Anda di halaman 1dari 14

PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

DEFINISI PERLEMBAGAAN

SHAMSUL AMRI

Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak


bertulis. Menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara
pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum dalam melaksanakan
kuasa tersebut.

TUN SALLEH ABAS

Surat catatan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang


tertinggi yang difikirkan mustahak bagi
moden.

mewujudkan sebuah negara yang

RUSLAN ZAINUDDUIN

Satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undangundang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran
sesebuah negara. Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang
kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaaan dan hak-hak rakyat.

SALMAH HUSSAIN

Catatan yang penting dalam menyatakan kedaulatan dan kewujudan


sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan
kemasyarakatan. Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara dari
pengubahsuaian, menjamin keselamatan masyarakat dalam negara dan luar
negara. Pembentukan Perlembagaan juga berlaku kerana terjadinya
perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain atau sesebuah
masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa
Rumusan
Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak
bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagiaan kuasa antara
pelbagai badan kerajaan dan prinsip2 umum bagaimana kuasa2 tersebut
dilaksanakan

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION

10 Oktober 1945 Malayan Union diluluskan oleh parlimen British

Januari 1946 50 000 orang Melayu mengadak demonstrasi di Alor Setar

10 Februari 1946 10 000 orang Melayu di Kelantan dan 15 000 orang


Melayu di Johor mengadakan demonstrasi.

1 April 1946 Malayan Union diisytiharkan dengan Sir


sebagai Gabenor pertama.

Edward Gent

Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan:


i.

Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan


pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negerinegeri Selat, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan
perbelanjaan yang besar dan sistem pentadbirannya terpisah.

ii.

British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama


dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat
melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu.

iii.

Malayan Union merupakan langkah pertama dalam proses menyediakan


penduduk Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri.

Ciri-ciri Malayan Union:


i.

Semua Negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah
satu kerajaan pusat. Malayan union ini akan diperintah oleh seorang Gabenor
British dengan bantuan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis
Perundangan.

ii.

Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah kuasa seorang


Gabenor British.

iii.

Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan hanya berkuasa dan boleh


nersuara dalam soal yang berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu
sahaja.

iv.

Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa
dan keturunan. Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan
Union, boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun
ke atas dan telah menetap selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari

1942. Pengenalan Malayan Union memberikan hak kewarganegaraan


kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.

Sebab-sebab penentangan Malayan Union:


i.

Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan


hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan
mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

ii.

Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui prinsip
jus soli.

iii.

Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu
penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

iv.

Cara Harold Mac Mishael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu yang


menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi
kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan
daripada tahkta pemerintahan.

SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


AGREEMENT 1948

Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan Malayan Union, akhirnya


British mengalah apabila Malayan Union digantikan dengan Persekutuan
Tanah Melayu.

British sedar tanpa sokongan orang Melayu Malayan Union pasti akan gagal.

Julai 1946 (Jawatankuasa Kerja):


4 orang wakil Raja Melayu, 2 orang wakil UMNO dan 6 orang pegawai
British.
Bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baharu yang boleh
diterima oleh orang Melayu.

Disember 1946 (Jawatankuasa Perunding):


5 orang Eropah, 2 orang Cina, 2 orang India
mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf
perlembagaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja.

Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948

Dengan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara orang


Melayu dan orang bukan Melayu semakin kuat.

Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu:


i.

9 negeri Melayu terlibat dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang


dan Melak. Singapura kekal sebagai menjadi tanah jajahan yang
berasingan.

ii.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya


Tinggi British dan dibantu oleh Majlis perundangan Persekutuan dan
Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.

iii.

Majlis Mesuarat Kerja Prsekutuan akan terdiri daripada 3 orang


anggota ex-officio, 4 orang anggota rasmi (dilantik oleh Pesuruhjaya
Tinggi) dan sekurang-kurangnya 5 dan selebih-lebihnya 7 orang
anggota tidak rasmi (dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi).

iv.

Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi,


3 orang anggota ex-officio, 9 oramh Yang Dipertua Majlis-majlis
Mesuarat Negeri srta 2 orang wakil Majlis Tempatan Melaka dan Pulau
Pinang dan 10 orang anggota rasmi dan 50 ahli tidak rasmi
(kesemuanya dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi)

v.

Sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Perundangan Negeri.

vi.

Syarat-syarat kewaganegaraan diperketat. Misalnya, seorang yang


layak mendapatkan kewarganegaraan secara permohonan mestilah
telah lahir di Tanah Melayau dan bermastautin disana selama 8

daripada 12belas tahun permohonannya atau telah bermastautin di


Tanah Melayu tidak kurang 15 tahun daripada 20 tahun sebelum
permohonannya. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut ialah
18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu atau Inggeris
yang baik.
vii.

Orang Melayu diberi hak istimewa sbagai kaum Bumiputera dan


mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan
Negeri.

JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM 1949


Ke arah Mencapai Perpaduan kaum

Melalui CLC ini, pemimpin daripada pelbagai golongan etnik berbincang


secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan mencari jalan
penyelesaian.

Antara tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato Onn Jaafar,
Dato Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C. C Tan, dan Dr J.S
Goonting.

Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukkan ke dalam usul-usul


perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin


pelbagai kaum.

Ke arah Mencapai Perpaduan kaum


Penubuhan Jawatan Kuasa Hubungan Antara Kaum 1949
Dikenali sebagai Community Liason Committee (CLC) * Jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum.
Dianggotai pemimpin Kaum Melayu, Cina, India, Ceylon, Serani dan Eropah.
Pengerusi ialah E.E.C. Thuraisingam.
Penasihat- Sir Malcolm MacDonald.

Ke Arah Kemerdekaan : Pilihanraya

Perikatan dan Pilihanraya


Pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan pembentukan
Perikatan oleh UMNO dan MCA diikuti Majlis Perbandaran Kuala
Lumpur

Pilihanraya Umum 1955

UMNO, MCA dan MIC bergabung

Peruntukan kerusi

Kata-kata Tunku Abdul Rahman dan T.H Tan

Pilihanraya 1955

Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan calon, ternyata Perikatan yang
didominasi oleh UMNO telah membuat pengorbanan dan kompromi yang
cukup besar kerana telah meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti
pengundi Melayu dan walaupun majoriti pengundi adalah Melayu (84.2%).

Sewajarnya berdasarkan bilangan pengundi, UMNO boleh membentuk


kerajaan dengan dua pertiga kerusi Melayu tanpa perlu bergabung dengan
MCA dan MIC tetapi hal ini tidak dilakukan

Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban dan


persefahaman

Ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman :

" orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang munasabah dan


patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan
pengorbanan yang begitu banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera
Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu
bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat
oleh orang Melayu".

Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban dan


persefahaman Juga telah diakui dan diiktiraf oleh pemimpin bukan
Melayu seperti yang dikatakan oleh T.H. Tan :

" mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon Perikatan


berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja mereka melepaskan kerusi-kerusi
yang tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, malah mereka bekerja
keras, sedaya upaya untuk calon-calon Cina dan India".

Rombongan Kemerdekaan : Januari 1956

Wakil Raja-raja Melayu:


1. Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak sebagai
ketua.
2. En. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor.
3. Datuk Mohammad Seth Bin Mohammad Said, Menteri Besar
Johor.
4. Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood, Bekas Menteri
Besar Kelantan

Wakil Perikatan:
1. Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri dan Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri sebagai ketua.
2. Datuk Abdul Razak bin Hussain, Menteri Pelajaran.
3. Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan.
4. Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Menteri Hasil Bumi.
5. Setiausaha: T.H. Tan

Perjanjian London 1956

Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani


pada 8 Februari 1956.

Beberapa hasil persetujuan yang telah dicapai iaitu:


1. British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan
pemerintahan secara demokrasi.
3. British mendapat hak menempatkan tentera di Tanah Melayu.
4. Suruhanjaya Reid.
5. Jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan dipegang
oleh rakyat tempatan.

Suruhanjaya Reid

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya


Reid yang ditubuhkan pada 1956.

Keahliannya terdiri dari Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir
William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum bertulis dan telah


bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956.

Membincangkan perlembagaan negara dari 1948 hingga 1963 dan


kaitannya dengan hubungan etnik

Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang

Kewarganegaraan

Agama bagi Persekutuan

Undang-undang utama persekutuan

Keabdian dan kerja paksa dilarang

Kesamarataan

Kebebasan diri

PERLEMBAGAAN KEMERDEKAAN 1957 ( PERLEMBAGAAN


PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957)
Cadangan Suruhanjaya Reid 1959.

Kerajaan British elah membentuk sebuah Suruhanjaya khas pada bulan Jun
1956 yang ditugaskan untuk merangka satu perlembgaan bagi Persekutuan
Tanah Melayu yang merdeka.

Suruhanjaya Reid.

Pengerusi : -Lord Reid. (Britain)


Ahli:

Sir Ivor Jennings (Britain )

Sir William Mckell (Australia )

Hakim bin Malik (India)

Hakim bin Abdil Hamid (Pakistan)

Tujuan .

Menggubal satu perlembagaan baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu yang


merdeka.
Syarat:

Kerajaan Persekutuan yang kuat.

Menjamin kedudukan istimewa orang melayu.

Memelihara kedudukan raja-raja melayu sebagai pemerintah.

Melindungi kepentingan sah kaum bukan melayu dan prinsip-prinsip


demokrasi..

MEMORANDUM PERIKATAN DAN TOLAK ANSUR ANTARA KAUM (19561957)

Suruhanjaya Reid menerima 131 memorandum secara bertulis yang mewakili


pelbagai pihak, termasuk memorandum daripada Parti Perikatandan raja-raja
Melayu.

Memorandum Perikatan merupakan satu bentuk pakatan murni yang


dihasilkan mlalui perundingan, tolak ansur dan kerjasama antara UMNO,
MCA dan MIC.

Memorandum ini mencerminkan aspirasi dan keinginan masyarakat berbilang


kaum di tanah melayu.

Kandungan Dalam Memorandum

Kewujudan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Kewujudan institusi Yang DiPertuan Agong dan Timbalan Yang DiPertuan


Agong untuk menggantikan jawatan Pesuruhjaya Tinggi.

Majlis Raja-Raja yang disediakan diteruskan.

Pembentukan Parlimen yang mengamalkan sisitem dua dewan.

Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa.

Islam senagai agama rasmi dan Bahasa Melayu menjadi bahasa


kebangsaan.

Takrif Melayu dalam perlembagaan.

Pakatan murni tersebut meliputi dua perkara iaitu mengekalkan empat unsur
tradisi dalam perlembagaan iaitu bhs Melayu, agama Islam, institusi raja dan
kedudukan istimewa org Melayu

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

Ketua negara bagi Persekutuan Tanah melayu adalah Yang Dipertuan Agong.

Ketua kerajaan bagi PTM ialah Perdana Menteri.

Dewan Rakyat dan Dewan Negara ditubuhkan di peringkat persekutan.

Ketua Perlembagaan di peringkat negeri ialah Sultan,Raja atau Yang


Dipertuan Negeri.

Peruntukan Bahasa.

Bahasa Melayu dijadikan Bahasa kebangsaan.

Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam dalam persidangan majlis mesyuarat


undangan dan mahkamah dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.

Agama Islam dijadikan Agama rasmi.

Kedudukan istimewa orang melayu.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1963


PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura telah menyebabkan


Perlembagaan Merdeka digubal dan diubahsuai yang dinamakan
Perlembagaan Malaysia mulai 16 September 1963

Perkara-perkara utama dalam Perlembagaan 1957 tidak diubah kecuali


memasukkan peruntukan-peruntukan berkaitan dgn kepentingan Sabah dan
Sarawak
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Unsur-unsur tradisi
Bahasa Kebangsaan
Agama Persekutuan
Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Pemerintahan beraja
Unsur-unsur ini telah wujud ratusan tahun sebelum Perlembagaan
diwujudkan pada 1975.
Fungsi : Menstabilkan sistem politik negara.
Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya Perlembagaan mengambil
kira faktor sejarah,tradisi,ekonomi dan sosial yang wujud sebelum 1975.
Unsur-unsur tradisi menjadi prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh
orang Melayu dan bukan Melayu.
Hak istimewa orang Melayu,Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa
Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan menjadi prasyarat penerimaan
hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu
formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik
antara etnik.
Kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak diberi status yang sama seperti orang
Melayu.
BAHASA MELAYU

Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan


tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka

Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya


memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan
daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau
belajar apa-apa bahasa lain.

Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran


bahasa lain dalam persekutuan.

Rasional Perkara 152


Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa
ibunda lain
Menjadi bahasa lingua franca
Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi
Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu

Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat


penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.

Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu


formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik
antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.
PEMERINTAHAN BERAJA

Pemerintahan beraja telah wujud sejak dalam sistem sosial di NNM sejak
berabad2 lamanya.

Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap
pemerintahan dan pentadbiran negeri.

Raja dibantu oleh pembesar2 yang dilantik (sebelum penjajahan British)

Semasa penjajahn British, kuasa mutlak raja mulai terhad.

Raja mesti terima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali hal
adat istiadat Melayu dan agama Islam.

Hal ini juga berlaku semasa Malayan Union diperkenalkan yg menghapuskan


kuasa Raja2 Melayu.

Kuasa raja2 Melayu dikembalikan apabila Persekutuan Tanah Melayu


diperkenalkan setelah MU mendpt tentangan hebat dari org Melayu.

Setelah negara mncapai kemerdekaan, institusi beraja dikekalkan di bawah


konsep raja berpelembagaan.

Ini selaras dgn sistem demokrasi yang diamalkn di Malaysia.

Menurut konsep Raja Berperlembagaan, raja2 bertindak mengikut lunas2


perlembagaan yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai