Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN (PROPOSEL) KAJIAN

TINDAKAN
1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Menurut Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik (2002) Mata pelajaran Pendidikan Muzik
dirancang untuk mencapai matlamat kearah mempertingkatkan perkembangan murid dari
pelbagai aspek meliputi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia. Melalui usaha ini, ia seterusnya dapat menyediakan
murid yang bukan sahaja berpengetahuan dan kemahiran asas namun juga sihat dan aktif dari
segi mental dan fizikalnya. Subjek Pendidikan Muzik meliputi aspek Nyanyian,Gerakan,Permainan
Alat Perkusi dan Teori. Keempat-empat aspek ini sangat penting dalam Pengajaran dan
pembeajaran Muzik untuk melahirkan insan yang seimbang dan aktiviti muzik yang tersusun
berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid.
Minat dan kecenderungan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Setiap individu yang berminat dalam perkara yang dipelajari akan
menunjukkan pencapai yang tinggi dalam perkara yang diceburi. Dalam proses
pemilihan, minat memainkan peranan yang sangat penting sebagaimana yang telah
disarankan oleh Holland (1973),
dalam kajiannya iaitu pemilihan aktiviti adalah
dipengaruhi atau didorong oleh minat seseorang.
Selain itu juga, Menurut Thorndike, Weics dan Danis (1968), dalam Hashim (2000),
minat secara keseluruhan dapat dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah motivasi.
Namun sistem pendidikan di Malaysia lebih menitikberatkan hafalan dan pencapaian
akademik sehingga menepis banyak kehendak dan keseronokan belajar yang diperolehi murid
melalui Pengajaran dan Pembelajaran Muzik dalam bilik darjah.Pendekatan hafalan yang
melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran teori Pendidikan muzik di dalam kelas menjadi hambar dan tidak bermakna. Ini
menyebabkan murid kurang berminat dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik
khususnya dalam Teori Muzik.Oleh itu, Pendidikan yang berkualiti memberi kuasa kepada
individu, memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah
penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa
sempadan (Tribus, 1992). Guru seharusnya mewujudkan satu suasana baru pembelajaran di
dalam bilik darjah.
Menurut Johnn Heinrich Pestalozzi (1746-1827) pendidikan yang baik adalah pendidikan
yang diperoleh melalui pancaindera manusia dan memberi penekanan terhadap peluang yang
mencukupi untuk murid-murid meneroka dan mengkaji muzik melalui usaha mereka sendiri.Ini
adalah kerana pendidikan muzik tidak dapat dikuasai hanya dengan menghafal teori tetapi perlu
mengadakan latihan yang kerap.

1.2

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Pada 20 Mac 2012 yang lalu, saya telah menjalankan aktiviti pengajaran saya seperti biasa
mengikut jadual. Saya telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Pendidikan Muzik. Kelas yang saya ajar pada hari tersebut adalah Tahun 5
Soleh.Muridnya seramai 20 orang.Murid-murid dalam kelas ini agak lemah dalam semua mata
pelajaran.
Pada hari tersebut saya telah mengajar Teori Muzik . Saya telah merancang pembelajaran
pada hari tersebut mengikut huraian sukatan yang telah ditetapkan. Bagi Pengajaran dan
Pembelajaran pada hari tersebut saya memilih sub tajuknya membaca nilai not muzik.Dalam
mencapai objektif pengajaran tersebut saya memulakan pengajaran dengan melakukan aktiviti
nyanyian solfa diikuti dengan sesi bersoal jawab dengan murid tentang nilai not.Walaupun muridmurid telah belajar beberapa kali tentang topik ini semasa mereka di tahun 3 dan tahun 4 tetapi
hampir semua murid tidak dapat menyatakan jawapan yang tepat tentang nilai not.Daripada
pengamatan dan penilaian saya pelajar tidak dapat mengecam not serta tidak dapat menghafal
bentuk not dan nilainya.
Oleh yang demikian saya terpaksa mengaitkan keadaan persekitaran pelajar itu sendiri
dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam membaca nilai not. Pelajar menghadapi
kesukaran untuk mengingati jenis not dan ini menyebabkan mereka tidak dapat membaca nilai
not, Oleh itu,bagi memudahkan mereka saya terpaksa mengaitkan sesuatu yang terdapat dengan
persekitaran mereka supaya mereka mudah memahami cara membaca nilai not.Untuk itu saya
menggunakan kaedah permainan iaitu Roda Ajaib dan Siapa Cepat Dia Dapatdengan ini saya
percaya bahawa murid-murid akan lebih berminat dalam mempelajari teori muzik khususnya
dalam membaca nilai not.
2.0. FOKUS KAJIAN
2.1
Tinjauan dan Analisis Masalah
Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar Tahun 5 Soleh dalam mata
pelajaran Pendidikan Muzik tetapi kajian ini hanya memfokuskan tentang masalah pelajar yang
tidak dapat membaca nilai not.Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah :a) Kesilapan dalam mengecam not yang betul.
b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dengan not dan nilainya.
c) Pelajar sukar untuk membezakan not-not yang terdapat titik seperti Krocet
bertitik dan Minim bertitik.
Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meletakkan tanda yang betul
terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan dalam pembacaan nilai not. Tindakan
susulan selepas ini akan diteruskan demi kejayaan anak murid dan sekolah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN


Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat dapat mencapai
tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Penguasaan pelajar terhadap
pembacaan nilai not akan dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan bertambah apabila
menyelasaikan masaalah melibatkan nilai not.
Untuk mencapai objektif kajian tersebut, saya telah merangka beberapa persoalan kajian
i)

iii)

iatu:
Adakah murid-murid cepat menguasai pembacaan nilai not melalui kaedah permainan yang
disediakan oleh guru?
ii)
Adakah murid-murid lebih berminat dalam Pendidikan Muzik apabila
menggunakan kaedah berbentuk hands on seperti kaedah
permainan?
Adakah terdapat peningkatan minat murid selepas penambahbaikan dijalankan?
3.1
Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembacaan nilai not dengan kaedah permainan.
3.2
Objektif Khusus
Secara khususnya kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru.
Pelajar dapat menyatakan nilai not pada akhir pengajaran dan
pembelajaran.
Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan nilai not.
Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.
Menjawab sekurang-kurangnya 70% dalam ujian yang diberi.
Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran
dan pembelajaran Muzik.

4.0
Kumpulan Sasaran
Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 20 orang pelajar Tahun 5 Soleh yang
keseluruhannya terdiri dari pelajar melayu. Pelajar tersebut akan disaring berdasarkan daripada
temubual dan hasil pemerhatian yang dijalankan. Ini kerana terdapat pelajar yang yang teramat
lemah dan tidak boleh membaca. Selepas saringan dilakukan, hanya 15 orang pelajar sahaja yang
terpilih.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Perancangan langkah-langkah tindakan
5.1.1. Tinjauan Masalah

Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya


dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah
berdasarkan kepada beberapa cara :a)
Hasil dapatan dan pemerhatian daripada jawapan pelajar
semasa ujian yang diberi.
b)
Temubual dijalankan terhadap pelajar mengenai masalah yang
mereka hadapi semasa menjawab soalan.
c)
Ujian pra yang dijalankan terhadap pelajar untuk mengenalpasti masaalah yang dihadapi oleh
mereka.
e)
Buku latihan dan buku nota dilihat untuk mengetahui tahap
kefahaman pelajar.
5.1.2. Program RODA AJAIB DAN SIAPA CEPAT DIA DAPAT.
Kaedah perlaksanaan
a) Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah Roda Ajaib dan Siapa Cepat Dia Dapat.
b) Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diedarkan kid permainan Roda Ajaib
Dan Siapa Cepat Dia Dapat serta menerangkan cara-cara bermain.
c) Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan kehidupan
seharian seperti pengiraan wang setiap hari.
d) Ujian post diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar
terhadap kaedah yang telah digunakan.
5.2

Perancangan cara mengumpul data


Data sangat diperlukan untuk membuktikan bahawa masalah yang akan saya kaji benarbenar berlaku di sekolah dan data juga diperlukan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan
penambahbaikan yang telah dibuat. Terdapat beberapa instrumen yang telah saya laksanakan
bagi tugasan ini.
Bukti/ data

Bagaimana atau bila bukti/ data telah


dikutip

Nota dan pemerhatian peribadi murid

Semasa p&p
-aktiviti teori dan amali iaitu melalui
pemerhatian dan tingkah laku murid.

Gambar foto

Semasa aktiviti teori dan amali dalam


subjek Pendidikan Muzik
-foto murid melaksanakan teori dan amali
semasa pengajaran dan pembelajaran.

Temu bual- guru-guru lain, murid,pihak


sekolah dan lain-lain.

Waktu lapang
-bertanya guru-guru tentang pengalaman
mengajar Pendidikan Muzik.

Soal selidik

Di luar waktu p&p

-guru membantu murid menjawab soal


selidik untuk mengetahui kecenderungan
atau minat murid.

Saya akan melaksanakan beberapa kaedah mengutip data. Antaranya, melalui nota dan
pemerhatian terhadap murid-murid kelas tersebut. Saya juga akan melaksanakan perbincangan
dengan guru-guru Pendidikan Muzik yang lain tentang pengalaman dan kecenderungan minat
murid berkaiatan aktiviti Nyanyian,Gerakan serta Permainan Alat Perkusi dan teori bagi subjek
tersebut.
Analisis awal terhadap minat dan kecenderungan murid dalam matapelajaran Pendidikan
Muzik juga dilakukan secara bertulis. Selain itu, saya akan mengenalpasti murid tertentu dan
menjalankan temubual secara lisan untuk mengetahui kecenderungan mereka. Saya juga akan
menjalankan shadow study iaitu pemerhatian secara dekat terhadap seseorang murid dalam
jangka masa tersebut.
Selain itu, borang soal selidik akan diedarkan juga kepada guru-guru opsyen lain untuk
mendapatkan pendapat mereka. Borang soal selidik juga digunakan untuk mengetahui kesan
yang diperolehi setelah menjalankan usaha penambahbaikan. Bagi soal selidik guru, terdapat 7
item yang telah saya bina manakala bagi mengetahui keberkesanan penambahbaikan yang telah
dijalankan, terdapat 10 item yang telah saya tadbirkan untuk murid-murid.
5.3 Perancangan menganalisis data
5.3.1 Pra ujian
(Set A- sebelum penambahbaikan dijalankan)Analisis data Set A/Pra Ujian merujuk kepada
dapatan yang diperolehi sebelum penambahbaikan pengajaran dijalankan.Terdapat 3 jenis
analisis yang akan dibincangkan meliputi instrumen:
a)
Data melalui nota
b)
Data melalui temubual awal
c)
Data melalui soal selidik guru
5.4

Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Bil

Perkara Pelaksanaan
Tindakan

Cara

Rasional

Mengenalpasti focus
dan relevenya

Mengumpul data,
membuat perbincangan,
temubual

Penting
untuk
mengesahkan
bahawa isu kajian memang wujud
di sekolah tersebut.

Mengumpul data dan


dapatan

Soal selidik, temu bual,


menyemak rekod-rekod
keputusan akademik,
pemerhatian

Untuk mendapatkan maklumat


yang lebih terperinci.

Catatan

Menganalisis data

membuat jadual, carta,


graf.

Dapatan dan maklumat dapat


difahami dengan lebih mudah dan
tepat.

Mengenalpasti kelas /
murid yang terlibat

Berdasarkan analisis data

Usaha penambahbaikan dapat


dilaksanakan dan dapat melihat
kesan yang diperolehi selepas
tindakan.

Menjalankan
penambahbaikan

Melalui p&p di dalam kelas


atau program yang telah
dirancang dengan
keizinan pihak sekolah.
USAHA
PENAMBAHBAIKAN
*memberikan pendedahan
kepada murid tentang
amali dan persekitaran
serta kerjaya.
*menjalankan aktiviti amali
secara berkumpulan
-memberi kebebasan
murid memilih rakan.
-memberi lebih banyak
input & inkuiri penemuan.
-bersoal jawab dengan
murid
*mengiktiraf pencapaian
murid dalam amali.
-memberikan ganjaran
kepada murid yang
melaksanakan tugas
dengan baik.
*guru mempelbagaikan
kaedah mengajar teori
(lebih teori berbanding
kemahiran lain murid
teroka).
*sifat guru-adil, kecindan,
asertif

Mengaplikasikan alternatif baru


bagi mengubah perspektif dan
pencapaian murid.

Menilai keberkesanan
penambahbaikan

Soal selidik, pemerhatian,


temubual.

Mengetahui kesan daripada usaha


penambahbaikan yang telah
dibuat samada positif atau
negatif.

5.4.1 Jadual Pelaksanaan KajianTindakan


Bil

Aktiviti

Tarikh

1.

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan maklumat awal

20.03.2012

2.

Menulis proposal kajian

22.03.2012

3.

Menghantar proposal kajian

27.03.2012

4.

Merancang tindakan

30.03.2012

5.

Melaksanakan aktiviti 1

04.04.2012

6.

Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1

06.04.2012

7.

Melaksanakan aktiviti 2

12.04.2012

8.

Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2

14.04.2012

9.

Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar

18.04.2012

10.

Refleksi kajian

30.04.2012

11.

Menulis laporan kajian

05.05.2012

12.

Pembentangan dapatan kajian

12.12.2012

5.4.2 Kos Kajian


Bil

Jenis Alatan/Bahan

Kos

1.

Kertas A4/ 80g(1 Rim X RM 13.00)

RM 13.00

2.

Kad Manila (6 X RM 0.60)

RM 3.60

3.

Marker Pen (4 X RM 2.20)

RM 8.80

4.

Mountin Board (4 X RM4.00)

RM 12.00

5.

Dakwat Pencetak

RM 25.00

6.

Photostat Bahan & Laporan Kajian RM 15.00

RM 15.00

7.

Buku Catatan Guru

RM 3.00
Jumlah

RM 80.40

BIBLIOGRAFI

Sang, M. S. (2008). Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Dunn (1980); Joseph Gomez (1999, 2000). Gaya Pembelajaran: Satu
Literatur.Jabatan Ilmu Pendidikan MPSK. Jilid 2: Bil. 3

Kolb (1990); Naina Mohd. B. Md. Noor (1999, 2000). Stail pengajaran guru
dan gaya pembelajaran murid. Jurnal Maktab Perguruan Sultan Abdul
Halim. Jilid 2: Bil. 3
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000).Sukatan pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik. Kuala Lumpur : Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Holland (1973); Noran Fauziah Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob (1993).
Guru dan Perguruan. Edisi Kedua. KualaLumpur. Dewan Bahasa
Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Thorndike, Weics dan Danis (1968), dalam Hashim (2000); Noran
Fauziah Yaakub,Ahmad Mahdzan Ayob (1993). Guru dan
Perguruan. Edisi Kedua. KualaLumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tribus, M. (1992). Quality first: Selected papers on quality and productivity
improvement.National Society of Professional Engineers (4th Ed.).
ASIN: B0006OXP8Y
Rosli Sahat, Badrul Hisham Alang osman,Kartini Abdul Mutalib. Ahmad Shabudin Yahaya. (2011). Kajian
Tindakan Untuk PISMP. Ipoh: IPG kampus Ipoh.