Anda di halaman 1dari 53

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KURSUS ASUHAN DAN PENDIDIKAN


AWAL KANAK-KANAK
SHV 4193
MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN
AWAL KANAK-KANAK
OLEH: EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM

Model-Model Kurikulum
1. Family Center Model
2. Portage Model
3. Model Constructivist
4. Model High Scope
5. Montessori
6. Model Multi-Cultural
7. Mix-Age Classroom
8. Model Inklusif Jowonio

Model-Model Kurikulum
9. Model Projek
10. Reggio Emilia
11. Bank Street
12. The Eriksonian Approach
13. Child Care
14. Analisis Tingkahlaku
15. Frequency Count
16. Educating The Young Thinker
17. Model Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

CONTOH-CONTOH
CONTOH-CONTOHMODEL
MODEL KURIKULUM
KURIKULUM
(a) PORTAGE MODEL
Konsep penglibatan keibubapaan
Berpusatkan ibubapa mendidik anak-anak
Home based program
(b) MODEL CONSTRUCTIVIST
Berasaskan teori J.Piaget
Membina pengetahuan berdasarkan pengalaman
(c) MODEL MONTESSORI
Penerokaan kepada pesekitaran
Melalui penggunaan sensori-deria
Belajar melalui aktiviti bermain
Belajar melalui fasa sensitive period (belajar bahasa
tanpa pembelajaran formal)

CONTOH-CONTOH
CONTOH-CONTOHMODEL
MODEL KURIKULUM
KURIKULUM
(d) REGGIO EMILIA
Berasaskan prinsip sosial konstruktivis spt. Piaget,
Dewey, Montessori dan Vygotsky
Melihat keistimewaan yang ada pada kanak-kanak
Persekitaran fizikal dan pengurusan ruang amat
penting
Mendirikan sekolah berkeperluan khas
(e) BANK STREET
Penekanan kepada hubungan sosial
(f) THE ERIKSONIAN APPROACH
Psikososial stage; oral, anal, lokomotor
Melalui penggunaan sensori-deria
Belajar melalui aktiviti bermain

CONTOH-CONTOH
CONTOH-CONTOHMODEL
MODEL KURIKULUM
KURIKULUM
(g) ANALISIS TINGKAHLAKU
Berasaskan;
prinsip tingkahlaku
analisis tingkahlaku
modifikasi tingkahlaku
(h) EDUCATING THE YOUNG THINKER
Pembelajaran berdasarkan pemikiran simbolik
(Piaget,Kaplan)
Kemahiran kanak-kanak dalam mengklasifikasikan
konsep 2D/3D
Membina pengetahuan berdasarkan pengalaman
(i) MODEL PROJEK
Projek based
Peluang kepada kanak-kanak buat penyelidik

MODEL KURIKULUM PRASEKOLAH


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN SECARA MENYELURUH DAN
BERSEPADU
PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN
PENGALAMAN YANG BERMAKNA
PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

P
B
A

KECEKAPAN BERBAHASA DAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN BERFIKIR

BERAKHLAK MULIA DAN BERETIKA

BERKEYAKINAN DAN BERDISIPLIN

SIHAT DAN CERGAS

KREATIF, IMAGINATIF DAN EKSPRESIF

BERSEDIA

KE SEKOLAH

AB
P

Komunikasi

Penggabungjalinan
kemahiran berbahasa
semasa berinteraksi secara
verbal dan non verbal dalam
bahasa Malaysia, bahasa
Inggeris, bahasa Cina dan
bahasa Tamil

Sains & Teknologi

Penguasaan pengetahuan sains,


kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan
kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan
kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap & Nilai

Penghayatan amalan agama,


kepercayaan, sikap dan nilai

Insan
seimbang
Kemanusiaan

Penguasaan ilmu dan amalan


tentang kemasyarakatan dan
alam sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan

Fizikal & Estetika

Perkembangan jasmani dan


kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum

PERSPEKTIF ISLAM
TEORI KECERDASAN
PELBAGAI
TEORI INTERAKSI
TEORI TINGKAH LAKU

IDEA & PEMIKIRAN


PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

TEORI SOSIOBUDAYA

TEORI KEMATANGAN

TEORI KECERDASAN
EMOSI
TEORI HUMANISTIK

TEORI TINGKAH LAKU


Pavlov - Teori Pavlov
Skinner - Teori Ransangan Gerakbalas
Froebel - Perkembangan tingkah laku semasa
bermain dari segi intelek, emosi, sosial
dan fizikal
TEORI KEMATANGAN/KOGNITIF
Rousseau - Kematangan semula jadi
Piaget

Kematangan mengikut peringkat umur


(Perkembangan Kognitif)

PERPESPEKTIF ISLAM

Al- Quran

Hadith

Pemikir: Sayyidina Umar Al Khattab r.a.


Imam Al Ghazali
Ibnu Khaldun

PERPESPEKTIF LAIN
Confucius

TEORI INTERAKSI
Dewey
- Interaksi penting untuk pengalaman bermakna
Montessori - Interaksi diri dan persekitaran menggunakan deria
TEORI HUMANISTIK

Maslow - Hiraki keperluan kanak-kanak


- Perlu memenuhi keperluan fisiologikal, rasa
selamat, rasa kepunyaan dan rasa dihargai

TEORI SOSIOBUDAYA
Vygotsky - Kanak-kanak perlukan orang dewasa dalam
perkembangan mereka
- ZPD Zone of Proximal Development
- Scalffolding

TEORI KECERDASAN PELBAGAI


Gardner - 8 + 1 Kecerdasan Pelbagai
- bahasa/linguistik
- logika-matematik
- visual/ruang
- kinestetik
- muzik
- interpersonal
- intrapersonal
- naturalis
- kerohanian
TEORI KECERDASAN EMOSI
Goleman - memahami emosi sendiri dan orang lain
- mengurus emosi sendiri dan kemahiran sosial

CONTOH; TEORI PERKEMBANGAN


KANAK-KANAK
Teori Perkembangan Kognitif Piaget
Fitrah perkembangan kanak-kanak membina tahap
pemahaman terhadap persekitaran berdasarkan 4 tahap
perkembangan kognitif. Manakala proses membina
pemahaman pula amat berkait rapat dengan konsep
Organisasi dan Adaptasi.
Kanak-kanak bukan sekadar mengorganisasi segala
pemerhatian dan pengalaman semata-mata, malahan turut
mengadaptasikan pemikiran dengan memuatkan idea-idea
bagi memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu
perkara. Proses adaptasi akan berlaku dalam dua keadaan,
iaitu Proses Asimilasi dan Proses Akomodasi.

Proses Asimilasi merujuk kepada proses penambahan


maklumat baru atau memperkaya sturuktur kognitif sedia ada.
Contoh, Zahra ternampak seekor burung dan menyebutnya
sebagai burung. Dalam keadaan ini, asimilasi telah berlaku
iaitu maklumat diserap melalui pandangan dan sebutan tanpa
sebarang pengubah suaian.
Proses Akomodasi merujuk kepada proses pengubah suaian
skemata sedia ada untuk memperoleh maklumat baru.
Berdasarkan contoh di atas, pada hari yang lain, jika ibu
Zahra terdengar Zahra menyebut kambing apabila ternampak
burung, ibunya membaiki keadaan tersebut dengan
mengatakan bahawa itu adalah burung kerana ia boleh terbang
dan berkicau, tidak berkaki empat dan tidak berbadan besar.

Bila mana kanak-kanak memperoleh


maklumat baru : Akan berlakunya ketidak seimbangan
(disequilibrium) dalam pemikiran.
Bagi memperoleh semula keseimbangan
(equilibrium), kanak-kanak perlu mengadaptasi dan
mengorganisasi pada skemata (Struktur kognitif yang
mengorganisasi dan menginterpretasi semua
pengalaman kanak-kanak).

2 fakta utama perkembangan kognitif


menurut Piaget iaitu : Mempunyai rasa ingin tahu
Aktif bergerak balas terhadap persekitaran
mengikut kefahaman dan keupayaan
mereka

PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF


0-2 Tahun (Deria Motor)
Kanak-kanak menggunakan deria motor dan lain-lain deria untuk meneroka dan
memahami dunia persekitaran mereka
2- 7 Tahun (Praoperasi)
Kanak-kanak mengeksploitasi kemampuan mereka berfikir secara simbolik untuk
menyelesaikan masalah tetapi pada tahap pemikiran yang masih tidak berdasarkan
logik dan mudah berubah oleh persepsi yang berlainan.
7 11 Tahun (Operasi Konkrit)
Kanak-kanak memulakan zaman persekolahan formal dan menggunakan pemikiran
logik dan konkrit untuk menyelesaikan masalah secara Cuba Jaya (Trial and
Error)
12 Tahun ke Atas (Operasi Formal)
Kanak-kanak berada di zon remaja yang membolehkan mereka berfikir secara
abstrak, menggunakan konsep pemikiran hipotetikal dan kesan jangka panjang
sesuatu situasi.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF VYGOTSKY

Vygotsky memberi pandangan berkaitan konsep


Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) iaitu : Kanak-kanak akan menjadi lebih berkemahiran jika
diberi peluang terlibat secara aktif bersama ahli
masyarakat yang lebih dewasa dan lebih matang. Ini
membolehkan mereka lebih mahir memikirkan
sesuatu dalam lingkaran budayanya.
Kanak-kanak yang terlibat dengan budaya
masyarakat akan lebih mudah bergerak balas dengan
persekitarannya dengan menggunakan pemikiran,
peluang berbahasa dan berdialog.

Kesempatan berada dalam budaya masyarakat akan


membolehkan kanak-kanak berkomunikasi sesama
sendiri dan berinteraksi dengan orang lain. Proses ini
akan mengubah kapasiti mental yang menjadi asas
kepada perkembangan proses kognitif yang lebih tinggi.
Kanak-kanak berpeluang mempelajari sesuatu
kemahiran atau pembelajaran baru melalui bimbingan
orang dewasa atau rakan yang lebih berkemahiran bagi
membantu mereka mencapai tahap yang lebih optimum.

Faktor Scalffolding yang terdapat dalam ZPD


menjadi agen perubahan kualiti berbentuk sokongan
sosial dalam tempoh proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak. Orang dewasa membina
Scalffolding melalui panduan, arahan, bahasa
badan, mimik muka dan sebagainya bagi
membimbing kanak-kanak menguasai konsep asas
pembelajaran yang lebih bermakna.
Faktor Intersubjektiviti merupakan situasi di mana
dua individu bermula dengan pemahaman yang
berbeza mengenai sesuatu perkara yang sama tetapi
akhirnya memperoleh pemahaman yang sama pada
peringkat akhirnya.

Teori Perkembangan Emosi Erikson


Teori Erikson terbina berdasarkan 5 prinsip utama : Manusia mempunyai persamaan terhadap keperluan asas
Perkembangan manusia adalah dipengaruhi oleh tindak balas
terhadap keperluan-keperluan asas
Perkembangan manusia mempunyai tahap-tahap tertentu
Setiap tahap mempunyai konflik tersendiri dan konflik ini
perlu ditangani sebelum individu tersebut beralih ke tahap
berikut dengan jayanya
Kegagalan menangani konflik pada sesuatu tahap akan
menjejaskan perkembangan tahap seterusnya

Menurut Erikson, kanak-kanak akan melalui


8 tahap perkembangan sepanjang kehidupan
mereka. Bagi mencapai tahap
kesempurnaan psikososial yang positif,
setiap tahap perlu ditangani oleh individu
tersebut dengan jayanya. Seandainya krisis
yang berlaku pada tahap tertentu tidak
dapat ditangani, individu tersebut akan
berhadapan dengan kegagalan sepanjang
hayatnya.

Tahap Pertama Percaya Lawan Tidak Percaya


(0 18 Bulan)
Pada tahap ini perasaan percaya lawan tidak percaya mula
terbentuk dalam diri bayi. Perasaan percaya terhadap
orang lain dan persekitaran akan terbentuk jika bayi
tersebut memperoleh penjagaan yang berkualiti daripada
pengasuhnya, terutama ibunya sendiri. Andai penjagaan
yang tidak sempurna kepada bayi, maka akan terbina
perasaan tidak percaya kepada orang lain.
Sikap kepercayaan yang terbentuk akan memudahkan
individu menangani masalah yang dihadapinya. Maka,
kaedah penjagaan bayi yang berkualiti dalam keluarga
mempunyai pengaruh yang besar terhadap emosi dan
perasaan percaya dalam diri bayi.

Tahap Kedua Autonomi Lawan Rasa


Sangsi/Malu (18 Bulan-3 Tahun)
Kanak-kanak mula bergerak dan bertindak secara sendiri.
Segala aktiviti asas kehidupannya seperti mandi,
makan, berpakaian dan ke tandas telah mula dapat
dilakukan oleh mereka sendiri. Tahap ini, kanak-kanak
mula ingin melakukan sesuatu aktiviti secara bebas tanpa
gangguan orang lain.
Keadaan ini merupakan detik permulaan bagi kanakkanak membentuk rasa keyakinan diri. Keluarga perlu
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar bagi membantu
kanak-kanak menyelesaikan konflik yang mereka hadapi.

Tahap 3 Inisiatif Lawan Rasa Bersalah


(3 6 Tahun)
Kanak-kanak lebih terdedah kepada cabaran kerana mereka
mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih terbuka.
Mereka bertindak dan meneroka bagi memenuhi keperluan
intrinsik mereka yang sentiasa inginkan kelainan, baru dan
mencabar. Mereka sering melakukan aktiviti di luar batas
kemampuan seperti cuba membantu ibu membasuh pakaian
dan memasak.
Pada tahap ini, perkembangan kognitif kanak-kanak telah
mula meningkat. Kritikan negatif, hukuman dan dendaan
menyebabkan timbul rasa bersalah dalam diri kanak-kanak
dan tidak bermotivasi untuk meluaskan potensi dan bakat
mereka. Ini akan mencetuskan masalah seperti suka
bersendirian, tidak bersemangat dan takut untuk mencuba.

Tahap 4 Industri Lawan Rendah Diri


(6 -12 Tahun)
Kanak-kanak berada di alam persekolahan. Guru dan rakan
sebaya mempunyai peranan dan pengaruh besar terhadap
perkembangan mereka kerana sebahagian besar masa akan
dihabiskan di sekolah. Pemikiran kanak-kanak pada tahap ini
mula mencapai peringkat operasi konkrit , mampu membuat
transformasi dan membentuk pertalian antara dua situasi
melalui pemikiran logik.
Kanak-kanak pada tahap ini berminat kepada aktiviti jika
bersesuaian dengan potensi dan kecenderungan mereka.
Guru/ibu bapa berperanan membentuk dan membimbing
kanak-kanak secara positif. Jika kritikan, kemarahan dan
hukuman diberi tanpa penghargaan terhadap hasil kerja yang
ditunjukkan, akan mengakibatkan timbul rasa rendah diri dan
kurang yakin kepada kemampuan yang mereka miliki.

Tahap 5 Indentiti Lawan Kekeliruan Peranan


(12 - 20 tahun)
Tahap ini melibatkan remaja yang akan berusaha untuk
mencari identiti dan persepsi diri mereka sendiri bagi
memenuhi keperluan naluri mereka. Erikson berpandangan
bahawa remaja akan sentiasa berusaha mencari dan mengenali
diri mereka sendiri termasuk mencari kemungkinan teman
hidup, peranan dalam keluarga dan masyarakat.
Konflik mencari dan mengenal diri sendiri akan menjadi
kompleks bila remaja akan berhadapan dengan pelbagai pilihan
yang akan menjadikan mereka lebih sukar untuk memilih.
Kegagalan membuat pilihan, akan menganggu persepsi
mereka terhadap peranan dan sumbangan yang boleh
dimainkan dalam masyarakat.

Tahap 6 Tahap Intimasi/Kemesraan


Lawan Pengasingan Diri
(20 - 40 tahun)

Tahap ini individu mula membentuk hubungan yang


akrab terutama dengan rakan berlainan jantina, mula
memikir teman hidup, percintaan dan perkahwinan.
Jika mereka gagal dalam membina hubungan yang
akrab, gagal dalam percintaan atau perkahwinan,
akan mula mengasingkan diri dan hidup dalam
kesunyian.

Tahap 7 - Generativiti Lawan Pemusatan


Kendiri (40 - 60 tahun)
Tahap ini, individu mula memikirkan isu-isu yang
berhubung dengan kekeluargaan, mula memberi perhatian
dan komitmen terhadap individu lain dan mula memberi
sumbangan kepada masyarakat dan masa hadapan.
Individu yang berjaya mengatasi konflik pada tahap
keakraban lawan pengasingan diri akan berusaha mencapai
tahap generativiti, mempunyai pandangan positif dan
berazam untuk berjaya secara optimum. Kehidupan akan
menjadi lebih bermakna jika berjaya membentuk anak-anak
menjadi orang berguna yang dapat memberi sumbangan
kepada bangsa dan masyarakat.

Tahap 8 - Kesepaduan Lawan Rasa Putus Asa


(60 tahun ke atas)
Tahap ini adalah pengakhiran tahap dewasa. Individu pada
tahap ini, mula membuat refleksi apa yang telah berlaku
dalam kehidupan yang dilaluinya selama ini. Jika individu
tersebut berjaya menangani konflik, pada tahap-tahap
sebelumya, individu itu akan membentuk rasa kesepaduan
dan kepuasan dalam dirinya.
Jika sebaliknya, kehidupannya dipenuhi dengan kekecewaan
dan kegagalan pahit. Ini akan mewujudkan situasi rasa putus
harapan dan penyesalan dalam diri individu tersebut.

TEORI PELBAGAI KECERDASAN GARDNER


Gardner berpandangan bahawa kecerdasan mempunyai kaitan
dengan kebolehan individu untuk menyelesaikan masalah atau
melakukan sesuatu hasil kerja berdasarkan skop budayanya
sendiri seperti menghasilkan karya seni, mencipta lagu atau
mengarang puisi.
Gardner tidak bersetuju bahawa individu boleh dikesan tahap
kecerdasannya berdasarkan ujian seperti Ujian IQ. Beliau
menyakini bahawa bukan hanya terdapat satu kaedah untuk
menyelesaikan masalah atau konflik, tetapi melibatkan
pelbagai cara di mana individu boleh menggunakan beberapa
set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau
mengeluarkan sesuatu hasil.

Gardner mengklasifikasikan kecerdasan individu kepada


beberapa 9 kategori, iaitu : Kecerdasan Bahasa-Verbal-Linguistik
Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam
lisan, pembacaan dan penulisan dalam bahasa sendiri atau
bahasa asing. Ini termasuklah kebolehan mengingat
maklumat, meyakini orang lain, bercakap tentang bahasa itu
sendiri, menghasilkan bahan bahasa, mengenal pasti
perbezaan bahasa, susunan dan rima perkataan.
Individu yang memiliki kecerdasan ini, boleh menguasai
bahasa isyarat, mudah mempelajari bahasa asing,
berkecenderungan berpuisi dan menghasilkan novel.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai


kecerdasan ini, ialah : Gemar bercerita
Gemar menulis
Mempunyai ingatan yang baik seperti
mengingati bait puisi
Mengeja perkataan dengan mudah, cepat
dan tepat
Suka membaca
Suka aktiviti permainan bahasa

Kecerdasan Logika-Matematik
Kebolehan menggunakan nombor dan mengira
secara berkesan, berkebolehan mengemukakan
pandangan secara induktif atau deduktif, mampu
membuat jangkaan dan menyatakan sebab dan akibat,
menghuraikan perkara-perkara yang abstrak serta
dapat menganalisis sesuatu isu sebelum
menyelesaikannya secara bersistematik.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang


mempunyai kecerdasan ini, ialah : Mampu menyelesaikan masalah matematik
dengan pantas
Berkecenderungan dalam komputer
Gemarkan permainan berstrategi seperti
catur
Dapat menyatakan sebab dan akibat sesuatu
peristiwa
Suka pada kerja-kerja yang melibatkan
eksperimen

Kecerdasan Visual-Ruang-Spatial
Kebolehan mengesan dan menggambarkan
bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah
kebolehan mempersembahkan idea visual dan
ruang secara grafik.
Individu yang memiliki kecerdasan jenis ini
mampu membuat kerja-kerja binaan, pengukuran
dan kejuruteraan, serta menganalisis graf, peta
dan carta.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang


mempunyai kecerdasan ini, ialah : Gemar berangan dan berimaginasi
Berkebolehan mentafsir peta, rajah, graf
dan carta
Gemarkan permainan seperti menyusun objek
Suka menyanyi dan aktiviti yang melibatkan
muzik
Suka pada kerja-kerja seni terutama melukis

Kecerdasan Kinestetik-Badan
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan perasaan,
idea dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran
fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan
keseimbangan.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini,
ialah : Gemar pada sukan, rekreasi dan aktiviti mencabar
Gemar bergerak dan rasa cepat bosan bila duduk
Menggerakkan badan atau menyentuh objek lain bila
bercakap
Suka pada aktiviti kemahiran seperti jahitan atau kraftangan
Pandai meniru karektor atau perlakuan orang lain

Kecerdasan Muzik
Kebolehan mengesan irama, nada, tempo, melodi dan rentak
lagu serta bunyi-bunyian. Berkecenderungan kepada muzik,
menghargai keindahan dan kedamaian serta suka bermain
dengan perasaan.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini,
ialah : Gemar dan mampu bermain alat muzik
Senang mengingat dan menghafal melodi dan lirik lagu
Mudah mengenal pasti bentuk irama yang dimainkan
Sukakan muzik dan bunyi-bunyian ketika belajar
Suka mengisi masa yang ada dengan menyanyi

Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat
orang lain. Ini termasuklah kemahiran bertindak dan
berhubung secara berkesan dengan orang lain secara praktikal.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini,
ialah : Gemar berkomunikasi dan mempunyai ramai rakan
Mudah simpati dan amat memahami perasaan orang lain
Suka berkumpul bersama rakan-raka
Sukakan permainan secara berkumpulan
Pandai bersosial dan menyesuaikan diri dalam masyarakat

Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan,
kekurangan, hasrat dan kehendak. Ini termasuk
kemahiran mengenal pasti persamaan atau perbezaan diri
dengan orang lain, dapat membantu individu menangani
perasaan, beradab sopan serta mampu mengawal
kemarahan atau kesedihan diri.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan
ini, ialah :

Mempunyai kebolehan untuk berdikari


Dapat memberikan pandangan yang konkrit
Gemarkan kesunyian dan bersendirian
Memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi

Kecerdasan Naturalis
Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuhtumbuhan, galian dan haiwan termasuk rumput dan batuan
serta beraneka flora dan fauna, kebolehan untuk mengenali
artifak budaya berdasarkan pakaian dan makanan. Individu
kategori ini amat menyintai keindahan alam semula jadi serta
gemar meneroka hutan dan memelihara haiwan.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini,
ialah :

Sukakan memelihara haiwan


Dapat mengenal pasti haiwan dan tumbuhan dengan cepat
Gemar mengumpulkan karangan laut
Minat menanam bunga dan menghias menggunakan bahan
semula jadi seperti buluh, rotan dan akar.

Kecerdasan Eksistensial / Kerohanian


Individu yang memiliki kepekaan, kemampuan dan memberikan
respons terhadap persoalan kewujudan dan kematian manusia,
sensitif kepada permasalahan masyakat di sekitarnya, memiliki
kecenderungan beragama dan sentiasa ingin mencari
penyelesaian melalui pendekatan agama.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini,
ialah :

Sensitif kepada keperluan masyarakat sekeliling


Gemar mengkaji hal-hal berkaitan agama
Gemar mendampingi diri dengan bahan berunsur agama
Cenderung kepada pemikiran falsafah dan kerohanian

TEORI KREATIVITI TORRANCE


Torrance berpandangan bahawa Kreativiti Sempurna
Kendiri dan Kreativiti Bakat Istimewa adalah
proses kreativiti yang menjadikan individu tersebut
sensitif terhadap masalah, merasai kekurangan ilmu dan
pengetahuan serta menghadapi keadaan yang tidak
harmoni dalam diri.
Kreativiti Sempurna Kendiri mempunyai pertalian
yang rapat dengan tahap kesihatan mental tetapi tidak ada
hubungan dengan konsep Genius dan Bakat.
Kreativiti Bakat Istimewa merupakan anugerah yang
lahir daripada bakat semulajadi.

Kreativiti di anggap sebagai satu kurniaan di mana


seseorang itu mungkin memilikinya atau tidak. Namun
kreativiti sebenarnya melibatkan kemahiran-kemahiran
yang boleh diajar dan dipelajari.
Ini atas rasional bahawa walaupun seseorang itu memiliki
bakat dan kreativiti semula jadi, tetapi jika tidak diberi
peluang untuk berkembang, ianya akan pupus dan
menjadi sia-sia.

Ini mendorong seseorang itu mengenal pasti kesukaran


yang wujud, mencari penyelesaian dengan membuat
tekaan atau merangka hipotesis tentang kekurangan
tersebut, menguji hipotesis dan melaporkan dapatan
atau hasilan yang diperoleh. Melalui dapatan, maka
kreativiti akan terbentuk dan seterusnya menghasilkan
sesuatu yang lebih bermakna dan bernilai.
Torrance berpandangan bahawa ujian kepintaran IQ serta
ujian kertas dan pensil tidak akan memberikan gambaran
yang menyeluruh terhadap tahap kreativiti manusia.
Ujian seperti ini hanya melihat perkembangan dari sudut
pandangan yang sempit.

Kreativiti menurut Torrance berdasarkan


ciri-ciri berikut : Kelancaran/Kefasihan/Kepetahan (Fluency) - Jumlah yang
boleh diinterpretasi, bermakna dan idea yang bersesuaian
untuk digeneralisasikan sebagai respons yang mendorong
kepada kreativiti.
Kelenturan (Flexibility) Jumlah perbezaan antara kategori
yang bersesuaian dengan respons dalam proses
menggambarkan kreativiti.
Keaslian (Originality) Data yang menunjukkan kelainan
atau keanehan terhadap perkara yang diuji.

Penghuraian (Elaboration) Jumlah terpeinci yang


diperoleh daripada respons
Indeks Kreativiti (Creativity Index) Pencapaian yang
diperoleh untuk menggambarkan tahap kreativiti.
Kesamaran (Abstractness of Titles) Tahap pemahaman
responden terhadap tajuk atau perkara yang dikemukakan.
Rintangan/Halangan (Resistance to Closure) Halangan
untuk membuat kesimpulan terhadap tahap kreativiti.
Purata (Average) Gambaran keseluruhan terhadap
kreativiti yang ingin dikesan.

Jerome Bruner
Beliau dilahirkan di New York pada
1 Oktober 1915. Merupakan seorang pakar
psikologi Amerika dan pernah berkhidmat
sebagai profesor di Universiti Havard dan
Oxford.
Pada keseluruhannya, Bruner juga sependapat dengan Piaget
tentang perkembangan kognitif kanak-kanak. Namun demikian,
Bruner menambah kepada apa yang disampaikan oleh Piaget. Pada
pandangan Bruner, bahasa ada kaitan dengan perkembangan
kognitif kanak-kanak. Menurut beliau, perkembangan berfikir
tidak mungkin berlaku tanpa bahasa. Maka perkembangan
kecekapan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh perhubungan
sosialnya dengan orang lain. Bruner (1966) telah mengenal pasti
tiga tema yang berkaitan perkembangan kognitif.

Jerome Bruner
i. Tema pertama dikaitkan dengan cara bagaimana manusia
mengurus dan mempamerkan pengalaman mereka. Beliau
menerangkan bahawa kanak-kanak melalui tiga tahap iaitu
enactive, iconic dan symbolic. Setiap daripada tahap ini
membolehkan kanak-kanak mempamerkan cara yang unik.
ii. Tema kedua dikaitkan dengan pengaruh budaya ke atas
perkembangan. Beliau mengatakan bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak berkembang bukan sekadar pengaruh luar ke dalam
tetapi juga pengaruh dari dalam ke luar.
iii. Tema ketiga dikaitkan dengan perkembangan sejarah manusia.
Beliau percaya bahawa manusia boleh menyesuaikan dirinya
dengan persekitaran.

RUJUKAN
RUJUKAN
Bruner, J. (1966). Studies in cognitive growth. New York: Wiley.
Lev Semenovich Vygotsky www.massey.ac.nz/~Alock/virtual/project2.htr
Slee, P.T. (2002). Child, adolescent and family development. Cambridge: Cambridge
University Press.
Steinberg, L & Meyer, R. (1995). Childhood. New York: McGraw-Hill.Inc.
The Jean Piaget Archiveswww.unige.ch/piaget/presentg.htm
Van Der Veer, R. (1986). Vygotskys developmental psychology, Psychological
Reports, 59: 527-536.
Vygotsky, L. (1988). Thought and Language. Cambridge: The MIT Press.
Wood, D., Wood, H.A. & Middleton, D.J. (1978). An experimental evaluation of
four face-to-face teaching strategies. International Journal of Behavioural
Development 1: 131-147.

Anda mungkin juga menyukai