ANGKASA LEPAS
Pengenalan :
Penerokaan angkasa lepas memang banyak memberi manfaat terhadap perkembangan sains dan
teknologi. Kejayaan negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Russia banyak
bergantung kepada kemampuan mereka untuk menghasilkan teknologi moden terutama yang
berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas.
Isi:
1)Telekomunikasi:
-Malaysia telah menghantar MESAT atau Middle East Society of Asphalt Technologist ke luar
negara untuk pembangunan teknologi bagi membolehkan manusia berkomunikasi dengan mudah
walaupun berada di negara atau tempat berasingan, terpencil atau jauh antara satu sama lain.
-ia juga bagi membolehkan siaran televisyen,radio,internet dan sebagainya dapat diterima ke
seluruh pelusuk dunia.
2)Mengkaji cuaca:
-pembangunan satelit turut membantu para saintis meramal atau mengkaji cuaca bumi.
-oleh itu,manusia dapat mempersiapkan diri diri bagi menghadapi bencana alam atau fenomena
alam seperti banjir,ribut,taufan,dan sebagainya.Pada masa yang sama, teknologi moden ini boleh
digunakan juga untuk memantau perubahan cuaca.
3)Mengesan pencemaran:
-penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-gambar dapat diambil dengan mudah
dan dirakam dari pelbagai sudut.
-dapat membantu manusia merancang projek pembangunan dengan lebih mesra alam.
-dapat mengesan penipisan lapisan ozon yang merbahaya,tumpahan minyak,kebakaran hutan dan
sebagainya.
-dapat memantau pencemaran alam dengan lebih cepat dan tepat.
4)Perubatan:
-para angkasawan dapat menjalankan penyelidikan di luar angkasa lepas dengan lebih berkesan
berbanding penyelidikan di muka bumi.
-hal ini demikian kerana penggunaan alat-alat penyelidikan di luar angkasa lepas berlipat kali
ganda canggih berbanding dengan alat-alat penyelidikan di bumi.Hal ini demikian, kerana
penggunaan alat-alat penyelidikan di luar angkasa lepas berlipat ganda canggih berbanding
dengan alat-alat penyelidikandi bumi. Hal ini telah melancarkan penyelidikan terhadap
teknologi, fizik,biologi, perubatan dan sebagainya. Oleh itu, penerokaan angkasa lepas
membantu manusia mencapai kemajuan dalam penyelidikan.
-para angkasawan juga boleh membuat kajian tentang tarikan graviti terhadap manusia diluar
ruang angkasa bumi terutamanya dalam aspek ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim
tulang manusia
5)Pertahanan:
-dapat memperoleh maklumat-maklumat dan satelit-satelit pengintip yang dilengkapi kamera
canggih akan mengukuhkan kedudukan pertahanan tentera sesebuah negara untuk menjamin
keselamatan negara.
-kemudahan satelit navigasi akan membantu kerja-kerja memantau keselamatan negara dengan
lebih berkesan. Oleh kerana perairan negara kita merangkumi kawasan yang luas serta
mengandungi banyak pulau maka pemantauan menerusi sistem satelit adalah suatu kaedah yang
paling baik.
-Oleh yang demikian, sistem pemantauan melalui satelit secara berterusan akan membantu
mengesan pencerobohan dan juga kegiatan jenayah penyeludupan di kawasan-kawasan perairan
seperti Sabah dan kawasan pedalaman Sarawak yang sukar dipantau melalui penggunaan tenaga
manusia.
6)Sumber tenaga dan galian angkasa lepas:
-usaha penerokaan angkasa lepas dapat membolehkan manusia sejagat bagi mencari
logam-logam atau sumber-sumber tenaga yang baru.
-contohnya seperti kegiatan gali minyak,logam atau kota-kota lama yang tertimbun dalam bumi
Impak positif yang ketara ialah penerokaan angkasa lepas telah memajukan bidang
teknologi maklumat terutama yang berkaitan dengan teknologi internet.
Penghasilan lebih banyak satelit di ruang angkasa bumi telah memudahkan
perhubungan atau komunikasi tanpa batasan sempadan diwujudkan. Kemajuan
dalam bidang teknologi maklumat ini menjadikan bidang komunikasi, keselamatan
dan pertahanan semakin berkembang maju selaras dengan kemajuan penerokaan
angkasa lepas itu. Jelaslah, teknologi angkasa lepas menyebabkan bidang teknologi
maklumat manusia menjadi lebih baik dan moden.
robotik manusia juga akan mengalami perubahan drastik kerana usaha penerokaan
angkasa lepas memerlukan penggunaan robotik yang begitu banyak.
Selain itu, pelbagai ujikaji atau kajian sains boleh dijalankan menerusi usaha
penerokaan angkasa lepas itu. Para saintis sudah mula membuat kajian tentang
kesan gravity terhadap manusia di luar ruang angkasa bumi terutama aspek
ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia. Penerokaan angkasa
lepas memberikan satu platform untuk melakukan pelbagai kajian yang boleh
memberikan pengetahuan baru kepada manusia tentang sains pula.
Konklusinya, semua usaha meneroka angkasa lepas itu bukanlah sesuatu yang
membazir. Pelbagai hasil yang positif terutama kajian sains akan memberikan
manusia satu informasi yang berguna pula terutama jika semua usaha ini
berkonsepkan kerjasama sejagat. Kita harus sedar bahawa semakin banyak
maklumat yang kita ketahui tentang angkasa lepas semakin baiklah prospek
kehidupan kita kelak. Jadi, usaha penerokaan angkasa lepas ini perlu diteruskan
tanpa sebarang sekatan lagi.
Konsep penerokaan angkasa lepas yang cuba dimajukan oleh Malaysia bukanlah
sepertimana yang digambarkan dalam fiksyen sains filem dan televisyen yang
pernah kita tonton. Konsep penerokaan angkasa lepas Malaysia lebih menjurus
kepada usaha memperkembangkan bidang-bidang tertentu dalam industri
aeroangkasa, di samping cuba membuka ruang yang lebih luas kepada bidang
penyelidikan alam cakerawala. Dengan kata lain, sebagai peserta baru dalam
bidang ini, Malaysia sedang mencari masa depannya ke arah menjadi pemain
utama dalam industri angkasa dan juga penerokaan ruang angkasa.
Apabila Malaysia melancarkan satelit komunikasi pertamanya, MEASAT-1
pada bulan Januari 1996 dan satelit MEASAT-2 kira-kira 10 bulan kemudiannya, ia
telah membuka ruang serta akan merancakkan lagi bidang kajian sains angkasa di
negara ini. Pada masa yang sama ia turut membenihkan bibit-bibit kesedaran di
kalangan orang ramai tentang industri aeroangkasa.
Perkembangan bidang kajian sains angkasa di negara ini bermula semenjak
tahun 1990-an lagi dengan pembinaan kompleks Planetarium Negara dan
penubuhan Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) di Jabatan Perdana Menteri.
Menjelang Julai 1995, BAKSA telah diletakkan di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar untuk memantapkan lagi peranannya membantu
kemajuan sains dan teknologi di Malaysia.
Malaysia telah berjaya melancarkan satelit mikro pertamanya, TiungSAT-I,
pada bulan September 2000. Satelit berkenaan hasil daripada Program Latihan dan
Pemindahan Teknologi di Pusat Angkasa Surrey yang melibatkan Surrey Satellite
Technology Ltd. (SSTL) dan Astronautics Technology Sdn. Bhd. (ATSB) dari Malaysia.
Kehadiran satelit mikro itu di orbit bumi memberi ruang bagi Malaysia meneroka
angkasa secara lebih giat lagi.
Kewujudan Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia (1997)
membuktikan kesungguhan Malaysia dalam bidang kajian angkasa lepas. Dengan
adanya pelan terancang ini industri aeroangkasa akan dapat dimajukan secara lebih
efisyen dan menjadi pemangkin pembangunan negara. Komitmen kerajaan dalam
membangunkan industri aeroangkasa kian jelas dengan penubuhan Agensi Angkasa
Negara (AAN) pada bulan Julai 2002. Agensi ini berperanan besar dalam
menghadapi era globalisasi yang menekankan kepentingan dasar langit terbuka.
Antara lain, menurut Ketua Pengarah AAN, Prof Datuk Dr. Mazlan Othman, Malaysia
perlu mempunyai satelitnya sendiri yang mengorbit khatulistiwa agar masalah-
masalah berkaitan dengan geografi dan pertahanan negara dapat ditangani secara
berkesan. Penubuhan AAN adalah suatu usaha menggembleng idea tenaga pakar
tempatan untuk menjayakan penerokaan angkasa lepas. Di samping menggalakkan
kerjasama antarabangsa, agensi ini juga dapat menyelaraskan aktiviti penerokaan
angkasa lepasnya seiring dengan peraturan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB).
Banyak keperluan negara dapat dipenuhi melalui usaha penerokaan angkasa
lepas yang terancang. Kejayaan bidang penerokaan angkasa lepas akan memberi
imej baik terhadap kemajuan bidang sains dan teknologi negara ini, selaras dengan
cabaran Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan masyarakat saintifik, progresif,
inovatif dan berpandangan jauh. Kejayaan Malaysia dalam bidang teknologi
angkasa lepas akan memacu kemajuan negara dan seterusnya meletakkan nama
Malaysia sebaris dengan negara-negara maju dalam bidang penyelidikan angkasa
lepas.
Pelancaran satelit ke orbit boleh memantapkan sistem komunikasi negara
sepertimana yang dicapai oleh satelit MEASAT 1 dan MEASAT 2. Melalui
penggunaan satelit-satelit berkenaan, komunikasi menerusi telefon mudah alih
menjadi lebih efisyen. Menurut Prof. Madya Dr. Mustafa bin Subari dari BAKSA,
penggabungan antara satelit navigasi dengan telefon mudah alih bukan sahaja
memudahkan komunikasi tetapi juga memungkinkan kedudukan individu berkenaan
dikesan melalui teknologi Global Positioning System (GPS). Keberkesanan
penggunaan satelit untuk berkomunikasi dan mengesan kedudukan jelas dapat
dilihat ketika Datuk Azhar Mansur yang belayar solo mengelilingi dunia
menggunakan telefon mudah alih iridium untuk menghubungi pusat pemantaunya
di Langkawi.
Selain daripada itu, kemajuan penerokaan angkasa lepas juga berfaedah
kepada beberapa bidang tertentu. Antara bidang yang dapat memanfaatkan
kemajuan berkenaan ialah perdagangan dan pengangkutan. Satelit navigasi
menerusi teknologi GPS misalnya, kini digunakan secara efektif di Lembah Kelang
dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau
pergerakan teksi-teksi yang memberi perkhidmatan kepada para pelanggan KLIA.
Dengan bantuan Intelligent Vehicles System (IVS), kenderaan pintar berkenaan
boleh dikesan dan dihubungi dengan mudah. Sistem ini juga telah digunakan ke
atas kenderaan-kenderaan sewa untuk memantau pergerakkannya.
Kemudahan satelit juga turut membantu kemajuan bidang perikanan di
negara ini. Sistem pengesanan jarak jauh (remote sensing) dengan kemudahan
GPS amat berguna bagi nelayan-nelayan laut dalam untuk mengesan kedudukan
ikan-ikan di laut. Selain daripada itu, teknologi ini berguna ketika negara dilanda
masalah jerebu kerana ia juga boleh membantu mengelakkan pelanggaran dengan
kapal-kapal lain yang sedang melalui perairan negara.
Antara bidang lain yang turut menerima faedah daripada teknologi angkasa
lepas ialah bidang geografi. Kajian dan ramalan cuaca dapat dibuat secara lebih
efektif dan tepat melalui kemudahan satelit pengesanan jarak jauh. Sebarang
bentuk bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan hujan lebat dapat
dikesan lebih awal. Dengan itu, langkah segera untuk mengelakkan sebarang
tragedi dapat diambil. Kerja-kerja pemetaan kawasan juga dapat dilakukan dengan
mudah. Penyediaan peta dan penentuan topografi sesuatu kawasan akan dapat
dibuat secara lebih baik dengan bantuan satelit.
Dalam bidang pertahanan, kemudahan satelit navigasi akan membantu kerjakerja memantau keselamatan negara dengan lebih berkesan. Oleh kerana perairan
negara kita merangkumi kawasan yang luas serta mengandungi banyak pulau maka
pemantauan menerusi sistem satelit adalah suatu kaedah yang paling baik.
Perairan Sabah dan kawasan pedalaman Sarawak misalnya, merupakan kawasankawasan yang sukar dipantau melalui penggunaan tenaga manusia. Oleh yang
demikian, sistem pemantauan melalui satelit secara berterusan akan membantu
mengesan pencerobohan dan juga kegiatan jenayah penyeludupan di kawasan
berkenaan.
Selain daripada itu penerokaan angkasa lepas turut memberi faedah yang
besar kepada kemajuan industri aeroangkasa di negara ini. Antara bidang industri
aeroangkasa yang mendapat faedah besar daripada kemajuan penyelidikan
angkasa ialah teknologi pembuatan pesawat. Bidang ini telah mencambahkan
hasilnya di negara ini apabila Malaysia berjaya mengeluarkan pesawat peninjau
tanpa pemandu pertamanya pada tahun 2001. Pesawat yang dikenali sebagai
Eagle Airborne Reconnaissance Vehicle (ARV) dibina melalui projek usahasama
dengan British Aerospace System (BAE). Selain daripada membantu kemajuan
sistem pertahanan negara kita sendiri, pesawat ini juga akan dieksport ke luar
negara.
Bidang penerokaan angkasa lepas yang kian berkembang di negara ini juga
banyak memberi faedah kepada institusi-institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan.
Kebanyakan IPT tempatan kini mempunyai bahagian kajian sains angkasa mereka
sendiri untuk membuat penyelidikan dalam bidang kepakaran masing-masing serta
melahirkan lebih ramai pakar sains angkasa negara ini. Langkah ini sudah tentu
akan membantu kemajuan negara dalam bidang penerokaan angkasa lepas masa
hadapan.
Bidang penerokaan angkasa lepas di Malaysia terus menggalas harapan yang
lebih tinggi pada masa hadapan. Antara harapan yang ingin direalisasikan ialah
menerbangkan angkasawan sendiri ke angkasa lepas sana. Kita juga ingin menjadi
pemain utama dalam penerokaan angkasa sepertimana Amerika Syarikat, Rusia dan
China. Jika dilihat kepada usaha-usaha yang sedang kita gerakkan pada masa ini,
kita bukan lagi sedang mencari masa depan dalam bidang penerokaan angkasa
lepas. Kita sebenarnya sedang membina masa depan untuk ditempatkan di ruang
cakerawala sana pada alaf akan datang.
-Usaha menjadikan Planet Marikh yang berwarna merah sebagai planet hijau
dengan memasang cermin pengalih sinaran matahari dan pembinaan "kilang-kilang
gas kesan rumah kaca" mungkin akan mengambil masa 200 tahun.
-Kumpulan perhotelan Hilton telah mengumunkan cadangan strukrtur hotel Hiton
Bulan sejurus selepas berita penemuan sumber air batu dalam kawasan besar di
kutub bulan oleh pihak NASA.
-Ini menjadikan mimpi manusia ingin menetap di angkasa lepas semakin
menghampirikenyataan .
-Tragedi yang menimpa kapal angkasa Challenger pada 1986 menyayatkan hati
setiap orang yang melihatnya.
-Seluruh kapal angkasa Challenger itu telah hancur berkecai dan hangus akibat
letupan sejurus kapal angkasa itu dilancarkan.
-Sebarang kemalangan satelit dan terjatuh balik ke permukaan bumi
mengundangkan kehancuran besar dan mungkin kebocoran radiasi
membahayakan.
By SHIRLEY DIONG
Konsep penerokaan angkasa lepas yang cuba dimajukan oleh Malaysia bukanlah
sepertimana yang digambarkan dalam fiksyen sains filem dan televisyen yang
pernah kita tonton. Konsep penerokaan angkasa lepas Malaysia lebih menjurus
kepada usaha memperkembangkan bidang-bidang tertentu dalam industri
aeroangkasa, di samping cuba membuka ruang yang lebih luas kepada bidang
penyelidikan alam cakerawala. Dengan kata lain, sebagai peserta baru dalam
bidang ini, Malaysia sedang mencari masa depannya ke arah menjadi pemain
utama dalam industri angkasa dan juga penerokaan ruang angkasa.
Banyak keperluan negara dapat dipenuhi melalui usaha penerokaan angkasa lepas
yang terancang. Kejayaan bidang penerokaan angkasa lepas akan memberi imej
baik terhadap kemajuan bidang sains dan teknologi negara ini, selaras dengan
cabaran Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan masyarakat saintifik, progresif,
inovatif dan berpandangan jauh. Kejayaan Malaysia dalam bidang teknologi
angkasa lepas akan memacu kemajuan negara dan seterusnya meletakkan nama
Malaysia sebaris dengan negara-negara maju dalam bidang penyelidikan angkasa
lepas.
Penggabungan antara satelit navigasi dengan telefon mudah alih bukan sahaja
memudahkan komunikasi tetapi juga memungkinkan kedudukan individu berkenaan
dikesan melalui teknologi Global Positioning System (GPS). Keberkesanan
penggunaan satelit untuk berkomunikasi dan mengesan kedudukan jelas dapat
dilihat ketika Datuk Azhar Mansur yang belayar solo mengelilingi dunia
menggunakan telefon mudah alih iridium untuk menghubungi pusat pemantaunya
di Langkawi.
Selain daripada itu, kemajuan penerokaan angkasa lepas juga berfaedah kepada
beberapa bidang tertentu. Antara bidang yang dapat memanfaatkan kemajuan
berkenaan ialah perdagangan dan pengangkutan. Satelit navigasi menerusi
teknologi GPS misalnya, kini digunakan secara efektif di Lembah Kelang dan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau pergerakan
teksi-teksi yang memberi perkhidmatan kepada para pelanggan KLIA. Dengan
bantuan Intelligent Vehicles System (IVS), kenderaan pintar berkenaan boleh
dikesan dan dihubungi dengan mudah. Sistem ini juga telah digunakan ke atas
kenderaan-kenderaan sewa untuk memantau pergerakkannya.
Kemudahan satelit juga turut membantu kemajuan bidang perikanan di negara ini.
Sistem pengesanan jarak jauh (remote sensing) dengan kemudahan GPS amat
berguna bagi nelayan-nelayan laut dalam untuk mengesan kedudukan ikan-ikan di
laut. Selain daripada itu, teknologi ini berguna ketika negara dilanda masalah
jerebu kerana ia juga boleh membantu mengelakkan pelanggaran dengan kapalkapal lain yang sedang melalui perairan negara.
Antara bidang lain yang turut menerima faedah daripada teknologi angkasa lepas
ialah bidang geografi. Kajian dan ramalan cuaca dapat dibuat secara lebih efektif
dan tepat melalui kemudahan satelit pengesanan jarak jauh. Sebarang bentuk
bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan hujan lebat dapat dikesan lebih
awal. Dengan itu, langkah segera untuk mengelakkan sebarang tragedi dapat
diambil. Kerja-kerja pemetaan kawasan juga dapat dilakukan dengan mudah.
Penyediaan peta dan penentuan topografi sesuatu kawasan akan dapat dibuat
secara lebih baik dengan bantuan satelit.
Bidang penerokaan angkasa lepas di Malaysia terus menggalas harapan yang lebih
tinggi pada masa hadapan. Antara harapan yang ingin direalisasikan ialah
menerbangkan angkasawan sendiri ke angkasa lepas sana. Kita juga ingin menjadi
pemain utama dalam penerokaan angkasa sepertimana Amerika Syarikat, Rusia dan
China. Jika dilihat kepada usaha-usaha yang sedang kita gerakkan pada masa ini,
kita bukan lagi sedang mencari masa depan dalam bidang penerokaan angkasa
lepas. Kita sebenarnya sedang membina masa depan untuk ditempatkan di ruang
cakerawala sana pada alaf akan datang.
-- Sebelum ini Perdana Menteri kita telah mengadakan lawatan rasmi ke Jepun.
Malaysia mencuba untuk meningkatkan kerjasama dengan Jepun terutama dalam
bidang penyelidikan dan penerokaan angkasa lepas.Menurut Perdana Menteri, Jepun
mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut dan melalui peningkatan kerjasama
ia dapat membantu Malaysia dalam penerokaan angkasa lepas.
-- selain itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM)akan menjalankan lima kajian berkaitan
angkasa lepas dengan dua daripadanya bakal dilakukan angkasawan pertama
negara, antara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha atau Kapten Dr Faiz
Khaleed. Dua kajian tersebut ialah mengenai kesan mikrograviti terhadap fungsi
endotelium dan inflamasi pada peringkat in vitro serta fungsi sel osteoblas ketika
penerbangan angkasa
--hal ini menunjukkan negara kita semakin maju berkembang dalam bidang
penerokaan angkasa lepas.Jadi, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bangga
dengan negara kita..
Malaysia Boleh!!! ^_^
Malaysia?
Jika tidak kerana kejadian pesawat angkasa lepas Columbia yg meletup dan
mengorbankan semua tujuh anak kapalnya pada Februari 2003, sejarah kelahiran
angkasawan pertama negara boleh tercatat lebih awal.
Mengikut perancangan asal, angkasawan negara akan mengikuti misi penyelidikan
penerokaan angkasa lepas dengan angkasawan Rusia pada tahun 2005, sebelum
Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di Amerika
Syarikat menangguhkannya [untuk siasatan].
Kapal angkasa Soyuz 15-S yang membawa angkasawan pertama negara, Dr Sheikh
Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, selamat dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur,
Kazakhstan..
Pelancaran roket Soyuz TMA-11 yang membawa kapal angkasa itu ke Stesen
Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat jam 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia),
mencatat satu lagi kegemilangan dalam lipatan sejarah negara di peringkat
antarabangsa. Dr Sheikh Muszaphar, 35, mencatat sejarah sebagai angkasawan
Islam pertama yg berpuasa dan beraya di angkasa lepas.
Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi kapal angkasa seberat 7,170 kilogram itu
juga disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera
penerbangan, Yuri Malenchenko dari Russia. Di ISS, angkasawan negara akan
menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan
protein.
Sudah tentu kejayaan awal program angkasa lepas ini akan diteruskan dengan
kegiatan penerokaan seterusnya yang melibatkan penggunaan teknologi tinggi.
Untuk menyemarakkan semangat dan impian rakyat Malaysia untuk meneroka ke
bidang angkasa lepas serta teknologi yang berkaitan tentulah program ini
memerlukan penyertaan dan penglibatan banyak pihak. Penerokaan dan kajian
angkasa lepas adalah bidang yang memerlukan penguasaan teknologi tinggi & pada
masa yg sama impian dan khayalan perlu ditanam di kalangan anak muda negara
ini.
Keburukan
1. Program yg berisiko tinggi
3. Pencerobohan privasi
- pergerakan/ tindakan individu dijejaki
- individu tidak ada lagi privasi
4 . Pencemaran
- Pelepasan kapal angkasa, jumlah bhn api dikeluarkan adalh sgt tinggi
Kesimpulan
- penerokaan angkasa lepas meningkat tahap pengetahuan dr sg teknologi
maklumat di samping membangunkan ekonomi negara
- memastikan satiap kali pelepasan angkasa lepas kurang memberikan kesa negatif
dan tidak menancam keselamatan penduduk tempatan
Pengenalan
1969-mendarat di bulan @ cth kejayaan lain ttg penerokaan angkasa lepas
1 Feb 2003 COLOMBIA
Kepentingan
1. meningkatkan pengetahuan manusia
- mjalankan kajian ttg planet/ bulan di angkasan lepas
- sumber pada masa depan (air didapati di planet M)
- meninjau reality keadaan alam sekitat, kajian ttg meteor/ galaksi
- menangkis tanggapan sesetengah pandapat bhw di planet ada dewa-dewi
Keburukan
1. Pencerobohan privasi
- pergerakan/ tindakan individu dijejaki
- individu tidak ada lagi privasi
3. Pencemaran
- Pelepasan kapal angkasa, jumlah bhn api dikeluarkan adalh sgt tinggi
Kesimpulan
- penerokaan angkasa lepas meningkat tahap pengetahuan dr sg teknologi
maklumat di samping membangunkan ekonomi negara
- memastikan satiap kali pelepasan angkasa lepas kurang memberikan kesa negatif
dan tidak menancam keselamatan penduduk tempatan
Impak positif yang ketara ialah penerokaan angkasa lepas telah memajukan bidang
teknologi maklumat terutama yang berkaitan dengan teknologi internet.
Penghasilan lebih banyak satelit di ruang angkasa bumi telah memudahkan
perhubungan atau komunikasi tanpa batasan sempadan diwujudkan. Kemajuan
dalam bidang teknologi maklumat ini menjadikan bidang komunikasi, keselamatan
dan pertahanan semakin berkembang maju selaras dengan kemajuan penerokaan
angkasa lepas itu. Jelaslah, teknologi angkasa lepas menyebabkan bidang teknologi
maklumat manusia menjadi lebih baik dan moden.
angkasa lepas atau kawasan ruang udara bumi dikawal oleh robot atau peranti
kawalan. Keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya dan sukar diramal
menyebabkan robot lebih sesuai digunakan berbanding dengan manusia. Semua
tindakan menggunakan robotik ini boleh memberikan satu tafsiran awal akan
keperluan untuk mewujudkan koloni manusia di angkasa lepas pula. Maka, teknologi
robotik manusia juga akan mengalami perubahan drastik kerana usaha penerokaan
angkasa lepas memerlukan penggunaan robotik yang begitu banyak.
Selain itu, pelbagai ujikaji atau kajian sains boleh dijalankan menerusi usaha
penerokaan angkasa lepas itu. Para saintis sudah mula membuat kajian tentang
kesan gravity terhadap manusia di luar ruang angkasa bumi terutama aspek
ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia. Penerokaan angkasa
lepas memberikan satu platform untuk melakukan pelbagai kajian yang boleh
memberikan pengetahuan baru kepada manusia tentang sains pula.
Konklusinya, semua usaha meneroka angkasa lepas itu bukanlah sesuatu yang
membazir. Pelbagai hasil yang positif terutama kajian sains akan memberikan
manusia satu informasi yang berguna pula terutama jika semua usaha ini
berkonsepkan kerjasama sejagat. Kita harus sedar bahawa semakin banyak
maklumat yang kita ketahui tentang angkasa lepas semakin baiklah prospek
kehidupan kita kelak. Jadi, usaha penerokaan angkasa lepas ini perlu diteruskan
tanpa sebarang sekatan lagi.