian
penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ
Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi
sesuatu mata pelajaran seperti Sains.
contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert
atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun
warna bagi ujian penglihatan.
Untuk menguji sama ada pelajar tahun empat
sudah tahu mengeja perkataan yang mempunyai
keselarasan vokal, satu ujian rencana tentang
perkataan-perkataan tertentu diadakan.

pentaksiran

definisi
Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah
satu proses pengumpulan maklumat oleh
guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar
sendiri tentang kemajuan mereka.
Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran
dirancang dan dikendalikan oleh guru dan
menjadi sebahagian daripada proses
pengajaran yang diharapkan dapat
memperbaiki proses pembelajaran pelajar.

Mengikut David Payne dalam


bukunya Applied Educational
Assessment Edisi ke-2 (2003),
pentaksiran ialah integrasi proses
mengumpul maklumat,
mengintepretasikan maklumat atau
memberi nilai kepada maklumat itu
dan membuat keputusan
berdasarkan interpretasi yang dibuat
ke atas maklumat.

Ciri-ciri
untuk melihat sejauh mana objektif
kursus telah tercapai
sejauh mana pengetahuan dan
kemahiran telah diperoleh oleh
pelajar pada akhir sesuatu program
diadakan selepas suatu jangka masa
tertentu
misalnya selepas lapan minggu
sesuatu kursus dijalankan

Contoh
Contohnya dalam kelas Matematik,
guru boleh menapis dan membuat
klasifikasi pelajar tentang tahap
kebolehan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Pelajar menjalankan
aktiviti, dan sebagai guru, kita
menilai pada masa tersebut.

pengukuran

definisi
Menurut Dudi Indrajit (2007),
Pengukuran adalah membandingkan
nilai besaran yang diukur dengan
besaran sejenis yang ditetapkan
sebagai satuan.
Menurut Noraini Idris dan Azis Nik Pa
(2008), pengukuran merupakan
landasan bagi definisi operasi
pengukuran.

Ciri-ciri
pengukuran merujuk proses memberi
penjelasan berangka kepada atribut
bagi suatu benda, perkara, keadaan,
orang, atau peristiwa mengikut
peraturan tertentu.
Dalam penyelidikan, hasil
pengukuran adalah satu himpunan
pemerhatian yang akan digunakan
sebagai data kajian.

Proses pengukuran berakhir dengan


maklumat berbentuk kuantitatif
seperti:
Markah mentah
Peratus markah mentah
Persentil (peratusan kedudukan
seseorang berbanding kedudukan orang
lain)
Agregat
Pangkat atau band

contoh

Banding beza

Anda mungkin juga menyukai