Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN

PE GURU MALAYSIA,

KAMPUS DARULAMAN

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
(LISAN DAN TULISAN)
 BIODATA PELAJAR
• NAMA : MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI
• NO K/P : 901018-11
11-5091
• ALAMAT KEDIAMAN : L2, KOLEJ INSTITUT, L2, ARAS 1, BILIK 23
• ALAMAT TETAP : NO45, RAKR BUKIT SAWA, BINJAI RENDAH, 21400,
MARANG, TERENGGANU
• NO TELEFON : 019-4706223
019
 ANGKA GILIRAN :
 KUMPULAN/UNIT : PPISMP PENDIDIKAN KHAS (BM)/PJ/BI
 KOD DAN MATAPELAJARAN
 NAMA PENSYARAH PEMBIMBING
PEMBI : ENCIK AZMAN BIN ARIS
 TARIKH SERAHAN : 15 OGOS 2009
“ Saya akui karya ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
ditaip-taip satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………………………….

Nama Penulis : ……………………………………………

Tarikh : …………………………………………………....

i
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

(LISAN DAN TULISAN)

JABATAN PENGAJIAN MELAYU


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN

ii
Penghargaan
‫بسم ﷲ الرحمن الرحيم‬
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana memudahkan saya untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Berkat usaha dan tunjuk ajar dari para
pensyarah iaitu En. Azman B. Aris. Tidak dilupakan juga kepada semua individu
yang terlibat dalam penghasilan kerja kursus pendek ini ini secara langsung atau
tidak langsung. Walaupun, terdapat pelbagai kesulitan dan juga kekurangan rujukan
namun projek ini dapat disiapkan dalm masa yang ditetapkan. Alhamdulillah.

Seterusnya tidak dilupakan juga penghargaan buat ibu bapa tercinta


kerana banyak memberi semangat dan dorongan yang amat bermakna untuk saya
terus berusaha. Di kesempatan ini saya juga ingin memberi jutaan penghargaan
buat kawan-kawan yang tidak lokek berkongsi pendapat dan ilmu yang berguna
kepada saya. Terutamanya rakan sekumpulan iaitu kumpulan kuliah PPISMP
PK(BM)/PJ/BI.

Saya berharap hasil projek saya ini dapat memberi kepuasan kepada
pensyarah penilai. Segala kekurangan saya dahulukan dengan jutaan kemaafan.

Sekian, terima kasih.

iii
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN -i

HALAMAN JUDUL -ii

PENGHARGAAN -iii

SENARAI KANDUNGAN -iv

BAB 1: RANGKA PIDATO -1

BAB 2: TEKS PIDATO -2

RUJUKAN -8

LAMPIRAN -9

A Jadual Penentuan Tugasan

B Borang Kolaborasi

C Bahan-bahan rujukan

iv
Rangka Pidato

Seni warisan
seiring kemajuan
zaman

menekankan budaya bangsa


penyuburan seni pencetus
warisan dan keamanan
budaya bangsa negara

sebuah budaya
Warisan Dan pentingnya
mengekspresikan
Budaya penyuburan seni
totalitas nilai
Bangsa Perlu warisan dan
sekelompok
Disuburkan budaya bangsa
manusia

seni warisan dan seni warisan


budaya harus meninggkatkan
dilindungi kualiti insani

seni pencetus
menaikkan nama
negara
Teks Pidato

Bismillah……Alhamdulillah……..

Emas sarat tampak memikat,

Hiasi dulang berisi gelang,

Kualiti hebat prestasi ditingkat,

Insan cemerlang negara gemilang.

Cetusan barakah buat peneraju acara,

Sidang hadirin warga dewan berwibawa..

Assalamualaikum w.b.t. dan salam karisma...

Hari ini, pidato in bukanlah bukanlah hasil nukilan bagi pertandingan akademi piala
fantasia, maka saya bukanlah Mawi ataupun Faizal, tetapi pelajar akademi Institut
Pendidikan Guru Malaysia yang akan menyampaikan sebuah pidato bertajuk ”Seni
Warisan Dan Budaya Bangsa Perlu Disuburkan”.

Sidang pendidik sekalian,

Frasa seni warisan menurut A. Samad Said, salah seorang seniman negara
iala seni yang diturunkan melalui salasilah keluarga atau golongan terdahulu kepada
generasi baharu.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata budaya bangsa ialah budaya yang


diamalkan oleh rakyat Malaysia ini sama adabudaya secarakaum ataupun
secarasatu rumpun negara tanpa mengenal warna kulit.
Sidang penonton penuh santun,

Bicara saya yang pertama ialah “seni warisan seiring kemajuan zaman”.
Seiring membawa maksud bersama-samadan sejajar menjadikan warisan negara
terus kukuh tersemat di dalam jiwa rakyat Malaysia. Dalam kesibukan kita mengejar
pembangunan fizikal dan material, masyarakat Malaysia kita makin alpa terhadap
kepentingan menjaga seni warisan dan budaya bangsa kita. Seni warisan yang
diwarisi sejak turun - temurun dan budaya bangsa amalan kta semua adalah akar
tunjang kepada kehidupan kita. Justeru, kita wajar menyuburkan kembali
penghayatan masyarakat terhadap seni warisan dan budaya bangsa, sekaligus
mempertahankan nilai – nilai murni yang disanjung sejak zaman nenek moyang kita.
Walaubagaimanapun, bagi mengekalkan warisan ini, terdapat pelbagai rintangan
dan halangan yang perlu ditempuhi.

Sidang hadirin warga dewan budiman,

Bicara saya yang kedua, “budaya bangsa pencetus keamanan negara”.


Konsep satu Malaysia ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’yang telah
digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak
bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,
berteraskan beberapa nilai- nilai murni dan penting yang seharusnya menjadi amalan
setiap rakyat Malaysia. Jika dahulu timbulnya cakap – cakap belakang, Melayu itu
kaya, Cina itu hina, India pula teraniaya, tetapi kini perbezaan mentaliti berdasarkan
etnik nyata dihapuskan sama sekali. Dalam erti kata lain, budaya bangsa yang
diterapkan dalam satu Malaysia menuntut rakyat Malaysia agar sama – sama
berganding bahu menggembleng tenaga dalam membantu memastikan aspirasi
negara iaitu wawasan 2020 tercapai jikaia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan
diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Inilah yang kita inginkan, satu budaya
bangsa, masyarakat berpadu, negara kita Malaysia pasti akan maju.

Sidang hadirin warga dewan,

Bicara saya yang ketiga, “pentingnya penyuburan seni warisan dan budaya
bangsa”. Adalah penting bagi kita semua rakyat Malaysia untuk mengenali rumpun
dan sejarah negara. Bukan untuk bersifat perkauman atau melihat perbezaan,
namun bagi membentuk penyatuan dan melihat persamaan. Nyata, medium seni
warisan budaya adalah aspek yang membantu negara untuk terus aman dan
makmur. Secara jelas dapat kita lihat di negara kita, perkongsian seni warisan dan
budaya bangsa mendorong keamanan berpanjangan dan jauh dari bunyi letupan
bom mahupun muntahan peluru.Perkongsian ini membawa kepada pemahaman
adat sesebuah kaum sekaligus membantu kaum lain untuk menghormati adat
mereka dan mengelakkan perkata –perkata yang mampu mencetukan permusuhan
dari berlaku. Negara kita sering dijadikan sebagai contoh oleh negara – negara lain
yang inginkan keamanan dan kemajuan diantara kita haruslah disuburkan lagi bagi
membina sebuah negara yang teguh dan dipandang tinggi oleh seantero dunia.
Hadirin,

Bicara saya yang keempat, “seni warisan meninggkatkan kualiti insani”.


Hakikatdan lumrah kehidupan yangdapat kita saksikan di negara kita pada hari ini,
anak – anak muda kita umpama tidak mengenali salahsilahnya. Pemikiran mereka
sedang dijajah oleh barat walaupun pada hari ini negara sudah 52 tahun merdeka.
Sejarah kesenian tidak mahu lagi mereka cari atau dalami kerana dalam benak
fikiran mereka itu semua kolot dan ketinggalan zaman, kalau tidak masajan potret
Monalisa yang pada awalnya hanya berharga beberapa pound kini telah mencecah
hampir 1billion pound. Boleh kita lihat perbezaandiantara anak – anak kita yang
mengamalkan budaya warisan dan mereka mengamalkan budaya - budaya barat
nyata biadap. Itukah yang kita panggil sebagai kemajuan insaniah. Terbuktilah
budaya warisan kita jauh lebih baik kerana mengamalkan nilai-nilai murni dan adat
sopan.

Warga dewan budiman,

Bicara saya yang kelima, “seni pencetus menaikkan nama negara”. Kejayaan
cemerlang yang diraih anak tempatan pada pertandingan pada pertandingan “World
Championship of Performing Arts’ atau singkatannya ‘WCPA’ di Los Angeles,
Amerika Syarikat tahun lalu memperlihatkan negara mempunyai seni warisan yang
hebat dan unikk untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa. Kemenangan itu
bukan sahaja meletakkan nama Malaysia di persada seni antarabangsa, sebaliknya
menggiatkan lagi penggiat seni warisan negara untuk melakukan anjakan paradigma
dengan mengambil pendekatan untuk terus menyuburkan seni, budaya dan warisan
tempatan yang telah lama dikatakan tidak diberi perhatian. Menteri Perpaduan,
Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata,
pertandingan seperti ‘WCPA” memupuk integrasi seni dan budaya tempatan untuk
menjalar diperingkat antarabangsa. Hasil kejayaan peserta yang meraih 27 emas,
sembilan perak dan gangsa pada pertandingan yang sama pada tahun ini dengan
meneroka kategori lakonan.
Hadirin yang bijaksana,

Bicara saya yang keenam, “seni warisan dan budaya harus dilindungi”.
Kekayaan seni dan budaya bangsa harus dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman
kerana ia melambangkan identiti sesuatu bangsa, kata Timbalan Ketua Menteri
Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang. “Program merakyatkan seni dan
budaya harus dilakukan sebagai satu usaha murni yang dilihat boleh mendekatkan
kegiatan seni dan budaya kepada masyarakat di Negara kita. Secara tidak langsung
usaha ini dapat mendedah dan mempopularkan khazanah ini agar terus mendapat
tempat di hati mereka terutama para remaja. Bak kata perpatah, “biar mati anak,
jangan mati adat”. Justeru itu, katanya anak-anak muda perlu dididik supaya
mengenali seni dan budaya bangsa mereka malahan jika perlu dididik mengenai
budaya kaum yang lain di negara kita. “Di peringkat sekolah pihak Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) harus memain peranan menitik beratkan program-program
berunsurkan seni dan budaya agar ia terus berkembang dan berakar umbi di
kalangan generasi muda,” katanya. Guru-guru wajarlah melaksanakan program yang
bersesuaian bagi mendedahkan lagi para pelajar dengan tradisi – tradisi kita yang
telah kita warisi dari golongan terdahulu. Pelbagai program boleh diadakan
sepanjang pelaksanaan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah, antaranya permainan
rakyat, pertandingan muzik dan persembahan kesenian. Menurut Pegawai Daerah
Betong Friday Belik, antara lain tujuan program berkenaan dilaksanakan ialah untuk
memupuk nilai-nilai murni seperti gotong-royong, muafakat serta menjalinkan
perhubungan dan interaksi antara pemimpin dengan penduduk pelbagai kaum. Ini
menunjukkan seni warisan dan budaya bangsa itu boleh dijadikan sebagai satu
medium perpaduan untuk menyatukan pelbagai kaum di Negara Malaysia ini.

Sidang dewan yang penuh santun,

Bicara saya yang ketujuh, “sebuah budaya mengekspresikan totalitas nilai


sekelompok manusia”. Kebudayaan adalah usaha roh manusia untuk mengekspresi
diri dengan cara mewujudkan kepercayaan dan nilai-nilai dalam bentuk-bentuk
nyata. Melalui seni warisan dan budaya bangsa, kita dapat mengenalpasti mengenai
sifat seseorang. Justeru itu, penyuburan seni warisan dan budaya bangsa
sesungguhnya memang amat penting di negara ini. Cuba anda bayangkan sekiranya
rakyat Malaysia tidak mempunyai sebarang seni warisan mahupun budaya bangsa,
sudah pasti Negara kita tidak akan aman. Huru-hara akan menguasai jalan-jalan di
negara kita. Melalui pemahaman mengenai kaum-kaum lain di negara ini, kita dapat
membentuk satu persefahaman dan mengekalkan lagi keamanan negara yang
tercinta ini. Cuba kita lihat sejarah dunia yang telah memberi pengajaran kepada kita
hari ini. Dahulu di Amerika pernah terjadi satu pergaduhan antara orang kulit putih
dan penduduknya yang berkulit hitam. Permusuhan itu berlaku kerana mereka tidak
mengambil langkah untuk memahami antara budaya bangsa mereka. Begitu juga
peristiwa 13 Mei yang telah menjadi sejarah berdarah di negara kita. Melalui
penyuburan budaya bangsa saya pasti rakyat Malaysia akan bersatu lebih erat dan
bak kata pepatah, “pisang tidak akan berbuah dua kali”.
Sidang dewan sekalian,

Bicara saya yang kelapan, “menekankan penyuburan seni warisan dan


budaya bangsa”. Penekanan yang diberikan oleh pucuk kepemimpinan negara ini
menandakan betapa kesenian dan kebudayaan sebenarnya tetap penting untuk kita
mencipta kejayaan pembangunan fizikal, kemakmuran negara, kemewahan hidup
yang mestilah seimbang dengan jati diri dan akal budi yang dimiliki serta warisi
selama ini. Kita tidak perlu berasa malu dan curiga untuk mempertahan keunikan dan
kelebihan seni budaya bangsa sendiri meskipun kita mahu pergi jauh dalam bidang
ekonomi, sosial dan material. Kelebihan yang kita ada ini harus dipertahankan dan
saling hormat-menghormati sesama kaum, bukannya mencabar atau mengundang
sensitiviti kaum lain sehingga mahu merubah apa yang dinikmati dan dihayati selama
ini. Jika masyarakat negara ini abaikan persoalan seni warisan dan budaya bangsa,
Malaysia akan hilang identiti seperti kebanyakan negara lain yang tidak ada arah
haluan mahupun citra bangsa mereka yang tersendiri. Kita boleh lihat banyak negara
termasuk negara jiran kita yang masyarakatnya hilang identiti mereka sendiri, teraba-
raba dalam kegelapan di sebalik sinar kemewahan kehidupan sebagai negara maju
namun telah kehilangan khazanah warisan mereka sendiri. Penjajahan budaya
negatif dari Barat semakin mempengaruhi rakyat Malaysia dan ada segelintir
generasi kini bagaikan tidak senang dengan nilai seni budaya yang kita warisi
sekarang. Pelbagai pandangan, teori dan hujah dangkal sering diberikan atas alasan
sejagat, liberalisasi, globalisasi mahupun demokrasi, sedangkan hakikatnya mereka
ada agenda mahu memusnahkan apa yang kita banggakan selama ini. Sikap
prejudis terhadap kesenian dan kebudayaan bangsa Malaysia menyebabkan ada
pihak bagaikan tidak senang, malah ada yang cuba mencari jalan supaya Dasar
Kebudayaan Kebangsaan 1971 dihapuskan.

Kesimpulannya, seni warisan dan budaya bangsa perlu disuburkan bagi membina
dan mencanai negara ke arah kegemilangan namun masih utuh memegang nilai –
nilai tradisional yang merupakan jati diri dalam dan pemborong kita.

PEWARIS SENI DAN BUDAYA NEGARA

SALAM PERPADUAN

Sekian W.B.T
Rujukan

http://iqhabib.blogspot.com

http://kebudayaan.kpkk.gov.my

http://sabah.gov.my

http://.sinemamalaysia.com.my

http://studiomuslim.com