Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN LOK YUK INANAM

PETI SURAT 11757, 88819 KOTA KINABALU, SABAH.

KERTAS KERJA :
KERTAS KERJA PROJEK MURAL SEKOLAH ANJURAN GURU PELATIH PRAKTIKUM
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN LOK YUK

TARIKH :
14 JULAI HINGGA 12 SEPTEMBER 2014

TEMPAT :
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN LOK YUK INANAM

KERTAS KERJA
PROJEK PRAKTIKUM GURU PELATIH
PISMP SEMESTER 6 / 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS GAYA KOTA KINABALU

1. TAJUK:
Melukis mural

2. DIKEMUKAKAN OLEH:
Guru Pelatih PISMP Semester 6 (TESL)
Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya
Kota Kinabalu, Sabah

3. PENGENALAN:

Sekolah merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan.


Sekolah yang baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, dimana sekolah yang
mereka berada selamat, ceria dan sesuai dengan untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu mewujudkan
suasana ceria di sekolah. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk menceriakan kawasan
sekolah antaranya ialah ; aktiviti membuat mural, menghasilkan taman mini atau taman
Sains, menceriakan bilik darjah dan sebagainya.
Menyedari kepentingan keceriaan di sekolah, guru pelatih praktikum telah
bersepakat untuk membuat mural yang bertemakan Environment di sekitar kawasan
sekolah untuk semua warga Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Inanam.

4. RASIONAL

Projek keceriaan sekolah bermatlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang


mempunyai persekitaran yang bersih, ceria dan cantik untuk pelajar iaitu selaras dengan
misi sekolah iaitu mewujudkan prasarana sekolah yang paling selamat, kondusif dan ceria.

5. OBJEKTIF

Projek ini dijalankan berdasarkan beberapa tujuan iaitu :


1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik dan dijadikan sumber
perhatian terutamanya pelajar dan juga tetamu yang mengunjungi sekolah.
2. Hasil kerja tangan guru pelatih praktikum sebagai buah tangan / kenang-kenangan
apabila meninggalkan sekolah kelak.

6. ASAS PERTIMBANGAN

Program ini bertujuan memenuhi keperluan praktikum dan setiap guru pelatih
dikehendaki melaksanakan projek/aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau kokurikulum
yang dijalankan di sekolah.

7. JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Penasihat : Puan Elizabeth Lok Fei Ling


Pengerusi : Puan Nooridah Suroto
Naib pengerusi: Encik Saifulnizam Bin Nasin
Ketua Projek : Muhammad Haizat
Pen. Ketua Projek : Norman Makran
Setiausaha : Fera Lydia Limin
Bendahari : Deafey Majitol

8. AKTIVITI
Berikut merupakan butiran projek yang akan dijalankan :
Tempat : dinding kosong di sekitar kawasan sekolah
Tarikh : 14 Julai hingga 12 September 2012

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil

Perkara

Unit/ Bilangan

Jumlah

Anggaran
harga seunit
Rm15.00

Cat pelaka

Berus Cat

Rm 2.50

Rm17.50

JUMLAH KESELURUHAN

Rm90.00

Rm 107.50

10. PENUTUP

Diharapkan apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga projek keceriaan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri para pelajar
disamping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat
kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh:

.
(Fera Lydia Limin )
Setiausaha,
Guru pelatih Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya Kota Kinabalu

Disahkan oleh:

(Pn. Elizabeth Lok Fei Ling)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Inanam