Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada yang berusaha Tuan Pensyarah yang

arif lagi bijaksana dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.


Menurut Datuk Dr. Hassan Ahmad, dari segi implikasi makna sosiobudaya dan sosiopolitik, istilah
kaum, bangsa dan rakyat tidak sama maknanya. Kaum bererti puak atau golongan yang bermacammacam jenisnya - ada 'kaum tua' dan 'kaum muda', ada kaum atau puak (atau mazhab sunnah atau
puak syiah), ada kaum atau 'golongan kiri' dan 'golongan kanan' (istilah Barat), dan banyak lagi.
Semua jenis kaum atau golongan yang tersebut itu tidak mengira bangsa atau etnik yang menjadi
tali atau faktor yang mengikat keanggotaan kaum itu adalah fahaman bersama mereka tentang
sesuatu hal, baik ideologi atau lain-lain.Tetapi ada juga kaum yang keanggotaannya terdiri daripada
keturunan etnik atau bangsa yang sama. Misalnya, di Malaysia - ada kaum Melayu, Cina, India,
Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Jadi, kaum juga boleh bererti race atau ras yang menurut takrif ilmu antropologi bererti kaum yang
anggotanya mempunyai ciri-ciri dan rupa bentuk fizikal yang pada keseluruhannya sama termasuk
mengamalkan adat resam iaitu ciri-ciri budaya yang sama. Dari segi ini, kaum juga boleh bererti
'suku kaum' atau tribes atau tribal groups.
Istilah bangsa itu dari segi implikasi makna politiknya dalam sejarah tamadun bangsa Melayu lebih
merupakan entiti atau kesatuan sosiobudaya, tidak dari segi makna politik-legalistiknya.
Kalau orang Melayu berkata dia 'megah bangsa' atau 'bangga bangsa' menjadi Melayu, ini adalah
kesedaran sosiobudayanya. Tiada kaum yang tidak mempunyai perasaan 'megah kaum' atau 'megah
bangsa' itu. Bangsa Cina (di negeri China), bangsa Jepun, bangsa Korea dan semua bangsa lain di
dunia mempunyai perasaan megah atau bangga bangsa sendiri.
Bagaimanapun, orang Melayu mempunyai istilah lain untuk membezakan diri mereka sebagai
'bangsa Melayu' dari segi makna sosiobudaya dengan konsep rakyat dari segi makna 'politiklegalistiknya'. Sejak negeri atau negara Melayu yang terawal ditubuhkan, penduduk dalam negeri
itu disebut rakyat.
Pada zaman itu, rakyat bererti rakyat Melayu yang taat kepada raja dan negeri Melayu. Syarat untuk
menjadi 'rakyat Melayu' di negeri Melayu atau rakyat raja Melayu itu adalah mereka yang
berbahasa Melayu, berbudaya Melayu dan beragama Islam.
Pada zaman ini, istilah rakyat boleh disamakan dengan konsep 'warga negara'. Konsep atau istilah
rakyat atau warga negara ini tidak sama lagi dengan konsep bangsa.
Apabila saya berkata bahawa saya adalah bangsa Melayu, ia merujuk kepada dua taraf saya iaitu
pertama taraf dari segi asal usul sosiobudaya saya, dan kedua merujuk kepada taraf saya sebagai
bangsa atau rakyat yang berasal dari negara atau negeri Melayu yang sudah ada di Tanah Melayu ini
sejak ratusan tahun dahulu. Ertinya, nenek moyang saya tidak berasal dari negeri atau negara lain.
Jadi, saya mempunyai dua taraf iaitu pertama sebagai bangsa Melayu dan kedua sebagai rakyat
negara yang disebut Malaysia. Taraf saya sebagai bangsa Melayu tidak boleh diubah menjadi
bangsa lain kerana memang itulah keturunan saya sejak asal, dijadikan Allah sebagai bangsa
manusia, sejak Nabi Adam.
Demikian juga kaum bukan Melayu, mereka tidak boleh mengubah keturunan etnik mereka,
walaupun mereka boleh mengubah agama mereka. Tetapi saya dan sesiapa pun yang menjadi rakyat

Malaysia boleh mengubah atau menukar kerakyatan saya, misalnya menjadi rakyat atau warga
negara Jepun atau Britian atau Australia atau Cina atau India atau Indonesia.
Jika kita melihat kenyataan daripada Nazri Muslim iaitu pensyarah Pusat Pengajian Umum,
Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Dewan Masyarakat Julai 2011, takrifan Melayu sebenarnya
sangat luas dan jika diambil daripada konteks sejarah dan sosiobudaya, Melayu itu meliputi mereka
yang mendiami kepulauan Melayu. Walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa, dan loghat,
kebanyakan ahli bahasa dan budayawan menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama,
iaitu keturunan Melayu.
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2)
sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan
mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum
kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di
Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.
Di samping Perkara 160(2), Melayu turut ditakrifkan di bawah Perkara 89(6) yang menyatakan
bahawa seseorang itu disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud merizabkan tanah di bawah
undang-undang bagi negeri mereka bermastautin. Perkara ini menjelaskan bahawa takrifan Melayu
itu boleh dipecahkan kepada dua, iaitu berdasarkan sosiobudaya dan berdasarkan Perlembagaan
Persekutuan.
Dalam hal ini, untuk menjadi seorang Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan tidaklah
semestinya seseorang itu berketurunan Melayu. Seorang India boleh dianggap sebagai Melayu
sekiranya beragama Islam, menjadi kelazimannya bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan
adat Melayu. Sebaliknya, walaupun dia seorang yang berketurunan Melayu sekalipun, bagi maksud
Perlembagaan, dia bukan Melayu jika tidak beragama Islam.
Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli
adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya.
Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang
Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam
konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous
people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan
Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai
anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.
Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli
negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat
bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native
di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan
kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya
tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana
bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan
sekelilingnya.
Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu
diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain
untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli,
kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan
kelima adalah kaum-kaum lain.

Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi
sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai
ke negara ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2009&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz2MI5rYXFP
Utusan Melayu (M) Bhd